You are on page 1of 4

Hukuman Rotan Di Sekolah Dikuatkuasakan Kembali

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Hukuman rotan di sekolah-


sekolah akan dikuatkuasakan kembali bagi membendung masalah
disiplin pelajar, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka
Siong.

Beliau memberitahu Dewan Negara di sini Isnin bahawa perkara
itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Disiplin Kementerian
Pelajaran pada 17 Mac lalu.

"Kementerian akan kembali menguatkuasakan Peraturan-
Peraturan Disiplin Sekolah 1959 khususnya hukuman rotan, dan
kali ini kami akan keluarkan prosedur khusus untuk pelaksanaan
hukuman itu," katanya ketika menjawab satu soalan Senator
Fatimah Hamat.

"Ia termasuk (soal mengenai) siapa yang boleh diberikan kuasa
merotan di samping ibu bapa akan dimaklumkan terlebih dulu,
bila hukuman akan dijalankan," tambahnya.

Katanya mesyuarat itu turut memutuskan untuk melantik warden
tetap di asrama dimana tugas utama mereka ialah menjaga
disiplin pelajar.

Wee berkata pada ketika ini, warden asrama dilantik di kalangan
guru sekolah dengan pemberian elaun khas RM250 sebulan untuk
melaksanakan tugas itu.

Bagaimanapun menurutnya dengan kewujudan jawatan warden
tetap, warden asrama itu akan bertanggungjawab sepenuhnya
memantau serta mengawal disiplin pelajar terutama di asrama.

"Warden tetap itu akan dilantik di kalangan kakitangan
kementerian yang menerima latihan khas bimbingan kaunseling
serta memiliki kemahiran psikologi, dan mereka bertugas 24 jam
di asrama sekolah.

"Kementerian berharap tindakan yang akan dilaksanakan ini akan
dapat mengurangkan kes disiplin pelajar dan memberi kesedaran
kepada ibu bapa tentang peri laku anak mereka di sekolah,"
katanya.
Kementerian Pelajaran Kaji Keperluan Tiga Peperiksaan Awam
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Kementerian Pelajaran
sedang mengkaji keperluan diadakan tiga peperiksaan awam iaitu
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah
Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Timbalan
Menterinya Datuk Dr Wee Ka Siong.

"Kalau kita lihat daripada jumlah peperiksaan awam, adakah perlu
kita adakan tiga peperiksaan awam sehingga ke SPM.

"Di sekolah rendah (umpamanya), biasa kita lihat ibu bapa
mengambil cuti menemani anak-anak mereka menghadapi
sesuatu peperiksaan. Adakah itu yang kita nak?," katanya kepada
pemberita selepas melancarkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala
Lumpur 2009 dan Persidangan Kebangsaan Penerbitan Ilmiah
2009 di sini, Sabtu.

Wee berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai
langkah-langkah yang akan diambil dalam usaha kementerian itu
mentransformasi dan merombak sistem pendidikan negara
menjelang 2010.

Ditanya sama ada kementerian itu akan mengurangkan jumlah
peperiksaan awam yang ada pada masa ini, Wee berkata beliau
tidak menolak kemungkinan jumlah peperiksaan awam itu
mungkin dikurangkan.

"Kita akan melihat semua kemungkinan. Itu yang saya katakan
kalau kita buat peperiksaan berpusat di sekolah bermakna kita
akan kurangkan peperiksaan secara berpusat. Macam UPSR
sekarang (penilaiannya) 100 peratus mungkin kurang pada 30
peratus macam itu, PMR 50 peratus dan SPM 70 peratus,"
katanya.

Wee berkata kementerian itu juga sedang mengkaji semula
pendekataan sistem pendidikan negara sama ada memberikan
penekanan kepada proses pembelajaran atau pencapaian
akademik serta kerja kursus dari segi ko-kurikulum.

"Kita akan nilai. Tidak (akan tertumpu) kepada satu-satu
peperiksaan sahaja," katanya.

Pada 3 Mac lepas, Menteri Pelajaran ketika itu Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan akan mengambil
dua pendekatan yang membawa kepada transformasi dan
rombakan yang radikal kepada sistem pendidikan negara
menjelang tahun 2010 bagi membolehkan ia sesuai dengan
tuntutan semasa khususnya melibatkan murid sekolah rendah dan
pra-sekolah.

