You are on page 1of 2

Pengenalan kepada Industri Binaan Definisi Binaan/Pembinaan (Construction) : Proses membina untuk menghasilkan suatu struktur tetap diatas

lokasi tertentu (biasanya di atas tanah). Industri : Sektor kegiatan ekonomi tenaga kerja sesuatu negara. Industri binaan : Merupakan salah satu bidang kegiatan ekonomi tenaga kerja penduduk sesuatu negara. Sektor ekonomi industri binaan melibatkan Perancangan Rekabentuk Pembinaan Pembaikan Penyenggaraan Pengubahsuaian Perobohan berbagai bangunan dan kerja untuk manfaat kegiatan manusia. Klasifikasi Industri Binaan Berdasarkan jenis kerja yang dilaksanakan, industri binaan dapat diklasifikasikan kepada DUA jenis iaitu:1. Bangunan : binaan yang mencakup ruang untuk mewujudkan suasana kondusif bagi pelaksanaan kegiatan hidup insan. Contohnya rumah kediaman, klinik/hospital, rumah ibadat, tadika/sekolah, IPT, pejabat, kilang, kedai, penjara, restoran dan muzium. 2. Kerrja Kejuruteraan Awam : binaan yang membantu pelaksanaan kegiatan (ekonomi, sosial, budaya) kehidupan (infrastruktur). Contohnya jalan, lebuhraya, jambatan, terowong, lapangan terbang, pelabuhan, loji janakuasa, empangan, taliair, terusan dan pemecah ombak. Kegiatan Ekonomi Negara Laporan Ekonomi Tahunan, Kementerian Kewangan Malaysia membahagikan kegiatan ekonomi negara kepada jenis berikut: Pertanian, perhutanan & perikanan (termasuk ternakan & hortikultur) Perlombongan dan kuari Perkilangan Pembinaan Elektik, gas & air Pengangkutan, penyimpanan & perhubungan Perdagangan borong & runcit, hotel & restoran

Kewangan, insuran, hartanah & perkhidmatan perniagaan Perkhidmatan kerajaan Perkhidmatan2 lain (kemasyarakatan, sosial & persendirian, perkhidmatan swasta tanpa keuntungan) Kedudukan industri binaan dalam pembangunan negara Industri binaan sangat penting untuk penyediaan kemudahan fizikal keperluan sesebuah negara.I Membolehkankan impian (didalam minda dan diatas kertas/lukisan) terbina di alam realiti. Bandingkan kemudahan yang ada semasa negara mula merdeka dan kini dari sudut bilangan, saiz dan kompleksiti Jangan sekadar negara yang merdeka, kita mesti lah sebagai warga merdeka. Penekanan sewaktu baru merdeka dengan sekarang mungkin berbeza. Keperluan vs kemewahan Kemudahan fizikal sebagai tanda kemajuan? Kemajuan adalah fizikal atau attitude? Sumbangan industri binaan dalam ekonomi negara Bilangan terlibat? Berapa nilai keluaran? Kedudukan? Sila Cari Maklumat mengenai GNP dan GDP. Masa untuk Berfikir You are what you believe and do. Belief is abstract. But what you do reflect what you believe. AKSI sebagai BUKTI. If you want to be successful, ACT accordingly. If you want success here, you have to WORK! If you want success here and there, WORK! There is no easy way to SUCCEED, but HARD (although SMART) WORK. Just do it. ACTION!

You might also like