You are on page 1of 18

1.

INTRODUCTION

Kemurungan menurut WHO (2021) ia adalah penyakit biasa di seluruh dunia,


dengan anggaran 3.8% daripada populasi terjejas, termasuk 5.0% di
kalangan orang dewasa dan 5.7% di kalangan orang dewasa yang berumur
lebih daripada 60 tahun. Kira-kira 280 juta orang di dunia mengalami
kemurungan. Kemurungan adalah berbeza daripada turun naik mood biasa
dan tindak balas emosi jangka pendek terhadap cabaran dalam kehidupan
seharian. Terutama apabila berulang dan dengan intensiti sederhana atau
teruk, kemurungan boleh menjadi keadaan kesihatan yang serius. Ia boleh
menyebabkan orang yang terjejas menderita dengan teruk dan berfungsi
dengan teruk di tempat kerja, di sekolah dan dalam keluarga. Paling teruk,
kemurungan boleh membawa kepada bunuh diri. Lebih 700 000 orang mati
akibat bunuh diri setiap tahun. Bunuh diri adalah punca kematian keempat
dalam kalangan mereka yang berumur 15-29 tahun.

Walaupun terdapat rawatan berkesan untuk gangguan mental yang


diketahui, lebih daripada 75% orang di negara berpendapatan rendah dan
sederhana tidak menerima rawatan. Halangan kepada penjagaan yang
berkesan termasuk kekurangan sumber, kekurangan penyedia penjagaan
kesihatan terlatih dan stigma sosial yang berkaitan dengan gangguan
mental. Di negara dari semua peringkat pendapatan, orang yang mengalami
kemurungan selalunya tidak didiagnosis dengan betul, dan orang lain yang
tidak mengalami gangguan terlalu kerap salah didiagnosis dan diberi
antidepresan.

1
TEORI PERSEKITARAN NIGHTINGALE

Sebagai pengasas kejururawatan moden, teori persekitaran Florence


Nightingale mengubah wajah amalan kejururawatan. Model kejururawatan
yang dibangunkan daripada Nightingale, yang dianggap sebagai ahli teori
kejururawatan pertama, mengandungi elemen yang tidak berubah sejak
penubuhan profesion kejururawatan moden. Walaupun teori ini menjadi
perintis pada masa ia diwujudkan, prinsip yang digunakan adalah abadi.
Terdapat tujuh andaian yang dibuat dalam teori persekitaran, yang memberi
tumpuan kepada menjaga persekitaran pesakit untuk mencapai matlamat
kesihatan dan menyembuhkan penyakit. Andaian ini adalah

1.undang-undang semula jadi


2.manusia boleh mencapai kesempurnaan
3.kejururawatan adalah panggilan
4.kejururawatan adalah seni dan sains
5.kejururawatan dicapai melalui perubahan persekitaran
6.kejururawatan memerlukan asas pendidikan tertentu
7.kejururawatan adalah berbeza dan berasingan daripada perubatan.

Teori Persekitaran kejururawatan adalah teori penjagaan pesakit. Iaitu, ia


memberi tumpuan kepada penjagaan pesakit dan bukannya proses
kejururawatan, hubungan antara pesakit dan jururawat, atau jururawat
individu. Dengan cara ini, model mesti disesuaikan untuk memenuhi
keperluan pesakit individu. Menurut Nightingale, kejururawatan adalah
berasingan daripada perubatan. Matlamat utama kejururawatan adalah untuk
meletakkan pesakit dalam keadaan terbaik untuk alam semula jadi bertindak
dan meningkatkan penjagaan pesakit secara keseluruhan.