Selain membangunkan sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan
(PPK) yang holistik untuk menilai bukan saja pencapaian akademik
pelajar tetapi juga mengambil kira aspek intelek, rohani, jasmani,
emosi dan secara bersepadu.
10 April, 2009 00:34 AM
Hishammuddin Jumpa Muhyiddin Selesai Empat Isu Kementerian
Pelajaran
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Datuk Seri Hishammuddin
Tun Hussein akan berjumpa dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin
pada masa terdekat ini untuk menyelesaikan beberapa perkara
dalam Kementerian Pelajaran dan memastikan kesinambungan
dalam penyerahan tugas tersebut.

Pada pengumuman barisan kabinet baru oleh Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, Hishammuddin dilantik
memegang portfolio Menteri Dalam Negeri sementara Muhyiddin
dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang juga memegang
jawatan Menteri Pelajaran.

Hishammuddin berkata beliau telah berbincang dengan Perdana
Menteri dan antara isu yang akan dibincang dengan Muhyiddin
ialah mengenai kad laporan Pelaksanaan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) tahun ini yang perlu dikeluarkan
secepat mungkin.

"Isu kedua pula ialah laporan PIPP membabitkan sekolah-sekolah
bantuan kerajaaan iaitu empat jenis sekolah - Sekolah jenis
Kebangsaan (SJK) Cina, SJK (Tamil), sekolah mubaligh dan sekolah
agama bantuan kerajaan," katanya kepada pemberita di sini
Khamis.

"Isu ketiga pula ialah tanggungjawab beliau sebagai anggota
Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudyaan
Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) dan akan hadir pada
mesyuarat lembaga eksekutif minggu depan.

"Isu yang keempat pula ialah isu Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang akan
dibentangkan pada jemaah menteri," kata Hishammuddin.

Selepas empat isu tersebut diselesaikan, beliau berkata peralihan
tugas kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Pelajaran itu boleh berjalan lancar.

Apabila ditanya apakah perasaan beliau mengenai portfolio
barunya, beliau berkata ia merupakan satu tanggungjawab berat
dan berharap dirinya tidak akan mengecewakan harapan Perdana
Menteri yang menggunakan pendekatan Petunjuk Prestasi Utama
(KPI) untuk memantau prestasi dan pencapaian setiap enam
bulan.

Mengenai Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang tidak
dilantik memegang apa-apa jawatan dalam barisan kabinet, beliau
berkata: "tidak ada apa yang perlu dibimbangkan".

Tugas Ketua Pemuda bukan tugas yang mudah, jawatan dalam
Pemuda Umno merupakan satu ujian yang besar dan parti
merupakan satu keutamaan, katanya.

Hishammuddin, 48, yang juga Naib Presiden Umno sebelum ini
pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Perusahaan
Utama pada 1997 sebelum bertukar portfolio sebagai Menteri
Belia dan Sukan pada tahun 1999.

Anak kepada Perdana Menteri ketiga Allahyarham Tun Hussein
Onn itu terlibat dalam arena politik sejak berusia 20 tahun ketika
menyertai Umno cawangan Sungai Mati, Johor.

Darah politik yang mengalir dalam tubuhnya telah menyuntik
semangat beliau untuk bertanding pada pilihan raya umum 1995
bagi kerusi Parlimen Tenggara dan berjaya menewaskan calon
Semangat 46 Maidin Khani dengan majoriti 24,518 undi.

Bekas Pengarah Nanyang Press (Malaya) Berhad selama lima
tahun sejak tahun 1991 ini menjadi perhatian anggota Umno
Johor sehingga beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda Umno Johor
pada tahun 1995.

Anak kelahiran Johor ini mengekalkan kerusi Parlimen Tenggara
selama dua penggal sebelum bertukar ke Parlimen Sembrong
pada pilihan raya umum 2004 dan mengekalkan kerusi parlimen
itu selama dua penggal.

Semangat politik yang ada dalam dirinya menjadi batu lonjatan
apabila beliau berjaya memenanggi jawatan Naib Presiden Umno
dengan memperoleh undi sebanyak 1,515 pada pemilihan Umno
bulan lepas.

Suami kepada Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah dan
ayah kepada empat anak, dua lelaki dan dua perempuan ini
memiliki Sarjana Muda Undang-undang (LLB) daripada University
of Wales, United Kingdom pada tahun 1983 sebelum
menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Undang-undang
(LLM) di London School of Economics (LSE), United Kingdom pada
tahun 1988.

