You are on page 1of 13

KERTAS KERJA DASAR PROGRAM IHYA RAMADAN AL-MUBARAK ( IHRAM ) PERINGKAT SEKOLAH 1433 H/2012 M

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPAI 71600 KUALA KLAWANG JELEBU, NEGERI SEMBILAN
________________________________________________________________________

1. NAMA PROGRAM IHYA RAMADAN AL-MUBARAK ( IHRAM ) 1433 H / 2012 M 2. TUJUAN Kertas kerja dasar ini bertujuan untuk memberi maklumat tentang cadangan dan perancangan bagi mengadakan program Ihya Ramadan al-Mubarak (IHRAM) 1433 Hijrah oleh Panitia Pendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Kampai sesi 2012. 3. MAKLUMAT PROGRAM OBJEKTIF Melatih dan membimbing murid dalam pembacaan al-Quran dengan betul dan bertajwid melalui program tadarus al-Quran. Mewujud dan menghidupkan suasana penghayatan Ramadan dengan pelbagai aktiviti sama ada berbentuk ilmiah atau keagamaan bagi meningkatkan amal ibadah dan taqwa kepada Allah. Mewujudkan semangat muhibbah dan kerjasama antara ahli jawatankuasa pelaksana.

Mewujudkan interaksi pelbagai hala antara murid-murid dan guru-guru, warga sekolah serta ibu bapa. Membangunkan sahsiah diri dan pembentukan disiplin diri para pelajar menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Melahirkan generasi rabbani yang sihat mental dan spiritual dalam membentuk jati diri Muslim yang berkualiti dan cemerlang dalam pelbagai aspek. JUSTIFIKASI Ihya Ramadan al-Mubarak ( IHRAM ) 1433 Hijrah / 2012 Masihi ini diadakan bertujuan untuk meraikan kedatangan dan seterusnya menghidupkan suasana bulan Ramadan yang mulia serta menyemai rasa cinta untuk melakukan dan memperbanyakkan amal ibadah ketika berpuasa di dalam jiwa murid-murid khususnya dan warga sekolah amnya, seterusnya dapat melahirkan individu Muslim yang cemerlang dari segi sahsiah, rohani, emosi dan intelek melalui penghayatan amalan sepanjang Ramadan. TARIKH Sepanjang bulan Ramadan, bermula 23 Julai 2012 (Isnin), setiap hari bermula Isnin hingga Jumaat. TEMPAT Dewan sekolah/bilik-bilik darjah Sekolah Kebangsaan Kampai. PENYERTAAN/KUMPULAN SASARAN Semua murid dan warga Sekolah Kebangsaan Kampai 4. STRUKTUR ORGANISASI DAN JAWATAN KUASA PELAKSANA Rujuk lampiran A 5. SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA Rujuk lampiran B

6. ATUR CARA PROGRAM/AKTIVITI Rujuk lampiran C 7. PERLAKSANAAN PROGRAM Rujuk lampiran D 8. ANGGARAN BELANJAWAN Rujuk lampiran E 9. PENUTUP Dalam merealisasikan Ihya Ramadan al-Mubarak ( IHRAM ) 1433 Hijrah / 2012 Masihi ini, kami Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Kampai dan Jawatankuasa Pelaksana Program Ihya Ramadan al-Mubarak ini berharap segala cadangan dan perancangan yang dikemukakan mendapat sokongan dan kerjasama dari semua pihak. Harapan kami juga agar program ini berjalan dengan lancar dan mencapai segala objektif yang telah digariskan. BERSAMA MENGIMARAHKAN RAMADAN Sekian. Yang menjalankan tugas, ....... (MUHAMAD FAISOL B ZAINI) Panitia Pendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Kampai 71600 Kuala Klawang Jelebu, Negeri Sembilan.

