You are on page 1of 15

Sejarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bermula di bawah Akta

Keselamatan Sosial Pekerja 1969 sebagai sebuah Jabatan Kerajaan pada 1 Januari
1971 di bawah Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat. Pelaksanaan skim perlindungan
PERKESO yang pertama adalah di Johor Bahru iaitu pada 1 Oktober 1971. Pekerja yang
bergaji RM500 dan ke bawah layak untuk mencarum dengan PERKESO bagi majikan
yang mempunyai 5 orang dan lebih pekerja. Majikan membayar caruman bulanan
pekerja menggunakan setem caruman. Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 secara
rasminya telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak pada 1 Julai 1972.

Pencen ilat telah mula diperkenalkan pada tahun 1974. Selain itu, Pada tahun
1974 juga skim perlindungan PERKESO telah diperluaskan sehingga Kuching, Sarawak
dan Kota Kinabalu, Sabah. Pada tahun 1977, penggunaan cek sebagai medium
pembayaran caruman telah diperkenalkan kepada majikan.

Pada 1 Oktober 1980 Skim perlindungan PERKESO berjaya dilaksanakan di seluruh


Semenanjung Malaysia meliputi semua perusahaan yang mempunyai 5 orang pekerja
atau lebih dan bergaji tidak melebihi RM500 sebulan. Pada tahun yang sama juga,
pindaan akta bagi memperluaskan pemakaian Akta kepada perusahaan-perusahaan
yang mengurangkan bilangan pekerja kepada kurang daripada 5 orang dilakukan
.

Tahun 1983

 PERKESO memperkenalkan sistem waran bagi pembayaran berkala kepada penerima


Faedah Hilang Upaya Kekal, Faedah Orang Tanggungan, Pencen Ilat dan Elaun
Layanan Sentiasa.

Tahun 1984
 PERKESO telah mengecualikan pekerja-pekerja tertentu dalam Badan Berkanun dan
Pihak Berkuasa Tempatan daripada liputan PERKESO yang telah memilih Skim Baru
atau dilantik atau terikat di bawah Skim Baru.

Tahun 1985

 PERKESO dijadikan sebuah Badan Berkanun mulai 1 Julai.


 Pencen Penakat mula diperkenalkan pada 1 Januari.
 Faedah Pengurusan Mayat telah ditingkatkan dari RM500 kepada RM1,000.
 Semua pekerja bergaji RM1,000 dan ke bawah adalah layak untuk mencarum dengan
PERKESO bagi majikan yang mempunyai 5 orang dan lebih pekerja mulai 1 Januari.
 Kadar harian minima Faedah Hilang Upaya Sementara dan Kekal dinaikkan daripada
RM2.50 kepada RM8.00.
 PERKESO melancarkan logo baru berbentuk heksagon yang melambangkan fungsi
kerajaan, majikan dan pekerja dalam pembangunan negara.

Tahun 1987

 Keseluruhan negeri Sabah dan Sarawak melaksanakan skim perlindungan PERKESO


mulai 1 Ogos.
 Kadar harian minimum Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya
Langsung yang kekal dan Faedah Orang Tanggungan ditingkatkan dari RM2.50 kepada
RM8.00.
 Pekerja diberi pilihan untuk mengambil 1/5 daripada bayaran berkala sebagai bayaran
pukal bagi taksiran melebihi 20% untuk hilang upaya kekal.
 Takrif anak diperluaskan meliputi semua kategori anak termasuk anak angkat di bawah
umur 21 tahun.
 Melonggarkan syarat kebergantungan bagi duda dan ibubapa bagi kelayakan Pencen
Penakat dan Faedah Orang Tanggungan di bawah kedua-dua skim.
 Kelayakan automatik kepada pekerja yang layak di bawah Akta tanpa memerlukan
pendaftaran oleh majikan terlebih dahulu.
 Meningkatkan kadar harian Faedah Hilang Upaya Sementara dari 70% kepada 80%.
 Faedah Hilang Upaya Langsung Kekal dan Faedah Orang Tanggungan dinaikkan
daripada 70% kepada 90% daripada gaji harian purata anggapan.
 Kadar Pencen Ilat ditetapkan diantara 50% sehingga 65%.
 Memperluaskan liputan Akta kepada majikan yang menggaji 5 orang atau lebih tanpa
mengira had gaji. Walau bagaimanapun hanya pekerja yang bergaji RM1000 ke bawah
sahaja yang layak diliputi.

