You are on page 1of 8

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR MALAYSIA DI INDONESIA (PKPMI)

CAWANGAN MAKASSAR
SESI 2013/2014
C-509 Rumah Susun Sederhana Sewa (RUSUNAWA), Pintu 2 Kampus
UNHAS, Jl. Perintis Kemerdekaan, Tamalanrea, 90245, Makassar, Sulawesi
Selatan, Indonesia.
No. Tel : 085656122532

Perpustakaan mini
pelajar malaysia

DENGAN KERJASAMA:

ISLAMIC MEDICAL ASSOCIATION (IMAM),


KELAB UMNO LUAR NEGARA CABANG MAKASSAR (KULN),
IKATAN PENULIS MAHASISWA MALAYSIA CABANG MAKASSAR

1.0 LATAR BELAKANG PKPMI


Universiti Hasanuddin (UNHAS) merupakan salah satu universiti yang terkenal di
Indonesia selain daripada Universiti Gadjah Mada, Universiti Airlangga dan

sebagainya. Ia terletak di daerah Makassar, Sulawesi Selatan. Universiti ini


menempatkan sejumlah ratusan mahasiswa yang terdiri dari pelbagai bidang
pengajian termasuklah dalam bidang perubatan.
Seramai lebih kurang 350 orang pelajar Malaysia telah ditempatkan dalam
Fakulti Perubatan Universiti Hasanuddin untuk dalam rangka meraih gelaran
sebagai seorang doktor perubatan. Jumlah pelajar yang kian bertambah setiap
tahun telah memberi idea kepada para pelajar Malaysia di sini untuk
menubuhkan satu persatuan yang diberi nama Persatuan Kebangsaan Pelajar
Malaysia di Indonesia (PKPMI) Cawangan Makassar.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) adalah sebuah
persatuan berdaftar yang dinaungi oleh Jabatan Pelajar Malaysia di Indonesia
(JPMI). Sejarah wujudnya PKPMI bermula di Pulau Jawa pada tahun 1945. Pada
tahun penubuhannya, PKPMI telah diiktiraf oleh Kedutaan Besar Malaysia dalam
menjalankan kegiatannya. Pada tarikh 4 Febuari 1969, persatuan ini diiktiraf oleh
kerajaan Malaysia., di bawah Kedutaan Besar Malaysia. Tujuan utama dari
penubuhan persatuan ini adalah untuk menjaga kebajikan para pelajar Malaysia
di sini. Melalui persatuan ini, semua pelajar Malaysia di sini berjaya disatukan
dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. PKPMI beroperasi di seluruh universiti di
Indonesia yang mempunyai pelajar Malaysia.
Berpegang pada tujuan utama penubuhan PKPMI, PKPMI Cawangan Makassar
sesi 2013/2014 ingin mengambil inisiatif ini untuk meneruskan hasrat PKPMI
Cawangan Makassar sesi 2011/2012 untuk mewujudkan sebuah perpustakaan
mini milik pelajar Malaysia. Inisiatif ini dianggap sebagai satu langkah yang lebih
futuristik dalam menjamin kebajikan pelajar di sini seterusnya diharap dapat
membantu dalam peningkatan akademik pelajar.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia 2013/2014

Page 2

2.0 CARTA
2013/2014

ORGANISASI

PKPMI

MAKASSAR

Yang Dipertua

: Wan Ashekal Nazuan Bin Wan Azmi

Naib Yang Dipertua 1

: Muhammad Fawwaz bin Mohd Sujangi

Naib Yang Dipertua 2

: Nor Hasyimah Binti Malek

Setiausaha

: Nur Syafawati Binti Halim

Bendahari

: Hazmi Adly Harun bin Harun

SESI

Exco Akademik
Raja Nurulain bt. Raja Nahar Putra
Nurul Solihin bin Nurulhasnan

Exco Acara
Nardine bt Che Roslan
Muhammad Adil bin Mohd Sabri

Exco Aset dan Dana


Muhammad Syamil Bin Rozlan
Nurul Faten Izzati binti Norharizam

Exco
Hubungan
Luar
Komunikasi
Muhammad Alif bin Ahmad
Khairun Liyana binti Mat Shah

