You are on page 1of 10

STE3271

PENJAGAAN DAN DANDANAN RAMBUT

SEMESTER 4, SESI 2021/2022

NAMA MUHAMMAD IKHMAL HAKIM BIN BUKHARI


PROGRAM BACELOR PENDIDIKAN SAINS RUMAHTANGGA
NO. MATRIK 206045
PENSYARAH PUAN ANIS BINTI ZAKARIA
PEMBANTU PENGAJAR CIK ANIS NURDDINI BINTI AZIZ
KUMPULAN 3
STE 3271

PENJAGAAN DANDANAN RAMBUT

SEMESTER 4, SESI 2020/2021

AMALI 2

( SOLEKAN ORANG TUA )

NAMA : MUHAMMAD IKHMAL HAKIM BIN

BUKHARI NO MATRIK : 206045

KUMPULAN AMALI : 3

PENSYARAH : PUAN ANIS BINTI ZAKARIA

PEMBANTU PENGAJAR : ANIS NURDDINI BT AZIZ

1
AMALI

TARIKH : 9 APRIL 2022

MASA : 8. 00 a.m – 12.00 p.m

1.0 TAJUK

Solekan orang tua .

2.0 OBJEKTIF

1. Menyatakan tujuan solekan orang tua .

2. Menyenaraikan bahan dan alatan membuat solekan orang tua .

3. Menggunakan warna yang bersesuaian mengikut dengan tema solekan .

4. Melakukan solekan orang tua dengan langkah yang betul.

5. Mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan solekan orang tua.

2
3.0 ALATAN DAN BAHAN

Span solekan Berus solekan Primer

Concealer Foundation Skincare

Eyebrow pensel dan Lip Liner Lipstick


berus

3
Eyeshadow Eyeliner highlight

Setting spray Maskara Loose powder

Stick contour Eyes primer

4
4.0 LANGKAH KERJA

1. Kawasan kerja dipastikan selamat daripada sebarang kemalangan.

2. Bahan dan peralatan disiapkan di atas meja.


3. Muka dipastikan bersih dan dipakaikan bahan penjagaan kulit terlebih dahulu.
4. Bentuk muka dianalisis sama ada berbentuk bulat, oval, segi empat tepat, segi empat
sama, hati atau diamond.
5. Kulit muka dianalisis sama ada kulit kering, biasa atau berminyak.
6. Muka di ‘prep’ kan dengan menyapu primer ke seluruh muka.
7. Kening disikat dan di wax keatas menggunakan berus kening . Mengahsilakan garisan
halus pada sekitar bahagian kening , mata , hidung dan mulut .
8. Kawasan bermasalah seperti jerawat, cela dan lingkaran hitam dikenal pasti untuk
diletakkan ‘colour corrector’.
9. Foundation di sapu keseluruh muka dengan sekata dan perlu tebal. ‘Concealer’ disapu
pada bahagian seperti bawah mata, dahi, tepi hidung dan tepi bibir.
10. Muka perlu di ‘bake’ menggunakan ‘loose powder’.
11. Kontor di kenakan pada muka bersesuaian dengan bentuk muka. Bahagian yang perlu
dikontorkan adalah seperti bahagian hidung, pipi, dahi dan pada bahagian tepi dagu. Kontor
memain peranan dalam menghasilkan kesan kedutan.
12. ‘Highlight’ disapu pada bahagian yang ingin diserlahkan. Seperti di atas hidung .
13. Pembayang mata dikenakan pada bahagian mata dengan menggunakan warna hitam
atau gelap yang bersesuaian dengan tema orang tua .
14. Pakai ‘lipstick’ yang bersesuaian iaitu berwarna hitam . Sapu sedikit compad powder
15. ‘Setting spray’ disembur ke seluruh wajah untuk membuatkan solekan tahan lama dan
‘well-blend’.
16. Proses solekan selesai.