2
2. SENARIO KES

Seorang pesakit remaja lelaki bernama Iqmal berusia 22 tahun tinggal


bersama ibu,abang kakak dan seorang adik lelaki. Ibubapanya mengalami
masalah perkahwinan telah berpisah. Ibu pesakit dilaporkan tidak
mempunyai sejarah rawatan psikiatri. Abangnya pula menderita gangguan
bipolar dan telah menerima rawatan psikiatri. Beliau dimasukkan ke hospital
berulang kali pada tahun-tahun sebelumnya kerana gejala psikiatri yang
serius.
Pesakit tiada apa-apa masalah dalam kelas di sekolah dan di matriks.
Beliau sentiasa dapat markah yang tinggi setiap mata pelajaran tetapi beliau
mempunyai masalah kesukaran untuk bergaul dengan rakan sekelasnya
kerana beliau selalu dipinggirkan atas sejarah keluarga. Beliau menunjukkan
gejala seperti kesedihan dan tangisan yang kerap, pengurangan selera
makan, sentiasa rasa bersalah, terlalu merendah diri, kegelisahan, mudah
marah, insomnia, selalu putus asa, dan kesukaran untuk berkonsentrasi.
Disamping itu, dia mengalami kesulitan dalam hubungan interpersonalnya,
pemikiran negatif yang berterusan tentang penampilannya dan kemampuan
dirinya serta rasa bersalah terhadap masalah perkahwinan ibubapanya dan
keluarga.
Sejarah perubatan pesakit tiada pada masa kini. Kakaknya
melaporkan bahawa pesakit sebelum ini didiagnosis menghidap MDD, Major
Depressive Disorder with Suicidal Ideation 3 tahun yang lalu dan dirawat
selama 2 tahun dengan psikoterapi dan anti-depresan yang menyokong
(fluoxetine dan sertraline; tidak ada maklumat mengenai dos). Episod
pertama ini dicetuskan dengan makan ubatan terlebih dos setraline sehingga
dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke icu. Beliau rasa kecewa dan
menyesal dengan diri sendiri atas sejarah keluarga beliau sendiri. Episod
terbarunya pula berkaitan dengan masalah pergaulan dengan rakan
sekelasnya sehingga mengelar tangan dan nak terjun bangunan tingkat 4 di
matriks.

Sumber : WAD 1 LELAKI (PSIAKITRI) HPSF MUAR


Ringkasan kes

3
Iqmal berumur 22 tahun telah didiagnos menghidapi Major Depressive
Disorder with suicidal ideation selama 3 tahun. Ia berpunca dari masalah
keluarga dan pergaulan kawan kawan menyebabkan gangguan dalam diri
seperti selalu bersedih, rasa bersalah, rendah diri, putus asa dan sukar
bergaul dengan orang lain.

4
3. NURSING CARE PLAN

NURSING DIAGNOSIS

1. Gangguan interaksi sosial berkaitan dengan sistem keluarga


yang tidak berfungsi dibuktikan dengan pesakit selalu duduk
menyendiri.

MATLAMAT
 Pesakit dapat berinteraksi dengan baik dengan masyarakat sekeliling
terutamanya keluarga dan rakan-rakan.

INTERVENSI KEJURURAWATAN

1) Ases keadaan pesakit dengan memantau punca dan gejala pesakit


suka duduk menyendiri supaya intervensi boleh dirancang.
2) Bina hubungan teraputk yang baik dengan memanggil nama supaya
pesakit rasa dihargai dan dihormati.
3) Pastikan persekitaran wad tenang dan selamat supaya proses
interaksi bersama pesakit berjalan lancar.
4) Galakkan semua staf menunujukkan sifat mesra dan sedia membantu
sepanjang pesakit berada di dalam wad.
5) Libatkan pesakit dalam terapi berkumpulan untuk menggalakkan
pesakit untuk bergaul dengan pesakit lain.
6) Libatkan pesakit dalam aktiviti diversional therapy dalam wad seperti
senamrobik setiap pagi, menonton televisyen bersama, karaoke,
sukaneka dan sebagainya untuk mengelakkan pesakit duduk
sendirian.
7) Beri pendidikan kesihatan kepada pesakit tentang pentingnya interaksi
sosial dalam kehidupan seharian.
8) Beri positive inforcement seperti pujian dan ucapkan syabas setiap
kali pesakit berjaya melibatkan diri dalam aktiviti wad sebagai galakan
dan penaik semangat supaya pesakit dapat mengulanginya lagi pada
masa akan datang.

