You are on page 1of 2

Berikut merupakan soalan-soalan yang ingin ditanya kepada Takaful Malaysia untuk

Bahagian Pemasaran.
Bahagian Pemasaran
1. Produk takaful di Takaful berorientasikan jualan semata-mata atau berorientasikan
pemasaran? (Matlamat penjualan produk)
2. Fokus utama syarikat mengekalkan pelanggan lama atau mendapatkan pelanggan
baru? Jika mengamalkan kedua-duanya, apa yang Syarikat Takaful Malaysia lakukan
atau dikenali perkhidmatan selepas jualan untuk mengekalkan dan meningkatkan
kesetiaan pelanggan lama?
3. Kawasan demografi yang bagaimanakah yang menjadi sasaran ejen/pemasaran untuk
sesuatu produk Takaful baru dikeluarkan? Kerana pembangunan produk baru adalah
berdasarkan keperluan segmen pasaran.
4. Bagaimanakah Takaful Malaysia membuat keputusan pemilihan saluran penyebaran
terhadap sesuatu produk sama ada produk sedia ada mahupun produk baru?
a) Ejen
b) Broker
c) Pekerja dalaman syarikat
d) Bank
e) Syarikat kad kredit
f) Syarikat diskaun
5. Apabila produk baru dikeluarkan, apakah aktiviti promosi utama yang dijalankan oleh
Takaful Malaysia bagi memperkenalkan produk tersebut?
a) Pengiklanan
b) Promosi jualan
c) Penjualan persendirian
6. Pasaran produk Takaful semakin meningkat kebelakangan ini, syarikat Takaful di
Malaysia pula ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Apakah yang
membezakan produk Takaful Malaysia dengan syarikat takaful lain? Sama ada dari
segi :
a) Kelainan harga
b) Kelainan perkhidmatan ( Sistem pengagihan, harga, komunikasi, tahap
perkhidmatan pelanggan)
7. Bagaimana syarikat Takaful Malaysia mengatasi persaingan jika segmen pasaran
kebanyakan syarikat Takaful adalah sama?

8. Setiap bahagian pemasaran di Syarikat Takaful dipecahkan kepada beberapa jabatan


seperti jabatan

Penyelidikan pemasaran
Pembangunan pemasaran
Maklumat pemasaran
Perancangan pemasaran
Pengiklanan
Promosi jualan
Pentadbiran pemasaran
Hubungan pelanggan

Apakah jabatan yang terdapat di Takaful Malaysia dalam bahagian pemasaran dan
bagaimana interaksinya antara satu sama lain?

9.

Antara kaedah pemasaran kaedah yang manakah yang menjadi fokus utama Takaful
Malaysia dan apakah kelebihan terhadap pemilihan kaedah pemasaran produk t
ersebut.

Bakassurance/ Bankatakaful
Agen
Broker
Financial advisor
Direct marketing
Other (Internet,telemarketing,mails)

You might also like