You are on page 1of 2

Pusat Tuisyen Prodigi

No. 10, Tingkat 1, Jalan 1/13


Taman Sri Kluang
86000, Kluang

Farahaida Binti Idrus


No. 6, Jalan Bunga Raya 3
Taman Sri Lalang
86000, Kluang 5 DISEMBER 2018

CIkgu Farahaida,

Tawaran Jawatan Tutor Sepenuh Masa di Pusat Tuisyen Prodigi

Merujuk perkara di atas, Pusat Tuisyen Prodigi (PTP) ingin memberikan tawaran pekerjaan kepada Cikgu Farahaida
sebagai tutor sepenuh masa di PTP. Berikut merupakan maklumat pekerjaan Cikgu Farahaida :

MAKLUMAT PEKERJAAN

Jawatan : Tutor Merangkap Admin


Taraf Jawatan : Tetap
Tarikh Mula Kerja : 12 Disember 2018
Masa Bekerja : 3 Petang – 10 Malam (Ahad – Khamis)
: 2:30 Petang – 10 Malam (Jumaat)
Masa berehat : 6 Petang – 7 Petang
Gaji permulaan : RM 1200.00 sebulan
Gaji pokok : RM 1400 sebulan (Setelah disahkan jawatan selepas 3 bulan)
Jumlah cuti tahunan : Tujuh (7) hari dalam setahun.

SKOP KERJA TUTOR

a. Menepati waktu kelas.


b. Membentuk dan membimbing pelajar dengan ikhlas dan komited.
c. Sentiasa memastikan prestasi setiap pelajar pada tahap yang terbaik.
d. Memastikan setiap pelajar dapat mengikuti dan memahami topik yang dipelajari.
e. Memaklumkan lebih awal kepada pihak Pengurusan Tuisyen apabila hendak bercuti. Kelas tuisyen yang
tertangguh hendaklah diganti.
f. Memaklumkan kepada pihak Pengurusan Tuisyen sebarang masalah berkaitan dengan pelajar dan kelas
tuisyen.
g. Membentuk pelajar kearah akademik cemerlang dan sahsiah terpuji.
h. Sentiasa bekerjasama dengan Pihak Pengurusan bagi memastikan suasana Pembelajaran dan Pengajaran
dalam keadaan terbaik kepada pelajar.
i. Merancang dan menyediakan bahan-bahan pembelajaran sebelum memulakan sesi pembelajaran.
j. Merancang dan menyediakan silibus pembelajaran untuk tempoh seminggu, sebulan dan seterusnya
untuk pihak pengurusan menyemak. Sila pastikan objektif dan matlamat untuk dicapai, dimasukkan
kedalam setiap perancangan tersebut.
k. Memaklumkan secara bertulis apabila ingin berhenti daripada PTP dengan dua (2) bulan notis dari tarikh
pemberhentian.
SKOP KERJA ADMIN

a. Menepati waktu kerja.


b. Menguruskan pendaftaran pelajar baru.
c. Memastikan keadaan PTP dalam keadaan baik dan bersih
d. Menguruskan dan mengemas kini database/maklumat pelajar
e. Menyemak pembayaran yuran pelajar pada setiap hujung bulan dan jika didapati pembayaran yuran
lewat, segera memaklumkan kepada ibu bapa pelajar.
f. Merekodkan pencapaian pelajar setiap kali mereka mendapat keputusan peperiksaan.
g. Membantu dalam pengurusan kewangan seperti pembayaran gaji guru, sewa kedai dan utiliti.
h. Menyediakan persediaan guru yang akan mengajar seperti membuka lampu, kipas dan lain-lain.
i. Sentiasa jujur dan amanah dalam pengurusan kewangan PTP. Maklumat harus direkodkan dalam buku
pengeluaran wang dan di dalam sistem database kewangan.
j. Memastikan keselamatan PTP dalam keadaan selamat seperti mengunci pintu keluar masuk selepas tamat
dari mengajar.
k. Menguruskan pemasaran online melalui media social seperi website, Facebook dan Instagram.
l. Menyediakan bahan pendidikan berbentuk gambar, video, modul, Ebook, copywriting dan lain-lain untuk
berkongsi kepada ibu bapa dan pelajar melalui media social pada waktu yang kerap.
m. Melaporkan kerosakan yang berlaku di pusat tuisyen untuk diselenggarakan dengan cepat.
n. Sentiasa memastikan bahan-bahan pembelajaran mencukupi sebelum sesi pembelajaran bermula seperti
kertas A4, ink printer, dakwat marker dan lain-lain.
o. Membantu mengemas kini laman rasmi website PTP dengan maklumat pendidikan atau lain-lain.
p. Menjaga “kesemua group whatsapp” Pusat Tuisyen Prodigi.
q. Menjemput/masukan nombor telepon ibu bapa pelajar masuk ke dalam “group whatsapp” setelah
mereka membuat pembayaran yuran pendaftaran.
r. Menerangkan kepada ibu bapa peraturan pusat tuisyen semasa pendaftaran di mana pembayaran yuran
harus dibuat selewat-lewatnya 7 hari selepas awal bulan.
s. Memaklumkan secara bertulis apabila ingin berhenti daripada PTP dengan dua (2) bulan notis dari tarikh
pemberhentian.

TANDATANGAN CIKGU FARAHAIDA TANDATANGAN PENGURUS PTP

……………………………………………………. ………………………………………………..
(Farahaida Binti Idrus) (Mohamad Nur Hidayat Bin Mat)
Tarikh : Tarikh :

You might also like