You are on page 1of 2

Habibuddin BinYaakob Kampung Hujung Bandar, Mukim Teloi, 08200 Sik, Kedah Darul Aman _____________________________________________________________________________ _ Pengetua, Sekolah

Menengah Kebangsaan Sik, 08200 Sik, Kedah Darul Aman 21 NOVEMBER 2012 Tuan/Puan, Rayuan Kemasukan Tingkatan 1 sesi 2013 ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sik Merujuk kepada perkara diatas, saya ingin merayu kepada pihak Tuan/Puan untuk mempertimbangkan pemohonan kemasukan anak saya ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Sik bagi sesi persekolahan 2013. 2. Dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012, anak saya yang merupakan calon dari sekolah luar bandar telah memperoleh keputusan 2A,3B dalam mata pelajaran yang di ambil di sekolahnya dengan PEKA pada gred 1. Selain memperoleh keputusan 2A,3B, anak saya juga bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum dengan mewakili sekolah dalam pertandingan Bola Jaring, badan beruniform dan lain-lain. (Lampiran) 3. Untuk pengetahuan pihan Tuan/Puan, anak saya ini merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik yang terdiri seorang perempuan dua orang lelaki. Jadi, besarlah harapan saya sebagai seorang ayah untuk melihat anak perempuan saya ini menjadi pendorong dan pembakar semangat kepada adik-adiknya bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam semua bidang terutama dalam aspek pendidikan kelak. 4. Dengan kemudahan infrastruktur, suasana pembelajaran yang kondusif dan tenaga pengajar yang professional yang disediakan di Sekolah Tuan, saya percaya kemudahan yang disediakan adalah jauh lebih baik untuk dibandingkan dengan apa yang anak saya bakal jalani di Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir terutamanya dalam aspek persekitaran pembelajaran, sekolah dan rakan sebaya. saya berharap pemilihan anak saya ke sekolah Tuan akan dapat meningkatkan aspek daya saing, kepimpinan, sahsiah diri dan tumpuan dalam pembelajaran saterusnya dapat bersaing dengan pelajar-pelajar yang lain. 5. Butir-butir rayuan adalah seperti berikut : Nama Pemohon : Suhaila Binti Habibuddin Sekolah : Sekolah Kebangsaan Hujung Bandar

No.Sijil Lahir : AS 62609 Angka Giliran : KK 024 1056 Sekolah yang Ditawarkan : Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir Sekolah yang Dimohon : Sekolah Menengah Kebangsaan Sik 6. Diharapkan pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini seterusnya memberikan peluang kepada anak saya bagi melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sik, yang saya percaya merupakan sebuah institusi pendidikan yang terbaik di Negeri Kedah ini sebagai batu loncatan kepada anak saya untuk terus berjaya. Segala pertimbangan daripada pihak Tuan/Puan saya dahului dengan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang Benar, ( HABIBUDDIN BIN YAAKOB )

You might also like