Exco Kebajikan dan Rekreasi


Muhamad
Arif
Amri
Khamaruzaman
Nur Aimi Solehah binti Azmi

Exco
Data,
Dokumentasi
dan
Informasi (DDI)
Mohammad Safuan Arif bin Mohd Noor
Nurul Nabilah binti Abdul Hakim

bin

dan

Exco Tarbiah dan Kerohanian


Md. Aizat Kamal Bin M. Shamuddin
Miqdad bin Mohd Suberi
Najihah Wahi Anuar

3.0 CARTA ORGANISASI PERPUSTAKAAN MINI PELAJAR


MALAYSIA
Pengarah Program
Timbalan Pengarah

: Siti Sarah binti Azlan


: Ruzanna binti Hashim

Setiausaha

: Hazmi Adly Harun

Bendahari

: Siti Nur Amira binti Muhamad Nasir

Biro Persiapan Tempat


Manshor

Tengku

Nurshahida

Tengku

Biro Pengumpulan Buku dan Bahan Rujukan : Nurhafizah binti Hatta


Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia 2013/2014

Page 3

Biro Keahlian

: Ummu Asma binti Rosli

Biro Data dan Teknikal

: Nurul Solihin bin Nurulhasnan

Biro Kebersihan

: Raja Nurulain bt. Raja Nahar Putra

4.0 RINGKASAN PROGRAM

4.1

Nama Program
Perpustakaan Mini Pelajar Malaysia

4.2

Pengenalan
PMPM adalah singkatan daripada Perpustakaan Mini Pelajar
Malaysia. Program penubuhan Perpustakaan Mini ini adalah julung
kali dilaksanakan oleh PKPMI Cawangan Makassar sesi 2011/2012.
Namun begitu, program ini tidak dapat dilaksanakan akibat
daripada masalah dana dan logistik. Oleh sebab itu, besar harapan
kami, PKPMI Cawangan Makassar sesi 2013/2014 untuk
melaksanakan program ini. Penubuhan ini adalah khusus untuk
kemudahan pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti
Hasanuddin, Sulawesi Selatan, Indonesia. Objektif utama
penubuhan Perpustakaan Mini ini adalah bagi menjaga kebajikan
para pelajar dan meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

4.3

Penganjur
Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI),
Cawangan Makassar, Sesi 2013/2014

4.4

Penglibatan
400 orang ahli PKPMI Cawangan Makassar

4.5

Tempat
Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia

4.6

Tarikh
Dirancang sejak tahun 2012 namun gagal ndilaksanakan kerana
masalah dana
Diharap agar dilaksanakan pada tahun 2013

4.7

Anggaran Perbelanjaan
RM 4,657.25

4.8

Maklumat Lanjut

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia 2013/2014

Page 4

Email : pkpmi_makassar@gmail.com
+6085696536826 ( Pengarah Program)

5.0 PENGENALAN
PMPM adalah singkatan daripada Perpustakaan Mini Pelajar Malaysia.
Program penubuhan Perpustakaan Mini ini telah dirancang oleh PKPMI Cawangan
Makassar (PKPMI-CM) sesi 2011/2012. Namun begitu, akibat daripada masalah
dana dan lojistik, program ini tidak dapat dilaksanakan. Oleh sebab itulah, besar
harapan kami PKPMI Cawangan Makassar (PKPMI-CM) sesi 2013/2014 untuk
mengumpul dana bagi melaksanakan program yang amat bermanfaat ini.
Penubuhan ini adalah khusus untuk kemudahan pelajar Malaysia yang menuntut
di Universiti Hasanuddin, Sulawesi Selatan, Indonesia. Objektif utama penubuhan
Perpustakaan Mini ini adalah bagi menjaga kebajikan pelajar secara umumnya,
serta diharapkan supaya dapat meningkatkan lagi pencapaian akademik pelajar
secara khususnya. Seperti yang diketahui, akademik adalah tunjang utama bagi
pelajar dan merupakan pasport bagi meraih kedudukan dalam masyarakat.
Selain daripada usaha sendiri, pelajar juga harus dibantu dengan kemudahan
yang mencukupi untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka. Setiap
usaha yang dilakukan harus digabung secara sistematik dan tersusun untuk
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Perpustakaan yang disediakan oleh pihak fakulti ini menghadkan waktu
perkhidmatan kepada waktu pembelajaran iaitu dari jam 8.30 pagi hingga 4.30
petang. Hal ini menyebabkan pelajar tidak dapat memanfaatkan penggunaan
kemudahan ini di luar waktu pembelajaran. Di samping itu, ruang bacaan yang
disediakan amatlah sempit di mana ia menempatkan cuma sebuah meja
berukuran besar bagi kemudahan semua pengunjung.
Program perubatan memerlukan pelajar untuk lebih mengaplikasikan kaedah
pembelajaran secara berkumpulan (study group). Pelajar-pelajar Malaysia di sini
juga telah diterapkan dengan sistem mentor-mentee yang melibatkan pelajar
angkatan atas (senior) dan pelajar angkatan bawah (junior). Kaedah-kaedah
tersebut memerlukan pelajar supaya mempunyai ruang perbincangan yang
sesuai. Namun begitu, keterbatasan kemudahan yang disediakan di luar waktu
pembelajaran terutamanya ruang perbincangan membuatkan sistem yang
disediakan tidak dapat memberi kesan yang efektif.
Melalui permasalahan-permasalahan yang telah dibincangkan di atas, pihak
PKPMI-CM sesi 2013/2014 telah mengambil inisiatif ini untuk meneruskan
pelaksanaan penubuhan Perpustakaan Mini bagi kemudahan semua pelajar di
sini. Selain bertujuan untuk memastikan kebajikan pelajar terjamin, penubuhan
Perpustakaan Mini ini dilihat akan dapat memberi satu nafas baru kepada sistem
Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia 2013/2014

