You are on page 1of 23

PRINSIP ASAS RAWATAN

KECELARUAN PENGGUNAAN BAHAN

1. KIP HAYATI MASNI BINTI ABDUL AZIS


2. KIP MUZLIENOR BIN DAUD
3. KIP HASMANIZAM BIN MOHAMAD
4. KIP ROSANNARA BINTI MOHAMED PERDOWS KHAN
5. KIP NUR LAILI BINTI SHAARI
6. KIP MURZIANA BINTI MAN
7. IP SAHRIZAN IRDAWATY BINTI MOHD ZAIN JOHAN

PENSYARAH : PROF MADYA DR MOHD ISA BIN AMAT

1
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1 PENDAHULUAN 4–5
1.1 Pengenalan Prinsip Asas Rawatan Kecelaruan Penggunaan Bahan
2 LATAR BELAKANG KLIEN 5
3 CABARAN YANG PERLU DILIHAT BILA MASALAH 6 - 11
KETAGIHAN DADAH BERKAITAN KESALAHAN JENAYAH
MENGIKUT KONTEKS SISTEM PERUNDANGAN DAN
PENGUATKUASAAN
3.1 Kesesakan Dalam Institusi Penjara
3.2 Melemahkan Kekuatan Pasukan Keselamatan
3.3 Menyebabkan Rasuah Berleluasa
3.4 Kekurangan Kerjasama Di Antara Agensi Terlibat
3.5 Cabaran Dalam Program Rawatan Untuk Pemulihan Kepada Penagih
Dadah
3.6 Peningkatan Masalah Sosial Lain
4 APAKAH PRINSIP RAWATAN BERKESAN DAN JUSTIFIKASI 11 - 13
4.1 Penagihan Dadah Ialah Penyakit Kompleks Dan Boleh Dirawat
4.2 Pendekatan Rawatan Adalah Berbeza Mengikut Jenis Dadah Dan Ciri-
Ciri Penagih
4.3 Kemudahan Rawatan Sentiasa Tersedia Untuk Memastikan Penagih
Pulih
4.4 Perkhidmatan Rawatan Dan Pemulihan Yang Berkesan Dapat
Memenuhi Permasalahan Penagih Dari Semua Aspek
4.5 Tempoh Rawatan Yang Mencukupi Dan Bersesuaian (Kesesuaian Ikut
Tahap Keparahan Penagihan Dan Keperluan Klien
4.6 Pelan Rancangan Pemulihan Klien Perlu Dinilai Mengikut Keperluan
Kerjaya Klien Bagi Memastikan Memenuhi Keperluan Klien
4.7 Pengesanan Penyakit Berjangkit

2
5 PENDEKATAN RAWATAN YANG BERKESAN (EVIDENCE- 13 - 16
BASED PRACTICE) TERLIBAT DALAM MENGENDALIKAN
KES INI
5.1 Rawatan Perubatan Dan Kesihatan
5.2 Psikospiritual
5.3 Psikopendidikan
5.5 Bimbingan Dan Kaunseling
5.6 Sokongan Sosial
5.7 Latihan Kemahiran & Vokasional
6 PENGURUSAN RISIKO DAN KEPERLUAN INDIVIDU KLIEN DI 16 - 20
DALAM SISTEM KEPENJARAAN
6.1 Pemeriksan Fizikal Semasa Kemasukan
6.2 Pendaftaran Kemasukan Penghuni
6.3 Pemeriksaan Fizikal Secara Keseluruhan (Tanda-Tanda Badan) Dan
Rekodkan Maklumat Tersebut
6.4 Pemeriksaan Kesihatan (Fizikal, Urin, HIV)
6.5 Detoksifikasi 14 Hari
6.6 Program Pemulihan Jabatan Penjara Malaysia
7 KESIMPULAN 21
8 RUJUKAN 22

3
1. PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN PRINSIP ASAS RAWATAN KECELARUAN PENGGUNAAN


BAHAN
Modul Prinsip Asas Rawatan Kecelaruan Penggunan Bahan membincangkan mengenai
perkara-perkara asas yang perlu ada untuk menetapkan sesuatu program rawatan yang
boleh digunakan untuk merawat seorang penagih dadah. Antara perkara asas yang perlu
adalah i) setting atau persediaan, ii) intensiti dan tempoh rawatan, iii) bagaimana rawatan
disediakan, iv) komponen rawatan, v) kontinuum penjagaan (continuum of care), dan vi)
model-model rawatan dan praktis yang ada.

Penetapan asas rawatan bagi memulihkan atau membantu penagih dadah hendaklah
mengikut 13 Prinsip Rawatan Penagihan Dadah. Pada tahun 1999, National Institute Of
Drug Abuse (NIDA) telah mengeluarkan 13 prinsip rawatan berkesan untuk penagihan
dadah, dan prinsip ini masih digunakan sehingga kini sebagai rujukan untuk menetapkan
atau merancang proses rawatan kepada penagih dadah. 13 Prinsip Rawatan Penagihan
Dadah tadalah seperti berikut :

1 Penagihan dadah ialah penyakit kompleks dan boleh dirawat


2 Pendekatan rawatan adalah berbeza mengikut jenis dadah dan ciri-ciri penagih
3 Kemudahan rawatan sentiasa tersedia untuk memastikan penagih pulih.
4 Perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang berkesan dapat memenuhi
permasalahan penagih dari aspek penggunaan dadah, psikologikal, perubatan,
sosial, vokasional dan undang-undang.
5 Tempoh rawatan yang mencukupi dan bersesuaian mengikut jenis dan tahap
keparahan penagihan dan keperluan kepulihan penagih.
6 Pendekatan terapi tingkahlaku termasuklah kaunseling individu, keluarga dan
kelompok digunakan untuk merawat dan memulihkan penagih.
7 Penggunaan ubat-ubatan seperti Methadone, Buprenorphine dan Naltrexone
digabungkan dengan kaunseling dan terapi dapat membantu menstabilkan hidup
dan mengurangkan penggunaan dadah.
8 Perancangan rawatan perlu dinilai dan diubahsuai mengikut keperluan bagi
memastikan ia memenuhi keperluan perubahan penagih
9 Kecelaruan mental perlu dirawat melalui pemberian ubat-ubatan sebelum rawatan
4
penagihan diberikan
10 Detoksifikasi secara perubatan merupakan langkah pertama dalam rawatan dan
pemulihan penagihan.
11 Rawatan dan pemulihan secara sukarela tidak semestinya berkesan. Kaedah
penguatkuasaan, tangkapan, rujukan keluarga/majikan dan perundangan dapat
memberi kesan terhadap tahap kemasukan penagih, pengekalan dalam rawatan dan
pemulihan dan kejayaan intervensi.
12 Penggunaan dadah semasa rawatan perlu dipantau secara berterusan
13 Pengesanan penyakit berjangkit seperti HIV/AIDS

Tugasan ini akan menumpukan kepada proses pengendalian serta rawatan yang akan
diberikan kepada seorang klien.

