You are on page 1of 2

SKRIP PENGACARAAN

PROGRAM CERAMAH SERTA PAMERAN KESELAMATAN JALAN RAYA


UNIT KESELAMATAN (3K) DENGAN KERJASAMA GRAND SAGA (SDN BHD) DAN JKJR NEGERI
SELANGOR 2018
TARIKH: 25/09/2018

Yang berbahagia,
___________________________________________________________________________
Yang Berusaha, Puan Chi Ra A/P Din Klom, Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik
SMK Cheras Perdana,
Yang Dihormati, ____________________________, Wakil Lebuhraya Grand Saga Sdn Bhd.
Yang Dihormati,
Puan Munawirah Binti Pardi, Penolong Kanan HEM SMK Cheras Jaya, 
Puan Farhanah binti Mohd Khalil, Penolong Kanan Kokurikulum,
Barisan Guru Kanan Matapelajaran, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
***
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya kita dapat berkumpul di Dewan Gemilang
ini bagi menjayakan ‘Program Ceramah serta Pameran Keselamatan Jalan Raya dengan
kerjasama GRAND SAGA SDN BHD dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Selangor.
***
Guru-guru dan murid-murid sekalian,
Program ini amatlah penting dalam usaha untuk memberikan kesedaran kepada pengguna
jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya, memandu dengan berhati-hati,
bertimbang rasa kepada pengguna yang lain seperti penunggang motosikal, penunggang
basikal dan pejalan kaki. Dan yang paling penting adalah kita hendaklah menghargai nyawa
sendiri dan nyawa orang lain.

Bagi menghargai usaha-usaha yang dijalankan untuk memberi kesedaran tersebut, pihak
sekolah berbesar hati menjemput wakil Grand Saga Sdn Bhd untuk menerima sijil
penghargaan atas kerjasama yang diberikan kepada pihak sekolah.
Majlis menjemput Puan Chi Ra A/P Din Klom untuk menyampaikan sijil kepada pihak
Grand Saga.

NSS/3K/SMKCP/2018
Seterusnya, dijemput juga wakil daripada pihak JKJR Selangor untuk menerima sijil
penghargaan daripada pihak sekolah.
Terima kasih kepada ____________ atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.
***
Bagi meneruskan ucapan pada pagi ini, pihak majlis seterusnya menjemput wakil Grand
Saga untuk menyampaikan sedikit kata-kata aluan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada _______________________________atas ucapan sebentar
tadi.
Seterrunya, majlis menjemput pihak JKJR untuk menyampaikan sedikit kata-kata aluan dan
diteruskan dengan Taklimat berkenaan dengan keselamatan jalan raya. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

***CERAMAH/TAKLIMAT/KUIZ***

Dengan berakhirnya slot kuiz/ceramah itu tadi, maka berakhirnya ‘Program Ceramah serta
Pameram Keselamatan Jalan Raya’ pada hari ini. Pihak sekolah sekali lagi merakamkan
sejuta penghargaan kepada pihak Grand Saga dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Selangor.
Akhir kata patuhilah undang-undang di mana sahaja kita berada.

Sebelum bersurai, saya menjemput wakil Grand Saga dan pihak JKJR untuk menikmati
sedikit jamuan ringan yang disediakan di Bilik Smart A di aras bawah.
Sekian, terima kasih.

NSS/3K/SMKCP/2018

You might also like