You are on page 1of 22

BAHAGIAN 1

DADAH

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 1


TAJUK 1
APA ITU DADAH?

Dadah ialah bahan psikoatif yang mendatangkan kemudaratan kepada


kesihatan seseorang pengguna dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental
dan emosi) serta tingkahlaku apabila digunakan sama ada dimakan,
diminum, disuntik atau dihidu. Dadah tidak digunakan bersama perkataan
"penyalagunaan" yang lazim digunakan oleh orang ramai. Perkataan
penyalahgunaan adalah berlebihan (redundant) apabila digunakan bersama
istilah "DADAH". Dalam hal ini, perkataan "penggunaan" atau "penagihan"
adalah perkataan yang sesuai bagi menggambarkan penggunaan dadah.

Dadah mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

a. Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan
saraf tunjang);
b. digunakan bukan untuk tujuan perbuatan dan penggunaanya adalah
dilarang;
c. diperolehi secara haram;
d. membawa kepada penggantungan fizikal dan psikologikal dan
meningkatkan daya tahan terhadap dadah; dan
e. mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan
fungsi sosial.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 2


TAJUK 2

JENIS-JENIS DADAH

Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut :

a. OPIAT - Heroin, Morfin, Candu dan Kodein

b. KANABIS - Ganja, Hashish

c. DEPRESEN - Sedatif / Hipnotik, Jenis Barbiturat dan bukan

Barbiturat serta Transquilizer

d. STIMULAN - Jenis Amfetamin dan Kokain;

e. HALUSINOGEN - Lysergic Acid Diethylamine (LSD), Meskalin.

Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut seperti gam dan petrol,

termasuk alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai

banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 3


TAJUK 3

PERBEZAAN DI ANTARA UBAT DAN DADAH

Ubat dan Dadah mempunyai perbezaan yang amat ketara di antara satu
sama lain. Perbezaannya adalah seperti berikut :-

BIL UBAT DADAH

1. Ubat memberi manfaat seperti Dadah tidak bersifat sedemikian


menyembuh dan merawat penyakit. tetapi memudaratkan kesihatan.

2. Ubat tidak memberikan kesan yang Dadah akan memberi kesan


tidak diingini atau kesan sampingan berbahaya yang berkekalan
yang minima seperti pening kepala, sebagai satu tabiat yang
panas badan dan mengantuk. berkekalan (withdrawal) walaupun
Kesan ini akan hilang apabila pengambilan dan penggunaannya
pengambilan ubat tersebut dihentikan.
dihentikan.

3. Ubat tidak semuanya berupaya Semua jenis dadah memberi


mempengaruhi otak dan minda kesan mendalam terhadap otak
seseorang yang menggunakannya. dan minda seseorang. Oleh itu,
dadah dikenali sebagai bahan
psikoatif dan penggunaannya
tertakluk kepada Akta Dadah
Berbahaya (ADB) 1952, pindaan
1982.
TAJUK 4

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 4


CIRI-CIRI PENAGIHAN DADAH

Dadah mewujudkan satu keprihatinan dengan keinginan, keperluan dan


nilai-nilai tersendiri yang berbeza sama sekali berbanding dengan keadaan
sebelum menagih. Kehidupan mereka (sosial, psikologikal dan fizikal)
bergantung kepada dadah secara total. Tumpuan utama dalam hidup ini
ialah kepada dadah dan wang serta hendak mendapatkan bekalan. Ciri-ciri
lain penagihan dadah termasuklah ;

1. Toleran meningkat.

2. Gejala tarikan

3. Merasa terdesak (gian) untuk mengambil dadah, lebih-lebih lagi

apabila cuba berhenti daripada mengambilnya.