2. LATAR BELAKANG KLIEN


- Kassim Bin Hj Daud
- 40 tahun
- Anak ke 2 dari 3 beradik
- Asal Kg Hulu Bernam
- Bekerja di kilang Sony, Bangi dan tinggal di asrama
- Arwah ayah seorang tentera dan ibu seorang suri rumah (ayah meninggal ketika klien
berumur 12 tahun)
- Ayah bersifat tegas dan garang
- Bersikap panas baran (ikut perangai arwah ayah)
- Penagih dan pengedar dadah
- Mula mengedar 21 tahun
- Mula menagih ganja dan mengedar dadah pada 21 tahun
- Berkahwin pada 23 tahun dan mula menagih heroin
- Bercerai dengan isteri secara fasakh selepas setahun perkahwinan (keluarga mertua
orang kaya)
- ditangkap pada 2018 oleh AADK Seksyen 6(1)(a), dihantar ke Puspen Sungai Ruan ,
Pahang
- Jalani program Isra selama 2 tahun

5
3. CABARAN YANG PERLU DILIHAT BILA MASALAH KETAGIHAN DADAH
BERKAITAN KESALAHAN JENAYAH MENGIKUT KONTEKS SISTEM
PERUNDANGAN DAN PENGUATKUASAAN

3.1 Kesesakan Dalam Institusi Penjara


Kesesakan penjara ialah suatu isu yang rumit dan merangkumi pelbagai aspek. Populasi
pesalah dadah yang ramai di penjara juga bukanlah suatu perkara yang baharu dan
memeranjatkan. Hal ini disebabkan oleh undang-undang dadah yang keras di Malaysia.
Dianggarkan dua pertiga tahanan di penjara Malaysia adalah mereka yang disabitkan atas
kesalahan berkaitan dadah. Hal ini memberikan masalah yang pelbagai kepada Jabatan
Penjara Malaysia kerana perlu memikirkan solusi bagi menangani isu-isu yang akan
melibatkan keperluan asas banduan dan juga keperluan lain bagi memastikan setiap
banduan menjalani hukuman dalam keadaan yang baik sehingga dibebaskan.
Kesesakan di dalam penjara merupakan salah satu isu yang mendesak dan tindakan
susulan berkaitan isu kesesakan ini memerlukan pihak penggubal dasar menyelesaikannya
iaitu dengan menetapkan hukuman yang bersesuaian bagi kesalahan kecil berkaitan dadah.
Pada masa ini, pesalah dadah yang dipenjarakan merangkumi pelbagai kumpulan, dari
pengedar, hingga individu yang disabitkan kerana memiliki dadah, hingga mereka yang
kebetulan didapati positif dadah dalam ujian air kencing.
Isu Kesesakan di dalam penjara juga akan menyebabkan masalah kesihatan kerana
penggunaan sumber secara berlebihan dan persaingan bagi sumber tersebut. Ia bukan
sekadar mengenai ruang fizikal. Kesesakan menjejaskan kesihatan mental dan fizikal
tahanan kerana ia memberi tekanan ke atas setiap aspek kehidupan mereka: makanan dan
air, kemudahan kebersihan, pekerjaan, perkhidmatan perubatan, rehat dan riadah, malah

6
dalam bentuk persaingan yang semakin meningkat untuk mendapatkan lawatan keluarga.
Persaingan untuk mendapatkan sumber ini boleh menyumbang kepada pemakanan tidak
mencukupi dan malnutrisi. Ia boleh menjejaskan penjagaan kebersihan yang baik bagi
populasi penjara dan menyebabkan penularan penyakit (bawaan vektor, jangkitan tinjaoral,
dan sebagainya). Kesemua faktor ini sedikit sebanyak mampu memberi kesan kepada
kesihatan mental tahanan.

3.2 Melemahkan Kekuatan Pasukan Keselamatan


Pengedaran dan penagihan dadah masih ancaman serius di negara ini. Ia bukan sahaja
menjejaskan kesejahteraan masyarakat tetapi juga mengancam keselamatan negara. Sudah
sekian lama isu mengenai dadah ini diangkat sebagai satu isu keselamatan negara. Namun,
ancaman jenayah rentas sempadan ini sukar dikawal disebabkan mereka yang menjalankan
aktiviti haram ini menggunakan pelbagai strategi hingga mengaburi pihak berkuasa.
Walaupun pihak berkuasa keselamatan guna pelbagai strategi bagi membendung masalah
ini, terutama penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah, ia kurang berkesan. Inilah
antara cabaran kepada pembuat dasar dan pengkaji isu keselamatan dalam negara, terutama
berhubung dengan ancaman pengedaran dadah. Di rantau Asia Tenggara, pengedaran
dadah adalah satu bentuk perdagangan haram yang berada pada kedudukan kedua paling
menguntungkan selepas perniagaan senjata haram.

Di Malaysia, penyeludupan, pengedaran, penyalahgunaan dan penagihan dadah telah


menjadi satu isu besar yang memberikan ancaman dan mengugat kekuatan keselamatan
negara. Kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah mengalami peningkatan yang ketara
dari hari ke hari. Kejayaan sindiket penyeludupan menembusi sempadan menimbulkan
ancaman terhadap integriti sempadan negara Malaysia. Kemasukannya secara haram ke
dalam negara ini disifatkan sebagai membelakangi kredibiliti negara dengan menunjukkan
bahawa sempadannya tidak dapat dikawal dengan efektif. Ekoran dari itu juga dalam buku
Trafficking and the Global Sex Industry, Beeks dan Amir (2006) menyatakan bahawa
kebahayaan dadah dalam mengancam keselamatan negara bersaing rapat seperti maraknya
industri seks antarabangsa yang membabitkan penyalahgunaan dadah.