5
9) Beri ubatan tab Setraline 50mg OD yang diarahkan oleh doktor dan
direkodkan.
10) Nilai semula keadaan pesakit bagi melihat kemajuan pesakit dan
keberkesananan intervensi yang dijalankan dengan memantau
perkembangan interaksi pesakit dari semasa ke semasa.
11) Rujuk pesakit kepada doktor semula jika keadaan menjadi semakin
serius

PENILAIAN
 Pesakit dapat berinteraksi dengan orang disekelilingnya dengan baik
dan tidak lagi duduk bersendirian.

6
2. Gangguan corak pemakanan berkaitan dengan pengurangan
selera makan dibuktikan dengan berat badan pesakit menurun.

MATLAMAT
 Pesakit dapat mengamalkan corak pemakanan dan diet yang
seimbang.

INTERVENSI KEJURURAWATAN

1) Ases keadaan pesakit dengan memantau cara pemakanan dan punca


pesakit makan berlebihan supaya intervensi boleh dirancang.
2) Bina hubungan teraputk yang baik dengan memanggil nama supaya
pesakit rasa dihargai dan dihormati.
3) Beri pesakit diet mengikut kuantiti dan pada waktu yang ditetapkan
sahaja dan tidak boleh ditambah jumlah makanan supaya pesakit
tidak makan berlebihan.
4) Elakkan beri pesakit makanan ringan supaya diet pesakit dapat
dikawal.
5) Ambil berat badan pesakit setiap minggu menggunakan penimbang
yang sama untuk membuat perbandingan.
6) Sarankan kepada keluarga supaya tidak membekalkan makanan yang
terlalu banyak kepada pesakit semasa melawat supaya corak
pemakanan dapat dikawal sepenuhnya dengan baik.
7) Elakkan pesakit stress atau tertekan kerana ia akan memngurangkan
selera makan pesakit .
8) Libatkan pesakit dalam aktiviti terapi alihan dalam wad seperti
senamrobik setiap pagi, menonton televisyen, karaoke, sukaneka,
bermain bola, berkebun dan sebagainya supaya pesakit sentiasa
sibuk.
9) Rujuk pesakit kepada Unit Pemulihan Cara Kerja untuk pesakit
mengikuti program yang diijalankan seperti menjahit baju dan alas
meja supaya pesakit tidak stress dan melupakan hal berkaitan makan.
10) Rujuk pesakit kepada dietitian bagi mengenalpasti diet yang terbaik
dan paling sesuai untuk diamalkan oleh pesakit.

7
11)Beri pendidikan kesihatan kepada pesakit tentang pentingnya
menjaga pemakanan dan amalan gaya hidup sihat.
12)Beri ubatan Tab Fluvoxamine 50 mg ON seperti yang diarahkan oleh
doktor dan direkodkan.
13)Nilai semula keadaan pesakit bagi melihat kemajuan pesakit dan
keberkesananan intervensi yg dijalankan dengan melihat samada
pesakit dapat mengawal corak pemakanan dengan baik atau tidak.
14)Rujuk doktor jika intervensi kejururawatan tidak berkesan dan
keadaan pesakit semakin teruk supaya tindakan seterusnya dapat
dilakukan.

PENILAIAN
 Pesakit mengamalkan corak pemakanan yang seimbang dan teratur.

8
3. Gangguan corak tidur berkaitan rasa sedih yang kuat dibuktikan
dengan mata pesakit yang kelihatan bengkak (panda eyes).

MATLAMAT
 Pesakit dapat tidur lena tanpa gangguan sepanjang malam.

