You are on page 1of 5

KERTAS CADANGAN

LAWATAN KERJA PENSYARAH IAB CAWANGAN SARAWAK KE UNIVERSITI


MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS): EXPLORING STEM, COMMUNITY
SUSTAINABILITY

JABATAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM


INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SARAWAK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2019

TUJUAN

Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon pertimbangan Pengarah Cawangan,


Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi
menimbang dan meluluskan pelaksanaan Lawatan Kerja Pensyarah IAB Cawangan
Sarawak ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 12 April 2019. Perincian
pelaksanaan lawatan adalah seperti Lampiran 1.

LATAR BELAKANG

Tugas dan peranan yang perlu dilaksanakan oleh pensyarah semakin mencabar dari
sehari ke sehari kerana perkembangan pesat yang berlaku dalam sistem pendidikan
sama ada di dalam mahupun di luar negara. Sekiranya pensyarah tidak bersedia
dengan perkembangan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara, sukar untuk
mereka melaksanakan sesi latihan serta perkongsian ilmu yang relevan, terkini dan
berkesan. Pelaksanan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam
sistem pendidikan negara adalah untuk membangunkan modal insan yang
berpengetahuan, berkemahiran tinggi, berhemah tinggi, kreatif, inovatif dan kompetitif
selaras dengan aspirasi sistem, aspirasi murid dan anjakan dalam PPPM 2013 – 2025.

Ini juga selaras dengan peranan dan fungsi IAB sebagai pusat latihan dalam bidang
pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang unggul. Justeru, pensyarah bukan hanya
memerlukan pengetahuan profesional sahaja tetapi perlu juga memahami kehendak
pelbagai pihak yang berkepentingan terhadap sekolah dan institusi pendidikan yang
lain khususnya dalam pelaksanaan STEM di sekolah. Selain itu pengurusan tertinggi
IAB juga sentiasa memberi ruang dan peluang kepada semua pensyarah untuk
meningkatkan lagi keupayaan dan kompetensi yang diperlukan bersesuaian dengan
hasrat inisiatif # 112 iaitu memperkasakan pensyarah IAB dan IPGM.

ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

1. Pelaksanaan lawatan ini adalah untuk semua pensyarah dan pegawai latihan IAB
Cawangan Sarawak sahaja.

2. Lawatan ini merupakan program sokongan untuk menjayakan inisiatif # 112 iaitu
memperkasakan pensyarah IAB dan IPGM.

3. Lawatan ini tidak melibatkan sebarang peruntukan kewangan dan dianjurkan


secara zero budget.

4. Lawatan ini merupakan salah satu program yang dirancang dalam takwim IAB
Cawangan Sarawak

FAEDAH YANG DIPEROLEH

Lawatan kerja ini diadakan selaras dengan peranan pensyarah IAB dalam melatih dan
membimbing barisan hadapan pemimpin pendidikan khususnya pengetua dan guru
besar. Lawatan ini diharapkan dapat dimanfaatkan dengan menimba dan berkongsi
pengetahuan, maklumat serta pengalaman yang berkaitan dengan pelaksanaan STEM
di sekolah.
IMPLIKASI KEWANGAN

Pelaksanaan lawatan kerja ini merupakan aktiviti zero budget dan tidak melibatkan
sebarang implikasi kewangan.

KESIMPULAN

Lawatan kerja ini diharapkan akan menjadi medan pertukaran dan percambahan ilmu,
maklumat, pengalaman dan amalan terbaik dalam kalangan pensyarah. Selain itu,
program seumpama ini juga diharapkan dapat mewujudkan lebih banyak ruang
kerjasama antara IAB Cawangan Sarawak dengan pelbagai agensi lain sama ada
kerajaan mahupun swasta bagi meningkatkan kualiti pengurusan dan kepimpinan
pemimpin pendidikan.

SYOR

Pengarah Cawangan dipohon untuk memberikan pertimbangan dan meluluskan


penganjuran Lawatan Kerja Pensyarah IAB Cawangan Sarawak ke Universiti
Malaysia Sarawak (UNIMAS): EXPLORING STEM, COMMUNITY SUSTAINABILITY
anjuran Jabatan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum, Institut Aminuddin Baki
Cawangan Sarawak pada 12 April 2019.
Lampiran 1

KOLOKIUM PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN SEKOLAH


TAHUN 2016

1. Nama Program
Lawatan Kerja Pensyarah IAB Cawangan Sarawak ke Universiti Malaysia
Sarawak (UNIMAS): Exploring Stem, Community Sustainability

2. Tarikh/Hari
12 April 2019/Jumaat

3. Tempat/Lokasi
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

4. Sasaran Peserta
Semua pesyarah IAB Cawangan Sarawak dan Pegawai Latihan

5. Jemputan
Penolong Pengarah (STEM), Sektor Pengurusan Akademik, JPN Sarawak

6. Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu

7. Objektif
Objektif Umum
Peserta lawatan akan dapat menimba pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
dalam pelaksanaan STEM di sekolah.
8. Objektif Khusus
Peserta lawatan akan dapat:
i. Maklumat dan perkongsian terkini berkaitan dengan pelaksanaan STEM di
sekolah

ii. Mengenal pasti amalan terbaik dalam pelaksanaan STEM yang menjurus
kepada peningkatan kualiti sekolah dan kemenjadian murid; dan

iii. Membuka ruang kerjasama IAB Cawangan Sarawak dengan agensi


kerajaan ataupun swasta untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang
pengurusan dan kepimpinan pendidikan.

9. Tema
Tiada kaitan

10. Majlis Perasmian


Tiada kaitan

11. Pengisian
1. Pembentangan Pelaksanaan STEM oleh UNIMAS, JPN Sarawak dan IAB
Cawangan Sarawak
2. Lawatan ke Makmal STEM
3. Perkongsian Amalan Terbaik

12. Jadual Tentatif - Perincian Lampiran 2

13. Senarai Jawatankuasa Pelaksana - Perincian Lampiran 3

You might also like