3.3 Menyebabkan Rasuah Berleluasa


Kerajaan pada dasarnya serius dalam menyelesaikan masalah tersebut. Tetapi, pada
peringkat pelaksanaan terdapat banyak perkara yang boleh dipertikaikan. Setiap agensi-
7
agensi kerajaan yang terlibat mengambilan tindakan sewajarnya dan serius dalam
menyelesaikan masalah ini.

Agensi-agensi pelaksanaan seperti Polis Diraja Malaysia dan Agensi Anti Dadah
Kebangsaan mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dan perlu lebih serius
dalam memainkan peranan mereka yang sepatutnya agar masalah ini boleh diatasi. Amalan
rasuah yang berleluasa merupakan salah satu faktor penting dan dilihat menjadi punca
kepada masalah dadah yang semakin meningkat di negara kita. Kita tidak boleh menafikan
bahawa adanya amalan rasuah yang berleluasa menyebabkan pengedaran dadah sukar
dibenteras.

Pihak yang terlibat dalam pembuatan dan pengedaran dadah tidak takut kepada
undang-undang negara yang sedia ada. Kita mempunyai undang-undang yang cukup keras
bagi menghukum mereka yang terlibat dengan pengedaran dadah. Setiap tahun jumlah kes
dadah semakin meningkat dan ini membuktikan bahawa yang sedia ada tidak menakutkan
mereka yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti dadah. Gejala rasuah merupakan punca utama
yang menjadi batu penghalang kepada pelaksanaan dasar kerajaan untuk membanteras
dadah. Kegagalan kita mencari jalan untuk menghapuskan rasuah dikalangan pegawai-
pegawai pelaksana, masalah dadah akan berterusan malah akan meningkat dari tahun ke
tahun.

3.4 Kekurangan Kerjasama Di Antara Agensi Terlibat


Isu pengedaran dan penyalahgunaan dadah di Malaysia merupakan isu nasional. Kerajaan
Malaysia menerusi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan pelbagai agensi telah
melakukan pelbagai usaha bagi mengatasi masalah ini. Sehubungan dengan itu, ancaman
dadah merupakan isu yang sensitif dari segi pelaksanaan penguatkuasaan bagi sesebuah
negara. Ia juga masalah yang amat rumit untuk diselesaikan keranan memerlukan
kerjasama dari pelbagai pihak dalam dan luar dari negara. Merujuk kepada United Nations
Office on Drug and Crime (2011) yang melaporkan, di rantau Asia bagi tahun 2009 sahaja
melibatkan keuntungan bersih yang diperolehi daripada hasil jualan dadah adalah sebanyak
USD 7 billion. Ekoran daripada kenyataan dan tanggapan tersebut, menunjukkan bahawa
aktiviti dadah haram amat mudah memasuki ke negara negara di rantau ini secara
berleluasa dan ini menunjukkan kelemahan pelbagai pihak untuk sama-sama berkerjasama
untuk membanteras kemasukan dadah ke dalam negara kita.

8
Di Malaysia masalah dadah dan pelacuran bersaing antara satu sama lain malah dilihat
bersama-sama semakin meningkat tahap keseriusannya saban hari. Ini berdasarkan kepada
kajian dan data yang dipaparkan termasuk ditonjolkan oleh pelbagai saluran media cetak
dan elektronik mendakwa Malaysia masih berhadapan dengan masalah yang serius dengan
isu pengedaran dan penyalahgunaan dadah. Oleh yang demikian, Malaysia perlu
bekerjasama dengan badan pembanterasan antarabangsa seperti Amerika Syarikat dalam
mengekang aktiviti berkenaan, termasuk aspek pengurusan dan penguatkuasaan yang
serius, supaya boleh mengelak dari wujudnya ancaman keselamatan kepada negara.

Perspektif keselamatan Malaysia berkaitan dengan dadah adalah dipengaruhi atau


dibangkitkan oleh keadaan ancaman dadah dari negara jiran. Seperti mana diketahui,
Malaysia yang berjiran dengan Indonesia, Thailand dan Singapura secara tidak langsung
akan terdedah kepada ancaman keselamatan jika negara-negara jiran tidak dapat mengawal
secara maksimal aktiviti dadah di negara masing-masing. Kesan dari ancaman berlaku di
negara jiran, secara logiknya akan menyebabkan Malaysia juga berpotensi terdedah
menjadi negara destinasi ataupun menjadi negara transit. Kegagalan kerajaan dalam
mendapatkan kerjasama dan juga membendung ancaman ini perlu dikaji dan difikirkan
solusinya bagi menjamin kestabilan keselamatan, politik dan ekonomi negara di masa
hadapan.