Tahun 1992

 PERKESO telah diasingkan daripada Sistem Saraan Baru Kerajaan dan Sistem Saraan
Baru PERKESO telah diperkenalkan.
 Semua pekerja bergaji RM2,000 dan ke bawah adalah layak untuk mencarum dengan
PERKESO walaupun majikan mempunyai seorang pekerja. Manakala, pekerja yang
mempunyai gaji melebihi RM2,000 adalah diberi pilihan untuk mencarum.
 Perlindungan kemalangan perjalanan (kemalangan perjalanan pergi dan balik kerja) telah
diperkenalkan pada 1 Januari.
 Jangka masa kelayakan bagi Skim Pencen Ilat dan Bantuan Ilat adalah dikurangkan dari
36 bulan kepada 24 bulan.

Tahun 1993

 Semua pekerja asing adalah dikecualikan dari dilindungi oleh AKSP mulai 1 April melalui
perintah.

Tahun 1994

 PERKESO menandatangani perjanjian pembelian Ibu Pejabat PERKESO berharga


RM78 juta pada bulan Oktober.
Tahun 1995

 Pembayaran caruman terus menggunakan EDI, pita komputer dan disket diperkenalkan.
 PERKESO telah diiktiraf dan dianugerahkan Piagam Pelanggan Terbaik bagi kategori
Badan Berkanun oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
Malaysia (MAMPU).

Tahun 1996

 Kadar bulanan minimum bagi Pencen Ilat dan kadar bulanan penuh Pencen Penakat
dinaikkan dari RM171.43 kepada RM192.86 mulai tahun 1996.
 Kadar harian minimum Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya
Langsung yang kekal dan Faedah Orang Tanggungan dinaikkan kepada RM9.00.

Tahun 1997

 Faedah Pendidikan telah diperkenalkan pada 2 Mei 1997 dengan peruntukan sejumlah
RM30 juta dan bemula dengan seramai 49 orang peminjam.

Tahun 1998

 Faedah Pengurusan Mayat telah dinaikkan kepada RM1,500.

Tahun 1999

 Pendermaan mesin Haemodialisis kepada pusat-pusat amal diperkenalkan sebagai satu


faedah di bawah skim perlindungan PERKESO.
 Kadar bulanan minimum bagi Pencen Ilat dan kadar bulanan penuh Pencen Penakat
dinaikkan kepada RM250.
 Kadar Harian minimum Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya
Langsung yang kekal dan Faedah Orang Tanggungan dinaikkan kepada RM10.00.

Tahun 2000

 Rawatan dialisis diperkenalkan sebagai satu faedah di bawah skim perlindungan


PERKESO mulai 1 Januari.

Tahun 2001

 Sambutan ulang tahun PERKESO ke 30 tahun diadakan pada 6 November.


 Kemudahan dialisis telah diperluaskan lagi kepada penerima Bantuan Ilat yang mana
kemudahan ini hanya diberi kepada penerima Pencen Ilat sahaja pada tahun 1999.
 Penurunan kuasa kepada Pengurus Pejabat PERKESO bagi memperakui kelayakan
pihak menuntut dan melulus serta membayar tuntutan faedah jangka panjang (pukal).

Tahun 2002

 Memperolehi persijilan MS ISO 9002:1994 dalam pemprosesan tuntutan Faedah Hilang


Upaya Sementara di Ibu Pejabat PERKESO dan pejabat PERKESO Negeri, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.

Tahun 2004

 Pelancaran PERKESO Prihatin.