INTERVENSI KEJURURAWATAN

1) Ases keadaan pesakit dengan mendengar aduan pesakit berkaitan


dengan perasaan sedih dalam diri supaya intervensi boleh dirancang.
2) Bina hubungan teraputik yang baik dengan memanggil nama supaya
pesakit rasa dihargai dan dihormati.
3) Galakkan pesakit melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dalam wad pada
waktu siang supaya pesakit merasa penat dan berehat pada waktu
malam.
4) Pastikan persekitaran wad dan tempat tidur pesakit bersih dan wangi
supaya pesakit sentiasa rasa selesa.
5) Pastikan suasana wad tenang dan senyap supaya tidak menggangu
waktu tidur pesakit.
6) Tutup lampu dan pasang cahaya yang malap untuk menggalakan
pesakit tidur.
7) Beri ubatan mengikut arahan doktor seperti ubat tidur (Tab.
Clonazepam 2mg ON) jika perlu dan diarahkan oleh doktor dan
pantau serta direkodkan.
8) Nilai semula keadaan pesakit bagi melihat kemajuan pesakit dan
keberkesananan intervensi yg dijalankan dengan melihat samada
pesakit boleh tidurtanpa gangguan pada waktu malam atau tidak.
9) Rujuk doktor jika intervensi kejururawatan tidak berkesan dan
keadaan pesakit semakin teruk supaya tindakan seterusnya dapat
dilakukan

PENILAIAN
• Pesakit tidur lena tanpa gangguan pada waktu malam.

9
4. Potensi untuk membunuh diri berkaitan dengan rasa kecewa dan
putus asa dibuktikan dengan kerap menangis dan bersedih.

MATLAMAT
 Pesakit tidak akan membunuh diri.

INTERVENSI KEJURURAWATAN

1) Ases keadaan pesakit dengan bertanya, memantau dan mendengar


aduan yang diluahkan berkaitan rasa sedih supaya intervensi
kejururawatan dapat dirancang.
2) Bina hubungan yang baik dengan dengan memanggil pesakit dengan
namanya untuk mendapatkan kerjasama dan kepercayaan dari
pesakit.
3) Pastikan keadaan wad selamat dengan menyimpan semua alatan
tajam untuk mengelakkan pesakit menjadikannya sebagai alat untuk
membunuh diri.
4) Maklumkan kepada semua staf tentang keinginan membunuh diri
yang dihadapi oleh pesakit dan perlu mengisi borang ‘suicidal caution’.
5) Lakukan ‘one to one nursing’ untuk memantau pesakit secara teliti dan
berterusan supaya tindakan segera dapat diambil jika pesakit cuba
mencederakan diri.
6) Galakkan pesakit meluahkan perasaan dengan meluangkan masa
dan mendengar dengan fokus supaya pesakit dapat berkongsi
masalah bersama staf.
7) Libatkan pesakit dalam aktiviti terapi alihan dalam wad seperti
senamrobik setiap pagi, menonton televisyen, karaoke, sukaneka,
bermain bola, berkebun dan sebagainya untuk mengalihkan keinginan
membunuh diri.
8) Libatkan pesakit dalam aktiviti keagamaan mengikut kepercayaan
masing-masing.
9) Galak pesakit berinteraksi dan melibatkan diri dalam aktiviti
berkumpulan di wad untuk mengelakkan pesakit duduk bersendirian.

10
10)Ajar pesakit kemahiran mengurus stress seperti sentiasa berfikiran
positif.
11)Beri ubatan kepada pesakit, tablet Escitalopram 20mg OD seperti
yang diarah oleh doktor dan direkodkan.
12) Nilai semula keadaan pesakit bagi melihat kemajuan pesakit dan
keberkesananan intervensi yang dijalankan dengan melihat tahap
kesedihan dan rasa bersalah pesakit samada semakin berkurang
atau semakin teruk.
13) Rujuk pesakit kepada doktor semula jika keadaan semakin serius.