3.5 Cabaran Dalam Program Rawatan Untuk Pemulihan Kepada Penagih Dadah

Pemulihan penagihan dadah memerlukan usaha sepanjang hayat kerana penagihan dadah
adalah satu penyakit kronik yang mudah berulang (chronic relapsing disease) dan
berpanjangan. Ini bermakna, penagihan dadah ini akan kekal dengan individu yang
menyalahgunakannya pada masa yang panjang, di mana terdapat individu yang bergantung
dengan dadah untuk hidup. Namun, individu yang terlibat dalam penagihan dadah ini boleh
dipulihkan dan mampu berhenti menggunakan dadah.
Penagihan dadah menyebabkan individu sukar untuk berfungsi dalam kehidupan
sehariannya. Ia memberi kesan kepada bagaimana individu tersebut bertindak dengan
keluarganya, di tempat kerja dan dalam masyarakat. Ia adalah sesuatu yang sukar dan
mencabar bagi mengubah banyak perkara pada satu-satu masa dan tidak kembali kepada
tabiat yang lama.
Menyedari cabaran tersebut, perlaksanaan pelbagai pendekatan dalam program rawatan
dan pemulihan dadah yang dilaksanakan adalah seiring pemulihan yang holistik, menerima
9
penagih dadah sebagai pesakit dan mengembalikan penagih dadah sebagai individu yang
berfungsi untuk diri, keluarga dan masyarakat.
Jabatan Penjara Malaysia dan juga pihak AADK adalah agensi yang berperanan dalam
menyediakan rawatan dan pemulihan yang komprehensif melalui pendekatan pemulihan
dalam institusi dan pemulihan dalam komuniti. Penekanan telah diberikan kepada
pelaksanaan program psikososial, rawatan perubatan dan latihan kemahiran dan kerjaya
serta meluaskan pendekatan kerohanian dan keagamaan. Pelan rawatan pemulihan sentiasa
dikaji semula untuk meningkatkan keberkesanan rawatan dan pemulihan yang meliputi
keperluan fizikal, mental, sosial dan spiritual supaya individu yang terperangkap dalam
penagihan dadah ini boleh mendapatkan semula kehidupan mereka kembali dan hidup
bebas dadah. Penagihan dadah menyebabkan individu sukar untuk berfungsi dalam
kehidupan sehariannya. Ia memberi kesan kepada bagaimana individu tersebut bertindak
dengan keluarganya, di tempat kerja dan dalam masyarakat. Ia adalah sesuatu yang sukar
dan mencabar bagi mengubah banyak perkara pada satu-satu masa dan tidak kembali
kepada tabiat yang lama.

3.6 Peningkatan Masalah Sosial Lain

Gejala sosial dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia sentiasa menjadi isu dan
perhatian. Pelbagai perbuatan yang merujuk kepada gejala sosial antaranya membabitkan
aktiviti seksual seperti persetubuhan luar nikah, melahirkan anak luar nikah, LGBT,
pengambilan bahan memabukkan seperti dadah dan arak, berjudi, dan sebagainya. Sebagai
sebuah negara yang mengamalkan sistem perundangan syariah dan sivil, maka umat Islam
di Malaysia diwajibkan mematuhi kedua-dua perundangan tersebut.

Gejala sosial merupakan himpunan beberapa aktiviti yang bersifat negatif yang sering
dilakukan oleh masyarakat dalam sesuatu komuniti dan ia mengundang kritikan serta
perbincangan. Gejala sosial boleh dikategorikan kepada dua iaitu yang melibatkan semua
kelompok masyarakat dan gejala sosial yang melibatkan remaja. Dalam menghadapi
cabaran dunia yang tiada sempadan kini, aspek pendidikan akhlak menjadi antara cabaran
yang sangat besar kepada setiap golongan masyarakat. Peningkatan proses pembangunan
dan pemodenan negara-negara maju dari sudut sejarahnya memperlihatkan terdapatnya
peningkatan terhadap pelbagai isu dan masalah yang melibatkan masyarakat. Begitu juga
seperti mana yang sedang dialami oleh Malaysia.
10
Golongan remaja terutamanya sangat mudah terdedah dengan pelbagai unsur negatif
yang dibawa oleh arus perdana terutamanya media sosial. Perkembangan arus globalisasi
yang bersifat negatif serta pengaruh unsur modenisme menjadikan isu gejala sosial semakin
kritikal, ditambah pula dengan faktor sikap, budaya pergaulan bebas dan berhibur secara
berlebihan, kurangnya sikap penjagaan akhlak dan rohani, kurang sifat jati diri, pengabaian
ibu bapa dan penguatkuasaan undang-undang yang longgar menjadi asbab utama isu gejala
sosial semakin berleluasa.

4. APAKAH PRINSIP RAWATAN BERKESAN DAN JUSTIFIKASI

Untuk menjalankan program pemulihan ke atas klien berkenaan, terdapat beberapa prinsip
yang boleh digunapakai dan berkesan ke atas klien. Prinsip tersebut adalah :

4.1 Penagihan Dadah Ialah Penyakit Kompleks Dan Boleh Dirawat


Penyalahgunaan dadah boleh mengubah struktur dan fungsi otak dan ianya mengakibatkan
perubahan otak yang berterusan dan memakan jangka masa yang lama selepas seseorang
penagih berhenti menggunakan dadah. Ini mungkin menjelaskan mengapa penyalahgunaan
dadah berisiko untuk menggunakan dadah semua walaupun selepas tempoh berhenti
menggunakan yang lama dan juga walaupun tahu risiko penggunaan dadah ke atas
perubahan fizikal dan mental. Sebelum memulakan sebarang proses rawatan, klien perlu
diberi penerangan dan diberi pemahaman bahawa penagihan merupakan suatu penyakit
yang kompleks dan boleh dirawat.

4.2 Pendekatan Rawatan Adalah Berbeza Mengikut Jenis Dadah Dan Ciri-Ciri Penagih

Rawatan yang disediakan perlulah berbeza-beza bergantung kepada jenis ubat dan ciri-ciri
klien. Pemadanan proses rawatan, intervensi dan oerkhidnatan kepada masalah tertentu
yang dihadapi klien adalah oenting untuk memastikan kejayaan program rawatan yang
dijalankan ke atas klien. Perkara ini adalah penting supaya klien dapat kembali kepada
keluarga dan masyarakat dalam suasana yang positif dan produktif.

4.3 Kemudahan Rawatan Sentiasa Tersedia Untuk Memastikan Penagih Pulih

Oleh kerana seseorang klien berada dalam keadaan yang tidak pasti sama ada mahu
menjalani rawatan atau tidak, situasi ini boleh mendorong klien untuk mengambil
kesempatan atas sesuatu program rawatan dan tidak mengikuti program rawatan dengan
11
bersungguh-sungguh. Klien berpotensi untuk menarik diri dan meninggalkan program
rawatan jika sesuatu program rawatan itu tidak dilaksanakan dengan segera dan tidak
berlengah-lengah. Sama seperti penyakit kronik yang lain, pesakit dadah berpotensi tingggi
untuk pulih sekiranya program rawatan keatasnya dijalankan dengan cepat.

