You are on page 1of 2

NAMA

_________________________________________________________________________

Bahagian Perkhidmatan Akademik

UNIVERSITI 2 Oktober 2023

(u.p: )

Tuan/Puan,

RAYUAN PERMOHONAN PERTUKARAN PROGRAM PENGAJIAN

Dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas.

2. Nama saya ________________________ telah ditawarkan dan berdaftar sebagai


pelajar di Universiti _________________ dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi
Dengan Kepujian (Ekonomi Kewangan).

3. Saya amat berbangga dan berterima kasih kerana ditempatkan di universiti yang
terbaik di Malaysia. Walau bagaimapun, saya ingin memohon menukar program pengajian
pilihan pertama saya iaitu Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian (Perakaunan).

4. Untuk pengetahuan Tuan, saya telah berusaha bersunggu-sungguh untuk melepasi


‘out-off-point’ yang ditetapkan oleh universiti bagi mengikuti program pengajian berkenaan.
Bahkan, bidang ini adalah matlamat saya untuk menjadikannya sebagai karier utama di
masa hadapan.

5. Saya amat berharap agar permohonan pertukaran program ini, dapat


dipertimbangkan dan seterusnya diluluskan di pihak Tuan. Bersama-sama surat ini, saya
sertakan lampiran dokumen yang berkaitan untuk pertimbangan lanjut. Sebarang
pertanyaan lanjut, tuan/puan boleh menghubungi saya di talian _____________ atau emel
______________
Besar hati saya sekiranya pihak tuan/puan memahami masalah yang dihadapi sekaligus
mempertimbangkan permohonan ini. Kelulusan dan pertimbangan pihak tuan/puan
sangatlah dihargai.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,

_______________________________

( )

You might also like