You are on page 1of 3

NAMA : AHMAD NURUL HUSNI BIN GHAZALI

SX181713GHPF04

Mengikut Seksyen 5 Kanun Tanah Negara , tanah itu ialah permukaan bumi dan
semua benda yang menjadi permukaan bumi tersebut, bumi di bawah permukaan bumi dan
segala benda di dalamnya segala tumbuh-tumbuhan dan lain-lain keluaran semulajadi,
sama ada atau tidak memerlukan penggunaan buruh secara berkala untuk pengeluarannya,
dan sama ada di atas atau di bawah permukaan bumi, segala benda yang bercantum
kepada bumi atau yang terpasang dengan kekal kepada apa-apa benda yang bercantum
kepada bumi, sama ada di atas atau di bawah permukaan bumi dan tanah yang dilitupi air.

Tanah boleh dibahagikan kepada 5 kumpulan utama iaitu tanah milik (tanah yang
mempunyai hakmilik berdaftar), tanah lombong (tanah yang diberi pajakan lombong), tanah
rizab (tanah yang dirizabkan untuk maksud awam di bawah Seksyen 62 KTN), tanah rizab
hutan (tanah rizab yang diwarta di bawah Akta Perhutanan 1984) dan tanah kerajaan
(semua tanah dalam negeri selain dari tanah rizab, tanah milik dan tanah rizab hutan).

Ahli falsafah Greek purba seperti Plato, Socrates dan Hippodamus banyak
memperkatakan tanah sebagai asas kehidupan manusia. Tanah adalah reruang (spatial)
yang menghidupkan 'ruang dan peluang' kehidupan. Maknanya, tanah sebagai sumber
kehidupan. Namun demikian, isu berkaitan tanah sering timbul tanpa penyelesaian
bersepadu. Hatta, kita perlu strategi bersepadu dalam mengurus tanah. Ada kira-kira 30,000
hektar tanah wakaf dan hampir 300,000 hektar tanah bekas lombong selain kira-kira
120,000 hektar tanah pertanian yang terbiar. Betapa luas pula tanah perumahan dan projek
terbengkalai. Ada kira-kira 1.7 hektar Tanah Rizab Melayu pada hari ini berbanding seluas
2.4 juta hektar pada 1947. Kebanyakannya terbiar dan tidak dimajukan pada tahap 'tertinggi
dan terbaik' di seluruh negara. Maka, kita perlu strategi bersepadu dalam mengurus tanah
terutama yang membabitkan agensi kerajaan negeri dan persekutuan.

Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan, Jadual 9, Senarai 2, menyatakan bahawa


segala hal ehwal dalam pentadbiran tanah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.
Walau bagaimanapun, Perkara 91 (5) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 9 KTN
memperuntukkan penubuhan Majlis Tanah Negara sebagai forum untuk penyeragaman
dasar-dasar untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh Semenanjung
Malaysia. Ini selaras dengan hasrat supaya segala tindakan atau pembangunan tanah yang
dilaksanakan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri akan mengambil kira keperluan dan
kepentingan semua rakyat di seluruh Negara.

Fungsi Majlis Tanah Negara pertama ialah membentuk dasar negara untuk
memajukan dan mengawal penggunaan tanah diseluruh persekutuan bagi perlombongan,
pertanian , perhutanan, atau apa-apa maksud lain. Selain daripada itu, yang kedua ialah
mentadbir mana-mana undang-undang yang berhubungan dengannya dan kerajaan-
kerajaan persekutuan dan negeri hendaklah mengikuti dasar-dasar yang dibentuk
sedemikian. Disamping itu, yang ketiga pula ialah Majlis Tanah Negara juga berfungsi
menasihati kerajaan mengenai penggunaan tanah atau berkenaan dengan apa-apa
perundangan yang dicadangkan mengenai tanah. Bagi Sabah dan Sarawak, mereka boleh
menghantar wakil tetapi tiada kuasa mengundi untuk menentukan sesuatu perkara.

Mengikut perlembagaan persekutuan perkara 91 Majlis Tanah Negara menyatakan


pertama ialah Maka hendaklah ada suatu Majlis Tanah Negara yang terdiri daripada
seorang Menteri sebagai pengerusi, seorang wakil dari setiap Negeri yang hendaklah
dilantik oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri, dan apa-apa bilangan wakil Kerajaan
Persekutuan yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan tetapi, tertakluk kepada Fasal (5)
Perkara 95E, bilangan wakil Kerajaan Persekutuan tidak boleh melebihi sepuluh. Kedua
ialah pengerusi boleh mengundi atas apa-apa soal di hadapan Majlis Tanah Negara tetapi
tidaklah mempunyai undi pemutus. Ketiga pula Majlis Tanah Negara hendaklah dipanggil
bermesyuarat oleh pengerusi seberapa kerap yang difikirkannya perlu tetapi sekurang-
kurangnya satu mesyuarat hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun.

Keempat pula menyatakan jika pengerusi atau seseorang wakil sesuatu Negeri atau
Kerajaan Persekutuan tidak dapat hadir dalam sesuatu mesyuarat, maka pihak berkuasa
yang melantiknya itu boleh melantik seorang lain untuk mengambil tempatnya dalam
mesyuarat itu. Manakala yang kelima ialah menjadi kewajipan Majlis Tanah Negara untuk
membentuk, dari semasa ke semasa, dengan berunding dengan Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Majlis Kewangan Negara suatu dasar negara untuk
memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh Persekutuan bagi perlombongan,
pertanian, perhutanan atau apa-apa maksud lain, dan untuk mentadbirkan mana-mana
undang-undang yang berhubungan dengannya; dan Kerajaan-Kerajaan Persekutuan dan
Negeri hendaklah mengikuti dasar yang dibentuk sedemikian.
Akhir sekali iaitu yang keenam menyatakan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan
mana-mana Negeri boleh merundingi Majlis Tanah Negara berkenaan dengan apa-apa
perkara lain yang berhubungan dengan penggunaan tanah atau berkenaan dengan apa-apa
perundangan yang dicadangkan mengenai tanah atau pentadbiran mana-mana undang-
undang yang sedemikian, dan menjadi kewajipan Majlis Tanah Negara untuk menasihati
Kerajaan itu mengenai mana-mana perkara yang sedemikian.

Oleh itu, dengan wujudnya Majlis Tanah Negara ini maka kaedah dalam mengurus
tanah di Malaysia ini lebih efisien dan teratur dalam membangunkan tanah negara serta
dapat mengawal kepentingan penggunaan dan pengurusan sumber asli yang cekap dan
bijaksana yang tentunya akan menyumbang kepada kesejahteraan negara dan rakyat
sejajar Matlamat Pembangunan Mampan dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Begitu juga dengan hasilnya, produktiviti tanah pertanian akan meningkat, kenaikan kos
sara hidup boleh diperlahankan, keterjaminan makanan akan wujud dan kerajaan dapat
merumahkan rakyat. Sesungguhnya, kita mampu membina jambatan kesejahteraan rakyat
dengan asas yang kukuh untuk mendepani masa depan yang semakin mencabar.

RUJUKAN:
• Buku Pengajian Am (Penyelarasan Pentadbiran Malaysia)
• Perlembagaan Persekutuan
• Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
• Tajuk Artikel (Perlu strategi bersepadu urus tanah 2016) oleh Profesor Dr Ismail
Omar -Berita Harian

You might also like