4.4 Perkhidmatan Rawatan Dan Pemulihan Yang Berkesan Dapat Memenuhi


Permasalahan Penagih Dari Semua Aspek

Untuk memastikan sesuatu rawatan itu berkesan, rawatan yang disediakan mestilah
mengikut keperluan dan keadaan klien seperti masalah perundangan, masalah perubatan,
masalah psikologi, masalah sosial, faktor budaya dan latarbelakang klien dan lain-lain
perkara yang berkaitan. Bagi kes klien di atas, pendekatan terapi tingkahlaku iaitu
kaunseling individu, kaunseling kelompok dan juga terapi psikospiritual adalah
bersesuaian dengan keperluan klien.

4.5 Tempoh Rawatan Yang Mencukupi Dan Bersesuaian (Kesesuaian Ikut Tahap
Keparahan Penagihan Dan Keperluan Klien

Prinsip ini menerangkan bahawa seseorang klien perlulah berada dalam tempoh rawatan
yang mencukupi bergantung kepada jenis dadah yang digunakan, status keparahan dan juga
keperluan klien. Penyelidikan menunjukkan bahawa seseorang individu yang mempunyai
ketagihan dadah perlulah berada sekurang-kurangnya 3 bulan dalam satu satu program
rawatan untuk pulih dan hasil akan lebih positif sekiranya lebih lama berada dalam sesuatu
program rawatan. Pemulihan daripada ketagihan dadah adalah proses jangka panjang dan
selalunya memerlukan beberapa episod rawatan. Ini adalah penting supaya tidak
berlakunya penagihan semua di kalangan klien.

4.6 Pelan Rancangan Pemulihan Klien Perlu Dinilai Mengikut Keperluan Kerjaya Klien
Bagi Memastikan Memenuhi Keperluan Klien

Klien mungkin memerlukan kombinasi program rawatan yang berbeza-beza semasa


menjalani program rawatan dan pemulihan. Jensi rawatan mengikut perubatan, terapi
kekeluargaan, penerapan skill dan kemahiran vokasional serta terapi kerjaya dan
perkhidmatan sosial serta undang-undang juga perlu disediakan. Bagi seseorang klien,

12
pendekatan penjagaan dan pemulihan yang berterusan memberikan hasil yang positif dan
terbaik dengan mengikut intensiti rawatan yang berbeza-beza mengikut keperluan klien.

4.7 Pengesanan Penyakit Berjangkit

Kebiasaannya, rawatan penyalahgunaan dadah hanya berfokus kepada tujuan untuk


menangani tingkah laku berkaitan salah guna dadah sehingga mengabaikan keperluan
dalam konteks kawalan penyakit berjangkit seperti HIV, AIDS dan Hepatitis. Sesi
kaunseling yang menumpukan untuk mengurangkan risiko penyakit berjangkit boleh
membantu klien untuk mengurangkan atau mengelakkan tingkah laku berkaitan
penyalahgunaan bahan dan juga risiko tinggi yang lain. Sesi kaunseling yang dijalankan
boleh membantu klien yang telah dijangkiti penyakit berbahaya tersebut untuk
menguruskan penyakit mereka dan juga boleh melibatkan mereka kepada program
perubatan untuk merawat penyakit tersebut. Program rawatan yang disediakan perlulah
menawarkan kemudahan untuk membuat ujian pengesanan penyakit berbahaya. Dengan
menyediakan kemudahan tersebut. Klien akan lebih mudah menerima hakikat bahawa
mereka telah dijangkiti penyakit berbahaya dan bersedia untuk mengawal risiko yang
tercetus akibat penyakit yang mereka hadapi.

Keterangan berkaitan prinsip-prinsip di atas adalah dipetik dari Principle Of Drug


Addiction-A Research Based Guide (Third Edition) terbitan National Institute Of Drug
Abuse (NIDA).

5. PENDEKATAN RAWATAN YANG BERKESAN (EVIDENCE-BASED


PRACTICE) TERLIBAT DALAM MENGENDALIKAN KES INI

Untuk mengendalikan kes klien ini, beberapa pendekatan rawatan telah dikenalpasti boleh
digunakan untuk memberikan progran rawatan dan pemulihan kepada klien.

5.1 Rawatan Perubatan Dan Kesihatan

Semasa awal kemasukan klien ke dalam institusi pemulihan, klien perlu menjalani
pemeriksaan kesihatan untuk memastikan tahap kesihatan klien berada pada tahan yang
baik serta bersedia untuk menjalani program rawatan dan pemulihan. Program rawatan
perubatan dan kesihatan ini termasuklah program detoksifikasi. Semasa dalam
detoksifikasi, klien akan dirawat berdasarkan simptom-simptom yang dialami oleh fizikal
klien akibat dari berhenti menggunakan dadah iaitu Post Accute Withdrawal Syndrom

13
(PAWS). Selain dari merawat sindrom PAWS yang dialami klien, klien juga akan
menjalani rawatan dan pemeriksaan perubatan yang asas untuk mengesan penyakit-
penyakit yang lain yang perlu dirawat. Keperluan untuk menjalani rawatan Methadon juga
akan dinilai. Klien juga akan didedahkan dengan penjagaan kesihatan dan pengurusan
risiko penyakit berjangkit seperti HIV, AIDS dan Hepatitis.

5.2 Psikospiritual

Berdasarkan kes klien ini, cadangan pemulihan boleh dibuat berasaskan pendekatan
Psikospiritual Islam. Melalui pendekatan ini, klien akan dirawat dari segi kejiwaan dan
kerohaniannya berasaskan panduan dan amalan daripada Al-Quran dan hadis.
Jika dikaitkan dengan konsep pemulihan di dalam penjara, klien akan dirujuk dan
perlu mengikuti Program Halaqah di dalam Program Pembangunan Insan. Dalam
program ini, pengukuhan sahsiah klien terutamanya dalam soal keagamaan akan
dititikberatkan. Klien akan mengikuti program ini selama tempoh 6 bulan di bawah
seliaan pegawai pemulihan, pegawai agama dan pembantu pegawai agama. Klien akan
dibimbing dalam kelas yang akan dikendalikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam
(ustaz/ustazah) mahupun Pembantu Pegawai Agama (PGA-pegawai penjara). Klien akan
diajar mengenai asas-asas Fadhu Ain iaitu tuntutan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT
ke atas setiap orang Islam contohnya solat fardhu lima waktu, menutup aurat dan
berpuasa di bulan Ramadhan. Selain itu, klien turut didedahkan kepada tuntutan Fardhu
Kifayah iaitu tuntutan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ke atas masyarakat Islam
secara kolektif seperti solat berjemaah dan menguruskan jenazah. Ilmu-ilmu ini sangat
penting dan sangat membantu dalam proses pemulihan klien terutamanya sebagai
persediaan klien untuk menghadapi cabaran hidup di dalam masyarakat apabila
dibebaskan kelak.

