You are on page 1of 3

Teks Ucapan Alu-Aluan

Ybrs. Fathuddin Aizat Bin Che Mohd Ariff

Pengarah Kolej Komuniti Pasir Mas

Sempena

Pendaftaran Pelajar Baharu dan Minggu


Suai Kenal KKPM & KKPMCRP

Pada

31 Januari 2023 (Selasa)

Bertempat di

Dewan Sri Mas, Kolej Komuniti Pasir


Mas
Terima kasih Pengacara Majlis

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabaraqatuh

Salam Sejahtera dan Salam Madani

(MOHON RUJUK LAMPIRAN SALUTASI)

Alhamdulillah, segala pujian dan kesyukuran dilafazkan kepada Allah


Subhanahu wa ta’ala kerana dengan izinNya kita dapat bersama sempena
Pendaftaran Pelajar Baharu dan Minggu Suai Kenal bagi Sesi 2, 2022/2023 bagi
Kolej Komuniti Pasir Mas.

Terlebih dahulu saya bagi pihak 105 buah Kolej Komuniti Malaysia
mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang kepada ______ orang pelajar yang
telah berjaya dipilih untuk menyambung pengajian dalam pelbagai bidang
teknikal dan perkhidmatan yang ditawarkan di Kolej Komuniti Malaysia. 
Sesungguhnya kejayaan saudara dan saudari semua adalah merupakan detik
penting dalam kehidupan anda setelah menamatkan pengajian di tingkatan
lima pada tahun lepas.

 
Ianya juga akan menjadi satu sejarah yang dibanggakan oleh keluarga anda. 
Menjadi sebahagian daripada ribuan orang yang berjaya dipilih daripada
ribuan orang yang memohon adalah merupakan satu kejayaan bagi saudara-
saudari.  Bagi warga Kolej Komuniti Pasir Mas dan Kolej Komuniti Pasir Mas
Cawangan Rantau Panjang, kami mengalu- alukan kedatangan anak- anak
semua

Syabas kepada saudara-saudari kerana telah membuat pilihan yang tepat.  


Fasa baru dalam kehidupan sebagai pelajar akan dimulakan oleh saudara-
saudari di sebuah institusi pendidikan teknikal dan vokasional yang telah
melahirkan pelbagai juara di dalam pelbagai bidang.

Saya selaku Pengarah Kolej Komuniti Pasir Mas & Kolej Komuniti Pasir Mas
Cawangan Pasir Mas akan menunggu lakaran kejayaan dan kegemilangan yang
dihasilkan oleh saudara dan saudari sebagai pelajar Kolej Komuniti Pasir Mas
dan Kolej Komuniti Pasir Mas Cawangan Rantau Panjang.  Insyaallah dengan
suasana persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan bersifat
holistik, saudara-saudari akan muncul sebagai pelajar yang matang dan
seimbang dari segi akal dan akhlak.  Ianya merupakan kunci kepada lonjakan 1
sepertimana yang diingini oleh negara yang telah dinyatakan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu melahirkan Graduan Holistik, Berciri
Keusahawanan & Seimbang.

Sekian dahulu dari saya dan tahniah serta selamat datang kepada warga baru
Kolej Komuniti Pasir Mas & Kolej Komuniti Pasir Mas Cawangan Rantau
Panjang bagi Sesi 2, bagi tahun 2022/2023.

You might also like