4. Tidak dapat mengawal kekerapan menggunakan dadah.

5. Cenderung untuk menagih semula setelah berhenti.

Apabila seseorang terjebak dalam dunia dadah, amat sukar sekali untuk
keluar dari jaringan dadah ini.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 5


TAJUK 5

KESAN-KESAN PENGGUNAAN DADAH KE ATAS MANUSIA

Kesan pengambilan dadah kepada manusia amat buruk sekali, sama ada
pengambilan dadah secara suntikan ataupun pengambilan dadah melalui
mulut. Kesan-kesan buruknya adalah seperti berikut:

Kesan Pengambilan Dadah Secara Suntikan.

1. Meningtis (penyakit jangkitan otak)


2. Tetanus ( penyakit kancing gigi)
3. Endokarditis (penyakit jangkitan jantung)
4. AIDS, Hepatitis B,C dan D
5. Bisul, Kudis kurap dan pelbagai penyakit kulit lain.

Kesan Pengambilan Dadah Melalui Mulut

1. Kerosakan paru-paru dan hati.


2. Kerosakan sistem penghadzaman (zat makanan tidak mencukupi
3. Kerosakan buah pinggang
4. Otot-otot badan mengecut menyebabkab badan lesu dan
tidak bermaya.
5. Berat badan menurun.
6. Kemungkinan akan lumpuh

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 6


TAJUK 6

UNDANG-UNDANG DADAH DI MALAYSIA

Undang-undang dadah di Malaysia merupakan antara undang-undang yang


paling keras di dunia. Pada masa ini terdapat beberapa undang-undang
yang berkaitan dengan pengawalan dadah di Malaysia. Terdapat juga
beberapa peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang dikeluarkan oleh
Menteri di bawah Akta dan Ordinan tersebut.

Lima undang-undang utama yang berkaitan dengan dadah ialah:

1. Akta Dadah Berbahaya 1952

2. Akta Racun 1952

3. Akta Penagih Dadah (Rawatan dan pemulihan)1983

4. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985

5. Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakkan Harta) 1988.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 7


TAJUK 7

AKTA DADAH BERBAHAYA

Di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) Pindaan 1983, seseorang akan


dihukum mati mandatori (Seksyen 39B) jika didapati mengedar dadah yang
beratnya adalah seperti berikut :-

HEROIN - 15 gram atau lebih


MORFIN - 15 gram atau lebih
CANDU - 1000 gram atau lebih
GANJA - 200 gram atau lebih
KOKAIN - 40 gram atau lebih

Akta Dadah Berbahaya 1952 merupakan undang-undang utama berkaitan


dengan pengawalan dadah di Malaysia. Akta ini agak menyeluruh di mana
ia mengandungi beberapa aspek berkaitan dengan kesalahan, prosedur
dan keterangan. Antara lain ia juga memperuntukkan hukuman gantung
sampai mati mandatori bagi kesalahan mengedar dadah.

Undang-undang ini telah melalui proses pindaan bagi menghadapi


peningkatan masalah pengedaran dan penagihan dadah yang semakin
berat.

Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, mula berkuatkuasa di Semenanjung


Malaysia pada 1 November 1952. Pemakaian Akta ini telah diperluaskan ke
Sabah dan Sarawak (termasuk Labuan) pada 1 Jun 1978 melalui Perintah
Pengubahsuaian Undang-undang (Racun dan Dadah Berbahaya)
(Perluasan dan Pengubahsuaian).

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 8


TAJUK 8

PUNCA-PUNCA PENGLIBATAN REMAJA DALAM PENAGIHAN DADAH

Pada era dunia globalisasi kini, masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan

masyarakat di negara kita, khususnya remaja sekolah amat

membimbangkan dan menjadi semakin rumit untuk ditangani. Antaranya

ialah penyalahgunaan dadah. Penularan gejala ini telah menimbulkan satu

masalah besar kepada negara. Kerajaan berhasrat membanteras gejala ini

untuk merealisasikan Sekolah Bebas Dadah 2012 dan seterusnya Negara

Bebas Dadah 2015. Namun begitu setiap tahun, bilangan penagih dadah

semakin bertambah sedangkan penagih yang sedia ada tidak pula

berkurangan atau sembuh.

