You are on page 1of 11

EPPM3533 OPERASI SYARIKAT INSURANS DAN TAKAFUL

Pakar Pengunderaitan
oleh

Nurul Aqilah Binti Salleh


A147994

DR. RUBAYAH YAKOB

Isi Kandungan

Bil
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0
7.0
8.0

Keterangan
Latar Belakang Kerjaya Pakar Pengunderait
Spesifikasi Tugas dan Laluan Kerjaya
Peluang dan Cabaran
Biasiswa dan Tajaan
Syarat dan Kelayakan
Cara Memohon Kerja
Ciri-ciri Pengunderait
Penutup
Rujukan
Lampiran

m/s
2
3-4
4
4
5
5
6
7
8
9 - 10

1.0 Latar Belakang Pakar Pengunderaitan


1

Apabila ejen insurans berjaya mendapatkan pelanggan, mereka memerlukan bantuan


jabatan pengunderaitan bagi menilai dan menganalisa permohonan pelanggan itu sebelum
polisi insurans dikeluarkan.
Jabatan pengunderaitan adalah satu bahagian penting dalam sebuah syarikat insurans.
Eksekutif dan pegawai pengunderaitan diperlukan bagi menilai permohonan perlindungan
insurans. Mereka juga mencadangkan syarat-syarat dan jenis-jenis perlindungan yang sesuai
serta membuat keputusan sama ada calon itu layak diinsuranskan atau sebaliknya.
Tugas mereka mempunyai impak yang besar kepada pendapatan syarikat insurans.
Sekiranya jabatan pengunderaitan mengenakan syarat yang ketat ia boleh menjejaskan
pendapatan syarikat kerana sedikit sahaja polisi insurans yang dikeluarkan. Sebaliknya jika
jabatan pengunderaitan terlalu longgar dengan saringannya, ini pula meningkatkan bilangan
tuntutan insurans dan ini merugikan syarikat terbabit. Objektif utama pengunderaitan adalah
mengurangkan kerugian kepada syarikat insurans dan membantu meningkatkan keuntungan.
Oleh itu jabatan pengunderaitan perlu bijak mengimbangi dan menilai setiap
permohonan insurans supaya ia tidak memberi impak yang negatif kepada kedudukan
kewangan syarikat insurans. Pada masa sekarang ada banyak syarikat insurans yang
menggunakan perisian computer bagi menganalisa permohonan-permohonan ini. Ia dapat
membantu eksekutif penunderaitan dalam kerja-kerja mereka kerana kaedah ini lebih
objektif, tepat dan cepat.

2.0 Spesifikasi Tugas dan Laluan Kerjaya


2

Pengunderaitan boleh juga menawarkan perlindungan dengan syarat-syarat standard


iaitu yang biasa diletakkan dalam polisi insurans tersebut. Sekiranya perlu, mereka juga boleh
mengenakan syarat-syarat tambahan. Contohnya, dalam kes permohonan insurans kesihatan,
pemohon adalah penghidap diabetes, oleh itu, pengunderait mungkin mencadangkan bagi
premium tambahan ataupun bertindak mengecualikan perlindungan bagi penyakit itu.
Penguderait juga boleh mencadangkan supaya sebahagian risiko diinsuranskan
semula. Ini biasanya berlaku dalam kes perlindungan harta benda ataupun liabiliti yang besar.
Penguderait juga boleh mengkhususkan bidang-bidang atau jenis insurans yang
hendak diunderait. Ada pengunderait yang hanya mengunderait insurans hayat ataupun
insurans harta sahaja. Pengkhususan ini boleh meningkatkan kepakaran serta pengalaman
mereka dalam bidnag tersebut dan dengan itu adalah lebih mudah mengikuti tren-tren
ataupun hal-hal semasa yang berlaku.
Secara umumnya, berikut adalah skop perkhidmatan perngunderait :
1.
2.
3.
4.

Menilai permohonan ataupun cadangan perlindungan insurans.


Mengumpul dan menyelidik maklumat latar belakang permohonan itu.
Mengira dan menganggarkan nilai premium yang patut bagi premium itu.
Mengkaji risiko yang hendak dilindungi. Bekerjasama dengan jabatan aktuari dan
jatan tuntutan bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang permohonan itu.
5. Menilai sama ada risiko itu perlu diinsuranskan semula.
6. Berhubung dengan pihak yang berkenaan dengan risiko yang hendak dilindungi
seperti doctor pakar juruukur dan sebagainya.
7. Mengenakan syarat-syarat tambahan sekiranya perlu.
8. Meneluarkan kertas cadangan sebut harga premium.
9. Memastikan harga premium berpatutan dan kompetitif.
10. Berjumpa dan berunding dengan pelanggan ataupun broker tentang terma dan
syarat perlindungan insurans tersebut.
11. Seterusnya, jika ia dipersetujui, menyediakan kontrak dan polisi insurans tersebut.
12. Menyampaikan keputusan permohonan perlindungan insurans bagi pihak syarikat
kepada pelanggan iaitu permohonan diluluskan ataupun sebaliknya.
Eksekutif muda pengunderait biasanya diletakkan di bawah seliaan seorang eksekutif
kanan. Mereka diperkenalkan kepada bidang insurans, produk-produknya serta pelbagai lagi
melalui kursus-kursus pendek dalaman. Pada peringkat permulaan mereka ditugaskan
mengutip dan mengumpul maklumat pemohon-pemohon insurans.
Mereka mungkin juga diberi panduan menilai permohonan yang biasa-biasa dan
mudah-mudah terlebih dahulu. Setiap kerja mereka dioantau oleh penyelia yang berkenaan.
Selain itu, mereka juga didedahkan perlahan-lahan kepada kes-kes tuntutan insurans supaya
mereka memahami konsep risiko dan kerugian.
Syarikat insurans yang besar cenderung juga membahagikan skop pengunderaitan
kepada dua jenis iaitu staff underwriter dan line underwriter.
3