PENILAIAN
• Pesakit dilihat ceria dan tiada lagi keinginan untuk membunuh diri.

11
5. Pengabaian penjagaan kebersihan diri berkaitan dengan
kemurungan dibuktikan dengan sikap pesakit yang semakin pasif
dan berbau busuk.

MATLAMAT

 Pesakit tidak mengabaikan kebersihan dan penjagaan diri.

INTERVENSI KEJURURAWATAN

1) Ases tahap perkembangan kebersihan diri pesakit samada bersih dan


terjaga atau tidak supaya intervensi kejururawatan dapat dirancang.
2) Bina hubungan yang baik dengan dengan memanggil pesakit dengan
namanya untuk mendapatkan kerjasama dan kepercayaan dari
pesakit.
3) Pastikan persekitaran wad yang bersih dan tenang supaya pesakit
sentiasa bersikap positif dan selesa.
4) Pastikan keperluan pengurusan diri pesakit seperti berus gigi, sabun
dan ubat gigi mencukupi dan ia mudah diperolehi
5) Pastikan pesakit mandi dan membersihkan diri serta menukar pakaian
yang bersih setiap pagi dan petang mengikut waktu yang ditetapkan
dalam wad.
6) Libatkan pesakit dalam aktiviti wad dan bergaul dengan pesakit lain
bagi mengelakkan sentiasa rasa sedih dan murung apabila duduk
bersendirian.
7) Beri ‘positive reinforcement’ setiap kali pesakit dapat mengekalkan
pengurusan diri sebagai galakan untuk terus konsisten pada masa
akan datang.
8) Puji pesakit dengan mengatakan pesakit segak, wangi dan bersih
apabila berjaya mengikuti jadual pengurusan diri dengan baik.
9) Beri ubatan Tab Fluvoxamine 50 mg ON seperti yang diarahkan oleh
doktor dan direkodkan.
10) Nilai semula keadaan pesakit bagi melihat perkembangan penjagaan
diri pesakit dan keberkesananan intervensi yg dijalankan.

12
11) Rujuk doktor jika intervensi kejururawatan tidak berkesan dan
keadaan pesakit semakin teruk supaya tindakan seterusnya dapat
dilakukan.

PENILAIAN

 Pesakit sentiasa kelihatan bersih dan kemas serta mengekalkan


pengurusan diri dengan baik sepanjang berada di wad.

13
4. STRATEGI

 Sokongan kekeluargaan.

Keluarga yang sejahtera adalah keluarga yang sihat dari segi fizikal,
psikologi, sosial dan kerohanian. Peranan ibubapa adalah membentuk
sahsiah dan peribadi yang baik kepada anak-anak dalam kehidupan
seharian agar mereka sentiasa menunjukkan sikap yang positif sekaligus
dapat mencegah dari sebarang masalah terutamanya dalam aspek kesihatan
mental dan sosial. Melalui ikatan kekeluargaan yang akrab juga, dapat
mengatasi masalah mental diperingkat awal terutamanya kemurungan yang
boleh dihalang dan diatasi dengan interaksi dalam keluarga.

Keluarga juga faktor utama dalam memainkan peranan dalam proses


pemulihan pesakit mental. Menurut Mohamad et al., (2015) peranan keluarga
adalah untuk memastikan setiap keperluan ahli keluarganya dipenuhi tanpa
syarat biarpun ada diantara mereka yang mengalami sakit mental. Ia
termasuklah keperluan fizikal, sokongan sosial, kesejahteraan emosi dan
keperluan rawatan bagi pemulihan di rumah. Untuk mengekalkan kefungsian
yang baik ke atas pesakit sepanjang berada di rumah, ahli keluarga harus
memberi sokongan dan galakkan untuk pesakit meluahkan masalah atau
perasaan dan keperluan mereka.Penjagaan dikalangan ahli keluarga
amatlah penting untuk memastikan pesakit yang sakit mendapat rawatan dan
pemulihan yang sewajarnya. (Mohamad et al., 2015).

