You are on page 1of 1

PERSATUAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA

GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE
(PSSGM-GMI)
Jalan Ilmiah,Taman Universiti, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-89219000 Fax: 03-89219001 Email: enquiry@gmi.edu.my URL: www.gmi.edu.my

Kepada,

Ibu Bapa dan Penjaga. 15 Mei 2018

Tuan/Puan,

NOTIS PENANGGUHAN GELANGGANG SILAT SEMPENA BULAN RAMADHAN DAN


SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2018

Merujuk perkara di atas, ingin dimaklumkan bahawa Gelanggang Silat Kanak-Kanak dan Remaja
akan ditangguhkan sementara waktu dan latihan terakhir pada tahun ini adalah pada 11/5/2018.

2. Penangguhan gelanggang dilakukan kerana ingin memberi ruang kepada kanak-kanak dan
remaja untuk bersama-sama menunaikan ibadah puasa dan Solat Terawih bersama keluarga
sepanjang bulan Ramadhan ini dan akan bersambung sehingga cuti sempena menyambutnya Hari
Raya Aidilfitri. Kami, warga Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia - German Malaysian Institute ingin
mengucapkan selamat bercuti, selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf
Zahir & Batin kepada semua ahli-ahli persatuan dan ibu bapa.

3. Yuran terakhir yang perlu dijelaskan adalah sehingga bulan Mei 2018. Bulan Jun 2018
tidak dikira. Yuran akan dikira semula pada bulan Julai 2018. Kepada yang belum jelaskan yuran,
bayaran boleh dibayar melalui atas talian ke nombor akaun ini, 7010096884 (CIMB) di atas nama
Gurulatih di bawah. Abaikan jika bayaran telah dijelaskan sehingga bulan Mei 2018.

3. Gelanggang dan latihan silat akan dibuka semula pada:

TARIKH : 6 Julai 2018 (Jumaat)


MASA : 9.00 PM - 10.30 PM
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN , GMI

4. Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi Gurulatih PSSGM-GMI, Cikgu Faizal di nombor 016-
9966726. Saya selaku Gurulatih, ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya
Aidilfitri kepada seluruh warga silat GMI dan ibu bapa khasnya. Maaf, Zahir dan Batin.

Sekian, Terima Kasih.

“Kata Bersahut, Gayong Bersambut”

Yang benar,

...............................................
(MOHD FAIZAL BIN ISMAIL)

Pensyarah Kanan / Gurulatih / Penasihat


Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia - GMI
Emel: faizal.ismail@gmi.edu.my

You might also like