You are on page 1of 3

Teks Ucapan Perasmian

Majlis Hari Kecemerlangan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Pauh 2023 / 2024

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berusaha ,

Encik Sharizam Bin Shamsudin

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pauh

Encik Muhammad Anuar Bin Mat

Yang di Pertua PIBG

Encik Muhammad Azam Bin Bakar

Naib Yang Dipertua PIBG

Guru-guru Penolong Kanan

Guru-guru dan staf Sekolah Kebangsaan Pauh

Ibu bapa dan murid-murid yang saya kasihi sekalian.


Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama merafakkan rasa syukur ke hadrat

Allah S.W.T kerana dengan limpah inayahNya kita dapat bertemu dalam

Majlis Hari Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Pauh 2023/2024 pada hari

ini.

Tahniah kepada semua penerima anugerah yang telah menunjukkan

kecemerlangan dalam bidang masing-masing. Anda adalah inspirasi kepada

semua orang di sekeliling. Anugerah ini adalah sebagai pengiktirafan atas

usaha gigih dan kecemerlangan yang telah anda tunjukkan.

Tahniah atas kejayaan yang cemerlang .Walau apa pun nama yang diberi

untuk majlis seperti ini, yang pasti Hari Kecemerlangan Sekolah merupakan

satu majlis khas untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah membuktikan

kecemerlangan mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum. Tahniah

juga diucapkan kepada guru-guru dan staf sokongan yang juga akan

menerima anugerah pada hari ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada

pelajar-pelajar dan semua yang menerima anugerah pada hari ini.

Semoga majlis ini berjalan dengan lancar dan memberi semangat kepada

semua pelajar untuk terus berusaha dengan lebih gigih lagi. Sebelum

mengakhiri ucapan saya pada petang ini, saya dengan ini merasmikan Majlis

Hari Kecemerlangan Sekolah, Sekolah Kebangsaan Pauh Tahun 2023 /

2024.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Sekian, terima kasih.

You might also like