You are on page 1of 10

Pengenalan

Plaster of Paris (POP) adalah sejenis alat yang keras, kaku, dan tidak berubah yang diperbuat
daripada bahan bukan organik iaitu anhydrous calcium sulphate atau juga dipanggil gypsum. Ia
merupakan satu kaedah rawatan yang digunakan dalam bidang ortopedik untuk merawat kes-kes bukan
pembedahan yang melibatkan trauma muskuloskeletal, kecederaan sukan, dan masalah kongenital. Terdapat
dua jenis kas POP, iaitu jenis composed of plaster dan jenis fiberglass. Plaster of Paris telah
diperkenalkan pada tahun 1851 oleh Antonius Mathysen iaitu seorang pakar bedah tentera. Sejak itu, kas
plaster of paris mulai digunakan secara meluas dalam bidang perubatan sehingga kini.
POP adalah suatu alat yang digunakan serta dikaskan untuk mengekalkan dan mengehadkan
pergerakan anggota yang mengalami kepatahan atau kecederaan. Dia diperbuat daripada lapisan plaster yang
akan menjadi keras apabila ianya ditambah dengan air. Bahan sintetik ini diperbuat daripada gabungan fabrik
dengan sensitiviti tinggi thermoplastik resin. Bahan ini sangat kuat serta ringan dan tahan walaupun ianya
basah. Ia perlu dikeringkan untuk mengelakkan komplikasi terutamanya anggota kulit yang berplaster.
POP boleh digunakan secara meluas untuk merawat kepatahan tulang sejak turun temurun. Ianya
digunakan dalam rawatan pemulihan deformiti dan juga rawatan tisu lembut. Walaupun terdapat kaedah
rawatan melalui pembedahan namun peratusan pesakit yang memerlukan rawatan secara pemasangan kas
masih tinggi.
Pemasangan kas walaupun nampaknya mudah tetapi ia memerlukan latihan dan kemahiran kerana
sebarang kesilapan boleh membawa mudarat yang serius kepada pesakit. Jika berlaku kesilapan yang tidak
sepatutnya, ianya akan menjadi isu yang sensitif kepada masyarakat dan mencerminkan keupayaan dan
tanggungjawab terhadap penjagaan pesakit yang tidak berkualiti. Untuk mencapai pemasangan kas yang
sempurna, seseorang itu perlu menjalani latihan praktikal dan pendedahan dengan teknik yang betul dan
mengetahui bahan-bahan kas yang terkini.
Pemasangan kas merupakan tanggungjawab pegawai perubatan atau pakar-pakar orthopedik tetapi
kebanyakkan pemasangan dilakukan oleh pembantu perubatan.

Jenis-jenis kas
Berbagai-bagai jenis plaster kas yang boleh didapati di dalam rawatan orthopedik seperti ; Below Elbow Cast
Scaphoid Cast
Bennettes Cast
Colles Cast
Above Elbow Cast
Below Knee Cast
PTB Cast ( Patella Tendon Bearing )
Cylinder Cast
Above Knee Cast
Body Cast
Pencarian literature
Menurut Rosentral (1984 ) Kecederaan muskuloskeletal terjadi kepada lebih 85 peratus orang yang
mengalami kecederaan multiple trauma terutamanya kecederaan di tangan.
Seterusnya, Malcolm (1984) telah melakukan kajian bahawa pencegahan kecederaan ini boleh
menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kecacatan. Semua lapisan umur perlu diberikan pengetahuan
tentang pencegahan kecederaan. Tindakan kejururawatan yang cepat dan tepat adalah penting dalam
mencapai penyembuhan secara optimum tanpa berlakunya komplikasi dalam pengurusan kepatahan ini.
Plaster of Paris (POP) terdapat dua jenis iaitu composed of plaster dan fiberglass. POP dipasang
sama ada atas tujuan untuk menyokong sendi yang lemah, menahan kedudukan tulang, dan menggalakkan
penyembuhan tulang serta sebagai traksi alternatif (weight-bearing). Ia juga dapat mengelakkan daripada
berlaku keadaan yang lebih buruk seperti berlaku kecederaan lain seperti kecederaan vascular dan juga
kecederaan saraf.

Alat kelengkapan memasang plaster of paris

Bilik kondusif dan sesuai untuk pemasangan POP.