Remaja dan proses bina insan adalah sesuatu yang bergerak

seiring. Remaja adalah tonggak negara pada masa hadapan. Remaja akan

menjadi jentera penggerak untuk menerajui negara. Kualiti remaja hari ini

melambangkan kualiti negara pada masa akan datang. Aspek pembinaan

insan menjadi amat penting untuk membentuk jati diri seorang pelajar agar

prosesnya berlaku secara harmoni dan seimbang.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 9


Dari sudut psikologi, zaman remaja merupakan zaman yang penuh

dengan keindahan dan pancaroba yang perlu dilalui dengan jati diri yang

kuat. Penularan penyalahgunaan dadah bermula daripada pengaruh rakan

sebaya. Remaja umpama lalang, mudah terikut-ikut dan terpengaruh oleh

pujukan serta desakan pihak lain. Remaja lazimnya mudah menerima dan

meniru perlakuan rakan sebaya. Hal ini berpunca daripada pujukan rakan

yang telah melibatkan diri dengan perlakuan yang tidak sihat seperti

mencuri, menagih dadah dan sebagainya, mereka dilihat begitu mudah

terpengaruh. Jika pada awalnya sekadar suka-suka, lama kelamaan apa

yang dilakukan itu telah menjadi sebati dalam diri sehingga akhirnya

menjerat diri sendiri.

Kajian Caroll (1998), menunjukkan bahawa pengambilan dadah

dalam kalangan remaja berpunca daripada ketidakupayaan untuk

mengelakkan diri daripada pengaruh rakan sebaya. Hubungan akrab dalam

kalangan rakan sebaya ini disebabkan oleh sikap dan pengalaman yang

dilalui oleh mereka. Rakan sebaya yang memiliki imej kendiri yang negatif

serta tidak pernah takut untuk mencuba sesuatu tingkah laku baru, telah

mendorong mereka untuk melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 10


TAJUK 9

DADAH TIRUAN

Kebijaksanaan yang diberikan oleh ALLAH disalahguna oleh sesetengah


pihak. Ada sesetengah pihak yang menggunakan kebijaksanaan yang diberi
untuk merosakkan diri, masyarakat, agama dan Negara. Dadah tiruan
ataupun designer drug merupakan jenis dadah yang terhasil daripada
campuran beberapa jenis bahan kimia yang diproses di makmal-makmal
pemprosesan dadah. Dengan kata mudah, dadah yang direka/dicipta
sendiri untuk mendapat kesan yang lebih kuat.

KESAN BURUK DAN


NAMA
JENIS PENGENALAN BAHAYA
JALANAN PENGGUNAANNYA

Ecstasy Merupakan mood E, ADAM, Muntah, kekejangan


enhancing drug yang love drug, otak, cenderung
mempunyai kesan yuppie drug, bertindak ganas,
kepada keadaan pinklady, blue mudah marah,
sekeliling terutamanya kisses. kemurungan, resah,
warna dan bunyi. kerosakan buah
pinggang, hati dan
jantung.

Pil kuda/ Sebenarnya digunakan Blue 10, TP. Ketagihan yang sukar
yaba untuk merangsang kuda dihentikan, boleh
mengawan. Juga menjadi gila dan
dikenali sebagai moody membawa maut,
pil. keganasan seksual,
pergerakan yang tidak
boleh dikawal dan
banyak lagi.

Syabu Berbentuk seperti kaca Ice, Kristal. Halusinasi, paranoia


pecah atau tawas. dan bertindak agresif.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 11


TAJUK 10
BAGAIMANA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA DADAH?

Panduan untuk mengelakkan diri daripada dadah.

1. Berusaha untuk memahami dan mengetahui bahaya serta akibat


penggunaan dadah. Hal ini dapat memberikan pengetahuan yang
mendalam dan menghasilkan sikap negatif terhadap dadah dan
seterusnya menjauhi dadah.

2. Mengisi masa lapang dengan cara yang berfaedah dan


mengelakkan diri daripada terjebak dengan najis dadah.