Di samping itu, klien juga akan diajar mengaji mengikut mengikut tahap kebolehan klien.
Kebiasaannya bermula dengan buku IQRA dan akan dipertingkatkan sehinggalah klien
mampu untuk membaca kitab suci Al-Quran. Kerjasama daripada pihak Jabatan Agama
Islam juga sedikit sebanyak membantu proses rawatan ini. Kehadiran ustaz ataupun
ustazah yang dijemput untuk memberikan ceramah dan sesi ilmu kepada klien juga secara
tidak langsung memberikan keseimbangan insan yang melibatkan jasad, pemikiran,
semangat dan jiwa klien dalam mencapai ketenangan abadi. Kesemua elemen
psikospiritual agama ini penting dalam merawat masalah ketidakstabilan jiwa klien.
14
5.3 Psikopendidikan

Klien juga akan diterapkan dalam program rawatan berkonsepkan psikopendidikan.


Psikopendidikan yang berbentuk kaunseling kelompok adalah satu pendekatan
kaunseling yang melibatkan aspek psikologi klien dan mendidik klien tentang teknik atau
strategi yang berbentuk pendidikan. Pendekatan psikopendidikan percaya bahawa
perubahan tingkah laku positif lebih cenderung berlaku apabila kaunselor mampu
mengembangkan dan mengekalkan interaksi positif serta saling menghormati klien
(A.Murat dan Zuria, 2019). Peranan kaunseling kelompok psikopendidikan bukan sahaja
dapat memberi impak dalam meningkatkan konsep kendiri malah dapat mengembalikan
kekuatan modal insan dalam diri kalangan penagih dadah itu sendiri . Dengan berbuat
demikian diharapkan gejala penyalahgunaan dadah dapat dibanteras dan dibendung
dengan lebih efisyen. Teknik dan pendekatan motivasi yang dijalankan secara didaktik
bagi memberi dan menyediakan maklumat kepada klien berkaitan masalah yang
dihadapi. Sesi kaunseling yang diadakan boleh berkisar kepada penjagaan kesihatan,
langkah-langkah pencegahan penagihan semula dan pengrusan ketrampilan diri.

5.4 Bimbingan Dan Kaunseling

Klien juga akan dirujuk untuk menjalani sesi kaunseling ketagihan. Kaunseling
ketagihan adalah satu bentuk proses kaunsling dan hubungan tolong bantu kesihatan
mental yang memberi tumpuan kepada pemahaman proses ketagihan dan kesan
ketagihan terhadap klien. Proses kaunseling ketagihan ini tidak hanya tertumpu
kepada isu penagihan klien tetapi juga menumpukan kepada malakah klein yang lain
iaitu berkaitan keluarga, hubungan, pekerjaan, pendidikan, kerohanian, kesihatan
mental dan fizikal, konflik sosial, dan undang-undang (Abd Halim, Amin Al Haadi
dan Rafidi, 2022).

Klien juga akan dirujuk untuk menjalani program Terapi Tingkahlaku Kognitif.
Pendekatan terapi tingkah laku kognitif membantu penagih dadah untuk kekal dalam
kepulihan, mengubahsuai sikap dan tingkah lau mereka yang berkaitan dengan
penyalahgunaan dadah serta meningkatkan kemahiran untuk mengendalikan tekanan dan
persekiratan yang boleh mencetuskan keinginan untuk menagih semula (NIDA, 2012)

15
5.5 Sokongan Sosial

Tidak dinafikan sokongan sosial adalah sesuatu yang amat penting dan perlu dalam proses
pemulihan penagih dadah. sokongan sosial sangat signifikan dalam mengukuhkan
kawalan sosial terhadap bekas penagih dadah. Kumpulan sokongan sosial yang
dimaksudkan adalah terdiri daripada ibu bapa atau keluarga, kawan-kawan, masyarakat,
dan pusat pengawasan dadah (Zulhilmi, 2020). Keluarga dan rakan juga boleh memainkan
peranan penting dalam memotivasikan individu yang mempunyai masalah dadah untuk
mengikuti program rawatan dan kekal dalam program.

5.6 Latihan Kemahiran & Vokasional

Pendekatan Latihan kemahiran dan vokasional boleh dijalankan dengan menggunakan


pendekatan Terapi kerjaya. Penting bagi seorang yang dalam program pemulihan dadah
didedahkan dengan kemahiran vokasional dan kemahiran kerjaya untuk menyokong
kepulihan mereka. Hal ini adalah penting supaya mereka dapat menjana aktiviti ekonomi
mereka sendiri untuk kelangsungan hidup supaya mereka bikeh berdikari dan hidup
dengan cara bermaruah di dalam masyarakat. Terapi kerjaya juga disebut sebagai satu cara
yang unik yang dapat membantu mengembalikan status, peranan dan identiti seorang bekas
penagih yang lebih bermakna berbanding sebelumnya (Abd Halim, Amin Al Haadi dan
Rafidi, 2022)

6. PENGURUSAN RISIKO DAN KEPERLUAN INDIVIDU KLIEN DI DALAM


SISTEM KEPENJARAAN

6.1 Pemeriksan Fizikal Semasa Kemasukan

Jabatan Penjara Malaysia dalam memaju arus kemodenan Negara pelbagai isu cabaran
oleh jabatan terutama melibatkan penyeludupan artikel larang ke dalam penjara. Pelbagai
isu melibatkan penyeludupan artikel larangan iaitu :-

a) Penyeludupan oleh banduan baru masuk.


b) Penyeludupan oleh banduan balik dari mahkamah dan rawatan.
c) Penyeludupan oleh anggota dan kakitangan penjara.