Basin/baldi
Plaster table/couch
Apron
Mackintosh
Disposible Gloves
Skrin
Stockinette
Padding Orthoban Wool aiz
Pembalut
Triangular bandage
Gunting plaster
Spreader
Electric plaster saw
Bahan kas ( POP/ Synthetic Fibre Glass )
Adjustable leg rest
Pisau plaster
Plaster shears
Plaster trolley
Trolley

Tatacara pemasangan plaster of paris (above elbow pop)


1. Terangkan prosedur kepada pesakit.
2. Dapatkan persetujuan pesakit.
3. Tanggalkan benda asing pada bahagian yang akan dipasang POP.
4. Selesakan pesakit. Kekalkan privasi pesakit. Skrin jika perlu.
5. Posisikan pergelangan tangan neutral, palmar flexion.
6. Sokongkan anggota tangan pesakit yang terlibat untuk mengurangkan kesakitan dan pergerakan di
tangan yang terlibat.
7. Pakai glove disposible.
8. Cuci bahagian yang akan di pasang POP.
9. Sarungkan stokinet/ orthoban pada bahagian tangan sehingga paras atas siku.

10. Pasangkan orthoban dari distal ke proksimal.


11. Buka bungkusan POP.
12. Rendamkan POP sehingga tiada buih.
13. Perahkan sedikit dengan cermat. Jangan perah terlalu kuat untuk mengelakkan POP cepat kering dan
sukar untuk dibentuk.
14. Hamparkan pada bahagian yang dilapiskan dengan orthoban dari proksimal ke distal dengan cermat.
15. Jangan tarik POP semasa pemasangan dilakukan untuk mengelakkan POP yang dipasang menjadi
ketat apabila kering.
16. Jangan pasang POP melebihi orthoban wool .
17. Tinggalkan sekurang-kurangnya daripada hujung orthoban wool.
18. Acu dengan cepat dan kemaskan POP dengan cepat mengikut contour anggota.
19. Teruskan golongan POP sehingga kas terbentuk.
20. Lipat ke atas tepi orthoban wool yang ditingalkan sebelum golongan terakhir POP dilakukan.
21. Teruskan mengacu dan melicinkan kas POP sehingga siap.
22. Buat pemerhatian kepada pesakit untuk kesan segera kas POP.

Perbincangan/hujah
Indikasi pemasangan pop
Tujuan pemasangan
Untuk memelihara dan menahan kedudukan tulang.
Membolehkan pemberian tekanan yang seragam terhadap tisu lembut.
Membolehkan aktiviti weight-bearing dengan lebih awal.
Membetulkan kecacatan kronik.
Menyokong dan menstabilkan sendi lemah.
Pemerhatian yang dilakukan setelah Plaster Of Paris di pasang.
Permukaan hujung POP adakah tajam atau menekan bahagian kulit. Sekiranya YA, POP
haruslah dibuka dan dipasang semula dengan berhati-hati.
Pemeriksaan sirkulasi Pain , Pallor, Paraeshtesia, Paralysis, Pulselessness.

Masalah yang boleh berlaku terhadap pesakit yang menggunakan kas (komplikasi)
1. Masalah neurologi
Tanda dan simptom :-

o Kesakitan
o Bengkak
o Perubahan warna-pucat/kebiruan
o Kebas
o Nadi tidak dapat dikesan
o Paralysis
o Kesakitan semasa ekstensi
o Sejuk bahagian ekstrimiti
2. Nekrosis, kudis tekanan
Akibat tekanan kas terhadap struktur-struktur neurovaskular dan tulang.
Tanda dan simptom :i.

Mulanya terdapat kesakitan yang teruk pada tulang. Ini merupakan simptom amaran.
Kesakitan akan hilang apabila terbentuknya ULSER.

ii.

Berbau busuk dan terdapat cecair pada cast.