3. Sentiasa bersikap positif terhadap masalah dan mengetahui


bahawa dadah bukanlah jalan penyelesaiannya.

4. Mewujudkan bentuk komunikasi yang sihat sesama rakan dan


masyarakat.

5. Sentiasa berhati-hati dalam pergaulan.

6. Bersikap asertif iaitu tegas diri dan berani menyatakan tidak


terhadap sesuatu permintaan / tawaran yang membahayakan diri.

7. Merujuk kepada kaunselor atau individu yang mampu membantu


anda untuk menyelesaikan masalah dengan cara yang tepat.

8. Elakkan tekanan yang boleh menyebabkan anda memilih jalan


mudah untuk mencuba dadah.
Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 12
TAJUK 11

KELDAI DADAH

Dalam Wikipedia, Keldai Dadah merujuk kepada seseorang yang secara

rela atau terpedaya untuk menjadi kurier, membawa dadah atau

barang seludup ke negara lain. Taktik ini dikatakan boleh mengurangkan

risiko pengedar atau penyeludup dadah ditangkap oleh pihak berkuasa di

sesebuah negara. Kaedah penyeludupan termasuklah menyembunyikan

barang dalam kenderaan, bagasi atau pakaian, mengikat pada badan

ataupun dengan menelannya.

Merujuk kepada beberapa kes yang berlaku menunjukkan bahawa

mereka yang menjadi keldai dadah ini ada yang sedar bahawa mereka

adalah pembawa barangan larangan tersebut, namun banyak kes yang

melibatkan rakyat negara ini seolah-olah mereka tertipu dan tidak tahu

menahu bahawa mereka sebenarnya menjadi Keldai Dadah kepada sindiket

dadah sehinggalah mereka ditangkap di pintu masuk sesebuah negara

kerana dalam beg mereka terdapat sejumlah dadah. Penyeludupan dan

pengedaran dadah ini memang dirancang oleh sindiket dadah

antarabangsa. Mengikut laporan dadah ini biasanya datang dari negara-

negara seperti Argentina, Sepanyol, Colombia, dan beberapa negara Asia

Selatan. Biasanya kos harga dadah dari negara tersebut lebih murah.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 13


Kebanyakan mangsa mendakwa hanya menyedari ‘kerja’ yang

dijanjikan dengan upah lumayan itu sebenarnya membawa dadah ke

beberapa negara selepas tidak berdaya untuk menolak akibat diugut bunuh,

tambahan pula mereka sendirian jauh beribu-ribu kilometer di negara orang.

Tidak kurang juga yang mengakui tarikan wang dan peluang melancong ke

luar negara seperti Amerika Latin, Asia Barat dan Eropah menjadi ‘umpan’

paling mudah, apatah lagi tiket penerbangan termasuk hotel ditaja

sepenuhnya menyebabkan ramai tidak berfikir panjang sebelum

menerimanya.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 14


TAJUK 12
PANTUN : ENAM JAHANAM

Ke pasaraya membeli kain,


Kain dibuat kebaya nyonya,
Usah terpedaya senyuman heroin,
Indah sementara kecundang sudahnya.

Dalam hati resah gelisah,


bimbang sekali dimarah ibu,
bertindak agresif pemarah dan resah,
itulah penangan ectasy dan syabu.

Lembut dan enak ikan kerisi,


tidak seperti si ikan emas,
Penagih morfin kerap halusinasi,
Sering sembelit, gagap dan cemas.

Ke kedai BATA membeli kasut,


Untuk dipakai di majlis kahwin,
Hilang pedoman, gelisah dan takut,
Akibat melayan kanabis dan kokain .

Pagi hari pergi bersenam,


Bersenam dengan seisi keluarga,
Bersama membanteras enam jahanam,
Agar Negara makmur sejahtera.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 15


TAJUK 13

PANTUN : KESAN-KESAN DADAH

Jelapang padi diberi nama,


Negeri makmur dalam negara,
Hindarilah dadah musuh utama,
Tanpa dadah keluarga sejahtera.

