You are on page 1of 2

Norazah Catering,

International Islamic University Malaysia (IIUM),


3 ApriI 2018

Tuan/Puan

PERMOHONAN TAJAAN MAKANAN DAN MINUMAN UNTUK PERTANDINGAN


FUTSAL MAHALLAH SIDDIQ

Dengan segala hormat perkara di atas dirujuk,

Sukacita dimaklumkan bahawa Mahallah Representative Committee (MRC) kami merancang


untuk mengadakan satu pertandingan Futsal MAHALLAH SIDDIQ. Tujuan pertandingan ini
diadakan bagi memupuk kesedaran penjagaan kesihatan dalam diri pelajar universiti.

2. Berikut dinyatakan butiran pertandingan ini:

Tarikh : 28 April 2018


Masa : 9:00 pagi hingga 1:00 tengah hari
Jumlah peserta : 96 Peserta
Tempat : Gelanggang Mahallah As-Siddiq

4. Oleh hal yang demikian, besarlah harapan kami jika pihak tuan sudi menaja makanan dan
minuman untuk kelangsungan program ini.

5. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi Aiman bin Rafie melalui telefon
di talian 010-7953 1000.

Pertimbangan daripada pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“SUKAN PEMANGKIN PERPADUAN NEGARA”

Alamat Pejabat: Mahallah as-Siddiq, International Islamic University Malaysia, Batu 8,


Jalan Sungai Pusu,
53100 Gombak, Selangor, Malaysia
No. Tel: +60-3-6196 4063 Faks: +60-3-6196 4846
Yang benar,

Aiman
………………………………….
(AIMAN BIN RAFIE)
Pengarah Program Pertandingan Futsal Mahallah As-Siddiq,
Mahallah Representative Committee (MRC),
International Islamic University Malaysia (IIUM)

Alamat Pejabat: Mahallah as-Siddiq, International Islamic University Malaysia, Batu 8,


Jalan Sungai Pusu,
53100 Gombak, Selangor, Malaysia
No. Tel: +60-3-6196 4063 Faks: +60-3-6196 4846

You might also like