You are on page 1of 3

1.

2 Profil Syarikat
Media Prima Berhad (MPB) merupakan syarikat penyiaran di Malaysia. Syarikat
Media Prima Berhad (MPB) ini di pengerusikan oleh Datuk Johan Jaafar. Pengarah
pengurusan am pula diketua oleh Dato Amrin Abdullah. Media Prima Berhad merupakan
syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Syarikat Media Prima Berhad mempunyai banyak
anak syarikat di bawahnya seperti syarikat televisyen, radio dan surat khabar. Dalam Syarikat
penyiaran televisyen Media Prima Berhad mempunyai pengarah yang tersendiri untuk
mentadbirnya. Media Prima Berhad juga mempunyai pegangan ekuiti di TV3 dan ntv7 yang
dipengerusikan oleh Dato Sri Ahmad Farid Ridzuan, 8TV dipengerusikan oleh Paul Moss,
TV9 dipengerusikan oleh En. Bukhari Che Muda dan TV5 philifina dipengerusikan oleh
Christopher Sy. Disamping itu, Media Prima Berhad juga mempunyai pegangan ekuiti
sebanyak 98% dalam The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), iaitu sebuah
syarikat penerbitan terbesar di Malaysia dengan tiga akhbar Negara iaitu New Straits Times,
Berita Harian dan Harian Metro. MPB mempunyai pengaruh besar dalam dunia digital
melalui portal hiburan gua.com.my, portal gaya hidup wanita seroja.com.my dan portal
video no.1 Malaysia tonton.com.my yang menyediakan kualiti HD yang tinggi.
Emas merupakan program TV popular yang pertama yang dikeluarkan oleh Media
Prima Berhad (MPB) yang disiarkan di HyppTV dan ABN. MPB juga mempunyai tiga stesen
radio yang disiarkan dalam tiga jenis bahasa iaitu Fly Fm dalam bahasa Inggeris, Hot FM
dalam bahasa Melayu dan one FM dalam bahasa Cina.

1.2.2 Latar Belakang Penubuhan


Dalam sesebuah syarikat atau perniagaan pastinya mempunyai tarikh ianya
ditubuhkan. Tidak terlepas peluang bagi Media Prima Berhad yang menampak dalam bidang
penyiaran sedikit demi sedikit sehingga menjadi syarikat mega kini. Setiap saluran penyiaran
pasti mempunyai tarikh yang berbeza ianya ditubuhkan tidak kira dalam bidang penyiaran
televisyen, radio mahupun surat khabar.
Dibawah merupakan tarikh syarikat penyiaran televisyen Media Prima Berhad ditubuhkan:
1. TV3 adalah saluran televisyen yang terawal di bawah Media Prima Berhad. TV3 mula
beroperasi pada 1 Jun 1984.
2. NTV7 sudah lama beroperasi iaitu pada 7 april 1998 namun pada ketika itu NTV7
dimiliki oleh Tiara Jaclina, kemudian Syarikat Media Prima Berhad telah mengambil
alih membeli semua saham. NTV7 mula beroperasi dibawah syarikat Media Prima
Berhad pada 28 okterber 2005.
3. 8TV mula beroperasi pada 1 Januari 2003.
4. TV9 pula mempunyai sejarah tersendiri dimana salurannya banyak terhenti dan hanya
betul-betul beroperasi pada 22 April 2006.
5. TV5 ( Philifina) mula beroperasi pada lewat 2008.
Saluran radio dibawah syarikat Media Prima Berhad mula beroperasi selepas tahun 2000.
Antaranya ialah :
1. Radio yang pertama beroperasi ialah Fly FM iaitu pada 3 Oktorber 2005.
2. Kemudian diikuti oleh Hot FM yang mula beroperasi pada 15 Febuari 2006.
3. Ketiga ialah radio One FM yang baru sahaja beroperasi pada tahun lepas iaitu pada 19
Januari 2009.
Selain itu, Syarikat Media Prima juga mengeluarkan akhbar-akhbar tersendiri bagi
meningkatkan produk yang dikeluarkan sedia ada. Media Prima Berhad mengeluarkan tiga
jenis akhbar dan dalam setiap organisasi akhbar tersebut mempunyai penyunting tersendiri
yang mempunyai bakat besar. Antaranya ialah :
1. Surat khabar The Malay Mail di sunting oleh Yushaimi Maulud Yahya dan Saiful
Azhar Abdullah.
2. Surat khabar Berita Harian pula di sunting oleh Badrul Hisham Othman dan Azizi
Othman.
3. Surat khabar New Straits Time di sunting oleh Hishamuddin Aun.
Dalam anak syarikat akhbar Media Prima Berhad mempunyai penerbit yang tersendiri dan
tarikh beroperasi yang berbeza iaitu :
1. The Malay Mail diterbitkan oleh A.S.A.R yang mula beroperasi pada lewat 1896.
2. Berita Harian diterbitkan oleh Berita Harian Sdn Bhd itu sendiri beroperasi pada 3
Ogos 1957.
3. New Straits Time diterbitkan oleh percetakan New Straits Time sudah lama beroperasi
dari 15 Julai 1845.

Rujukan
http://famidorai.blogspot.my/2010/08/siapa-punya-apa-media-prima-berhad.html
http://www.mediaprima.com.my/about-us/

You might also like