You are on page 1of 6

Soalan Bahagian 1 (a):

Mengikut Wikipedia, Bantu mula ialah rawatan atau bantuan awal yang
diberikan kepada mangsa atau atlet yang tercedera atau mengalami kemalangan di
tempat kejadian sebelum menerima rawatan selanjutnya.

Objektif bantu mula ialah sebagai ikhtiar untuk:

 Menstabilkan keadaan mangsa bagi mengurangkan kesakitan.


 Mengelakkan keadaan mangsa semakin serius atau bertambah teruk.
 Menyelamatkan/memelihara kehidupan.
 Membuat pesakit berasa selesa.
 Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital.

Matlamat bantu mula ialah untuk:

 Menyelamatkan nyawa
 Mengesan kecederaan
 Melakukan pemulihan

Mengikut Norazhan Che Lan (2020), Open University Malaysia (OUM),


HBHE2103, pertolongan awal atau pertolongan cemas adalah permulaan ataupun
rawatan pertama yang diberi kepada mangsa ataupun individu yang tercedera.
Pertolongan cemas merupakan satu cara ataupun rawatan awalan yang diberi kepada
mangsa sebagai salah satu usaha untuk mengelakkan kecederaan yang dialami
daripada menjadi serius , sementara menunggu bantuan tiba.

Antara contoh bantu mula ialah rawatan luka kecil, rawatan melecur dan
terbakar, rawatan terseliuh dan terkehel, rawatan kecederaan otot dan CPR. Terdapat
pelbagai jenis lagi contoh bantu mula untuk asfiksi, pendarahan, gigitan/sengatan ular,
kejang otot (cramp), terkehel dan kecederaan otot, sendi dan ligamen terseliuh.

Rawatan kecederaan otot biasanya berlaku semasa aktiviti sukan atau aktiviti
harian. Semua kecederaan yang berlaku semasa pertandingan atau latihan mesti
diuruskan dengan segera supaya kemampuan atlet untuk meneruskan latihan atau
beraksi sejurus mengalami kecederaan mesti dirujuk kepada pakar perubatan. Jenis-
jenis kecederaan selalunya berlaku di bahagian tisu lembut serta tulang dan bahagian
lain. Keadaan yang membawa kepada kecenderungan kecederaan ialah disebabkan
oleh keadaan otot, pakaian, alatan atau tempat dan faktor-faktor lain . Antara kaedah
mengurus dan menilai kecederaan sukan boleh dilaksanakan tanpa pakar perubatan
ialah TOTAPS, DRABC dan PRICER.

Bantu mula telah berkembang dari pelbagai aspek semenjak zaman dahulu ke
zaman sekarang. Komuniti sains akan menjalankan kajian untuk memperbaiki mutu
bantu mula di mana proses penambahbaikan berlaku 5 tahun sekali. Beberapa
cadangan akan diberikan oleh agensi seperti Pertubuhan Bulan Sabit Merah dan juga
Pertubuhan Jantung. Perubahan yang berlaku akan diketengahkan ke dalam latihan-
latihan bantu mula.

Cadangan-cadangan yang diberikan akan menjadikan prosedur bantu mula


lebih efektif, tetapi asas bantu mula untuk sesuatu kecemasan tidak akan berubah
secara drastik. Proses yang terbaru akan menjadikan teknik lebih tepat untuk
menyelamatkan lebih banyak pesakit daripada kecederaan atau penyakit.

Bantu mula sepatutnya dapat dilakukan oleh sesiapa sahaja dalam apa jua
situasi, dan tanggungjawab ahli pakar ialah untuk mengetengahkan prosedur yang
lebih tepat pada masa kini berdasarkan kata sepakat kominiti pakar. Mengetahui
langkah yang terbaru dalam masa yang kritikal dan kecemasan boleh membezakan
hidup atau mati seseorang pesakit.

Kemahiran dan prosedur bantu mula ini telah mula direkodkan sepanjang
sejarah terutamanya semasa peperangan di mana kebajikan semasa trauma dan kes-
kes kecemasan amat diperlukan dalam jumlah yang besar. Bantu mula dengan
menggunakan pembalut atau kain telah direkodkan semasa zaman era Greek iaitu
tahun 500 sebelum Masihi. Terdapat juga rekod menunjukkan ikatan atau cucian luka
semasa zaman tersebut.

Bantu mula juga dilakukan di dalam tentera Roman dengan sistem bantu mula
yang dosokong dengan pakar bedah, ambulans dan hospital. Zaman Roman juga telah
menggunakan khidmat pakar yang dikenali sebagai ‘capsarii’ yang bertanggungjawab
dalam bantu mula seperti pembalut dan merupakan zaman permulaan yang
menggunakan bantuan medik peperangan.

Peti kecemasan pada zaman sekarang sudah semestinya mengandungi kain


anduh yang berupa bentuk segitiga. . Kain ini sebenarnya bermula dengan bentuk
segiempat sama ataupun segiempat tepat. Terdapat juga bentuk-bentuk yang lain
bergantung kepada jenis kecederaan pada masa itu.

Pada tahun 1830 di Lausanne, Switzerland, pakar bedah Mathias Mayor telah
dikredit sebagai doktor pertama yang telah menggunakan kain sapu tangan dengan
konfigurasi yang berbeza untuk menampung seketika kecederaan yang biasa dialami.