Staff underwriter bertugas di ibu pejabat dan skop tugas mereka ialah menyelia kerjakerja line underwriter, menggubal polisi pengunderaitan syariakt, mengkaji strategi harga dan
premium insurans, memeriksa dan mengaudit pengunderaitan, menyediakan tatacara kerja
pengunderaitan serta memberikan latihan dan pendidikan kepada line underwriter.
Line underwriter ataupun desk underwriter pula bertugas di bahagian operasi dan
cawangan-cawangan syarikat insurans. Mereka bertemu pelanggan pada setiap hari dan skop
kerjanya ialah menilai permohonan perlindungan insurans.
Syarikat insurans multi nasional ada menyediakan program khas dan teratur bagi
melatih pekerja jabatan pengunderait. Program ini mungkin mengambil masa 6 bulan hingga
setahun. Para eksekutif muda ini didedahkan secara beransur-ansur kepada kes yang lebih
besar dan kompleks. Seorang pengunderait yang berpengalaman bernilai kepada sesebuah
syarikat insurans.

3.0 Peluang dan Cabaran

Pakar pengunderait diperlukan selagu industri insurans masih wujud. Pakar


pengunderait penting kepada perkembangan industri ini kerana keputusan sama ada
mengambil atau meneruskan sesuatu bisnes yang baru terletak di atas penilaian mereka.
Cabaran profesion ini ialah kehadiran aplikasi teknologi maklumat yang canggih dan lebih
kos efektif. Perisian ini mampu memberi ancaman kepada pengunderait kerana mereka
mungkin tidak diperlukan lagi. Dengan hanya menekan butang, kesemua proses
pengunderaitan boelh disiapkan dalam beberapa minit sahaja. Ia dapat mengurangkan
kesilapan, kos dan keputusannya lebih objektif.

4.0 Biasiswa dan Tajaan

Tiada biasiswa khusus bagi bidang ini. Namun jika kkta bekerja dengan syarikat
insurans, mungkin majikan menyara kos bagi menghadiri kurusus-kursus pengunderaitan dan
kursus-kursus professional MII dan CII.

5.0 Syarat dan Kelayakan

Kerjaya sebagai eksekutif pengunderait tidak memerlukan ijazah khusus dalam


bidang insurans ataupun pengunderaitan pada peringkat permulaannya. Kelulusan diploma
atau ijazah dalam mana-mana bidang seperti perakaunan, ekonomi, bisnes atau bidang lain
juga boleh menceburi bidang ini. Kelulusan sijil, diploma atau ijazah dalam bidang insurans
ataupun berkaitan adalah satu kelebihan.
Setakat ini tidak ada kursus professional khas bagi bidang pengunderaitan di
Malaysia. MII ada menganjurkan kursus pendek dan seminar dari semasa ke semasa. Kita
boleh mengikuti kursus MII atai CII bagi kerjaya ini.
Malaysian Insurance Institute (MII) ialah satu badan yang mengadakan pelbagai
program pendidikan dan latihan dalam bidang insurans dan berkaitan seperti aktuari,
pengurusan risiko, insurans hayat, pelaburan, dan perancangan kewangan.
Chartered Institute of Insurance (CII) adalah sebuah organisasi professional khusus
dalam bidang insurans am dan kewangan. Onjektif utamanya ialah mempromosikan bidang
insurans am dan kewangan. Bagi memenuhi tujuan ini ia menyediakan pelbagai kursus serta
latihan bertaraf professional.
Bagi yang berminat mendalami ilmu kepakaran khusus pengunderaitan sama ada
dalam bidang insurans am ataupun insurans hayat, ianya boleh diikuti di luar negara. The
American Institute of Insurance (AII) ada menawarkan kursus Chartered Property Casualty
Underwriters (CPCU). Kursus ini bertaraf professional dan mempunyai syarat-syarat
kelayakan dan kelulusa yang amat ketat. Kursus ini sesuai bagi bidang insurans am.
Manakala bagi bidang insurans hayat pula, kursus professional Chartere Life
Underwriter (CLU) boleh diikuti di The American College, USA.