Penyeludupan artikel larangan merupakan masalah sejagat institusi penjara dan pusat-
pusat tahanan di seluruh dunia. Jabatan Penjara memandang serius dengan permasalahan

16
ini. Ini kerana sekiranya ianya tidak dibendung ianya akan memberikan impak dan
persepsi yang negatif keatas jabatan.

Pemeriksaan Terhadap Banduan (Lucut Pakaian / Raba-Raba)

I. Banduan yang disyaki menyeludup artikel larangan dengan menyembunyikan dalam


anggota badan dalaman seperti di dalam rektum, kemaluan atau ditelan,
II. Pemeriksa adalah tidak dibenarkan sama sekali mengeluarkan dengan menggunakan jari
atau alat atau benda-benda asing yang lain.
III. Peraturan Penjara 2000 Kaedah 11, tidak memberi kuasa kepada pegawai penjara untuk
membuat pemeriksaan dalaman anggota badan banduan.

(TINDAKAN: rujuk banduan yang disyaki ada menyeludup artikel larangan melalui
rektum atau ditelan kepada pegawai perubatan untuk tindakan selanjutnya)

6.2 Pendaftaran Kemasukan Penghuni

Proses pendaftaran adalah satu proses di man pegawai pendaftar akan membuat proses
kemasukan pendaftaran kemasukan banduan, dengan mencatitkan segala rekod harta
benda, biodata, keadaan fizikal, laporan perubatan dan juga rekod jenayah lampau.
Tujuannya adalah untuk memastikan rekod peribadi banduan ada dalam simpanan institusi
dan memudahkan proses perlaksanaan hukuman dan prohram pemulihan dijalankan.

6.3 Pemeriksaan Fizikal Secara Keseluruhan (Tanda-Tanda Badan) Dan Rekodkan


Maklumat Tersebut
Pemeriksaan fizikal terhadap tahanan yang baru tiba merupakan sesuatu yang penting. Ini
adalah kerana beberapa sebab:
1. Tahanan mungkin mempunyai masalah perubatan yang memerlukan rawatan segera.
Ini termasuk rawatan untuk sakit teruk (luka, patah anggota badan, atau jangkitan teruk,
contohnya), atau sakit kronik (penghidap kencing manis mungkin perlu meneruskan
suntikan insulinnya, orang yang mempunyai masalah kesihatan mental mungkin perlu
terus mengambil ubat antipsikotik, dan sebagainya).
2. Tahanan mungkin menghidap penyakit berjangkit semasa memasuki penjara, dan
mungkin perlu diasingkan sehingga penyakit mereka telah dirawat, atau tidak lagi
berjangkit. Tahanan baharu wajar diasingkan sementara waktu sehingga penilaian

17
perubatan awal mengesahkan mereka tidak mendatangkan apa-apa risiko kepada populasi
umum. Piawai wad pengasingan perlu setara dan selesa seperti kawasan lain di penjara
supaya tahanan yang perlu diasingkan akibat penyakit berjangkit tidak beranggapan
bahawa mereka dihukum. Pengasingan perlu dihentikan serta-merta selepas fasa
berjangkit bagi sesuatu penyakit itu telah berakhir (contohnya tahanan dalam fasa
sambungan semasa rawatan anti-TB tidak perlu diasingkan apabila ujian kahak mereka
adalah negatif).
3. Bukti layanan buruk secara fizikal atau mental yang dapat dilihat pada tahanan, jika
ada, perlu didokumenkan. Sebagai contoh, jika tahanan yang tiba dari tempat soal siasat
atau balai polis telah didera, fakta tersebut mesti direkodkan dan sebarang parut yang ada
diterangkan. Dokumentasi seperti itu boleh memanfaatkan tahanan dan pihak berkuasa
penjara sekali gus. Dokumentasi perubatan mengenai bukti layanan buruk boleh
membantu tahanan sekiranya tindakan undang-undang diambil pada masa hadapan
terhadap mereka yang bertanggungjawab; dan merekodkan bukti kecederaan atau tekanan
psikologi semasa ketibaan di penjara boleh membantu membuktikan bahawa ia berlaku
sebelum tahanan tiba dan tidak berpunca daripada pihak berkuasa penjara semasa.

6.4 Pemeriksaan Kesihatan (Fizikal, Urin, HIV)

Penjara perlu mempunyai sistem untuk penilaian perubatan ke atas semua tahanan yang
baru tiba. Sejarah perubatan setiap individu perlu dicatatkan, dan pemeriksaan perlu
dijalankan, secepat mungkin selepas ketibaan, sebaik-baiknya dalam tempoh 24 jam.
Pemeriksaan perubatan awal sepatutnya dijalankan oleh doktor namun jika ini tidak dapat
dilakukan, jururawat berkelayakan boleh menggantikannya. Pemeriksaan perubatan awal
ada kalanya tidak boleh dilaksanakan di balai polis, tetapi perundingan perubatan perlu
disediakan atas permohonan tahanan, atau jika pihak berkuasa berpendapat ia diperlukan.
Semua maklumat perubatan yang diperolehi semasa pemeriksaan perubatan awal adalah
sulit dan perlu disimpan sewajarnya.

Rekod-rekod individu pesakit – juga dikenali sebagai ‘nota kes’, ‘carta pesakit’, ‘rekod
perubatan’, atau ‘fail klinikal’ – sepatutnya menjadi komponen standard dalam
kebanyakan sistem penjagaan kesihatan. Ia mengandungi maklumat berkaitan kesihatan
seseorang: contohnya, sejarah perubatan individu tersebut dan dokumentasi mengenai
pelbagai kes perubatan, keputusan ujian, diagnosis, rawatan, nota kemajuan, dan pelan
penjagaan. Rekod-rekod individu pesakit membolehkan status kesihatan seseorang diurus
18
dan dijejaki secara teratur sepanjang masa. Bagaimanapun di dalam penjara, fail
perubatan individu selalunya tidak ada; dan jika ada, ia mungkin tidak teratur dan
bercelaru.

