You are on page 1of 2

NAMA,

115 D LINTANG KAMPUNG RAWA 2,


10150 GEORGETOWN, PULAU PINANG.

NAMA
KETUA PENTADBIRAN
PUSAT IDEA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 19 JANUARI 2023

Tuan/Puan,
PERMOHONAN KERJA SEBAGAI PEGAWAI TADBIR GRED N41
Perkara atas adalah dirujuk.
2. Saya ingin menyertakan Permohonan untuk jawatan tersebut di syarikat Tuan/Puan
yang dihormati. Setelah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian (Perisian
Pendidikan) dengan kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris saya ingin
menyumbangkan pengetahuan, kemahiran dan komitmen saya untuk mencapai
kecemerlangan di syarikat Tuan/Puan.
3. Sebagai pelajar kejuruteraan perisian, saya dilengkapi dengan pengetahuan asas
komputer dan pendedahan kepada penggunaan perisian asas seperti Microsoft Word, Excel,
Power Point, rekabentuk aplikasi mengunakan android studio, rekabentuk web menggunakan
Wordpress, SQLite dan phpMyAdmin.
4. Latihan amali saya di Hospital Pulau Pinang telah memberi pendedahan kepada saya
dalam pentadbir dan pengurusan teknologi maklumat, membantu dalam pengoperasian dan
pembinaan laman web. Salah satu pencapaian saya sewaktu menjalani latihan amali adalah
pembinaan laman web “Patient Tracking System”.
5. Saya juga telah berkhidmat sebagai PERSONEL MySTEP (Penolong Pembantu
Tadbir) di Hospital Pulau Pinang selama 9 bulan. Semasa saya berkhidmat, saya telah diberi
pendedahan dan berkebolehan dalam melaksanakan tugas dibawah penyeliaan yang
mininmum.
6. Untuk makluman tambahan mengenai kelayakan dan kepakaran saya, Tuan/Puan
boleh menyemak resume saya yang dilampirkan beserta dokumen-dokumen yang berkaitan.
Terima kasih kerana meluangan masa untuk mempertimbangkan permohonan ini. Saya
berharap dapat menerima maklum balas dari Tuan/Puan.

Sekian, Terima kasih.


Badriah
(NAMA)
Lampiran A

Nama: En. XXXXXXXX


Jawatan: XXXXXXXXX
Telefon: XXXXXXXX
Emel: XXXXXXXXX

Nama: En. XXXXXXXX


Jawatan: XXXXXXXXXXX
Telefon: XXXXXXXX
Emel: XXXXXXXXX

You might also like