 Majlis pelancaran bayaran segera bagi Faedah Hilang Upaya Sementara dan Faedah
Pengurusan Mayat oleh Datuk Wira Dr. Fong Chan Onn.
 Memperolehi persijilan MS ISO 9001:2000 bagi pemprosesan Faedah Hilang Upaya
Sementara di pejabat PERKESO Kuala Lumpur dan Faedah Hilang Upaya Kekal di
pejabat PERKESO Negeri Sembilan.
Tahun 2005

 Pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 berkuatkuasa mulai 01.05.2005


berkenaan siling gaji pekerja telah dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 sebulan.
 Duda/balu yang menerima pencen, perkahwinan semula pada atau selepas 1 Mei 2005,
pencen yang diterima terus dikekalkan.
 Mulai 1 Mei, duda layak mendapat Pencen Penakat atau Faedah Orang Tanggungan
tanpa mengira tahap kebergantungan.

Tahun 2006

 YB Menteri Sumber Manusia telah meluluskan pelarasan kadar bayaran pencen di bawah
Skim Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat yang berkuatkuasa pada 1
Januari 2006.
 Perlaksanaan tindakan pengkompaunan di bawah AKSP, 1969 dan Peraturan
Keselamatan Sosial Pekerja (Pengkompaunan Kesalahan) 2006 pada 1 Mac 2006.

Tahun 2007

 Pindaan ke atas Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971 bermula


Mac 2007.
 Program pemulihan Return to Work telah diperkenalkan oleh PERKESO.
 Perasmian Seminar Return to Work di Hotel Renaissance Kuala Lumpur.

Tahun 2008

 Lawatan Menteri dan Timbalan, YB Datuk S. Subramaniam dan Datuk Rohaini Ahmad
ke Menara PERKESO Kuala Lumpur.

Tahun 2009
 Mulai 1 Januari 2009, caj perkhidmatan bagi pinjaman pendidikan PERKESO diturunkan
dari 4% kepada 2% setahun.
 Program Hari Bertemu Pelanggan pada Hari Khamis pertama setiap bulan dilaksanakan
di semua pejabat PERKESO seluruh Negara.
 PERKESO telah beralih dan mengamalkan Persijilan MS ISO 9001:2008 mulai 15 Julai
2009.
 Majlis Pelancaran mySMS Aduan PERKESO 15888 telah dilancarkan oleh YB Datuk S.
Subramaniam, Menteri Sumber Manusia pada 26 Februari 2009.
 YB Datuk S. Subramaniam telah merasmikan Seminar Kebangsaan Return To Work di
Hotel Renaissance, Kuala Lumpur pada 18 Mei 2009.
 Lawatan Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Senator Dato’ Maznah Mazlan ke
Menara PERKESO pada 26 Mei 2009.
 PERKESO telah melancarkan program “OPS KESAN” pada 1 Ogos 2009 bertujuan
mengesan majikan yang tidak berdaftar dan mencarum.
 YBhg. Datuk Abu Huraira Abu Yazid telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga
PERKESO yang baru pada 1 Ogos 2009.

Tahun 2010

 Pada 11 Februari 2010 YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak telah melancarkan
MyCOID di PICC Putrajaya. PERKESO adalah salah satu daripada lima agensi yang
menggunakan nombor SSM sebagai nombor rujukan tunggal di pelbagai agensi.
 Pada 1 Mac 2010 YB Menteri Sumber Manusia melancarkan kenaikan bayaran penerima
faedah berkala di antara 0.6% hingga 11.3% kepada penerima faedah yang menerima
pencen tahun 2007 dan sebelumnya.
 Pada 4 Mei 2010 YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri
telah merasmikan Taska Permata di Menara PERKESO.
 Pada 1 Jun 2010 Ops Kesan telah dilancarkan oleh Ketua Eksekutif PERKESO di Pejabat
PERKESO Kajang.
 Pada 26 Julai 2010 Persidangan Return To Work Peringkat Kebangsaan diadakan di
Sunway Piramid Convention Centre.
Tahun 2011