Page 5

pembelajaran pelajar-pelajar Malaysia di sini. Amatlah diharapkan agar program


ini dapat menjadi satu galakan kepada pelajar untuk mencapai prestasi yang
lebih baik dan dapat mengharumkan nama negara tercinta di masa akan datang.

6.0 OBJEKTIF PROGRAM


6.1

Menjaga kebajikan komuniti pelajar Malaysia di Indonesia.

6.2

Meningkatkan pencapaian prestasi akademik komuniti pelajar.

6.3
Memberi fasiliti sumber rujukan yang lebih selesa dan tersusun
untuk komuniti
pelajar.
6.4
Menyediakan
terutama bagi sumber

sumber

rujukan

yang

berguna

untuk

komuniti

rujukan berbahasa Inggeris.

7.0 SASARAN PENGLIBATAN


7.1

Semua ahli PKPMI-CM yang berjumlah 400 orang.

7.2

Persatuan-persatuan luar di bawah naungan PKPMI-CM yang terdiri


daripada Kelab UMNO Luar Negara (KULN), Ikatan Penulis Mahasiswa
Malaysia di Indonesia (IPEM) dan Persatuan Pelajar Perubatan Islam
Malaysia.

8.0 BUTIR-BUTIR
8.1

Tempat

: Taman Rekreasi Lata Meraung,Jerantut

8.2

Tarikh

8.3

Kemudahan :

: April 2013

8.3.1 Bilik belajar serta ruang diskusi


Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia 2013/2014

Page 6

8.3.2 5 buah rak buku (besar) untuk bahan rujukan ilmiah


8.3.3 2 buah rak buku (kecil) untuk buku-buku bacaan non-fiksyen
8.3.4 2 buah meja (besar) di ruang belajar
8.3.5 1 buah meja (kecil) di ruang belajar
8.3.6 10 buah kerusi di ruang belajar
8.3.7 2 buah kipas
8.3.8 1 buah printer
8.3.9 Fotostat buku-buku rujukan perubatan Bahasa Inggeris mahupun
Bahasa Indonesia
8.3.10Kumpulan soalan-soalan tahunan

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BI
L

HARGA
ALAT/ BAHAN

SEUNIT
(Rm)

KUANTIT
I

ANGGARA
N HARGA
(RM)

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

JUMLAH

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia 2013/2014

Page 7

10. KESIMPULAN
Kami di barisan pihak penganjur berharap cadangan yang diusulkan melalui
kertas kerja ini mendapat perhatian yang selayaknya daripada pihak
Datuk/Dato'/Prof./Dr. /Tuan/Puan. Kami juga mengharapkan jasa baik
Datuk/Dato'/Prof./Dr. /Tuan/Puan untuk mempertimbangkan pemberian dana bagi
menjayakan program yang dirancang.

Disediakan Oleh,

Disokong dan Disahkan Oleh,

................................................

...............................................................

(Nur Syafawati binti Halim)

Setiausaha,

(Wan Ashekal Nazuan Bin Wan Azmi)

PKPMI Cawangan Makassar

Yang Dipertua,

Sesi 2013/2014

PKPMI Cawangan Makassar,


Sesi 2013/2014

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia 2013/2014

Page 8

You might also like