Lampiran A

JAWATANKUASA PELAKSANA IHYA RAMADAN AL-MUBARAK ( IHRAM ) 1433 H / 2012 M


PENGERUSI N/PENGERUSI : : : : : : En. Kamaludin B. Aros @ Suboh 1. Pn. Nur Suzilawati Bt. Ismail 2. En. Abdul Rahim B. Abdullah 3. En. Nazri B. Azmi En. Muhamad Faisol B. Zaini Cik Siti Aida Bt. Mohd Johan (Guru Besar) (GPK HEM) (GPK 1) (GPK Kokurikulum)

SETIAUSAHA 1 SETIAUSAHA 2 BENDAHARI:

Pn. Norhazila Bt. Mat sai

AHLI JAWATANKUASA Persiapan Dewan & Perasmian Penutup : : : : : Teknikal & Siaraya : : Buku Program & Tugas-tugas Khas Jurugambar & Dokumentasi Juruacara Hadiah & Cenderamata : : : : : : : : : En. Ahmad Uzir B. Mohamad En. Jamaluddin B. Mohd Isa En. Alias B. Ismail Pn. Rosminah Bt. Mohd Nor Pn. Rasinah Bt. Abdul En. Nazri B. Azmi En. Zainal B. Ali Pn. Fatin Hasana Bt. Ahmad En. Mohd Alif B. Mokthar Cik Norbaya Bt. Hj. Zainul Abidin Pn. Nour Eyouni Bt. Sulaiman Pn. Norhazila Bt. Mat Sai Pn. Nur Suzilawati Bt. Ismail Pn. Norazlin Bt. Jumain Pn. Norazlina Bt. Nordin Pn. Hashimah Bt. Ismail Cik Siti Aida Bt. Mohd Johan En. Muhamad Faisol B. Zaini En. Abdul Rahim B. Abdullah Pn. Siti Noredah Bt. Ismail

Publisiti & Hebahan : : Pengurus Peserta : :

Lampiran B

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM IHYA RAMADAN AL-MUBARAK ( IHRAM ) SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPAI
Pengerusi Mempengerusikan mesyuarat yang diadakan dari semasa ke semasa. Membuat pembahagian tugasan dan menyelia setiap unit atau bahagian. Mendapatkan penjelasan dan penyelesaian terhadap sebarang permasalahan. Menyusun perjalanan program. Naib Pengerusi Membantu tugas-tugas pengerusi. Mengawal selia tugasan unit atau bahagian dan perjalanan program. Menyelaraskan tugasan teknikal dan penyeliaan program. Setiausaha Mencatat dan membuat minit mesyuarat. Menguruskan hal yang berkaitan dengan urusan surat-menyurat. Membantu mengawal perjalanan program. Menetapkan tarikh untuk mesyuarat penyelarasan tugas jawatankuasa program. Menyediakan laporan akhir program. Bendahari Menguruskan hal-ehwal kewangan program. Membuat catatan perjalanan berdasarkan resit yang diperolehi dari setiap ahli jawatankuasa program. Menyediakan laporan kewangan program. Persiapan Dewan & Perasmian Penutup Menguruskan dewan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Menguruskan hal-hal berkaitan upacara perasmian penutup program. Teknikal & Siaraya Menyediakan alatan siaraya sepanjang program berlangsung. Menguruskan hal-hal berkaitan teknikal semasa program berlangsung. Mengawal selia dan memastikan alatan siaraya berfungsi dengan baik. Memastikan alatan siaraya disimpan ke tempat asalnya selepas program selesai. Buku Program & Tugas-tugas Khas Menyediakan buku program. Membantu unit-unit lain yang memerlukan bantuan. Jurugambar & Dokumentasi Mengambil foto yang menarik sepanjang program berlangsung. Memastikan keadaan kamera berfungsi dengan baik. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan fotografi.