Selain daripada itu, sokongan keluarga adalah satu proses yang


bertujuan untuk membantu pesakit dalam memahami dirinya sendiri,
persekitaran dan sekaligus memberi pendedahan kepada keluarga tentang
rawatan yang diterima oleh pesakit. Ini bermakna tanggungjawab dalam
memberi sokongan adalah tugas ahli keluarga bagi proses pencegahan,
rawatan dan pemulihan tersebut yang juga dikenali sebagai konsep de-
institulisasi, (Portal MyHEALTH, 2017).Selain itu, ia dapat memupuk
hubungan yang baik dan harmoni di kalangan ahli keluarga dalam
menghasilkan situasi yang ceria dan bahagia. Ini sekaligus dapat

14
mengukuhkan sistem sokongan kepada setiap ahli keluarga dengan pesakit
mental. (Rose, 2017).

 Promosi kesihtan mental atau Kempen “Minda Sihat”.

Dalam kehidupan ini kita tidak lari darpida pelbagai masalah, dari sekecil
masalah sehingga sebesar masalah. Tapi bagaimanakah kita berfikir untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Ia menjadi satu punca stress sehingga
menyebabkan seseorang itu boleh menghadapi penyakit depressi dan
kemurungan kerana tidak tahu untuk meluahkan pada orang lain. Justeru itu,
pihak kerajaan mahupon sektor swasta seperti bukan badan berkanun
(NGO) disarankan mengadakan satu promosi atau kempen ‘Minda Sihat’
bagi setiap lapisan masyarakat, tidak kira umur muda sehingga dewasa.
Kerana ia dapat menyedarkan masyarakat tentang penyakit depressi ini
boleh di kawal atau dibantu bagi memastikan kesejahteraan kesihatan
mental individu terjamin dan sihat seperti sedia kala. Ia juga dapat membantu
pesakit untuk menjalankan terapi minda seperti berkongsi masalah dan
meluahkan masalah yang terpendam bagi mengelakkan ia berulang
kembali.Perkongsian bukan bertujuan mendedahkan kelemahan tetapi
tindakan itu sebagai sebahagian terapi untuk mengurangkan tekanan yang
boleh menjejaskan kesihatan emosi. (Yaacob, 2016).
Melalui promosi dan kempen ini, orang ramai juga digalakkan untuk
berkongsi segala masalah yang dihadapi kepada ibubapa, adik beradik dan
ahli keluarga yang lain. Menurut Samsury R, (2017), keluarga memainkan
peranan yang penting dalam proses pencegahan dan pemulihan pesakit
dengan memberi sokongan dari semua aspek sosial dan emosi. Selain dari
keluarga, orang yang kita percayai seperti kawan-kawan rapat, guru-guru di
sekolah, rakan ditempat kerja juga boleh dijadikan tempat untuk kita
berkongsi dan meluahkan masalah. Walaupun dengan cara ini tidak dapat
menyelesaikan masalah secara keselurahan atau sepenuhnya, ia dapat
melegakan seseorang apabila sesuatu masalah itu dapat diluahkan dan
dilepaskan. Dalam pada itu ia juga dapat membantu seseorang itu

15
menyelesaikan masalah dengan memberi idea atau nasihat berkaitan
dengan luahan perasaan atau masalah di hadapi. Hubungan yang erat
antara ahli keluarga dan masyarakat sekeliling berupaya merangsang
pemikiran, emosi dan perasaan yang lebih seimbang, bersemangat serta
bermotivasi tinggi dalam meneruskan kelangsungan hidup.

 Media massa dan Teknologi.