Pergi memancing di Kuala Kedah,


Makan siakap tiga rasa,
Jika hidup berabdi dadah,
Diri menderita keluarga terseksa.

Dari Langkawi ke Tanjung Bendahara,


Singgah sebentar di Kampung Sena,
Hilang keluarga hilang saudara,
Kerana dadah jiwa merana.

Pohon jati dahannya rendah,


Tempat berteduh si anak dara,
Sekolah dijulang tanpa dadah,
Terbilang bangsa maju negara.

Sayangkan ibu sayangkan ayah,


Hidup selamat sentiasa berkat,
Tanpa dadah sifar jenayah,
Komuniti sihat hidup muafakat.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 16


TAJUK 14
SAJAK : SENGSARANYA DIRI INI

Najis dadah,
Jika kau suntik ditubuhmu,
Pelbagai penyakit akan menghinggap,
Meningtis memberi kesan jangkitan otak,
Tetanus bisa menyebabkan kancing gigi,
Pabila Endokarditis menyerang jantungmu,
Muncul pula AIDS, Hepatitis B, C, dan D,

Maka,
Bisul, kudis, kurap mula menjadi raja di kulitmu.

Oh rakan,
Seksa sungguh azab dadah itu,
Sekali kau mencuba,
Selamanya kan sengsara.

Najis Dadah,
Kesan secara makan melalui mulut,
Peparu dan hati mula merosak,
Buah pinggang tidak dapat berfungsi,
Otot-otot mula mengecut,
Tubuh mu mula lesu tidak bermaya,
Berat badan mula menyusut,
Lama-kelamaan kau mula rebah..lumpuh!

Justeru rakan-rakan,
Jauhi dadah musuh Negara,
Kitalah penggerak ke arah …. Generasi Bebas Dadah!

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 17


TAJUK 15

LAGU : DADAH … BOLEH BLAH

Engkau cuba buatku merana,


Tapi sayangnya ku keras kepala,
Engkau cuba buatku terpana,
Dari asmara …khayal dan gila.

Ku lepaskan,
Semua yang terkena,
Di dalam diam,
Dadah yang kudamba.

Ulang korus :
Kau fikir kau siapa,
Fikir kau siapa,
Fikir kau siapa,
Boleh blah.

Aku cuba bukan tak mencuba,


Hapuskan dadah, kau tetap bersama,
Di merata kau penuh agenda,
Serlahlah makna kau fikir ku siapa.

Ku lepaskan,
Semua yang terpendam,
Di dalam jiwa,
Sakit yang tak didamba.

Kau fikir aku siapa,


Kau fikir aku siapa,
Lemas Lemas dengan dirimu.(2X)

(Melodi lagu Boleh Blah oleh Nana Sheme)

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 18


TAJUK 16

KISAH BENAR : MENYIMPANG DARIPADA LANDASAN

Satu kejadian yang amat menginsafkan saya pernah berlaku di kampung


kelahiran saya lebih kurang 30 tahun yang lalu. Menurut ibu saudara saya
itu, dia pernah pergi melawat seorang pemuda yang separuh badannya
tertanam di dalam tanah hingga meninggal dunia.

Asal ceritanya, seorang pemuda yang bernama Akil meminta wang


daripada ibunya yang dipanggil Mak Tom. Kerana tidak mendapat wang
daripada ibunya, Akil naik berang lalu bersemburlah pelbagai kata-kata keji
terhadap ibu yang melahirkannya itu.

Mak Tom tidak mahu menghulurkan wang kerana Akil sudah selalu
sangat meminta, dan jika dapat pun, Mak Tom tahu bahawa wang tersebut
akan digunakan untuk membeli dadah. Lantas, hari itu Mak Tom berkeras.
Sedikit pun tidak diberikan wang kepada Akil. Tambahan pula dia
kesempitan wang waktu itu.

