You are on page 1of 2

LAPORAN LAWATAN KE AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (AADK)

Pada 18 Mac 2013, pelajar PISMP 5.12 telah mengadakan lawatan ke Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Jumlah peserta adalah seramai 21 orang dan diiringi oleh pensyarah pembimbing iaitu Tuan Haji Rusli bin Abdullah. Lawatan selama sehari ini diadakan bertujuan untuk memenuhi sukatan bagi subjek Pendidikan Kesihatan. Lawatan ini bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir kira-kira 5.30 petang. Memandangkan kedudukan AADK ini berdekatan dengan IPG Kamous Pendidikan Islam, semua peserta bergerak ke sana dengan kenderaan masing-masing. Ketibaan semua pelajar disambut oleh pegawai AADK, setelah mengalualukan kedatangan kami. Majlis diserahkan kepada penolong pengarah bahagian Pendidikan Pencegahan iaitu Puan Norkumala Bt Abdul Rahman untuk menyampaikan ceramah berkenaan AADK. Dalam ceramah tersebut, Puan Norkumala banyak menekankan tentang program yang agak baru dalam senarai perkhidmatan AADK iaitu Klinik Cure & Care (C&C). Menurut Puan Norkumala sebelum ini, cara perkhidmatan rawatan dan pemulihan di Malaysia adalah berteraskan perundangan dan berunsur paksaan. Tetapi kini, AADK telah melaksanakan transformasi dengan penubuhan Klinik C&C 1Malaysia yang berkonsepkan kesukarelaan, tiada ikatan perundangan, tiada pra syarat bagi sesiapa sahaja yang mempunyai permasalahan berkaitan penagihan dadah. Bermula pada 1 Julai 2010, Malaysia telah melakukan transformasi di dalam merawat dan memulihkan penagih dadah apabila melalui Agensi Antidadah Kebangsaan telah mengubah PUSPEN kepada Klinik C&C 1Malaysia iaitu Klinik C&C Sg Besi, Bukit Mertajam, Tampoi, Tampin, Kota Bharu, Kuching dan Papar. Disamping itu, Puan Norkumala turut menerangkan mengenai skop tugasan AADK dan juga serba sedikit tentang bagaimana kehidupan mereka yang tinggal di PUSPEN sepanjang melalui proses pemulihan. Pihak AADK juga turut menyediakan tempat perlindungan kepada mereka yang memerlukan sementara mereka berjaya memperoleh perkerjaan dan tempat tinggal. Hal ini adalah kerana kebanyakkan

bekas pelatih PUSPEN tidak diterima keluarga selepas keluar dari pusat pemulihan tersebut. Selesai sahaja menyampaikan ceramah, pensyarah pembimbing telah menyampaikan sedikit ucapan untuk menyatakan ucapan terima kasih atas kesudian pihak AADK menerima kunjungan kami semua ke ibu pejabat mereka. Kemudian acara penyampaian cenderamata tanda penghargaan kepada pihak AADK. Cenderamata itu diserahkan kepada pihak AADK oleh Tuan Haji Rusli. Setiap pesrta turut membawa pulang beg berisi cenderamata dari pihak AADK. Akhir sekali, sesi bergambar kenang-kenangan diadakan. Pihak AADK turut menyediakan sedikit jamuan ringan kepada semua peserta dan pensyarah. Ahli lawatan bergerak pulang ke IPG KPI pada pukul 5.30 petang. Semoga lawatan ini memberikan pelbagai pengetahuan kepada semua pelatih guru yang terlibat. Semoga setiap pengetahuan yang diperolehi akan dapat digunakan apabila bergelar guru subjek Pendidikan Jasmani dan juga Pendidikan Kesihatan kelak.

Pelajar PISMP 5.12 sedang khusyuk mendengar ceramah

You might also like