14 April, 2009 17:33 PM
Kajian PPSMI Siap Untuk Ke Kabinet
PUTRAJAYA, 14 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin berkata kajian mengenai dasar Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) telah siap dan sedia untuk dibentangkan ke Kabinet.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata Kementerian
Pelajaran bagaimanapun perlu menunggu maklumat balas dan
ulasan daripada semua kementerian yang terlibat.

"Sementara itu, saya tak mahu buat apa-apa kenyataan mengenai
apa keputusan sebenarnya," katanya kepada pemberita selepas
mendengar taklimat daripada pegawai-pegawai kanan
Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menerima nota serah tugas daripada Datuk
Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri.

Muhyiddin berkata beliau belum melihat hasil kajian itu dan
sedang menunggu untuk diberikan taklimat.

Beliau juga meminta pegawai kementerian mengikut contoh
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turun padang tanpa
banyak protokol dan berjumpa dengan kumpulan sasar seperti
guru, pelajar dan ibu bapa.

Katanya pendekatan untuk berjumpa rakyat adalah penting
kerana Kementerian Pelajaran mempunyai kelompok yang
berkepentingan amat ramai sekali iaitu lebih 500,000 kakitangan
dan 5.4 juta pelajar.

"Turun bawah bagi meneliti apa isu dan masalah dan mana yang
boleh diselesaikan dengan cepat di peringkat bawah, maka
eloklah dibuat keputusan," katanya.

Muhyiddin melahirkan penghargaan kepada Hishammuddin yang
telah memimpin kementerian itu lebih lima tahun dan telah
meletakkan asas yang lebih kukuh kepada dasar pendidikan di
negara ini dan beliau berharap dapat meneruskan kerja yang
cemerlang itu.

