You are on page 1of 13

PENCEGAHAN PENAGIHAN SEMULA

PENCEGAHAN PENAGIHAN SEMULA DALAM


TERAPI KOGNITIF TINGKAHLAKU (CBT)

DI SEDIAKAN OLEH : KUMPULAN 5

KIP ROSANNARA BINTI MOHAMED PERDOWS KHAN


IP ZAMALUDIN BIN SHOHOT
IP NAZARI BIN JOHARI
IP R.SHAKTIVEL A/L RAVINDRAN

PENSYARAH :
PROF. MADYA. DR. MOHD ISA AMAT
ISI KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN 3
2. PENAGIHAN SEMULA 3-5
3. PENCEGAHAN PENAGIHAN SEMULA 6
4. TERAPI TINGKAHLAKU KOGNITIF 6-7
5. PENCEGAHAN PENAGIHAN SEMULA DALAM TERAPI
TINGKAH LAKU KOGNITIF 7–8
5.1 TEKNIK PENCEGAHAN RELAPS 8 - 12
6. KESIMPULAN 13
7. RUJUKAN` 13

2
1. PENDAHULUAN

Penagihan semula merupakan satu cabaran yang sukar dalam tujuan merawat dan memulihkan
penagih dadah. Di Malaysia khususnya, walaupun banyak program rawatan yang diwujudkan
dengan keterlibatan jabatan, agensi dan entiti untuk membantu memulihkan penagih dadah,
namun statistik penagihan semula terus meningkat dari semasa ke semasa.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Agensi AntiDadah Kebangsaan(AADK)
mendapati, daripada jumlah 12,079 orang penagih yang dikesan pada bulan Januari-Jun2010,
seramai 3,095 orang adalah dikesan sebagai penagih relaps. Jumlah penagih
relaps inimenunjukkan angka peningkatan berbanding 1,136 orang penagih relaps dikesan pada
bulan Januari-Jun dalam tahun 2009 (AADK 2010). Manakala kadar kejayaan pemulihan bagi
kes-kes dalam komuniti sepanjang tahun 2005 menunjukkan hanya 32.6 peratus sahaja penagih
yang telah berjaya membebaskan diri daripada bahaya dadah setelah mendapatkan khidmat
rawatan pemulihan di PUSPEN (AADK 2006). Seandainya kumpulan ini tidak dibendung dan
dirawat dengan sewajarnya, mereka boleh menjadi pencetus dan pemangkin kepada kewujudan
penagih dadah yang baru. Untuk memastikan program rawatan ke atas penagih dadah berjaya
seperti yang diharapkan, pelbagai modul dan program dirancang.

2. PENAGIHAN SEMULA

Relaps atau penagihan semula bermaksud satu proses dan peristiwa iaitu menggunakan semula
selepas satu jangka masa tertentu selepas mengalami proses kepulihan, proses ini dimulakan
dengan tanda-tanda amaran samada yang boleh dilihat atau tidak boleh dilihat. Proses ini juga
memakan masa beberapa hari, minggu, bulan sebelum penagihan dan dapat dilihat secara
berperingkat. Rasmussen (2000) definasikan relaps sebagai penggunaan semula dadah selepas
berhenti mengambilnya untuk satu tempoh atau masa tertentu. Manakala menurut Mahmood
(1996), relaps bermaksud penggunaan dan pengambilan atau penyalahgunaan bahan psikoaktif
iaitu yang terdapat dalam ubat-ubatan serta dalam alkohol selepas seseorang itu selesai
menjalani rawatan dan pemulihan dadah dari segi pergantungan fizikal, mental dan pemikiran
terhadap dadah. Dennis (1989) telah mentafsirkan dari sudut tingkahlaku, relaps adalah satu
proses kembali semula kepada perbuatan atau tingklahlaku yang tidak sihat yang menjurus
kepada penggunaan semula bahan tersebut dan ini dapat dilihat secara berperingkat dari segi
sikap, pemikiran, emosi dan tingkah laku.