Semasa tahun 1870, pakar bedah askar Prussian Friedrich von Esmarch telah
memperkenalkan bantu mula kepada tentera ‘erste hilfe’ yang bermaksud bantu mula.
Beliau yang merupakan seorang General Pakar Bedah serba tahu tentang kesukaran
untuk menstabilkan kecederaan yang dialami semasa berlaku peperangan. Latihan
telah diberikan kepada tentera di dalam peperangan Franco-Prussian untuk membantu
tentera yang telah tercedera dengan kemahiran pembalutan dan penganduh yang telah
dipelajari. Tentera telah diberi latihan dengan menggunakan ‘Esmarch bandage’ yang
telah direka oleh Friedrich sendiri. Pembalut Esmarch ini merupakan evolusi
daripada pembalut yang telah direka oleh Mayor bertahun dahulu. Pembalut Esmarch
ini telah digunakan sebagai peralatan asas untuk kegunaan tentera semasa peperangan
tersebut dengan bantuan gambar atau ilustrasi untuk membantu dalam cara
penggunaan pembalut tersebut. Ilustrasi ini telah dicetak pada pembalut itu sendiri
dan ianya adalah sangat realistik dari aspek menggambarkan kecederaan peperangan
pada masa itu.

Ilustrasi pada Pemabalut Esmarch ini masih digunakan beberapa tahun selepas
penemuannya. Pada awal abad ke-20, syarikat Johnson & Johnson, pembekal alatan
perubatan yang sedang berkembang pada masa itu, masih mencetak ilustrasi tersebut
pada kain pembalut dengan nama ‘Esmarch’ tertera pada balutannya.

Pada masa kini, penggunaan kain anduh ini telah tersebarluas dengan
penggunaanya dipelbagaikan mengikut kecederaan yang dialami. Menurut blogspot
Serembantimur, antara kegunaannya adalah untuk mengampu bahagian cedera,
menahan darah dan membalut bahagian cedera/patah. Terdapat 3 jenis kain anduh
iaitu anduh besar/lebar, anduh leher dan lengan serta anduh segi tiga. Jenis balutan
anduh adalah berdasarkan kepada kecederaan yang dialami.

Jenis Balutan Anduh


Pembalut Cincin

-Balutan ini digunakan apabila cedera terkena atau tertusuk objek tajam.

- Diperbuat daripada pembalut tirus.

- Digunakan untuk menutup luka.

Anduh Kecil / Anduh Pergelangan Tangan

- Meletakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan
letakkan

bucu atas kain anduh di atas tangan.

- Menyilangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.

- Membuat ikatan buku pada atas pergelangan tangan.

Anduh Besar / Anduh Lengan

-Bucu kain atas anduh diletakkan pada siku lengan yang cedera.

- Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.

- Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke
bahagian dalam supaya nampak lebih kemas.

Fungsi:

- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.

- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.

Anduh Pergelangan Tangan


-Meletakkan tapak kaki / tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian bucu
ditarik dan diletakkan bucu di atas kaki/tangan.

- Kedua-dua bucu hujung kain anduh disilang di atas dan bawah.

- Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.

- Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian
kaki yang mesti di balut.

Pada masa terkini, dengan perkembangan bantuan kecemasan, ia telah


mengubah peranan pemberi bantuan kecemasan. Masa telah menjadi lebih singkat
antara kecederaan dan juga rawatan perubatan daripada profesional. Menggunakan
kain anduh pada luka berdarah menjadi tidak penting seperti dahulu. Menggunakan
tekanan dengan tangan sehingga pengamal perubatan atau paramedik sampai sudah
mencukupi untuk jangkamasa singkat tersebut.

Cardio-Pulmonary Resuscitation atau lebih dikenali sebagai CPR merupakan


kaedah pertolongan cemas yang berfungsi untuk mengembalikan pengaliran darah
dan kadar oksigen yang mencukupi ke paru-paru, otak dan organ-organ penting yang
lain. Prosedur ini merangkumi tekanan dada dan bantuan pernafasan dari mulut ke
mulut dan ianya sangat penting kerana boleh menyelamatkan nyawa seseorang. Jika
setelah empat sampai enam minit otak tidak menerima aliran darah, maka sel otak
akan mulai mati. Kemudian setelah sepuluh minit akan terjadi kerosakan otak yang
boleh menyebabkan kematian. Melakukan CPR dengan kadar yang segera boleh
meningkatkan peluang mangsa untuk hidup sehingga dua ke tiga kali ganda lebih
tinggi. Prinsip pertolongan cemas ini adalah untuk menyelamatkan nyawa mangsa,
mengurangkan kesakitan mangsa, dan mengelakkan daripada keadaan bertambah
teruk.

CPR telah dikesan kewujudannya pada era tahun 1530-1800 an. Pada zaman
tersebut, kaedah The Bellows telah digunakan pada awalnya oleh doktor perubatan
Switzerland iaitu Paracelsus.

Sebahagian teknik CPR yang digunakan pada masa sekarang pula


dikembangkan oleh ahli bedah Scotland, William Tossach. Pada tahun 1732 di Alloa,
Scotland, beliau telah menggunakan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut untuk
menyelamatkan seorang pelombong arang batu. Beliau telah merekodkan situasi
tersebut 12 tahun kemudian.

Pada tahun 1740, ‘The Academie des Sciences’ dari Perancis telah
mengesyorkan penggunaan bantuan pernafasan mulut ke mulut untuk menyedarkan
mangsa lemas.

Semasa era 1800an, kaedah The Hall and Silvester telah menjadi kebiasaan
untuk memberi bantuan pernafasan sehingga ke era abad ke-20. Pakar Perubatan
Marshall Hall telah memperkenalkan teknik yang mudah iaitu dengan mengubah
posisi pesakit daripada bahagian muka ke bahagian tepi. Beliau juga telah memberi
tekanan pada bahagian toraks untuk menyedarkan pesakit.

You might also like