Terdahulu, pada sidang akhbar berasingan, Hishammuddin
berkata pelantikan Timbalan Perdana Menteri sebagai Menteri
Pelajaran menunjukkan penekanan pucuk pimpinan terhadap
pembangunan modal insan dan keutamaan yang diberikan kepada
pendidikan.
Masalah teknikal: Pelancaran RazakSAT ditangguh
PUTRAJAYA 17 April - Pelancaran satelit RazakSAT yang
dijadualkan pada Selasa ini di Kwajalein Atoll, Republik Kepulauan
Marshall terpaksa ditangguhkan ekoran kerosakan teknikal pada
kenderaan pelancarnya, Falcon 1.
Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk
Abdul Hanan Alang Endut berkata, syarikat Space Exploration
Technology (SpaceX) yang bertanggungjawab melancarkan satelit
itu mendapati data gegaran yang akan dialami oleh RazakSAT
sekiranya dilancarkan tidak mampu ditampung oleh kenderaan
pelancar tersebut.
''Walaupun kenderaan pelancar itu berjaya melalui ujian
pembakaran statik semalam, SpaceX mendapati data gegaran
yang dialami Falcon 1 adalah pada tahap yang kurang selamat
untuk RazakSAT dilancarkan.
''Bagaimanapun, RazakSAT telah melalui kerja-kerja persiapan
akhir untuk pelancaran dengan licin dan sempurna sejak beberapa
minggu lalu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini,
hari ini.
Satelit penderiaan negara yang kedua itu akan ditempatkan dalam
kedudukan Orbit Hampir Khatulistiwa (NEO) dengan kawalan misi
di Ibu Pejabat SpaceX di Los Angeles.
Ia akan mengambil alih fungsi TiungSat-1 yang tamat tempoh
penggunaannya beberapa tahun lalu dengan kelebihan
merakamkan imej empat hingga tujuh kali dalam tempoh sehari.
Sehubungan itu, Abdul Hanan memberitahu, kerja-kerja teknikal
yang perlu dilakukan kepada kenderaan pelancar tersebut
dijangka mengambil masa kira-kira enam minggu.
''Tarikh pelancaran baru akan diumumkan sebaik sahaja Falcon 1
didapati sedia dan selamat untuk dilancarkan," katanya.
Tambah guru lelaki untuk bendung masalah disiplin
M. JASNI MAJED Bukit Kapar, Selangor
MUSIM dera-mendera di sekolah muncul lagi. Selepas isu ini
senyap seketika 2008, kini timbul pula masalah yang sama. Tidak
cukup dengan isu gengster di dalam dan luar sekolah, pelajar-
pelajar senior seolah-olah sedang membentuk gengsterisme di
asrama sekolah pula.
Kita tidak tahu siapa yang merekrut atau membentuk kumpulan-
kumpulan samseng di sekolah sehingga pelbagai tindakan di luar
dugaan atau batas kemanusiaan berlaku di sekolah, sedangkan
sekolah sebagai institusi pendidikan yang bakal melahir generasi
berilmu bukannya kumpulan samseng.
Bulan lepas, berlaku kes melibatkan pergaduhan di salah sebuah
sekolah menengah di Kapar, Selangor dan juga di sebuah sekolah
menengah di Mukah.
Belum pun selesai kes buli di Mukah yang mana mendapat liputan
meluas sehingga disebarkan di Internet, berlaku pula kes yang
seakan-akan sama di Marang, Terengganu.
Kita tidak tahu sampai bila masalah ini akan berterusan yang
mampu mencalarkan imej sekolah dan juga institusi pendidikan.
Kita juga bimbang ibu bapa akan tawar hati membenarkan anak-
anak mereka tinggal di asrama sekolah kerana dikhuatiri akan
dibelasah oleh pelajar senior. Hanya kerana kes-kes kecil,
keselamatan anak-anak mereka terancam.
Kita juga tentunya bimbang kalau-kalau pihak polis terpaksa pula
melebarkan tugas mereka sampai ke sekolah, sedangkan tugas
mereka di luar pun berlonggok-longgok.
Kita juga tentunya risau akan masa depan sebahagian pelajar
sekolah kerana terpaksa menghabiskan banyak masa untuk
menyelesaikan masalah peribadi dan bukannya terhadap
pelajaran. Apa tidaknya, mana-mana pelajar yang terlibat dengan
kes disiplin di sekolah, masa mereka banyak terbuang di bilik guru
disiplin, bilik guru besar dan juga sampai ke balai polis jika kes-kes
tersebut membabitkan kecederaan.
Saya berpendapat, sudah sampai masanya pendekatan baru mesti
dikenakan ke atas pelajar-pelajar sekolah seperti kata Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd. Dom, tiada
kompromi dalam melaksanakan tindakan disiplin terhadap
masalah yang dicetuskan oleh pelajar di sekolah demi
meningkatkan imej sekolah.
Tindakan yang setimpal dengan kesalahan atas dasar mahu
membimbing dan mahu memberi pengajaran kepada pelajar-
pelajar lain supaya mereka tidak berani melakukan kesalahan
adalah wajar dilakukan.
Sehubungan itu, guru-guru di sekolah tidak kira sama ada guru
biasa mesti mengambil pendekatan proaktif dalam menjalankan
tanggungjawab mereka untuk membentuk disiplin pelajar.
Melepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru disiplin dan
guru besar belum tentu dapat menyelesaikan pelbagai masalah
yang ditimbulkan oleh pelajar sekolah.
Di samping itu, bagi pelajar di asrama, peranan warden asrama
sangat penting dalam menangani setiap salah laku pelajar
termasuk membayangkan pelbagai kemungkinan yang boleh
berlaku di kalangan penghuni asrama. Penting juga menambah
jumlah warden dan ketua asrama di kalangan pelajar supaya
pelbagai masalah dapat diatasi.
Dalam pada itu, saya juga berpendapat bahawa sudah sampai
masanya jumlah guru lelaki ditambah bilangannya di sekolah
untuk membendung masalah disiplin. Senario sekarang adalah di
kebanyakan sekolah, jumlah guru wanita lebih ramai sehingga
melebihi 70 peratus.
Malah nisbah antara guru dengan pelajar juga sangat tinggi iaitu
seorang guru untuk mengawal lebih 30 pelajar. Ada sesetengah
sekolah yang mempunyai nisbah hampir 40 atau lebih 40 orang
pelajar bagi seorang guru.
Langkah kementerian hendak mengurangkan nisbahnya menjadi
1: 20 tidak lama lagi merupakan satu langkah bijak dan dianggap
dapat meringankan masalah disiplin di sekolah di samping
memberi kebaikan dalam pelbagai aspek lain.
Kementerian juga mestilah memikirkan kaedah untuk menarik
minat golongan lelaki menjadi guru supaya dapat dikurangkan
perbandingan ketara jumlah guru lelaki dan wanita bagi setiap
sekolah.
Kesimpulannya, masalah disiplin di sekolah merupakan masalah
bersama tidak kira oleh guru-guru, ibu bapa, masyarakat sekeliling
dan juga pelajar itu sendiri.
Walaupun sedikit sahaja jumlah pelajar bermasalah, tetapi ia
mampu menjadi satu masalah dan ancaman kepada institusi
pendidikan. Tidak kita nafikan, di setiap sekolah, lebih ramai
pelajar yang baik dan mahu belajar. Mereka ini sebenarnya turut
memainkan peranan membentuk disiplin di sekolah kerana jika
mereka susah belajar kerana di kalangan rakan mereka ada yang
bermasalah, masalah itu mampu diatasi oleh mereka, supaya
mereka tidak bermasalah hendak belajar.
Kegagalan ibu bapa memantau pergerakan anak antara faktor
penyumbang masalah salah laku