Akibat terlalu marah, Akil telah menengking, memaki-hamun,


mencerca, kemudian menendang serta menumbuk wanita tua itu. Setelah
itu, dia mencuri wang Mak Tom dan membawanya lari. Allah Maha
Berkuasa, sebaik saja kaki Akil mengatur langkah ke arah permatang
bendang untuk membeli dadah bersama kawan-kawannya, tanah yang
dipijaknya tiba-tiba menjerlus. Akil terjerlus ke dalam tanah tersebut hingga
paras dada.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 19


Menurut ibu saudara saya lagi, Akil meraung-raung kepanasan.
Tubuhnya yang terbenam itu hangat bagaikan dibakar hangus. Tulangnya
terasa seperti meremuk dan mencucuk-cucuk di dalam badan. Terpekik
terlolonglah dia di situ. Orang-orang kampung tidak mampu membantunya.
Masing-masing hanya mampu melihatnya saja. Lagipun, tanah tempat Akil
terjerlus itu amat panas seolah-olah ada api di bawahnya.

Namun begitu, menjelang malam barulah Akil berjaya ditarik keluar.


Itu pun dengan menggunakan tali dan ditarik oleh kerbau. Semasa
melawatnya, ibu saudara saya melihat Mak Tom menghulurkan makanan
dan minuman kepada anaknya itu. Dia menangis melihat Akil meraung dan
menjerit kesakitan.

Sambil menangis teresak-esak, Akil meminta ampun daripada


ibunya. Namun, walaupun Mak Tom sudah memaafkannya, keadaan tubuh
Akil tidak berubah. Seluruh tubuhnya melecur seolah-olah dibakar. Ada
sesetengah bahagian daging tubuhnya sudah masak dan reput.

Jiran-jiran berkerumun datang. Hampir semuanya menangis melihat


penderitaan Akil dan raungan Mak Tom mengampunkan kesalahan
anaknya itu. Begitulah teruknya seksaan yang dilalui Akil hinggalah dia
meninggal dunia. Sesungguhnya Allah Maha Esa.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 20


TAJUK 17

AKIBAT DADAH KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA

Akibat penagihan terhadap masyarakat adalah seperti berikut:

1. Kejadian jenayah seperti mencuri, menyamun, merompak dan


membunuh.
2. Menimbulkan persengketaan dan perselisihan faham antara satu
keluarga dengan satu keluarga yang lain.
3. Melemahkan perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat.
4. Menimbulkan kecurigaan kepada ibu bapa terhadap anak-anak
mereka.
5. Melibatkan perselisihan faham antara kaum.
6. Melemahkan keimanan dan kecenderungan terhadap agama
mereka.
7. Menjejaskan kesopanan dan Kesusilaan.
8. Membebankan dari segi kos permulihan, pencegahan dan
penguatkuasaan.

Akibat dadah kepada negara adalah seperti berikut:

1. Melemahkan tenaga rakyat dan ini memberi peluang kepada

musuh-musuh negara mencapai tujuan mereka.

2. Musuh-musuh negara juga dengan keuntungan yang lumayan hasil

dari penjualan dadah untuk dapat membeli senjata-senjata bagi

memperkuatkan keanggotaan mereka.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 21


3. Melemahkan jentera kerajaan dan juga kekuatan

pasukan keselamatan untuk mempertahankan negara.

4. Menggalakkan perbuatan rasuah yang boleh

menjejaskan keselamatan negara.

5. Menggalakkan kegiatan anasir subversif.

6. Menimbulkan perasaan curiga dan takut di kalangan rakyat.

7. Menyebabkann keluarga menjadi miskin.

8. Merosotkan ekonomi di bidang perniagaan dan perusahaan.

9. Melemahkan jentera-jentera pentadbiran kerajaan.

10. Mengakibatkan pengkhianatan kepada jentera-jentera perusahaan.

11. Mengurangkan pengeluaran hasil bumi, hasil pertanian dan

hasil perusahaan.

12. Menyebabkan pengaliran wang keluar negeri.

13. Keseluruhan ekonomi negera akan terjejas.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 22

You might also like