Dalam era teknologi masa kini, boleh dikatakan setiap lapisan


masyarakat menggunakan internet dalam kehidupan seharian. Laman sosial
pula dijadikan salah satu medium utama untuk individu berkongsi masalah
kehidupan mereka tidak kira perasaan suka ataupun duka. Forum-forum
dalam talian juga banyak ditubuhkan bagi membincangkan mengenai
pelbagai perkara. Di sini saya mencadangkan satu forum khas dalam talian
yang khusus bagi penghidap masalah kemurungan. Di samping medium ini
boleh dijadikan sesuatu perkara yang sesuai untuk mereka mencari kawan
dan berkongsi masalah seterusnya mendapatkan sokongan dari masyarakat
walaupun kesannya tidaklah seperti dalam kehidupan hidup yang sebenar.
Menurut Norliah, (2017), mencari kawan juga adalah satu langkah untuk
mencapai kesihatan mental yang baik. Dalam dunia ini, kita memerlukan
seseorang untuk mendengar luahan diri kita. Hal ini untuk meringankan
beban yang mungkin terpendam. Forum ini juga akan dikelolakan dan
dipantau oleh barisan doktor-doktor psikiatri dari seluruh negara yang
berpengalaman berhadapan dengan masalah seperti ini.

Kebanyakan punca dan masalah yang dihadapi oleh pesakit depresi


adalah sama. Jadi apabila forum ini ditubuhkan, masyarakat yang
menghadapi situasi yang sama atau hampir sama dapat meluahkannya
sekaligus berkongsi cara penyelesaian yang terbaik mengikut pengalaman
masing-masing. Walaupun kemungkinan masalah itu tidak dapat diatasi
sepenuhnya, sekurang-kurangnya ia dapat melegakan dan mengurangkan
tekanan yang dihadapi. Menurut Mohd Zaidi et al., (2017), tekanan boleh

16
menjejaskan produktiviti serta kualiti seseorang individu jika tidak ditangani
dengan baik dan berkesan.
Dalam pada itu juga, pihak media massa juga memainkan peranan dalam
menyampaikan maklumat kepada masyaraka seperti Kempen ‘Minda Sihat’
boleh dijalankan atau disebarkan melalui pelbagai medium termasuklah
media massa, iklan-iklan di televisyen, majalah, surat khabar dan semestinya
dalam talian atau internet. Melalui medium ini individu yang selama ini hanya
memendam sendiri masalah akan mengubah pendirian mereka itu dan
terbuka hati untuk berkongsi atau meluahkan segala masalah yang dihadapi
kepada orang lain.

17
RUJUKAN

Yaacob, N. (2016). Berkongsi Masalah. Petaling Jaya: Pustaka Tintamas.

Mohd Zaidi, N., & Abdol Raop, N. (2017). Faktor Yang Mempengaruhi
Tekanan Kerja Dalam Kalangan Anggota Polis: Satu Kajian Di Kem
Batalion 9 Pga Kuala Terengganu. Jurnal Sains Sosial Malaysia,
2,103-116.

Mohamad, M., Subhi, N., Ibrahim, F., & Alvi, K. (2015). Pengalaman keluarga
menjaga pesakit mental: Satu kajian perbandingan komuniti
bandar dan luar bandar di Perak dan Kedah. Malaysian Journal of
Society And Space, 11(9), 23 - 31.

Samsury, R. (2017). Faktor Penolakan Keluarga Terhadap Penjagaan


Pesakit Psikiatri- Portal MyHEALTH. (2019). Retrieved from
http://www.myhealth.gov.my

Rose, A. (2017). B-Side - 10 Langkah ke arah kesihatan mental yang positif.


Retrieved from http://www.bside.my/post/10-langkah-ke-arah-
mental-positif

Portal MyHEALTH. (2017). Penjagaan Pesakit Mental. Retrieved from


http://www.myhealth.gov.my/penjagaan-pesakit-mental/

Norliah binti Lasemang. (2017). Universiti Malaysia Sabah. Retrieved from


https://www.researchgate.net/publication/315456905_KESIHATAN_FI
ZIKAL_DAN_MENTAL
Portal WHO (2021) Depression. Retrieved from
https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/depression

18

You might also like