3
Beberapa faktor tercetusnya relaps dikalangan penagih dadah, faktor pencetus atau
‘triger’yang menjadi punca penagih kembali menggunakan semula dadah disamping desakan
dan keinginan (craving) untuk menagih semula. Disamping itu, faktor pencetus boleh berbentuk
orang (people), tempat (place), barang (thing) dan keadaan adalah punca utama daya tarikan
penagihan semula (Robert,2015). Selain itu juga pendekatan teori tingkah laku kognitif
menjawab kaitan faktor pencetus dengan masalah relaps. Lantaran itu,teori tingkah laku dapat
di lihat sebagai hasil pembelajaran memperkaitkan berlakunya relaps melalui “operant
conditioning’ dan ‘classical conditioning’. Melalui pendekatan ini, penagih melihat dadah
sebagai ganjaran dan satu kaedah pengurusan diri yang baik dan positif. Kaedah ini menjadi
satu faktor kepercayaan penagih kepada rawatan yang lebih berkesan melalui proses
pembelajaran melalui pengalaman. Oleh itu, risiko relaps terjadi apabila penagih menemui
pengalaman yang sama atau orang yang sama atau tempat yang sama atau barang yang terlibat
semasa proses penglibatannya dengan dadah dulu akan mewujudkan perasaan atau emosi atau
tingkah laku yang menjurus kepada pengambilan semula dadah tersebut.

‫) َو َم ْن َيْع َم ْل ِم ْثَقاَل َذ َّر ٍة َش ًّر ا َيَرُه‬7 ‫َفَم ْن َيْع َم ْل ِم ْثَقاَل َذ َّر ٍة َخْيًرا َيَرُه‬
(barang sesiapa yang mengerjakan amalan baik sebesar zarah, nescay dia akn melihat
balasannya.dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, nescaya dia
akan melihat balasannya pula)
(Surah al-zalzalah ayat 7-8)

Selain itu, kajian daripada Marlatt & Gordon (1985), relaps bermula dengan faktor yang
dinamakan sebagai ‘Situasi Berisiko Tinggi ’ ( high risk situation), ia merupakan satu keadaan
yang mempunyai pengaruh yang tinggi menjadi pendorong kepada faktor berisiko tinggi kepada
penagihan semula, sekirannya penagih-penagih tidak terdorong atau terdedah atau tergolong
dengan individu-individu dalam situasi beriso tinggi , kemungkinan pencetus (triger) atau
keinginan (Craving) untuk kejatuahan semula (relaps dapat dielakkan.Menurut Marlatt &
Gordon, individu-individu yang berada dalam kelompok bertisiko tinggi relaps terdiri daripada
mereka yang beremosi negative,dan tingkah laku yang tidak stabil, mengalami konflik dalaman
atau luaran dan keadaan persekitaran yang tidak sihat.
Selain itu, antara faktor penyumbang relaps ialah kurangnya kemahiran dalam
menangani tekanan sosial dalam menggunakan bahan terlarang, ini bermaksud keadaan
persekitaran yang menarik individu terjebak dalam penyalahgunaan dadah.Faktor persekitaran
sosial seperti tempat, manusia, benda antara penyumbang utama relaps berlaku.Faktor

4
perubahan budaya sekeliling seperti budaya rempit, vandelisme, pengaruh rakan sebaya atau
generasi keluarga yang terlibat dengan penggunaan terlarang yang menjadi punca penggunaan
semula dadah.Pemikiran secara negatif tentang kebaikan penggunaan dadah membawa
salahlaku penagih kearah budaya penagihan semula.Kaedah psikospiritual adalah tonik
pembentukan interpersonal (kerohanian) yang ampuh bagi membendung kepada relaps.Melalui
kesedaran dalam diri penagih dapat menangkis keinginan untuk menagih semula
dadah.Pemikiran yang berterusan terhadap dadah akan menjadi punca craving,trigger, atau cues
kepada relaps.
Walaubagaimanapun, kejadian relaps tidak berlaku begitu saja, terdapat beberapa
peringkat sebelum relaps berlaku. Jangkamasa abstinence bergantung kepada tahap kepulihan
penagih melalui beberapa peringkat iaitu

SLIPS

LAPSE

RELAPSE

 Slips bermaksud dari keadaan abstinence setelah melalui proses pemulihan dengan
pengambilan bahan yang tidak disengajakan sekali selepas bertenang dalam tempoh
yang tertentu.
 Lapse membawa maksud Kembali kepada penggunaan bahan selepas tempoh bertenang
atau penggunaan dadah lebih dari tahap slips.
 Relaps adalah penggunaan semula bahan terlarang sehingga mengabaikan abstinence
yang telah dilalui oleh penagih. Proses ini juga memakan masa beberapa hari, minggu,
bulan sebelum penagihan dan dapat dilihat secara berperingkat.