6.5 Detoksifikasi 14 Hari

Tidak dinafikan saat yg paling getir untuk seseorang yg bergantung kepada dadah adalah
disaat mereka berhadapan dgn tempoh detoksifikasi (menyahkan toksin/kimia dlm
badan) yg selalunya akan menyebabkan kesan withdrawal secara fizikal & psikologi.
Banduan yang baru masuk akan di asingkan dan mengambil masa selama 14 hari untuk
proses tersebut. Keadaan banduan ini adalah bergantung kepada jenis dadah / substans
yang diambil. Keadaan ini berlaku akibat daripada terputusnya bekalan dadah dan hanya
satu-satu nya jalan untuk berhenti. Ia memang sukar tetapi telah ramai yg berjaya
menghadapinya dengan syarat proses detoksifikasi itu mesti diurus dengan betul.

6.6 Program Pemulihan Jabatan Penjara Malaysia

Di Jabatan Penjara Malaysia (JPM), bahagian yang bertanggungjawab dalam


merencana dan melaksanakan program pemulihan ke atas pesalah atau banduan ialah
Bahagian Pengurusan Banduan (Seksyen Pemulihan & Rawatan). Bahagian ini
bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program dan aktiviti rawatan dan
pemulihan kepada pesalah bagi memperbaik dan membina semula fizikal, mental,
sikap, akhlak, dan rohani berasaskan nilai murni dan seterusnya membentuk pendekatan
pemulihan yang benar-benar bersesuaian dengan keperluan pesalah agar perubahan
sikap yang positif terhasil dalam kalangan pesalah. Pesalah akan dididik dan diberikan
pendedahan serta latihan yangseimbang dalam aspek jasmani dan rohani bagi keperluan
dunia dan akhirat melalui penerapan lima elemen teras pemulihan,iaitu:
K : Pengetahuan (Knowledge)
A : Sikap (Attidude)
S : Kemahiran (Skill)
I : Kecerdasan (Intelligence)
H : Kemanusiaan (Humanity)

PPI dilaksanakan secara berperingkat mengikut sistem fasa yang mempunyai tempoh
masa yang tertentu.

19
i. Fasa I : Fasa Orientasi
Fasa I ialah fasa untuk pesalah mengikuti Modul Pendidikan dan Bimbingan. Fasa
ini meliputi tempoh masa antara dua hingga tiga bulan berdasarkan kriteria pesalah.
Fasa ini menumpukan pada pembentukan kepatuhan disiplin dan peraturan,
kenegaraan dan sivik, kesihatan dan kebersihan diri.

ii. Fasa II : Fasa Pengukuhan Sahsiah


Pada fasa ini, program pemulihan yang diwujudkan sebagai rawatan utama (core
treatment) dalam Program PembangunanInsan. Program ini dilaksanakan dalam
tempoh antara enam bulan hingga 12bulan. Penekanan diberikan apada aspek
pembentukan jati diri dan perubahan tingkah laku. Pada fasa ini, pesalah akan
mengikuti empat modul utama, iaitu:

a) Modul Pendidikan dan Bimbingan (sambungan Fasa 1).


Modul Halaqah (bagi yang beragama Islam) atau Modul Moral (bagi yang bukan
beragama Islam). Modul Halaqah ini mengandungi pengajian Akidah, Fekah, Tilawah
al-Quran, Tafsir, Hadis, Sirah, Akhlak dan Kesejahteraan Insan.
b) Modul Therapeutic Community.
Modul ini menekankan tiga elemen sebagai teras pemulihan untuk membawa
perubahan diri pesalah iaitu role model, peer pressure support dan ikatan kekeluargaan.
Melalui modul ini, penghuni diberi tanggungjawab merancang, mengatur dan mengurus
aktiviti harianberasaskan nilai dan suasana kekeluargaan.
iii. Fasa III : Fasa Kemahiran
Fasa kemahiran membuka peluang kepada pesalah untuk membentuk kemahiran diri
dalam bidang vokasional. Kemahiran bvokasional ini turut dibantu oleh beberapa agensi
yang membolehkan kemahiran tersebut dipersijilkan. Fasa ini bermatlamat melahirkan
penghuni yangberkemahiran dan diiktiraf.

iv. Fasa IV: Fasa Prabebas

Fasa ini merupakan fasa untuk menyediakan penghuni menghadapi stigam sosial apabila
mereka dibebaskan dan menggalakkan penyertaan awam dalam membantu proses
asimilasi penghuni ke alam masyarakat.

20
7. KESIMPULAN

Kesimpulannya, Cara terbaik untuk mengelakkan gangguan penggunaan dadah adalah


dengan mencegah penggunaan di tempat pertama. Walau bagaimanapun, walaupun
menjauhkan diri daripada bahan adalah pendekatan paling selamat, ia mungkin bukan yang
paling realistik. Oleh sebab itu, pendidikan dan amalan keselamatan adalah alat terbaik
untuk mengurangkan bahaya dan mengelakkan ketagihan. Penjagaan kesihatan mental,
jangkauan komuniti dan mengurangkan stigma semuanya boleh membantu mencegah
perkembangan gangguan penggunaan bahan. Program pengurangan bahaya juga boleh
mengurangkan komplikasi penggunaan bahan dan menghubungkan orang ramai kepada
rawatan. Jika anda ibu bapa dan mengambil berat tentang penggunaan bahan anak-anak
anda, cipta ruang yang selamat untuk bercakap secara terbuka dengan anak-anak anda.
Lebih banyak ilmu dan amanah, lebih baik.

21
RUJUKAN

1. National Institute Of Drug Abuse (NIDA). (2012). Principle Of Drug Addiction-A


Research Based Guide (Third Edition)

2. Karen Beeks, Delila Amir (2006) Trafficking and the global sex industry. Lexington
Books, Lanham,

3. Abd Halim Mohd Hussin, Amin Al Haadi, Rafidi Jusoh (2022). Kaunseling Penagihan
Dadah – Panduan Untuk Kaunselor. Selangor: Iftitah Media

4. Susurgalur: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah. (2020). Zulhilmi Haji Jaidin:
Kepentingan Sokongan Sosial dalam Mengukuhkan Kawalan Sosial terhadap Bekas
Pengguna Dadah: Satu Kajian Sorotan Literatur

5. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan. (2019). Pendekatan Psikopendidikan Dalam


Kaunseling Kelompok Bagi Menangani Masalah Emosi Murid Mangsa Penceraian Ibu Bapa.
A.Murat bin Abd.Rani, Zuria binti Mahmud

You might also like