You are on page 1of 3

PERJANJIAN TUTOR MATHS PRO TUITION

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Saya ____________________________________________________________________
No kad pengenalan ______________________________ bersetuju untuk menjadi tutor MATHS
PRO H OME TUITION/TUITION CENTRE (CONTRAC FOR SERVICE) yang komited dan
mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti:

(i) Menyerahkan PBME & JOB SHEET setiap pelajar tepat pada akhir bulan kepada pihak
MATHS PRO TUITION selewat-lewatnya 2hb setiap bulan baru. Penyerahan selepas 2hb
akan menyebabkan pembayaran diproses pada bulan berikutnya.

(ii) Menyerahkan resit kepada MATHS PRO TUITION beserta Job Sheet setiap kali
melakukan tuntutan bayaran buku latihan pelajar kepada kerani Pusat Tuition. (Pembelian
buku perlu mendapat persetujuan pengurus terlebih dahulu)

(iii) Tuntutan bayaran (claim) buku latihan pelajar ialah maksimum RM25 seorang pelajar
setahun bagi semua subjek yang diambil.

(iv) Satu salinan PBME akan diserahkan kepada kerani setiap kali habis kelas harian bagi
guru pusat tuisyen.

(v) Saya wajib menghadiri setiap program, perjumpaan dan latihan yang dijalankan oleh
Maths Pro Tuition.

(vii) Saya juga memahami kegagalan saya berbuat demikian akan menyebabkan elaun saya
ditangguhkan pembayarannya.

Tugas dan tanggungjawab

Tugas dan tanggungjawab dalam Tutor adalah seperti yang dibincangkan bersama pihak pengurusan.
Antara skop tugas adalah seperti berikut:
(1) Mengajar kelas seperti yang dipersetujui.

(2) Mengawal pelajar di dalam kelas dan mengambil kehadiran pelajar setiap hari sebelum kelas
bermula.

(3) Membuat ujian penilaian pelajar pada setiap akhir bulan.

(4) Melaporkan masalah sekiranya ada kepada pengurus.

(5) Menyediakan nota ringkas/mind mapping untuk membantu pelajar di pusat tuisyen.

(6) Menyediakan soalan peperiksaan yang dapat membantu pelajar meningkatkan prestasi di pusat
tuisyen.

(7) Memberikan bahan mengajar yang berkesan kepada pelajar-pelajar

(8) Cuti harus di mohon tiga (3) hari sebelum tarikh kelas. WAJIB menyediakan latihan dan bahan
mengajar kepda guru ganti/pusat tuition semasa bercuti.

(9) Cuti kecemasan tanpa alasan munasabah dikumpulkan sebanyak tiga (3x) akan dikenakan denda
(Penahanan gaji) atau diberhentikan dengan notis.

Jika saya tutor baru, semasa tempoh percubaan 6 bulan, saya akan mendapat 90% daripada
jumlah keseluruhan elaun tutor. Saya juga memahami syarat sah jawatan adalah tutor perlu
mengajar penuh selama 6 bulan dan menghadiri setiap perjumpaan. Selepas pengesahan jawatan
oleh pihak MATHS PRO TUITION, bayaran penuh akan diperolehi.

Sebagai tutor yang telah disahkan jawatan, saya akan memperolehi 100% daripada elaun
mengajar dan baki 10% selama 6 bulan tersebut.

Sekiranya saya ingin berhenti mengajar, notis sebulan dalam bentuk surat akan diberikan.
Kegagalan memberi notis akan menyebabkan elaun mengajar tidak akan diperolehi.

Saya juga akan menjaga personaliti sebagai seorang tutor Muslim/Muslimah yang baik dari segi
sikap, adab dan pemakaian. Saya akan berusaha untuk menjaga nama baik saya, agama &
MATHS PRO TUITION. Saya boleh diberhentikan pada bila-bila masa jika melanggar peraturan
atau seperti yang dikehendaki oleh klien.

Saya juga memahami jika saya berhenti mengajar pelajar tuition, saya tidak akan meneruskan
pengajaran bagi pelajar tuition tersebut sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun.

Saya bersetuju untuk membuka akaun CIMB/MAYBANK untuk mempercepatkan proses


pembayaran elaun daripada pihak Maths Pro Tuition. Saya juga bersetuju untuk menjadi Famili
MATHS PRO TUITION di Facebook (Closed Group) dan Whatsapp untuk mengikuti maklumat
terkini MATHS PRO TUITION dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.

PENTING!

Mengambil pelanggan Maths Pro Tuition sebagai Pelanggan sendiri adalah satu kesalahan yang
besar. Pihak peguam syarikat FAH Holding (Maths Pro Tuition) akan mengambil tindakan tegas
jika pekara ini didapati berlaku. Kertas siasatan undang-undang akan dibuka dan pihak tutor yang
dituduh perlu membela diri.

Pihak Tutor tidak boleh menerima sebarang tawaran atau menawarkan untuk mengajar secara
terus kepada pelajar & ibu bapa pelajar tanpa pengetahuan pihak Maths Pro Tuition.

Jika pelanggan ingin menambah subjek tambahan atau tuition selain di pusat tuition sekalipun,
pihak tutor perlu memaklumkan kepada Maths Pro Tuition.
Jka didapati pelanggan berhenti kerana mendapat tawaran dari pihak tutor, tindakan undang-
undang akan diambil serta merta oleh peguam syarikat.

SELAMAT DATANG

Kami dari pihak Maths Pro mengucapkan selamat datang kepada anda sebagai tutor kami.
Semoga kita dapat bekerjasama dengan lebih baik.

Saya memahami amanah yang diberikan dan bersetuju,

…………………………………….. ………………………………………
NamaTutor : Nama Saksi :
No. IC : No. IC :
No. Tel : No. Tel :
Tarikh :

You might also like