You are on page 1of 1

Fatin Nabilah Bte Fazal Rabbi

No 22 Jalan PRI 8
Taman Paya Rumput Indah
76450 Melaka

Pengurus Sumber Manusia


AeroAsia Pacific Limited
21, One Way Street
54200 Kuala Lumpur

12 Ogos 2010

Tuan/Puan,

PERMOHONAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI

Saya yang bernama seperti di atas ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan agar dapat
memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan industri di syarikat tuan/puan
selama 5 bulan bermula dari 3 Januari 2011 sehingga 6 Mei 2011.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, saya merupakan seorang pelajar jurusan Diploma
Sains Komputer di Kolej RISDA Melaka. Saya sedang mengikuti pengajian tahun tiga di
mana salah satu syarat bergraduat adalah mengikuti program latihan industri dengan
mana-mana syarikat swasta mahupun badan-badan kerajaan.

3. Hasil pemerhatian saya mendapati syarikat tuan/puan menepati ciri ciri organisasi yang
mampu menyediakan latihan yang berkualiti dalam bidang Teknologi Maklumat. Saya
juga yakin saya mampu memberi sumbangan untuk kemajuan dan pembangunan syarikat
tuan/puan ke arah yang lebih cemerlang.

4. Bersama-sama ini disertakan resume untuk penilaian pihak tuan/puan. Diharapkan


permohonan ini akan mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan/puan dan
segala kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

……………………………
(Fatin Nabilah Bte Fazal Rabbi)

You might also like