6.0 Cara Memohon Kerja

Iklan jawatab biasanya dipaparkan pada akhbar-akhbar utama di Malaysia. Kita juga
boleh melayari laman-laman web syarikat insurans dan laman web persatuan-persatuan
insurans seperti PIAM, LIAM dan MII.

7.0 Ciri-ciri Seorang Pengunderait

7.1 Penguasaan ilmu insurans yang baik


Pemahaman yang baik tentang konsep-konsep risiko, prinsip-prinsip insurans dan
jenis-jenis produk insurans adalah kritkal dalam kerjaya ini. Kita tidak mungkin mampu
membuat penilaian yang sempurna jika tidak menguasai ilmu bidang ini dengan baik. Selain
itu, isu-isu semasa dan undnag-undang yang berkaitan dengan bidang insurans juga perlu
difahami.
7.2 Kemahiran interpersonal dan komunikasi
Kerjaya ini memerlukan kita untuk bertemu pelanggan, broker dan juga berhubung
dengan pelbagai pihak. Kemahiran interpersonal juga boleh memudahkan perkara yang sukar
dan mendekatkan jarak yang jauh. Jika wujud hubungan baik dengan jabatan-jabatan lain
maka kerja-kerja untuk mendapatkan maklumat dan penyelidikan lebih mudah dan cepat
untuk dijalankan. Selain itu, kemahiran komunikasi dalam sekurang-kurangnya dua bahasa
utama komersial iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris membantu. Kita perlu menguasai
bahasa-bahasa ini secara lisan dan bertulis dengan baik dan fasih. Kerjaya ini juga melibatkan
penyediaan dan penyampaian cadangan-cadangan perlindungan dan premium kepada
pelanggan.
7.3 Kemahiran menganalisa dan mengkaji maklumat
Apabila meniali sesuatu permohonan, pengunderait perlu menyelidik latar belakang
pemohon dan mengkaji risiko perlindungan yang dipinta. Bagi permohonan yang kompleks,
kajian dan analisa yang teliti perlu dibuat berdasarkan banyak sumber maklumat. Maklumat
ini pula diperoleh daripada pelbagai sumber seperti jabatan-jabatan dalaman syarikat
insurans, internet, akhbar, dan pangkalan-pangkalan data lain. Pengunderait mesti berupaya
merumus dan melihat tren-tren masa lalu dan juga mungkin meminta bantuan pakat aktuari
bagi meramal masa hadapan kerugian daripada perlindungan itu. Oleh itu, kerjaya ini sesuai
bagi mereka yang minat dan mampu mengolah maklumat di hadaoan computer dan laporanlaporan bertulis.
7.4 Celik teknologi
Kecanggihan teknologi masa kini banyak membantu kerjaya ini. Kini sebahagian
aktiviti menilai permohonan perlindungan ruti mampu dilakukan oleh perisian computer.
Eksekutif pengunderait boleh menumpukan kepada kes-kes yang lebih kompleks dan besar.
Namun mereka juga perlu celik teknologi dan memahami cara kerja perisian canggih ini.
Pegawai pengunderait masih perlu menggunakan perisian word,excel dan power point bagi
menyiapkan laporan dan cadangan mereka.

8.0 Penutup

Industri insurans dan takaful dijangka memainkan peranan yang penting di dalam
sector kewangan di Malaysia pada masa hadapan. Apabila Malaysia menuju ke tahap Negara
maju, maka keperluan kepada perlindungan insurans akan meningkat. Kesedaran tentang
pengurusan risiko dan faedah pengurusan kewangan menyebakan permintaan terhadap
produk-produk insurans meningkat. Namun begitu, kewujudan peluang bagi mana-mana
jawatan ataupun kepakaran di dalam industry ini sedikit sebanyak bergantung kepada prestasi
ekonomi Negara ini. Sekiranya ekonomi tidak memberangsangkan, rakyat perlu membuat
pilihan terhadap perbelanjaan seharian mereka. Biasanya soal perlindungan insurans
diketepikan terlebih dahulu. Mereka memberi tumpuan kepada perbelanjaan seharian sahaja.
Jika ini berlaku perkembangan industry insurans menjadi perlahan dan ia memberi impak
yang negatif kepada seluruh penjawat dan pengamal bidang ini. Walau bagaimanapun,
industri insurans satu-satunya industri yang mampu memberi banyak peluang pekerjaan dan
perniagaan kepada rakyat Malaysi.

Rujukan
7

1. Kerjaya Dalam Bidang Insurans , Nor Azila Zainal Abidin,2008


2. http://www.insurance.com.my
3. http://www.cii.co.uk/cii.aspx
4. http://www.piam.org.my/
5. http://www.liam.org.my/

Lampiran
8

Rajah 1. Laluan Pengajian Pakar Pengunderait

Rajah 2. Laluan Kerjaya Pengunderait

Rajah 3. Contoh Iklan Pengurus Pengunderait


9

10

You might also like