Penjagaan plaster of paris yang betul


Segera berjumpa dengan Pegawai Perubatan jika berlaku komplikasi Kas

Sindrom/Plaster retak atau

pecah.
Elak berdiri/mengenakan berat pada Kas dalam masa 48 jam.
Angkat dan letak anggota berplaster atas bahan yang lembut semasa plaster dalam proses mengering.
Tinggikan anggota yang berplaster bila duduk/baring.
Jangan gunakan hair dryer untuk mengeringkan plaster.
Pastikan plaster sentiasa kering. ( Jangan basahkan plaster kerana ia akan mengurangkan keberkesanan
POP )
Jangan kotorkan dan menulis plaster. Ia akan mengotorkan bahagian POP dan kemungkinan boleh
menyebabkan jangkitan.
Jangan memasukan sesuatu bahan di dalam plaster.
Lakukan latihan pergerakkan pada anggota yang tidak berplaster.
Pendidikan kesihatan

1. Plaster terasa ketat untuk beberapa ketika selepas dipasang. Keadaan ini biasanya akan hilang apabila
dibawa berbaring dan bahagian yang berplaster ditinggikan dengan menggunakan bantal serta
membiasakan menggerakkan semua bahagian sendi-sendi yang tidak ditutupi oleh plaster.
2. Angkat dan letak anggota berplaster atas bahan yang lembut semasa plaster dlm proses mengering.
3. Sekiranya pesakit mengalami tanda-tanda berikut, segeralah berjumpa dengan pegawai perubatan : Jika plaster pecah, longgar atau tidak selesa.
Jika terasa sakit.
Jika terdapat kelembapan.
Jika jari tangan menjadi kebas atau susah digerakkan.
Jika jari tangan menjadi bengkak, kebiruan (pucat).
4. Elakkan dari mengenakan berat untuk 24-36 jam selepas kas dipasang.
5. Jangan gunakan hair dryer untuk mengeringkan plaster.
6. Jangan memasukan sesuatu bahan di dalam plaster.
7. Bersihkan kas sekiranya kotor. Letakkan bedak pada bahagian yang kotor serta pastikan kas sentiasa
dalam keadaan kering.
Tempoh pembukaan POP.

Kas akan dibuka 4-6 minggu mengikut keputusan x-ray. Sekiranya kalus sudah terbentuk, kas
akan di buka dengan teknik yang betul.

Rumusan

Plaster of Paris (POP) terdapat dua jenis iaitu composed of plaster dan fiberglass. POP dipasang
sama ada atas tujuan untuk menyokong sendi yang lemah, menahan kedudukan tulang, dan menggalakkan
penyembuhan tulang serta sebagai traksi alternatif (weight-bearing). Ia juga dapat mengelakkan daripada
berlaku keadaan yang lebih buruk seperti berlaku kecederaan lain seperti kecederaan vascular dan juga
kecederaan saraf.
POP mengambil masa sekurang-kurangnya 72 jam untuk kering sepenuhnya. Pesakit yang dipasang
dengan plaster kas haruslah diberikan pendidikan kesihatan mengenai penjagaan plaster tersebut agar
penyakit atau masalah yang dialami mereka boleh sembuh dengan baik dan cepat tanpa komplikasi yang
teruk.
Pesakit juga perlu didedahkan dengan risiko dan komplikasi yang boleh berlaku dengan pemasangan
POP supaya mereka dapat mengambil tindakan awal apabila mendapati tanda-tanda berlakunya komplikasi
tersebut. Pengetahuan serta maklumat mengenai kepatahan, pengurusan dan juga cara penjagaan POP
tersebut akan membantu pesakit dalam penjagaan plaster kas yang dipasang padanya itu.
Oleh yang demikian, melalui pengajian kes ini, saya dapat mempelajari dengan lebih dekat lagi
tentang Plaster Of Paris.

Lampiran
Plaster of paris

Orthoban wool

Colles cast

Above elbow cast

Bennette cast

Above knee cast

Senarai rujukan

1. Adams J C. & Hamblen D L (1994) Outline Of Orthopaedics, ELBS / Churchill Livingstone , Great
Britain.

2. Apleys A G & Solomon L (1995) System Of Orthopaedic And Fracture 7th Edition, ELBS /
Butterworth Heinemann , Great Britain.
3. Christine Gunn (1992) Bones and Joints, Churchill Livingstone, Edinburgh London.
4. Mc Rae R & Esser M (2002) Principal Fracture Treatment 4th Edition, Churchill Livingstone,
Edinburgh London.
5. R.K. Gupta (1990) Illustrated Orthopaedics, Aditya Medical Publishers, United Kingdom.
6. McMahon, M. (2014, March 06). WiseGeek. Retrieved from What is Plaster of Paris?:
http://www.wisegeek.org/what-is-plaster-of-paris.htm

You might also like