 Pembukaan kaunter pada hari Sabtu di pejabat PERKESO Jalan Ampang, Pejabat
PERKESO Kuala Lumpur dan Pejabat PERKESO Negeri Selangor mulai 8 Januari 2011.
 Pelancaran Ops Kesan PERKESO pada 7 Mac di Pejabat PERKESO Kuala Lumpur pada
7 Mac 2011 oleh Ketua Eksekutif PERKESO.
 Pembukaan kaunter pada hari Sabtu di Pejabat PERKESO Negeri Johor, Pulau Pinang
(Seberang Jaya), Perak, Negeri Sembilan dan Pejabat PERKESO Klang mulai 14 Mei
2011.
 YB Senator Dato’ Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia telah melancarkan
Kempen Perjalanan Selamat ke Tempat Kerja Kebangsaan 2011 di Kompleks MAS, KLIA
Sepang pada 28 Jun 2011.
 Kempen “Senyum” telah dilancarkan pada 30 Jun 2011 di Menara PERKESO oleh YB
Senator Dato’ Maznah Mazlan Timbalan Menteri Sumber Manusia.
 Seminar Kebangsaan Program Return To Work 2011 telah dirasmikan oleh Menteri
Sumber Manusia pada 4 Julai 2011 di PWTC Kuala Lumpur.
 Pembukaan kaunter setempat PERKESO di Balai Raya Bandar Muadzam Shah, Pahang
pada hari Rabu minggu pertama dan ketiga setiap bulan.
 Video Keselamatan PERKESO berjudul “Dah Nak Sampai” telah memenangi tempat
Kedua di Festival Filem Dan Multimedia Antarabangsa 2011 bersempena dengan XIX
World Congress on Safety and Health di Istanbul, Turki pada 11 – 15 September 2011.

Tahun 2012
 Majlis Pelancaraan iSPAAA oleh YB Senator Dato Maznah Mazlan, Timbalan Menteri
Sumber Manusia di Menara PERKESO Kuala Lumpur pada 8 Mac 2012.
 Majlis pengumuman Pelarasan Kadar Pencen Faedah PERKESO oleh YB Datuk Seri Dr.
S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia di Menara PERKESO Kuala Lumpur pada 21
Mac 2012.
 Majlis Upacara Pecah Tanah Pusat Rehabilitasi PERKESO oleh YB Datuk Seri Dr. S.
Subramaniam, Menteri Sumber Manusia di Bandar Hang Tuah Jaya, Melaka pada 23
Mac 2012.
 Majlis Pelancaran Kempen Perjalanan Selamat ke Tempat Kerja 2012 oleh YB Datuk
Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia di Dewan Seri Sarjana, UNITEN,
Bangi, Selangor pada 24 April 2012.
 Perasmian Majlis Pelancaran Manual Panduan Bagi Taksiran Hilang Upaya Berdasarkan
Pekerjaan Bagi Kegunaan Jemaah Doktor/ Jemaah Doktor Rayuan oleh YB Datuk Seri
Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia di Sunway Putra Hotel, Kuala
Lumpur pada 26 April 2012.
 Majlis KICK-OFF Projek ICT Core System Cluster 1 & Cluster 2 oleh Datuk K. Selvarajah,
Ketua Eksekutif PERKESO di Menara PERKESO, Kuala Lumpur pada 27 April 2012.
 Pelancaran Manual Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan PERKESO oleh Datuk Abu
Hurairah Abu Yazib, Pengerusi Lembaga PERKESO di Menara PERKESO, Kuala
Lumpur pada 3 Mei 2012.
 Perasmian Seminar Kebangsaan Kajian Pengenalan Skim Insurans Pemberhentian
Kerja oleh Datuk K. Selvarajah, Ketua Eksekutif PERKESO di PWTC, Kuala Lumpur
pada 24 Mei 2012.
 Perasmian ISSA Technical Conference for SEA oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam,
Menteri Sumber Manusia di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur pada 18 – 19 Jun 2012.
 Penerbitan Buku Mewah (Coffee Table) sempena Sambutan Ulang Tahun ke-40
PERKESO pada 18 Jun 2012.
 Perasmian Persidangan Kebangsaan Program Return To Work 2012 oleh YB Datuk Seri
Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia di PWTC, Kuala Lumpur pada 20 – 21
Jun 2012.
 Majlis Penyampaian Cek Suntikan Erythropoietin & Lawatan Bertemu Pesakit-Pesakit
oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia di Pusat Hemodialisis
St John Ambulans Malaysia, Klang, Selangor pada 7 Julai 2012.
 Program Keselamatan Bermotosikal Kebangsaan Kepada Pencarum PERKESO 2012
dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia di Ibu
Pejabat PLUS, Petaling Jaya, Selangor pada 16 Ogos 2012.
 Seminar Pencengahan Kemalangan 2012 dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. S.
Subramaniam, Menteri Sumber Manusia di PWTC, Kuala Lumpur pada 2 – 3 Oktober
2012.
 Sidang media Program Saringan Kesihatan PERKESO oleh YB Datuk Seri Dr S.
Subramaniam, Menteri Sumber Manusia di Wisma PERKESO Kuala Lumpur pada 15
Oktober 2012.
 Majlis Malam Anugerah Kualiti & Inovasi PERKESO 2011 yang dirasmikan oleh YB Datuk

