You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TERIANG

71600 KUALA KLAWANG


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
No. Tel. : 06-613 7432
Email : nba0005@moe.edu.my
___________________________________________________________________
No. Ruj. : JPNS.PPDJJ.SKT.600-1/1 (05)
Tarikh : 8 Oktober 2019
Kepada,

Jurutera Daerah
Pejabat Jurutera Daerah,
Jabatan Kerja Raya Jelebu,
Tingkat 2, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Daerah,
73000 Kuala Klawang,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tuan,

ADUAN LITAR PINTAS DI BLOK A DAN BLOK C SEKOLAH KEBANGSAAN


TERIANG, JELEBU

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Litar pintas telah berlaku dengan kerap di kedua-dua blok ini yang
menempatkan kelas-kelas bagi aktiviti pembelajaran. Ini menyebabkan suasana
pembelajaran menjadi tidak kondusif serta memberi kesan negatif kepada murid-
murid dan guru-guru semasa sesi pembelajaran berlaku di waktu pagi dan petang.

3. Sehubungan dengan itu, diharap pihak tuan dapat membantu memeriksa


serta mengenal pasti masalah utama litar pintas ini berlaku untuk tindakan
selanjutnya.

Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amat kami diharapkan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“BERSIH.MUAFAKAT.SEJAHTERA”

Saya yang menjalankan amanah;

…………………………………
(MOHD. RAKIB BIN SADUI)
Guru Besar
SK. Teriang
s.k. KPPD Jelebu & Jempol

You might also like