5
5.0 HASIL SOLEKAN

6.0 MAKLUMAT PENTING

Terdapat beberapa ciri solekan orang tua iaitu untuk mendapatkan old age make up, yang
memerlukan aspek 3- dimensi seperti ciri-ciri kulit tua sukar digambarkan melalui aspek 2D.
Selain itu , aspek 3D yang perlu ditekankan adalah pada kedutan ,

6
sudut , celah-celah dan garis garis . Dimana perlu menggunakan bayangan dan kontur
merupakan teknik yang penting bagi memberi aspek 3D.

Selain itu , ciri-ciri lain yang boleh dilihat adalah pada tulang pipi tenggelam , kerutan di
dahi , kerutan di antara mata dan mempunyai eyebag iatu kerutan di bawah mata . Untuk
membuat ciri-ciri tersebut saya perlu menggunakan nude iaitu warna coklat muda, putih dan
merah . Seterusnya , saya telah mempelajari untuk membuat kesan kedutan iaitu dengan
menggunakan warna coklat muda dan putih . Teknik yang betul akan memberi ilusi kedutan
nampak seperti kedutan sebenar .

Selain itu , untuk membuat kesan bayang pada muka , saya menggunakan contour atau
warna gelap seperti coklat . Biasanya akan dilakukan pada sisi hidung , bawah mata dan lekuk
kening. Akhirnya , saya juga mempelajari untuk membuat kesan kusam iaitu dengan
mengunakan warna putih dan merah sebam. Warna merah sebam juga digunakan untuk
menampakkan bibir tua dan kesan lebam.

7.0 REFLEKSI

Pada amali kali ini, saya dapat mempelajari tentang solekan orang tua . Solekan orang tua
merupakan solekan yang dilakukan pada wajah pelanggan yang ingin melakukan pertunjukan
atau mempunyai lakonan untuk watak orang tua. Solekan orang tua ini mementingkan kesan
dan ciri ciri garisan yang dihasilkan serta warna juga amat memainkan peranan dalam
menghasilkan kesan yang 3D . Pada mata mulut dan dahi juga perlu di lukis garisan halus
untuk menghasilkan kesan kedutan dengan menggunakan kontur berwarna koko muda. Pada
amali kali ini, saya dapat mempelajari langkah-langkah solekan orang tua yang dapat
membuat penampilan pelanggan agar kelihatan tua dan berseni .

7
8.0 PERBINCANGAN

Solekan orang tua ini digunakan terutamanya dalam pembuatan filem. Solekan ini telah
bermula pada pertengahan tahun 1920-an dimana seorang pelakon Lon Chaney meempelopori
solekan iaitu special effect dengan mencipta penampilannya sendiri untuk digunakan dalam
lakonan The Hunchback of Notre Dame , Phantom of Opera dan banyak lagi. Selain itu ,
solekan orang tua ini memerlukan daya imaginasi yang tinggi untuk menghasilkan kesan
kedutan dan lebam pada muka . Seterusnya, solekan orang tua ini ia banyak menggunakan
kontur untuk menghasilkan kesan dan bayang pada muka dan juga memberi kesan yang
menunjukkan lebam. Hal ini , penggunaan kontur dan “loose powder” sangat memainkan
peranan dalam menghasilkan kesan pucat pada muka. Selain itu, untuk bahagian mulut , saya
juga perlu menggunakan lip liner yang berwarna gelap seperti hitam, untuk menghasilkan
kesan pucat .

9.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pada akhir sesi amali pada kali ini, pelajar dapat menyatakan tujuan
solekan orang tua . Selain itu, pelajar dapat menyenaraikan bahan dan alatan membuat solekan
orang tua . Pelajar turut dilatih untuk melakukan solekan orang tua dengan langkah yang betul
dan menggunakan warna yang bersesuaian . Pelajar juga belajar untuk mengamalkan langkah
keselamatan semasa melakukan solekan orang tua . Akhir sekali, segala objektif pada amali
kali ini dapat dicapai.

8
9

You might also like