5
3. PENCEGAHAN PENAGIHAN SEMULA

Pencegahan relaps (RP) ialah sebuah model atau program pengurusan diri yang bertujuan untuk
memperbaiki tahap pengekalan dalam proses perubahan tabiat (habits) atau amalan tingkahlaku
(Jackson 2014, Mallat & Gordon 1994, 1985). Menurut Menon dan Kandasamy dalam
penulisan mereka yang bertajuk Relapse Prevention, mengatakan pencegahan penagihan semula
bermaksud satu pendekatan kognitif tingkahlaku dengan matlamat untuk mengenalpasti situasi
berisiko tinggi dan langkah-langkah untuk mengatasinya serta untuk menbatu seseorang
penagih dadah untuk kekal dalam kepulihan. Pencegahan Penagihan Semula mempunyai dua
matlamat khusus iaitu :

i) Mencegah penagihan semula dan mengekalkan matlamat rawatan untuk pulih serta
pengurangan bahaya.
ii) Menyediakan pelan pengurusan penagihan semula jika ianya berlaku.

4. TERAPI TINGKAH LAKU KOGNITIF

Pencegahan relaps (RP) telah dibangunkan melalui CBT sebagai kaedah pencegahan relaps
kepada individu yang mempunyai masalah penagihan dadah (National Institute on drug Abuse
(NIH) 2012). Terapi tingkahlaku kognitif (CBT) merupakan terapi yang memfokuskan kepada
peningkatan efikasi kendiri (self efficacy) dalam mengubah pemikiran dan tingkahlaku yang
salah individu tersebut kepada pemikiran yang betul atau rasional untuk
membendung/menghindari relaps. Efikasi kendiri ialah kemampuan untuk mengatur sendiri
pemikiran, perasaan, ingatan, pertimbangan dan tingkahlaku meningkat supaya dapat
mengurangkan risiku relaps individu tersebut. Peningkatan efikasi kendiri dikaitkan dengan
kaedah individu penagih iaitu penilaian positif yang tinggi dalam diri yang dapat
melindungi/menangkis mereka dari kebergantungan menggunakan/mengambil semula dadah.
Melalui CBT, seseorang individu akan menggunakan pelbagai teknik dengan mempelajari,
mengenalpasti dan menyelesaikan masalah tingkahlaku bagi tujuan untuk berhenti
menyalahgunakan dadah/bahan dan mengekalkan abstinence.
Peningkatan efikasi kendiri dikaitkan dengan kaedah individu iaitu penilaian positif
yang tinggi dalam diri yang dapat melindungi mereka daripada kebergantungan menggunakan
dadah semula. Penurunan efikasi kendiri membuatkan tingkahlaku kognitif individu tidak
6
berupaya melihat akibat buruk dari penyalahgunaan dadah. Faktor peningkatan efikasi kendiri
atau penilaian positif yang tinggi dalam diri dapat menahan individu daripada penyalahgunaan
dadah untuk mencegah relaps. Individu akan sentiasa mengulangi sesuatu tingkahlaku yang
baik jika ianya berjaya mengubah tingkahlaku yang tidak betul seperti penyalahgunaan dadah
selama ini (Bandura 1977).

5. PENCEGAHAN PENAGIHAN SEMULA DALAM TERAPI TINGKAH LAKU


KOGNITIF

Untuk mengelakkan penagihan semula dadah, klien perlu memahami proses-proses penagihan
semula. Dengan mempelajari dan memahami proses-proses yang membawa kepada penagihan
semula, klien dapat mengenali tanda-tanda penagihan semula dan memperbetulkannya.
Menurut model yang dibangunkan oleh Marlatt dan Gordon, penagihan semula bermula dengan
situasi berisiko tinggi yang diikuti dengan tindak balas atau respon untuk mengatasinya yang
lemah. Sekiranya tiada kemahiran tindak balas dan respon yang baik, klien akan mengalami
penurunan efikasi kendiri dan lebih terdedah kepada risiko penagihan semula. Sekiranya klien
mempunyai kemahiran atau tindak balas yang baik untuk mencegah penagihan semula, efikasi
kendiri klien akan meningkat dan seterusnya akan mengelak dari berlakunya penagihan semula
(Menon dan Kandasamy, 2018)

