You are on page 1of 1

Tarikh : 5 JANUARI 2018

Rujukan Kami : KMC.2018/RT3.0/009

Kepada:
GURU BESAR
SK BANDAR BUKIT KAYU HITAM
BUKIT KAYU HITAM
6050, KEDAH
(U/p: Puan Nor Salhana Mohd Arshad)

Tuan/Puan/Cik,
MAKLUMAN SIRI JELAJAH SEKOLAH PERTANDINGAN KANGAROO MATH COMPETITION
MALAYSIA (KMC) 2018

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

KMC merupakan satu pertandingan matematik peringkat antarabangsa untuk para pelajar
sekolah hingga peringkat pra-universiti. Pertandingan ini dianjurkan oleh Association Kangourou
sans Frontieres (AKSF), sebuah pertubuhan pendidikan matematik berpengkalan di Paris.
Diasaskan pada tahun 1982, KMC merupakan pertandingan matematik terbesar di dunia, dengan
lebih 6 juta peserta daripada 77 buah negara pada tahun 2017. Malaysia telah diterima oleh
AKSF untuk menganjurkan KMC sejak tahun 2013. Pada tahun 2017, seramai lebih 37,000
peserta dari seluruh Malaysia telah mengambil bahagian, mewakili lebih 900 buah sekolah.

Pertandingan ini telah mendapat pengiktirafan dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia,
justeru membolehkan peserta mendapat markah ko-kurikulum berdasarkan pencapaian masing-
masing. Dilampirkan surat kebenaran dari Kementerian Pendidikan Malaysia, untuk rujukan
tuan/puan (Lampiran 1).

Untuk tujuan meningkatkan lagi kesedaran dalam kalangan guru dan pelajar mengenai
pertandingan ini, pihak Sekretariat Kangaroo Math Malaysia ingin mengadakan Siri Jelajah
Sekolah ke sekolah tuan/puan pada tarikh dan masa seperti yang berikut:

Tarikh : 15 Januari 2018 (Isnin)


Masa : 9:00 pagi - 11:00 pagi

Untuk maklumat lanjut mengenai program-program berkaitan pertandingan ini, pihak tuan/puan
boleh lawati laman web kami di http://www.kangaroomath.com.my. Untuk sebarang
pertanyaan lanjut sila hubungi kami di talian 03-41437672 atau email ke
info@kangaroomath.com.my.

Sekian, terima kasih.

………………………………….......
M. SUHAIMI BIN RAMLY
Ahli, Association Kangourou sans Frontieres (AKSF)
Pengarah, Kangaroo Math Malaysia

You might also like