Juruacara Mengendalikan Majlis khatam al-Quran/Perasmian penutup program berlangsung dengan baik. Memastikan segala maklumat tentang perjalanan program disampaikan dengan baik dan betul. Hadiah & Cenderamata Menguruskan hal-hal berkaitan dengan hadiah dan cenderamata. Menyediakan hadiah/cenderamata yang mencukupi bagi program yang berkaitan. Memastikan upacara penyampaian hadiah/cenderamata berjalan dengan lancar dan baik semasa program perasmian penutup. Publisiti & Hebahan Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan hal-hal penyiaran/hebahan semasa program. Menguruskan pengedaran risalah Ramadan semasa program. Menyediakan kain rentang untuk program. Menyediakan huruf-huruf blok untuk kain rentang. Pengurus Peserta Menguruskan para peserta yang terlibat dengan acara khatam al-Quran dan majlis penutup program. Memastikan para peserta berada ditempat acara tepat pada masanya. Mengawal selia peserta yang terlibat sepanjang program berkenaan berlangsung.

Lampiran C

ATURCARA PROGRAM/AKTIVITI
1. Tadarus Al-Quran dan Solat Zuhur berjemaah Tarikh: Sepanjang bulan Ramadan Hari: Isnin Jumaat (Tadarus) Isnin Khamis ( Solat Zuhur ) Masa: Waktu rehat Tahap 2 ( Tadarus) / 1.30 petang (Solat Zuhur) Tempat: Bilik-bilik darjah/Surau SK Kampai Sasaran: Murid Tahap 2 & guru-guru 2. Memperdengarkan Alunan Bacaan Al-Quran/Zikir/Nasyid Tarikh: Sepanjang bulan Ramadan Hari: Isnin Jumaat Masa: 7.15 pagi 7.30 pagi Tempat: Dataran SK Kampai Sasaran: Semua murid & warga sekolah 3. Bacaan surah/ayat-ayat lazim/Tazkirah Ramadan Tarikh: Sepanjang bulan Ramadan Hari: Isnin Jumaat Masa: 7.30 pagi 7.40 pagi Tempat: Dataran SK Kampai Sasaran: Semua murid SK Kampai 4. Risalah Ramadan Tarikh: Sepanjang bulan Ramadan (seminggu sekali) Hari: Setiap hari Jumaat Masa: Waktu persekolahan Tempat: Setiap bilik darjah/bilik guru/laluan Iqra Sasaran: Semua warga sekolah 5. Tayangan Video Tarikh: Sepanjang bulan Ramadan (dua minggu sekali) Hari: Rabu Masa: 7.40 pagi 8.40 pagi Tempat: Dewan sekolah/Makmal komputer Sasaran: Semua murid SK Kampai 6. Kuiz Ramadan Tarikh: Sepanjang bulan Ramadan (mingguan) Hari: Jumaat Masa: Rehat Tahap 1 & Tahap 2 Tempat: Papan kenyataan Laluan Iqra Sasaran: Murid Tahap 1 dan Tahap 2 (Tiga Terbaik)

7. Majlis Khatam Al-Quran & Perasmian Penutup Tarikh: 17 Ogos 2012 Hari: Jumaat Masa: 8.00 pagi 10.00 pagi Tempat: Dewan sekolah SK Kampai Sasaran: Semua warga SK Kampai

