You are on page 1of 3

MATA KUANTAN MATA AMEC

14, Jalan Putra Square 7, O-J-T Centre


Putra Square, Sapura Aero Hangar,
25200 Kuantan, Senai Aviation Park,
Pahang, Malaysia Senai International Airport,
81250 Johor Bahru,
Johor, Malaysia
+609 5133 932 (Office)
+607 5900 156 (Office)
+609 5133 936 (Fax)

Ruj Kami : MT/CEO/160-18/HEBAHAN/(080)


Tarikh : 03 Oktober 2018

KENYATAAN RASMI
JUSTIFIKASI SITUASI AKADEMI LATIHAN PENYENGGARAAN PESAWAT MALAYSIAN
AVIATION TRAINING ACADEMY (MATA).

Malaysian Aviation Training Academy Sdn Bhd (MATA), merupakan sebuah


syarikat berlesen dan institusi Approved Training Organisation “ATO”daripada
Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang menawarkan lesen CAAM
Part 66, Kategori A1 dan B1.1, dimana sekarang telah mempunyai lebih kurang
1,000 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar tajaan MARA, Jabatan
Pembangunan Kemahiran, Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan
Malaysia dan pembiayaan peribadi. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh
bumiputera dengan pengambil alihan saham oleh Dato’ Sulaiman Dahlan,
Pengarah Eksekutif Kumpulan MATA, dan kini memiliki kapasiti sejumlah 100 orang
tenaga pekerja kesuluruhan. MATA kini merupakan pemain ATO terbesar di
Malaysia dengan penguasaan pasaran sebanyak 32.5%. Dengan komitmen yang
tinggi dalam usahasama menyokong hasrat kerajaan menjadi pusat MRO 2030,
MATA telah menubuhkan Aviation Maintenance Experience Center (AMEC) pada
Oktober 2015 selepas mendapat pentauliahan daripada CAAM, bertempat di
Senai Airport Terminal dengan potensi kapasiti maksimum sebanyak 450 orang
pelajar yang bertujuan untuk menjalani latihan intensif “On-Job-Training” kepada
para pelajar bagi memastikan tenaga kerja yang dilahirkan memenuhi standard
industri sebenar.

2. Bermula tahun 2016, MATA dan juga industri pendidikan swasta mahupun
awam di Malaysia, telah mengalami masalah dari segi kewangan dan
pembiayaan pelajar semenjak daripada pengurangan bajet oleh pihak kerajaan
bagi sektor pendidikan. Tahun 2018 merupakan tahun yang paling mencabar bagi
pihak kami terutamanya dari segi faktor kekangan kewangan yang berlanjutan
susulan dari hujung tahun 2017. Pertama sekali, untuk pengetahuan anda, MATA
telah diminta untuk mengosongkan premis hangar di Senai oleh pihak Dilog Training
& Services (DTS) pada bulan September 2018 atas sebab tiada konsistensi dalam

MALAYSIAN AVIATION TRAINING ACADEMY SDN BHD CCM : 691963-D | DCAM : ATO/2017/03 | JPK : L02251
MATAaviation.com.my facebook.com/MATAaviation enquiry@MATAaviation.com.my
pembayaran bulanan (failed to normalize the rental payments) serta pihak DTS
telah mendapat pihak lain untuk menyewa premis hangar tersebut. Justeru itu,
semua latihan “On-Job-Training” terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu
dan MATA berusaha untuk mencari premis yang baru bagi meneruskan semula
latihan industri yang telah ditunda. (Sila rujuk lampiran A – Surat DTS).

3. Sejajar dengan ini, MATA telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya


dalam menguruskan empat kohort, iaitu 400 pelajar kolej vokasional di bawah
program kursus penyenggaraan pesawat yang bermula pada tahun 2012. Bermula
dari penghujung tahun lepas, pihak BPTV telah membuat pembayaran secara
tidak konsisten yang dimana membawa kepada pertambahan kos operasi syarikat
yang tinggi dalam memastikan pelajar-pelajar mendapat khidmat yang
sebaiknya. Seperti yang anda sedia maklum, pihak Admal juga telah
menggantung pelajar program kolej vokasional mereka diatas sebab kekangan
pembayaran daripada pihak BPTV. Admal telah membuat satu penerangan
ringkas menerusi satu kenyataan akhbar seperti berikut; ‘It has been 7 months since
we receive any payments from the BPTV. We have already outlaid
accommodation, 5 meals a day, transportation and not to mention trainer cost and
college facilities for 7 months, without nay support and sympathy from the
Government. We had no other choice but to extend the student’s holidays
effective from 27th August until now. We could not afford the cost of 197 students
anymore’. (Sila rujuk lampiran B – Kenyataan Akhbar Admal)

4. Selain itu, pihak Kolej Yayasan Melaka (ICYM) mempunyai tunggakan


pembayaran terhadap MATA yang berjumlah hampir RM 240,000.00. Sebagai
penyedia pusat latihan untuk industri “On-Job-Training”, pihak ICYM telah
menandatangani kontrak latihan setahun dengan MATA bermula pada Januari
2018, dimana mereka akan menghantar seramai 200 pelajar ke Senai, Johor.
Namun demikian, pihak ICYM gagal menjelaskan pembayaran untuk 100 pelajar
yang memulakan latihan industri pada bulan Januari 2018 sehingga Ogos 2018.

5. Isu pelajar dibawah tajaan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran


(PTPK) juga merupakan salah satu isu dalam kekangan kewangan MATA dimana
11 orang pelajar (kemasukan Februari 2017), tidak menerima bantuan kewangan
daripada pihak tersebut. Selepas setahun latihan, para pelajar bersama MATA

MALAYSIAN AVIATION TRAINING ACADEMY SDN BHD CCM : 691963-D | DCAM : ATO/2017/03 | JPK : L02251
MATAaviation.com.my facebook.com/MATAaviation enquiry@MATAaviation.com.my
telah membuat rayuan terhadap pihak PTPK namun maklumbalas yang diterima
adalah untuk menamatkan pengajian kesemua mereka. Atas dasar
perikemanusiaan, MATA menolak cadangan yang diberikan oleh pihak tersebut
malah berikhtiar untuk mendapatkan tajaan daripada pihak institusi kewangan
yang lain.

6. Lanjutan daripada itu, MATA telah tidak mampu untuk membayar gaji pekerja
yang kini telah tertunggak selama 4 bulan termasuk tunggakan sewaan di dua
pusat operasi iaitu di Senai dan Kuantan. Walaupun MATA telah berjaya
menurunkan kos sewaan hangar di Senai, pihak kami masih tidak mampu untuk
melakukan pembayaran sewaan tersebut. Jelaslah bahawa kos operasi dalam
sektor penerbangan menelan belanja yang tinggi di Malaysia.

Berdasarkan perkara-perkara diatas, tindakan tersebut telah menyebabkan MATA


mengalami krisis kewangan dan juga kemerosotan dalam menjalankan
perkhidmatan terhadap pendidikan pelajar.

Sokongan dan dokongan berterusan daripada pihak anda amatlah kami hargai.

Sekian,
Terima Kasih.
Malaysian Aviation Training Academy (MATA).

MALAYSIAN AVIATION TRAINING ACADEMY SDN BHD CCM : 691963-D | DCAM : ATO/2017/03 | JPK : L02251
MATAaviation.com.my facebook.com/MATAaviation enquiry@MATAaviation.com.my

You might also like