Professional Documents
Culture Documents
Objektif program:
i. Info ini dapat memberi pendedahan yang banyak mengenai DARVIH dalam kalangan pelajar.
ii. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa bahayanya dadah kepada semua.
i. Info ini dapat memberi pendedahan yang banyak mengenai DARVIH dalam kalangan pelajar.
ii. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa bahayanya dadah kepada semua.
Aktiviti:
Aktiviti info 5 Minit Antidadah ini dijalankan dari bulan Februari hingga Oktober 2016 dan ia akan
disampaikan oleh pelajar sekolah yang merupakan Sahabat PPDa. Program ini diharap dapat
membimbing rakan-rakan lain dalam membanteras gejala DARVIH.
Aktiviti ini dijalankan paling kurang 2 kali dalam sebulan. Diharapkan semoga program 5 Minit
Antidadah ini memberi kesan positif kepada pendengar khususnya pelajar-pelajar di peringakat
sekolah rendah.
Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-
duanya yang wujud daripada penggunaan dadah secara berterusan atau pada waktu-waktu tertentu.
Dua jenis pergantungan kepada dadah apabila ianya digunakan secara kerap dan berterusan ialah:
Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan penagih memerlukan dadah
dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan.Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu
dari segi tingkahlaku dan fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak
menggunakan dadah dalam masa tertentu. Antara tanda-tanda pergantungan fizikal ialah sakit
perut, muntah-muntah, cirit-birit, menggeletar dan sebagainya.
Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan di mana penagih mengalami
gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara normal serta
mencapai ketenangan jiwa.Daya tahan (keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-kesan
dadah)
Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian mengatasi keperluan-
keperluan hidup yang lain seperti makanan dan minuman.
Berada terdesak atau gian untuk menggunakan dadah lebih-lebih lagi apabila cuba mengurang atau
dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan.
Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti menggunakan untuk
beberapa waktu