You are on page 1of 2

NAME

ADDRESS
xxxx
xxxxxxx
_________________________________________________________________________

BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

DATE

Tuan,

PER: RAYUAN PERTUKARAN JURUSAN PERAKAUNAN KEPADA JURUSAN SAINS


KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG SESI 2020/2021

Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya
NAMEI (No. KP) ingin membuat rayuan pertukaran dari Jurusan Perakaunan kepada
Jurusan Sains di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) sesi 2020/2021.

2. Saya ingin belajar dalam jurusan sains kerana cita-cita saya adalah untuk menjadi
seorang doktor perubatan. Saya juga amat berminat dalam mata pelajaran STEM. Saya
telah memperolehi 10 A (8A+ 2A) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). dengan mendapat
keputusan A+ dalam mata pelajaran, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Biologi,
Kimia, Fizik, Pendidikan Moral dan Ekonomi. Saya juga memperoleh keputusan A dalam
mata pelajaran Matematik dan Matematik Tambahan.

3. Di samping itu, saya juga aktif dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Saya
pernah menyertai sebuah pertandingan neurosains di peringkat nasional, iaitu Pertandingan
Malaysia Brain Bee Challenge di Kota Bahru pada tahun 2019. Pada tahun 2018 dan 2019,
saya telah mencapai kejayaan dalam Pertandingan Gajet Perkhemahan, di peringkat
daerah. Saya juga aktif menyertai kuiz-kuiz sains seperti ICAS Science, Kuiz Kimia
Kebangsaan Malaysia (K3M), Kancil Science Competition, serta ICAS English & Writing.

4. Pada tahun 2019, sewaktu saya di Tingkatan Lima, saya pernah memegang jawatan Naib
Pengerusi dalam Pandu Puteri dan memegang jawatan Bendahari dalam Persatuan Agama
Kristian di sekolah saya, XXX. Selain itu, saya telah berkhidmat sebagai Ketua Tingkatan
dari tahun 2015-2019.

5. Bersama-sama surat rayuan ini, saya sertakan satu salinan kad pengenalan, satu salinan
surat tawaran beserta satu salinan keputusan peperiksaan SPM yang telah disahkan
sebagai rujukan Tuan.
6. Besar harapan saya sekiranya pihak Tuan dapat mempertimbangkan permohonan
rayuan saya untuk memasuki Jurusan Sains tuan. Segala pertimbangan daripada pihak
tuan, saya dahului ucapan jutaan terima kasih.

Sekian terima kasih,


Yang Benar,

………………………
(NAME)
No telefon:
E-mel:

You might also like