Tahun 2013

 Majlis Pelancaran Program Saringan Kesihatan PERKESO telah dirasmikan oleh YAB
Tan Seri Muhyiddin Yassin,Timbalan Perdana Menteri di Freescale Semiconductor Sg
Way, Petaling Jaya pada 18 Februari 2013.
 Majlis Pengumuman Pemberian Elaun Rehabilitasi RTW PERKESO oleh YB Datuk Seri
Dr. S. Subramanian, Menteri Sumber Manusia di Yayasan Kebajikan SSL Strok &
Pembangunan Masyarakat pada 26 Mac 2013.
 Majlis Pengumuman Anggota Perkhidmatan Awam Bertaraf Sementara dan Kontrak
Dilindungi Di Bawah Skim PERKESO oleh YB Datuk Dr. S. Subramaniam, Menteri
Sumber Manusia di Pejabat Menteri Putrajaya pada 28 Mac 2013.
 Majlis Pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib
Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Kuantan pada 11 April 2013.
 Majlis Pelancaran 1Malaysia Support For Housewives (1MS4HW) & Karnival Azam Kerja
1Malaysia oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri di Dataran
Segamat, Johor pada 25 April 2013.
 Program Timbalan Menteri YB Dato Hj Ismail Bin Hj Abd Muttalib, Timbalan Menteri
Sumber Manusia di Kuala Besut pada 20 Julai 2013.
 Perasmian Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang & Khidmat Setia PERKESO 2012 oleh
YB Datuk Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di Hotel Grand Seasons,
Kuala Lumpur pada Ogos 2013.
 Pelancaran Ops Kesan PERKESO oleh Datuk K. Selvarajah, Ketua Eksekutif PERKESO
di Wisma PERKESO Kuala Lumpur pada 3 September 2013.
 Majlis Perasmian Seminar Pencegahan Kemalangan oleh YB Datuk Richard Riot Anak
Jaem, Menteri Sumber Manusia di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur pada 23
September 2013.
 Majlis Penutupan Seminar Pencegahan Kemalangan oleh YB Dato Hj Ismail Bin Hj Abd
Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur pada
24 September 2013.
 Majlis Tripartite Forum Unemployment Insurance (UI) dirasmikan oleh Datuk K.
Selvarajah, Ketua Eksekutif PERKESO di Hotel Double Tree By Hilton pada 2 Oktober
2013.
 Majlis Perasmian Pejabat Menteri & Penyampaian Cek Faedah PERKESO oleh YB Datuk
Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di PERKESO Kuching, Sarawak pada
12 Oktober 2013.
 Perasmian Seminar “Commuting Accident Prevention 2013” oleh YB Datuk Richard Riot
Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di Monash University Subang Jaya, Selangor pada
9 & 10 Disember 2013.

