You are on page 1of 1

Muhammad Akmal Bin Mohd Sani,

No.44, Jln. Setia Perdana U13/27C,

Seksyen U13 Bandar Setia Alam,

40170 Shah Alam, Selangor.

Prof. Madya Dr. Nahrizul Adib Kadri,


Pengetua Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah(KK12),
Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur,Malaysia. 9 OGOS 2017

Tuan,

PERMOHONAN PENEMPATAN KOLEJ SEMESTER I SESI 2017/2018

Berhubung perkara di atas, saya Muhammad Akmal Bin Mohd Sani (SIQ160046) ingin membuat
rayuan permohonan penginapan Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah sesi 2017/2018. Untuk
makluman tuan, saya merupakan pelajar kemasukan Semester II sesi 2016/2017 pada bulan Febuari
yang lalu.

2. Saya merupakan penghuni kolej sejak sesi 2016/2017. Pada sesi lepas, saya telah melibatkan diri
dalam beberapa aktiviti secara tidak langsung dengan menghadiri pelbagai program yang telah
dijalankan di Kolej Kediaman Ke-12 antaranya seperti FRENSTER dan FESENI. Di peringkat universiti
pula, saya merupakan ahli Persatuan Mahasiswa Selangor dan ahli Kelab Perniagaan Universiti
Malaya. Saya telah menyertai program yang dijalankan oleh UMEC seperti Varsity Entrepreunership
Skills & Talents (VEST) dan juga ENACTUS 2017 National Competition. Saya juga telah menyertai
program yang dijalankan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar seperti Program Suai Kenal dan juga
Jelajah Pendidikan Bumiputera yang bertempat di Bera, Pahang.

3. Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya dengan sebaik mungkin
tanpa sebarang keraguan. Saya berjanji akan mematuhi peraturan kolej sewajarnya. Kerjasama baik
dari pihak tuan amatlah saya harapkan dan saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Terima Kasih.

Yang Benar,

(Muhammad Akmal Bin Mohd Sani)

You might also like