KEBELAKANGAN ini masalah disiplin di kalangan pelajar semakin
membimbangkan dan jika keadaan itu berterusan ia dikhuatiri
boleh menimbulkan suasana yang tidak selamat, sekali gus
mengancam keselamatan penuntut lain.

Terkini kes buli yang dilakukan sekumpulan pelajar Tingkatan Tiga
di Sekolah Menengah Kebangsaan Oya, Dalat, Mukah, Sarawak
benar-benar mencabar kewibawaan Kementerian Pelajaran,
sehingga Ketua Pengarahnya Datuk Alimudin Mohd Dom terpaksa
turun padang bagi menyelesaikannya.

Tahap disiplin membimbangkan ketika ini menyebabkan
Kementerian Pelajaran mengadakan perbincangan dua hala
dengan pihak polis bagi mencari jalan menangani kes berkenaan
agar tidak berlarutan.

Mungkin sesetengah pihak terutama ibu bapa menganggap
disiplin pelajar tanggungjawab sekolah, manakala guru pula
mengharapkan ibu bapa yang sepatutnya mendisiplinkan anak
mereka.

Trend sekarang ialah ada ibu bapa mempertahankan pelakuan
buruk anak mereka walaupun tahu perkara yang dilakukan salah,
namun ia seperti sudah menjadi kebiasaan.
Sebagai contoh, Berita Harian menerima aduan menerusi emel
menyatakan seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah
dimarahi bapa pelajar kerana anak lelaki berkenaan menghisap
rokok.

Pelajar terbabit belajar di sekolah sama di tempat guru disiplin
bekerja dan lebih memilukan apabila bapa pelajar itu mengaku
membenarkan anaknya merokok kerana trend remaja sekarang.

Jika seorang bapa tidak menunjukkan teladan baik kepada
anaknya, bagaimana pula anak yang dipertahankan itu?
Semestinya akan bertindak lebih agresif kerana merasakan
perbuatannya mendapat pembelaan bapa sendiri.

Adakah tugas guru terhenti di kawasan sekolah saja? Adakah ini
yang dikehendaki masyarakat iaitu dengan menghalalkan
perlakuan negatif serta mengambil sikap 'tidak mengapa'
terhadap perkara sebegini?
Ibu bapa sekarang terlalu memanjakan anak sehingga ada yang
takut anak sendiri. Mereka khuatir anak akan memberontak,
sekali gus lari dari rumah.

Mengulas perkara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan
Ibu Bapa dan Guru Nasional, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali
Hassan, merumuskan kebanyakan aduan diterima pihaknya ialah
disebabkan kurang kerjasama antara ibu bapa dan guru.

Beliau berkata, jika perbincangan selalu diadakan, masalah tidak
puas hati mengenai hukuman dijatuhkan tidak wujud, sekali gus
hubungan erat dapat dijalinkan.

Katanya, mungkin pihak sekolah boleh mengadakan Hari Bertemu
Pelanggan bagi memberi peluang ibu bapa mengemukakan
masalah membabitkan anak mereka, tidak hanya pertemuan pada
hari penyampaian anugerah saja.

Ibu bapa jangan hanya menuding jari, kemudian menyerang guru
atau mengambil tindakan mahkamah disebabkan perkara kecil
yang sepatutnya diselesaikan di peringkat dalaman.

Tindakan undang-undang adalah pilihan terakhir jika tiada
penyelesaian lain.

Kegagalan ibu bapa memantau pergerakan anak juga menjadi
penyumbang masalah salah laku pelajar, katanya kepada Berita
Harian, baru-baru ini.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bangsar, Nordin
Yaman, berkata kejadian seperti itu adalah asam garam guru
disiplin.

Beliau, yang berkhidmat sejak 29 tahun lalu mengaku pernah
diugut bapa pelajar ketika memegang jawatan itu di sebuah
sekolah di ibu negara.

"Bagi mengelakkan perkara ini berulang, sistem rekod prestasi
serta disiplin pelajar dapat dijadikan bukti mengenai perilaku
mereka sama ada di sekolah," katanya.

You might also like