Tahun 2014

 Majlis Penyerahan Faedah PERKESO oleh YB Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem,
Menteri Sumber Manusia di PERKESO Kuching, Sarawak pada 7 Februari 2014.
 Program PERKESO Bersama Media 2014 bersama Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem,
Menteri Sumber Manusia di Hotel Hilton Kuching, Sarawak pada 14 & 15 Mac 2014.
 Majlis Pelancaran Buku ‘Guidelines On Impairment & Disability Assessment Of Traumatic
Injuries, Occupational Diseases & Invalidity 3rd Edition’ oleh YB Dato’ Sri Richard Riot
Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di PWTC, Kuala Lumpur pada 18 Mac 2014.
 Lawatan YBhg. Dato Saripuddin Kasim, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia
ke Menara PERKESO pada 19 Mac 2014.
 Majlis Pelancaran Kempen Perjalanan Selamat ke Tempat Kerja oleh Dato’ Hj Ismail Bin
Hj Abd Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia di Mydin Hypermarket Seremban 2,
Negeri Sembilan pada 12 April 2014.
 Pelancaran Ops Kesan PERKESO 2014 oleh Datuk K. Selvarajah, Ketua Eksekutif
PERKESO di Pejabat PERKESO Johor Bharu, Johor pada 5 Mei 2014.
 Majlis Tandatangan CIP PERKESO-SPRM oleh Dato’ Hj Ismail bin Hj Abd Muttalib,
Timbalan Menteri Sumber Manusia di Pejabat PERKESO Petaling Jaya, Selangor pada
6 Mei 2014.
 Persidangan Kebangsaan Return To Work 2014 oleh Dato’ Hj Ismail Bin Hj Abd Muttalib,
Timbalan Menteri Sumber Manusia di PWTC, Kuala Lumpur pada 24 – 25 Jun 2014.
 Program Kesedaran Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Bersama YB Dato’ Hj Ismail
Bin Hj Abd Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia di SONY EMCS (M) S/B pada 9
Julai 2014.
 Program Kesedaran Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Bersama YB Dato’ Hj Ismail
Bin Hj Abd Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia di Asturi Metal Builders, Gebeng,
Kuantan, Pahang pada 18 Julai 2014.
 SOCSO Workers’ Health Promotion Seminar 2014: Initiating Employees Health oleh
Datuk Abu Huraira Abu Yazib, Pengerusi Lembaga PERKESO di Hotel Corus, Kuala
Lumpur pada 19 Ogos 2014.
 Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang & Khidmat Setia PERKESO 2013 bersama YB Dato’
Sri Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di PWTC, Kuala Lumpur pada 25
Ogos 2014.
 31st ASSA Board Meeting Anjuran Bersama PERKESO dan KWSP di Hotel Aloft pada 8
– 10 September 2014.
 Majlis penyerahan mesin dialisis kepada National Kidney Foundation Sarawak oleh YB
Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di NKF Kuching, Sarawak
pada 20 September 2014.
 Majlis Pelancaran “Video Pemulihan PERKESO” oleh Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem,
Menteri Sumber Manusia di Hotel pada 29 September 2014.
 Majlis Kemuncak Anugerah Kualiti & Inovasi PERKESO 2014 bersama Dato’ Sri Richard
Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di Kuala Lumpur pada 4 November 2014.
 Program Turun Padang Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia
dalam Program Saringan Kesihatan PERKESO di Genting Highlands Convention Centre
pada 28 November 2014.
 Seminar Commuting Accident Prevention 2014 di Monash University Subang Jaya,
Selangor pada 9 dan 10 Disember 2014.

