You are on page 1of 3

APA ITU DADAH?

Istilah Drug dalam Bahasi Inggeris diertikan sebagai ubat-ubatan menurut Kamus
Dewan.Untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada drug,perkataan use,"misuse" atau
abuse perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan drug.Manakala dalam pengertian
Bahasa Malaysia,dadah merupakan istilah khusus yang dicipta untuk memberi pengertian
penyalahgunaan.Ini bermakna perkataan penyalahgunaan atau salahguna tidak boleh diikuti
dengan perkataan dadah.Perkataan dadah sudahpun menunjukkan yang ia disalhgunakan.Dalam
hal ini,perkataan penggunaan atau penagihan adalah perkataan yang sesuai digunakan bagi
menggambarkan penggunaan dan juga masalah-msalah yang berkaitan dadah.

JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:(a)Opiat
-Heroin,morfin,candu dan kodein
(b)Kanabis -Ganja,hashish
(c)Depresan -Sadatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta
tranqualizer.
(d)Stimulan
-Jenis amfetamin dan kokain
(e)Halusinogen
-Lyseregic acid diethylamide(LSD) meskalin,psilosibin
(f) Designer Drugs -Satu kumpulan analog kepada bahan kimia yang telah terbukti
mempunyai kesan farmakologi
Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut(gam dan petrol), alkohol dan tembakau
walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.

APAKAH PERGANTUNGAN KEPADA DADAH?


1. Terdapat dua jenis pergantungan kepada dadah apabila ianya digunakan secara
kerap dan berterusan iaitu:(a)Pergantungan secara Psiki/Psikologi
Pergantungan secara psikik/psikologi merupakan satu keadaan di mana penagih
mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi
secara normal serta mencapai ketenangan jiwa
(b)Pergantungan secara Fizikal
Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan pengih memerlukan
dadah untuk proses fsiologi yang biasa dan jika penggunaan dadah dihentikan akan
menimbulkan gejala-gejala tarikan.Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu
dari segi tingkahlaku dan fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan
semasa tidak menggunakan dadah dalam masa yang tertentu.Antara tanda-tanda
pergantungan ialah sakit perut,muntah-muntah,menggeletar dan sebagainya.

2. Daya tahan atau tolerance kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos dadah
yang biasa diambil tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dalam
mengatasi gejala tarikan .Dos dadah terpaksa ditambah untuk mencapai tahap
kepuasan /kelegaan yang sama.Peningkatan daya tahan tidak semestinya berlaku
kepada seseoran yang bergantung kepada dadah.
3. Seseorang bergantung kepada dadah apabila:(a)Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian.
Penggunaan dadah mengatasi lain-lain keperluan hidup seperti makan dan minum
(b)Daya tahan meningkat
(c)Mengalami gejala tarikan apabila tidak mengambil dadah
(d)Merasa terdesak atau gian untuk mengguna dadah,lebi-lebih lagi apabila cuba
mengurangkan atau berhenti menggunakan dadah dan tidak dapat mengawal
jumlah dan kekerapan penggunaan
(e)Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti mengguna
dadah untuk beberapa waktu.
4. Faktor-faktor mempengaruhi kesan-kesan dadah
Kesan dadah ke atas seseorang berbeza mengikut individu dan bergantung kepada
beberapa faktor seperti berikut:(a)Jenis Dadah
Perbezaan dari kesan ke atas fungsi sistem saraf pusat iaitu samada ia merosot (contohnya
heroin) atau merangsangkannya(contohnya amfetamin dan kokain)
atau merosot dan merangsangkannya (contohnya ganja)
(b)Jumlah Digunakan
Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar,Contohnya,dos kecil heroin
mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euforia berbanding dengan dos besar yang mana
akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut.
(c)Cara Penggunaannya
Kesan dadah bergantung kepada cara(samada ditelan,suntik,hidu,hisap atau diguna bersama
dadah lain),jangkamasa dan kekerapan mengguna.
(d)Keadaan Individu
Kesan adalah bergantung kepada unur,jantina,berat badan,kesihatan,daya tahan, pengalaman
penggunaan dadah,mood dan aktiviti penagih.
(e)Situasi Ketika Mengguna
Keadaan/tempat mengguna dadah dan samada ada atau tiada orang lain hadir bersama.

You might also like