7
Model Tingkah Laku Kognitif dalam Pencegahan Relaps

Berdasarkan kepada model di atas, menyebutkan bahawa seseorang yang mempunyai daya
tindak balas yang berkesan mempunyai keyakinan bahawa mereka boleh menghadapi situasi
tersebut (iaitu, peningkatan keberkesanan diri atau efikasi kendiri ), dengan itu
mengurangkan kebarangkalian untuk menagih semula. Sebaliknya, orang yang mempunyai
daya mengatasi atau tindak balas yang tidak berkesan akan mengalami penurunan efikasi
kendiri yang datang bersama-sama dengan jangkaan bahawa penggunaan dadah akan
mempunyai kesan positif (iaitu, jangkaan hasil positif iaitu keseronokan dan sebagainya),
boleh mengakibatkan penaghihan semula Situasi ini seterusnya, boleh mengakibatkan
perasaan bersalah dan merasa gagal. Kesan pelanggaran pantang, bersama-sama dengan
jangkaan hasil positifyang dialami oleh seseorang itu, boleh meningkatkan kebarangkalian
penagihan semula.

5.1 Teknik Pencegahan Relaps

Untuk mengelakkan penagihan semula dari berlaku, seseorang kaunselor perlulah


mengenalpasti tahap-tahap motivasi klien. Menurut Prochaska & DiClemente, 1982, penagih
mempunyai tahap-tahap motivasi dalam penagihan iaitu i) precontemplation – tahap di mana
individu berfikir mereka tidak mempunyai masalah dan tidak mempunyai kesediaan untuk
berubah, ii) contemplation – individu mempunyai pertimbangan untuk berubah, iii) preparation
- individu cenderung kepada perubahan, dengan serius mempertimbangkan untuk tidak lagi
terlibat dalam tingkah laku yang bermasalah, iv) action – individu sudah memulakan tindakan
untuk melakukan perubahan, v) relaps – situasi di mana individu itu akan relapse tanpa teknik-
teknik pencegahan relaps dan vi) maintenance – individu mengenalpasti dan menggunakan
strategi untuk mencegah penagihan semula dan mengekalkan kepulihannya.

8
Teknik pencegahan relapse yang berasaskan kepada terapi Tingkah Laku Kognitif
menyarankan beberapa langkah untuk mengatasi dan mencegah relaps. Langkah-langkah
tersebut adalah sepeeti berikut :

a) Kenalpasti Tahap Motivasi Individu


Langkah pertama pencegahan penagihan semula melalui teknik Terapi Tingkah Kognitif ialah
klien dan kaunselor perlu bekerjasama dalam mengenalpasti Tahap Motivasi Individu. Seperti
yang diterangkan dalam perenggan sebelumnya, ada 6 tahap motivasi bagi seorang penagih
iaitu pre-contemplation, contemplation, preparation, action, maintenance dan relapse. Dalam
situasi ini, kaunselor dan klien perlu bekerjasama dalam mengenalpasti kebaikan dan keburukan
penagihan dan kaitannya dengan tahap motivasi mereka. Walaupun relaps adalah sebahagian
dari proses kepulihan dan merupakan aspek yang penting, ahli terapi perlu menerangkan
perkara ini dengan berhati-hati supaya klien tidak menggunakan alasan relaps untuk
mewajarkan mereka terlibat dalam tingkah laku penagihan.

