You are on page 1of 2

Penjagaan cast POP.

Selepas selesai pemasangan cast POP,pendidikan kesihatan perlu diberikan


kepada pesakit. Pendidikan kesihatan ini adalah bertujuan untuk memberi
pengetahuan kepada pesakit mengenai cara-cara penjagaan cast tersebut. Antaranya
ialah :

1. Jangan basahkan POP atau elakkan ia dari terkena air.

: Jika cast POP basah, cast itu akan menjadi lembik atau rosak. Ini
menyebabkan imobilisasi tiada dan berkemungkinan mendatangkan
komplikasi deformity or displace of the bone.

2. Jangan potong POP atau membukanya sendiri sebelum tarikh pembukaan


POP.

: Takut akan mencederakan kulit.

3. Jangan meminda atau mengetuk POP.

: Cara itu boleh menyebabkan alignment pada bahagian anggota yang terlibat
lari daripada kedudukan yang asal.

4. Elakkan daripada memasukkan bendasing ke dalam POP.

: bendasing akan menekan kulit dan menyebabkan berlakunya pressure sore.


Secara tidak langsung, kulit boleh terdedah kepada infeksi seperti kaki
bernanah, berbau busuk, kulit kelihatan hitam dan berkuping.

5. Jangan mengotorkan cast.Jika mengalami kegatalan sepanjang pemakaian


POP tersebut,elakkan daripada menarik kapas-kapas yang ada didalamnya.

: Cast POP itu boleh rosak dan ketebalannyer boleh berkurang menyebabkan
kedudukan tulang yang patah itu tidak dapat berada statik dalam kedudukan
yang betul.

: Kapas ataupun ortoban yang digunakan sebelum membalut menggunakan


POP itu berfungsi untuk menyerap peluh dan mengelakkan cast bergesal
dengan kulit. Pesakit akan diingatkan supaya tidak terlalu aktif dalam
kehidupan seharian supaya tidak mengalami perpeluhan yang banyak. Ini
kerana perpeluhan yang banyak itu boleh menyebabkan kawasan anggota
yang di pasang POP akan lembap dan kulit menjadi gatal. Ia juga boleh
menyebabkan berlakunya dermatitis.

6. Jangan bagi tekanan pada cast dalam tempoh masa 24 hingga 72 jam.

: Cast ini mengambil masa selama 24-72 jam untuk mengering iaitu dalam
masa 3 hari. Jika cast itu menerima tekanan atau bebanan yang berat dalam
tempoh masa tersebut, cast itu boleh pecah dan rosak.

7. Dilarang mengecat atau menconteng cast POP tersebut.

: Cast ini diperbuat daripada warna putih. Ia bertujuan untuk memudahkan


pemerhatian pada anggota badan yang terlibat jika berlaku sebarang masalah
seperti pendarahan atau luka pada tempat yang patah.

8. Segera berjumpa perawat jika berlaku sebarang komplikasi pada anggota yang
terlibat semasa memakai cast POP.

9. Tinggikan anggota yang berplaster dan letakkan diatas bahan lembut seperti
bantal semasa plaster mengering dan semasa pesakit sedang tidur atau
berehat.

: Bahagian yang terlibat perlu ditinggikan bagi mengelakkan berlakunya edema


dibahagian distal anggota tersebut. Edema berlaku disebabkan berlakunya
kegagalan back flow cecair dalam tubuh kerana tekanan diberikan untuk
mengunci joint di bahagian anggota yang terlibat.

10. Elakkan daripada menggunakan pengering rambut atau hair dryer.

: bagi mengelakkan berlakunya kesan kepanasan terus kepada kulit.

11. Gerakkan jari-jari kaki bagi mengelakkan berlakunya otot kaku.

You might also like