Tahun 2015

 Program turun padang PERKESO bersama YB Dato' Sri Hj Ismail Bin Hj Abd. Muttalib,
Timbalan Menteri Sumber Manusia ke kawasan banjir di Maran, Pahang pada 15 Januari
2015.
 ISSA Academy Workshop: Return to Work and Reintegration di Pusat Rehabilitasi
PERKESO, Melaka pada 27-29 Januari 2015.
 Pesaraan Datuk K. Selvarajah sebagai Ketua Eksekutif PERKESO ke-8 pada 4 April
2015. Beliau telah berkhidmat semenjak 11 November 2008.
 YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Bin Dato' Aziz Mohammed telah dilantik sebagai
Ketua Eksekutif PERKESO ke-9 yang baharu berkuatkuasa pada 5 April 2015.
 Majlis Penyampaian Faedah PERKESO dan Alat Pemulihan oleh YB Dato' Sri Hj Ismail
Bin Hj Abd. Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia di Pejabat PERKESO Negeri
Pahang pada 10 April 2015.
 Majlis menandatangani Memorandum of Understanding on Disability Management for
Employers & Workers By SOCSO, Malaysian Employers Federation (MEF) and
Malaysian Trade Union Congress (MTUC) oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Saripuddin Bin Hj.
Kasim, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia di Intercontinental Hotel, Kuala
Lumpur pada 21 April 2015.
 Karnival Pekerjaan dan Penyampaian Faedah PERKESO 2015 Peringkat Negeri Pulau
Pinang oleh YB Dato’ Seri Dr. Zahid Bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri.
 Sambutan Hari Pekerja 2015 di Borneo Convention Centre, Kuching pada 1 Mei 2015
bersama YAB Dato' Sri Haji Mohammad Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana
Menteri Malaysia.
 Majlis Perasmian Karnival Azam Kerja Negeri Pahang anjuran Jabatan Tenaga Kerja
(JTK) oleh YB Dato' Sri Hj Ismail Bin Hj Abd. Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia
di Dewan Majlis Daerah Rompin pada 3 Mei 2015.
 Pelancaran S4P – Senyum, Sapa, Salam dan Santun oleh YBhg. Dato' Dr. Mohammed
Azman Bin Dato' Aziz Mohammed, Ketua Eksekutif PERKESO di Menara PERKESO
pada 22 Mei 2015.
 Lawatan rasmi YB Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia ke
Pejabat PERKESO Miri, Sarawak dan taklimat mengenai pembukaan pejabat PERKESO
Limbang & Mukah serta Majlis Penyampaian Faedah PERKESO pada 10 Jun 2015.
 Pelancaran Kempen Perjalanan Selamat ke Tempat Kerja 2015 oleh YB Dato' Sri Richard
Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)
pada 26 Mei 2015.
 Majlis Penyerahan Mesin Hemodialisis PERKESO oleh YB Dato' Sri Richard Riot Anak
Jaem, Menteri Sumber Manusia di Hospital Daerah Serian pada 13 Jun 2015.
 Penyampaian Cek Faedah kepada Waris Pendaki Gunung Gempa Bumi Ranau, Sabah
oleh YB Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia pada 15 Jun 2015.
 Pejabat PERKESO Mukah mula beroperasi pada 1 Julai 2015.
 Program Lawatan YB Menteri Sumber Manusia ke Pusat Rehabilitasi PERKESO di Pusat
Rehabilitasi PERKESO pada 30 Julai 2015.
 Accident Prevention Seminar (APS) 2015 dirasmikan oleh YB Dato' Sri Hj Ismail Bin Hj
Abd. Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC
pada 25-26 Ogos 2015.
 Pelancaran Ops Kesan PERKESO Peringkat Kebangsaan di Pejabat PERKESO Negeri
Selangor pada 3 September 2015.
 Pejabat PERKESO Limbang mula beroperasi pada 10 September 2015.
 RTW Carnival 2015 di KL Sentral pada 6 Oktober 2015.
 YB Menteri Sumber Manusia merasmikan pejabat PERKESO Mukah pada 9 November
2015.
 Program SOCSO Run & Ride di Dataran DBKL pada 15 November 2015.
 Pada 5 Jun 2015, Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2015
telah diwartakan dan berkuatkuasa pada 15 Jun 2015 tarikh akhir pembayaran caruman
bulanan PERKESO hendaklah dibayar dalam tempoh 15 hari dalam bulan yang
berikutnya caruman itu kena dibayar dan adalah terpakai mulai pembayaran caruman
untuk bulan Julai 2015.

You might also like