Sebagai kaunselor, adalah penting untuk memberikan maklumat ini kepada klien, kerana ia
membolehkan klien merasakan mereka memnounyai peranan penting dalam perubahan positif
mereka dan tidak merasa kecewa dengan konflik yang berterusan, yang akan membolehkan
tingkah laku penagihan muncul semula. Ia juga membolehkan klien menyedari bahawa mereka
bergerak ke hadapan dan tidak berada dalam keadaan statik.
9
b) Mengenalpasti situasi berisiko

Semua klien pernah mengalami situasi berisiko yang menyebabkan mereka menggunakan
semula dadah. Situasi ini dikenali sebagai trigger atau pencetus yang boleh menyebabkan
kewujudan keinginan atau desakan menggunakan dadah. Desakan ini adalah sesuatu yang
berkaitan dengan situasi di mana klien menggunakan dadah pada masa lampau. Trigger boleh
berkaitan dengan orang, benda, tempat, jangka masa atau keadaan emosi klien pada masa
tertentu. Desakan tertentu boleh merangsang keinginan klien untuk menggunakandadah
semula. Desakan terbahagi ke pada dua iaitu desakan luaran (benda, orang, tempat) dan
desakan dalaman (perasaan dalaman klien seperti marah, tertekan, sedih, bosan dan anxiety).

Dengan menggunaakan teknik Terapi Tingkah Laku Kognitif untuk mencegah relaps,
kaunselor perlu membantu klien untuk mengenalpasti dan membezakan situasi bersikio tinggi
dan situasi berisiko rendah yang boleh mencetuskan keinginan klien untuk menagih semula.

c) Mengubah Gaya Hidup


Perubahan gaya hidup adalah sesuatu yang amat penting dalam menjamin kesinambungan
kepulihan seseorang penagih. Klien perlu mewujudkan gaya hidup beas dalam untuk kekal
dalam kepulihan. Antara perkara yang boleh klien lakukan adalah berada dalam linkungan ahli
keluarga dan rakan-rakan yang membantu dan meyokong kepulihan klien, mewujudkan jadual
harian yang boleh menyebabkan klien sibuk dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah,
menetapkan matlamat dalam proses kepulihan dan meningkatkan serta memantapkan aspek
kerohanian klien. Melalui pendekatan terapi Tingkahlaku Kognitif, kaunselor dan klien boleh
sama-sama mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh klien serta kemungkinan
sesuati aktiviti itu berhadapan dengan situasi berisiko.

d) Mengenalpasti Proses Relapse Klien

Relapse bukan satu proses yang berlaku dalam jangka masa yang pendek. Relapse boleh
berlaku dalam jangka masa yang lama. Apabila ianya memakan masa, maka klien akan
melalui satu proses yang menyebabkan klien relapse. Proses ini akan disertai dengan
perubahan sikap klien seperti perubahan emosi, pemikiran dan tingkah laku. Klien perlu
bekerjasama dengan kaunselor untuk mengenalpasti proses relapse klien dan situasi serta
keadaan yang boleh mencetuskan keinginan klien untuk kembali menggunakan dadah. Kajian
membuktikan bahawa proses relapse dimulai dengan tanda-tanda amaran tertentu dan ianya
adalah berbeza-beza mengikut klien.

10
e) Mengenalpasti Situasi Klien Membuat Keputusan Yang Tidak Releven.
Seperti yang disebutkan sebelum ini, proses relapse adalah satu proses jangka masa lama dan
akan dimulai dengan situasi-situasi tertentu yang mencetuskan keinginan klien untuk
menggunakan semula dadah. Situasi-situasi ini akan menyebabkan klien membuat keputusan
yang tidak relevan dan seterusnya menyebabkan relapse. Dalam terapi tingkah laku kognitif,
kaunselor perlu membantu klien mengenalpasti situasi yang menyebabkan klien membuat
keputusan yang tidak relevan. Kaunselor boleh menggunakan Model ABCDE untuk membantu
klien kenalpasti situasi di mana klien membuat keputusan tidak relevan dan membantu klien
membuat keputusan yang relevan. Model ABCDE adalah satu model yang digunakan dalam
terapi Tingkah Laku Kognitif. Ianya merupakan satu bentuk psikotearapi yang membantu
individu membentuk semula pemikiran dan perasaan negatif mereka dengan cara yang positif.