Lampiran D

PERLAKSANAAN PROGRAM
Tadarus Al-Quran dan Solat Zuhur berjemaah 1) Murid-murid tahap 2 dibahagikan kepada 6 kumpulan. 2) Setiap kumpulan mengandungi 9 orang murid dan akan dibimbing oleh 2 orang guru yang telah dilantik. 3) Setiap kumpulan akan membaca dan perlu menghabiskan 5 juzuk al-Quran yang telah ditetapkan mengikut kumpulan masing-masing. 4) Perlaksanaan tadarus adalah secara berterusan sehingga khatam 30 juzuk al-Quran. 5) Solat Zuhur akan dilakukan secara berjemaah di surau/Dewan sekolah SK Kampai dengan diketuai oleh imam-imam yang dilantik. Memperdengarkan Alunan Bacaan Al-Quran/Zikir/Nasyid 1) Alunan bacaan Al-Quran/zikir/nasyid melalui pita rakaman/kaset/cakera padat diperdengarkan pada setiap pagi seawal jam 7.15 pagi selama 15 minit (masa mengikut kesesuaian). 2) Beberapa orang pengawas/murid akan dilantik untuk bertugas memutar kaset/pita rakaman/cakera padat bacaan al-Quran/zikir/nasyid pada waktu yang ditetapkan. Bacaan surah/ayat-ayat lazim/Tazkirah Ramadan 1) Seorang murid akan dilantik untuk mengetuai bacaan secara bergilir-gilir setiap pagi selama 5 minit. 2) Bacaan akan diikuti oleh semua murid dan diawasi oleh guru yang bertugas. 3) Tazkirah Ramadan akan dibaca oleh guru yang dilantik kepada semua murid (aktiviti tambahan). Risalah Ramadan 1) Bahan bacaan berbentuk risalah berkenaan kelebihan/keistimewaan bulan Ramadan akan disediakan dan diedarkan oleh unit publisiti dan hebahan secara mingguan. 2) Beberapa orang murid akan dilantik untuk membantu mengedar risalah tersebut. Tayangan Video 1) Perlaksanaan tayangan video sempena Ramadan adalah sebagai pendekatan untuk mengurangkan tekanan atau stress semasa belajar di kalangan murid SK Kampai. 2) Bahan tayangan adalah berbentuk santai dan hiburan ringan serta bersesuaian. 3) Durasi tayangan adalah selama 60 minit, setiap hari Rabu, 2 minggu sekali sepanjang bulan Ramadan. Kuiz Ramadan 1) Soalan kuiz berkaitan dengan bulan Ramadan dan berbentuk mingguan serta perlu dihantar setiap hari Jumaat sebelum jam 12.00 tengah hari. 2) Soalan kuiz mengikut kesesuaian tahap murid (Tahap 1 & Tahap 2). 3) Dua orang pemenang yang terbaik bagi setiap tahap akan dipilih berdasarkan jawapan yang betul dan tepat.

4) Keputusan hakim adalah muktamad dan pemenang akan diumumkan pada perhimpunan perdana setiap hari Isnin. 5) Hadiah akan disampaikan pada majlis penutup program. Tentatif Majlis Khatam Al-Quran & Perasmian Penutup 7.45 pagi 8.00 pagi 8.15 pagi Pendaftaran (kehadiran murid) Murid & Peserta khatam berkumpul di Dewan SK Kampai Acara bermula Aluan pengacara majlis Ucapan Perasmian Penutup Program IHRAM 2012 oleh Guru Besar SK Kampai Majlis Khatam Al-Quran bermula Acara Penutup Penyampaian hadiah/cenderamata Sesi bergambar/fotografi Majlis bersurai

8.30 pagi 9.00 pagi 10.00 pagi

Lampiran E

ANGGARAN BELANJAWAN
PENDAPATAN Tabung Kegiatan Agama Islam JUMLAH PERBELANJAAN Hadiah Pemenang Kuiz Ramadan: Tahap 1 : Tiga terbaik: Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahap 2 : Tiga terbaik: Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 3 x RM 7 3 x RM 7 3 x RM 7 JUMLAH 3 x RM 7 3 x RM 7 3 x RM 7 JUMLAH JUMLAH Backdrop perasmian dan Buku program Risalah Ramadan Kain rentang/Banner Khatam al-Quran: Bunga Telur 5 x RM 0.80 1 x RM 100 120 x RM 2 RM RM RM RM RM RM RM RM 21.00 21.00 21.00 63.00 21.00 21.00 21.00 63.00 RM 520.00 RM 520.00

RM 126.00 RM RM 50.00 4.00

RM 100.00 RM 240.00

JUMLAH
Disediakan oleh: ....................................................... (MUHAMAD FAISOL B ZAINI)

RM

520.00

Disemak dan disahkan oleh: ............................................

Penyelaras Program Ihya Ramadan (IHRAM) 2012

KERTAS KERJA DASAR

PROGRAM IHYA RAMADAN AL-MUBARAK ( IHRAM ) 1433 h/2012 M


SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPAI 71600 KUALA KLAWANG JELEBU, NEGERI SEMBILAN

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPAI

You might also like