You are on page 1of 1

KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG

Lot 2333, Mukim Beranang,


Jalan Kajang/Seremban Telefon : 03-87668935/36
43700 Beranang Selangor Fax : 03-87668940
Laman Web : beranang.kpm.edu.my

No Rujukan : FP BCS1806-051
Tarikh : 02 November 2020
16 Rabiulawal 1442
PEJABAT DAERAH DAN TANAH BATANG PADANG
35000 TAPAH
PERAK DARUL RIDZUAN
(U/P: EN MOHD HARRIS BIN MD RODZI)

Tuan/Puan,

LATIHAN INDUSTRI PELAJAR KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG

Surat jawapan tuan/puan berhubung perkara di atas dengan hormatnya adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar di bawah telah memilih untuk menjalani latihan
industri di syarikat tuan/puan:
Nama : AIMULLAH SYAZWI BIN SUBRI
No. ID : BCS1806-051
No. KP : 001220-08-1151
Program : DIPLOMA IN COMPUTER SCIENCE
3. Pihak kolej amat berbesar hati atas kesudian pihak tuan/puan menerima pelajar
berkenaan. Tempoh latihan industri yang akan dijalankan adalah selama 12 minggu dan akan
bermula pada 09 November 2020 (Isnin) sehingga 29 Januari 2021 (Jumaat). Pelajar akan
melapor diri di organisasi tuan/puan pada 09 November 2020.

4. Pihak kolej mengambil berat kehadiran dan disiplin pelajar semasa latihan industri, tiada
permohonan cuti yang dibenarkan kepada pelajar kecuali cuti umum (public holiday). Dimohon
pihak tuan/puan dapat memaklumkan kepada kolej sekiranya pelajar mempunyai masalah
disiplin. Kerjasama tuan/puan adalah diharapkan untuk melengkapkan Borang Penilaian
Penyelia dan Surat Pengesahan Tamat Latihan Industri (yang akan dibawa oleh pelajar semasa
melapor diri) dan mengembalikan kepada kami sebaik sahaja tamat tempoh latihan industri.

5. Pihak kolej mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama tuan/puan
bagi menjayakan program ini. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada Pn Wan Faridah
bt Yusoff di talian 03- 87668935/36 ext 204 / 017 6765654 atau email w.faridah@mara.gov.my.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“LUAR BANDAR SEJAHTERA”

Saya yang menjalankan amanah.

ZAINUDDIN BIN MISRAN @ MISBAN


Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik
Kolej Profesional MARA Beranang
Selangor

You might also like