Gambarajah Model ABCDE Albert Ellis Dalam Terapi Tingkahlaku Kognitif

Dengan menggunakan model ini, klien akan didedahkan dengan kemahiran membuat
keputusan yang relevan dengan mengambilkira teknik seperti yang diterangkan di bawah :

11
A : Activating event ( keadaan @ seseorang yang mengaktifkan perasaan tidak
rasional klien)
B : Belief about event ( kepercayaan tidak rasional yang disebabkan oleh keadaan
@ seseorang)
C : Consequence ( akibat yang wujud kesan dari kepercayaan tidak rasional itu)
D : Disputations (situasi di mana klien mempertikaikan kepercayaan yang tidak
rasional itu dan mengubahnya menjadi positif)
E : Effective ( kepercayaan rasional yang wujud akibat dari tindakan klien
mempertikaikan kepercayaan yang tidak rasinal)

f) Faktor Kognitif Berkaitan Relaps


Antara Langkah untuk kekal dalam kepulihan adalah dengan mengenalpasti pemikiran yang
tidak berfungsi yang boleh menyumbang kepada relapse. Perasaan tidak berfungsi ini dalah
seperti tidak yakin diri, kesunyian, putus harapan, kehilangan, sedih, kecewa, bangga diri dan
lain-lain pemikiran yang negatif. Corak pemikiran yang tidak berfungsi akan menjadi
penghalang untuk klien melihat maksud kehidupannya yang sebenar dan seterusnya akan
menyebabkan klien relapse. Kaunselor perlu membantu klien mengenalpasti pemikiran yang
tidak berfungsi dan cara-cara mengatasinya

g) Pengurusan situasi berisiko.


Situasi berisiko boleh menyebabkan relapse. Ketidakupayaan untuk menguruskan situasi
berisiko ini boleh menyebabkan klien menagih semula. Oleh itu, kaunselor perlu membantu
klien untuk menguruskan situasi berisiko tinggi ini. Kaunselor boleh menggunakan pendekatan
Terapi Tingkahlaku Kognitif untuk membantu klien menguruskan situasi berisiko ini. Proses
intervensi berbentuk kaunseling dan motivasi serta kognitif boleh digunakan oleh kaunselor.
Walaupun tidak semua situasi berisiko tinggi boleh diramalkan, klien masih boleh membuat
ramalan tentang apa yang akan berlaku dan berhubung dengan kaunselor untuk membangunkan
pelan tindakan. Pelan tindakan yang dibangunkan perlulah merangkumi teknik yang akan
digunakan oleh klien untu berhadapan dan mengatasi situasi tersebut. Teknik tersebut adalah
termasuk i) berhubung dengan keluarga, rakan sebaya, mentor atau kaunselor yang boleh
dipercayai dan positif, ii) menyenaraikan set pemikiran yang positif boleh digunakan untuk
mengatasi pemikiran yang tidak relevan, iii) senaraikan aktiviti yang boleh boleh dilakukan
12
untuk mengelak dari aktiviti yang negatif, dan iv) senarai tempat yang selamat yang boleh klien
pergi untuk melarikan diri dari tempat yang berisiko tinggi.

5. KESIMPULAN

Penagihan semula bukan bermakna seseorang penagih dadah itu tidak pulih malah ianya
merupakan sebahagian dari proses kepulihan. Dengan menggunakan mekanisma dan strategi
yang berkesan, penagih dadah boleh kekal dalam kepulihan. Motivasi dan semangat yang
positif adalah penting sebagai pemangkin dalam kepulihan klien.

RUJUKAN

1. Agendi Antidadah Kebangsaan


2. D&M consultant, The-stages-of-change-for-recovery-from-addiction
3. Dennis, C.D. 1989. Relapse Prevention: Treatment Alternatives and Counseling Aids.
TabBooks Inc, Blue Ridge Summit, PA
4. Novarecoverycenter. Avoiding High-Risk Situations Anticipating and Preparing for
Situations that May Pose a Risk for Relapse
5. National Institute Of Drug Abuse (NIDA). Principal Of Drug Addiction – A Research
Based Guide (Third Edition)
6. National Library Of Medicine. Relapse prevention. An overview of Marlatt's cognitive-
behavioral model 1992
7. National Library of medicine. Indian Journal Of Psychiatry 2018 – Relapse Prevention
8. Positive Psychology. What is Albert Ellis’ ABC Model in CBT Theory. 2018
9. Transcendrecoverycommunity. Dysfunctional Thinking Patterns that Lead to Addiction
– Adam Zhaga. 2022
10. Very Well Mind. Developing a Drug-Free Lifestyle to Maintain Abstinence . 2019

13

You might also like