You are on page 1of 6

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH

PERTANDINGAN

DAPUR SOLAR SEKOLAH MENENGAH DAERAH KERIAN TAHUN 2014


*************************************************************
Bismillahhirrahmannirrahimm.Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan
Salam Sejahtera
Ucapan
protokol

1. Yang berbahagia__________________________________________________________
2. Yang berusaha Tuan Hj Yusoff bin Hamid, Pengetua SMK Alor Pongsu,
3. Yang berusaha Pn Norizan bt Ismail, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Alor Pongsu
4. Yang di hormati En Tan Teong Ghee, Pegawai Teknik Karnival Sains Daerah Kerian
5. En Jamaludin bin Hamid, Guru Kanan Sains & Matematik SMK Alor Pongsu
6. AJK Pelaksana Pertandingan
7. Hakim-hakim pertandingan
8. Guru-guru pengiring dan para peserta yang dihormati sekalian

Alhamdullillah. bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin Nya pada hari ini, kita
dapat bersama-sama berhimpun di dewan Seri Pongsu bagi meraikan MAJLIS PERASMIAN
PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN DAPUR SOLAR SEKOLAH
MENENGAH DAERAH KERIAN TAHUN 2014
Terlebih dahulu bagi pihak majlis , kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran yang
berbahagia
_______________________________________________________________________
Ucapan alualuan MC 1

serta

hadirin-hadirat sekelian. Semoga dengan kesudian kalian meluangkan masa pada majlis kali ini
dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita khasnya bagi sekolah-sekolah menengah
daerah kerian.
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Bagi menambah keberkatan Majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dibacakan oleh Tn Hj Akyashah bin Mohd Hanapiah. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
Bacaan Doa

************************************BACAANDOA****************************
Amin amin ya rabbal alamin..Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Akyashah
di atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang di rahmati sekalian

Objektif utama pertandingan dapur solar ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar
berkaitan dengan sumber-sumber tenaga alternatif terutamanya tenaga solar.
Ucapan alualuan MC 1
(objektif)

Selain itu, pertandingan dapur solar juga menyemai rasa tanggungjawab terhadap penggunaan
tenaga secara cekap dan bijaksana.

Pada masa yang sama, ianya dapat mempertingkatkan keterampilan dan keyakinan serta
semangat kerjasama di antara pelajar dalam satu pasukan.

Warga dewan yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan mendengar ulasan tentang mutu persembahan rekabentuk pesertapeserta yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Dapur Solar pada tahun ini.
Taklimat
hakim
pertandingan
dan
mengumumk
an pemenang.

Dengan itu majlis mempersilakan Encik Zaidie bt Chee Din selaku Ketua Hakim untuk
memberikan ulasandengan segala hormatnya dipersilakan.

*********************************Ulasan Ketua Hakim***************************

Demikianlah tadi ulasan Pertandingan Dapur Solar yang telah disampaikan oleh Encik Zaidie
bt Chee Din selaku Ketua Hakim pertandingan dapur solar pada kali ini.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih

Hadirin-hadirat sekalian,
Pergi ke pantai mencari lokan,
Rehat berteduh di pohon jati,
Ucapan perasmian kita nantikan,
Mari bersama kita hayati.

Jesteru

majlis

dengan

segala

hormatnya

menjemput

Yang

Berbahagia___________________________________________________________untuk
memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Perasmian Penutupan & Penyampaian
Perasmian
majlis

Hadiah Pertandingan Dapur Solar Sekolah Menengah Daerah Kerian Tahun 2014.

majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

******************************UcapanPerasmian ********************************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang berbahagia
______________________________________________________________________

atas

ucapan dan penyempurnaan Majlis Perasmian Penutupan & Penyampaian Hadiah Pertandingan
Dapur Solar Sekolah Menengah Daerah Kerian Tahun 2014 sebentar tadi.

Pohon ciku pohon bacang


Tumbuh berapit dengan pulasan
Berdegup jantung bertambah kencang
Berdebar hati menunggu keputusan
Penyampaian
hadiah

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,


Kini tibalah masanya untuk acara penyampaian hadiah, sijil dan cenderamata. Sehubungan
dengan

itu,

majlis

dengan

segala

hormatnya

mempersilakan

Yang

Berbahagia

_______________________________________diiringi Tuan Hj Yusoff bin Hamid, Pengetua


SMK Alor Pongsu, bagi menyempurnakan penyampaian hadiah.Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan

Majlis dimulakan dengan penyampaian cenderamata kepada


Cenderamata
hakim

hakim pertandingan. Dengan

segala hormatnya majlis mempersilakan Encik Zaidie bt Chee Din selaku Ketua Hakim (SMK
AGAMA KERIAN ) untuk menerima sijil penghargaan dan cenderamata. Seterusnya dijemput Pn

Ruzilawati bt Yaacob (SMK SRI KURAU) dan Pn Balqis bt Abdul Majid (SMK SELINSING)

Seterusnya majlis menjemput wakil bagi setiap sekolah yang mengambil bahagian untuk
menerima sijil peryertaan.
Dijemput wakil dari
1. SMK PANGLIMA BUKIT GANTANG
2. SMK ALANG ISKANDAR
3. SMK ABU BAKAR AL-BAQIR
4. SMK MUDZAFFAR SHAH
5. SMK KUALA KURAU
6. SMKA KERIAN
7. SMJK KRIAN
8. SABK MAAHAD AL-EHYA ASSHARIF
9. SMK SELINSING
10. SMK PEKAN BARU
11. SMK SRI KURAU
12. SMK BAGAN SERAI
13. SMK ALOR PONGSU
14. SMK SRI PERAK
15. SMK RAJA LOPE
16. SMK GUNUNG SEMANGGOL
17. SMK METHODIST
18. SMK

Warga dewan yang dihormati sekelian,


Penyampaian
pemenang

kini tibalah kepada acara kemuncak majlis pada hari ini iaitu pengumuman keputusan
pertandingan seterusnya penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Diumumkan keputusan pemenang bagi PERTANDINGAN DAPUR SOLAR SEKOLAH


MENENGAH DAERAH KERIAN TAHUN 2014 ,
tempat ke 3 disandang oleh
_________________________________________________________________
Dijemput semua peserta untuk naik ke pentas menerima hadiah

Naib Johan jatuh kepada


_______________________________________________________________________

Dan Johan PERTANDINGAN DAPUR SOLAR SEKOLAH MENENGAH DAERAH KERIAN


TAHUN 2014 di sandang oleh
____________________________________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada _________________________________________________.

Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga, majlis dengan ini mempersilakan Tn Hj Yusoff
bin

Hamid

untuk

menyampaikan

cenderamata

kenang-kenangan

kepada

__________________________________________Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn Hj Yusoff bin Hamid atas penyampaian
cenderamata itu tadi.
Penutup

Dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah sebentar tadi, maka Majlis kita sudah sampai
ke penghujungnya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan sekolah yang berjaya,
manakala yang kurang berjaya di harap tidak berputus asa dan cuba lagi pada tahun hadapan.

Gugur menguning buah kuini,


Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja

Sebarang kelemahan harap dimaafi

Segala kerjasama sangat dihargai


Terima kasih sekalung budi

Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Pertandingan Dapur Solar Sekolah Menengah Daerah
Kerian 2014 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama
dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Seterusnya majlis menjemput Pn Norizan bt Ismail

untuk mengiringi tetamu VIP bagi

menikmati jamuan yang telah disediakan.. dipersilakan.

Dengan

itu

saya

sudahi

dengan

wabillahitaufik

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan terima kasih.

walhidayah

You might also like