You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ALAUDDIN ,

FELDA BUKIT BESAR,


81450, KULAI,
JOHOR.
No.Tel : 07-8977200
No.Fax : 07-8976860

Ruj. Kami : JEA3056/600-3/4/4/ ( 01/01 )


Tarikh : 25 Mac 2018

Kepada,
Tuan Haji Mohd Sidek bin Sarman
Yang Dipertua PIBG
SMK Sultan Alauddin, Kulai.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROGRAM GURU MUDA FIZIK 2018

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, Panitia Fizik SMK Sultan Alauddin akan mengadakan
program Guru Muda Fizik 2018 bagi murid tingkatan 5 seperti ketetapan di bawah:

Tarikh : 31 Mac 2018 (Sabtu) dan 14 April 2018 (Sabtu)


Masa : 8.30 – 12.30 ptg
Bilangan peserta : 20 orang pelajar

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon sumbangan ikhlas sebanyak


RM300 daripada pihak tuan bagi menampung kos membiayai program ini. Bersama-
sama ini disertakan bersama satu salinan kertas kerja untuk butir-butir selanjutnya.
Sebarang makluman lanjut, sila berhubung Ketua Panitia Fizik En. Muhammad bin
Mohd Zain di talian 019-7254899.

Sumbangan daripada pihak tuan amatlah bermakna demi meningkatkan lagi


kualiti akademik anak-anak SEMESTA. Justeru, besarlah harapan kami agar tuan dapat
mempertimbangkan permohonan kami ini. Segala budi baik tuan kami dahului dengan
ribuan terima kasih.

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

.................................................
(MUHAMMAD BIN MOHD ZAIN)
Ketua Panitia Fizik
SMK Sultan Alauddin
Felda Bukit Besar, Kulai Johor.

s.k;
Fail PIBG
Fail Panitia Fizik

You might also like