You are on page 1of 1

PIBG SJK (TAMIL) BANDAR SRI SENDAYAN,

71950 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN


KOD SEKOLAH : NBD 4088

Ruj.Kami.SJKTBSS/100/11( )
Yang Berbahagia Tuan / Puan Tarikh : 15/10/2019

PERMOHONAN SUMBANGAN SEMPENA PROGRAM HARI KANTIN SEKOLAH


SJK(T) BANDAR SRI SENDAYAN BAGI TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak PIBG dengan kerjasama pihak sekolah


akan menganjurkan Program Hari Kantin Sekolah Pada ketetapan berikut:-
a) Tarikh : 17 November 2019 (Ahad)
b) Masa : 8.30 pagi – 3.00 petang
c) Tempat : Perkarangan SJKT Bandar Sri Sendayan
3. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengumpul dana PIBG serta
menyalurkan bantuan sekolah kepada murid-murid yang tidak kemampuan membeli
barang-barang seperti beg sekolah, pakaian sekolah, peralatan menulis dan buku nota.
Acara utama program ini adalah aktiviti sukaneka seperti pertandingan sepakan penalti,
bola jaring dan gerai pameran serta jualan seperti barang makanan dan minuman
disamping sesi cabutan bertuah bagi pengunjung dan ibubapa.

4. Sehubungan dengan itu, pihak PIBG sekolah dengan rasa rendah diri ingin
memohon sumbangan daripada pihak tuan/puan dalam bentuk tunai, hamper atau
bahan mentah yang diperlukan untuk gerai jualan bagi melancarkan program Hari Kantin
Sekolah ini. Sumbangan pihak tuan boleh disalurkan dengan cara berikut :

a. Wang Tunai/Barangan/Hamper : Terus kepada Pengerusi atau Bendahari PIBG.


b. Cek : Atas nama PIBG SJK (T) BDR SRI SENDAYAN dan diserahkan kepada
Pengerusi atau Bendahari PIBG @ MayBank, akaun No. 505176526785

5. Bagi penyerahan sumbangan dan sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak PIBG
sekolah kami di talian seperti berikut:- En. Jega: 016-9312847 , Pn. Devi :: 014-3345945
dan En.G.Jegathisan : 010-5455637

6. Kerjasama dan tindakan pihak tuan/puan kami didahului dengan jutaan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Yang benar,

_________________________
(JEGATHISAN A/L GANESAN)
Pengerusi
Pibg Sjkt Bandar Sri Sendayan
1

You might also like