You are on page 1of 9

Case study ORTHOPEDIC

SEMESTER 3 TAHUN 1
2012
HOSPITAL TUANKU FAUZIAH

Nama : -

No. Matrik : -

No. IC :-

Case Study : FRACTURE OF FEMUR

Unit : Klinik Ortopedik Hospital

Tuanku Fauziah, Kangar.

Penyelia : -
PENGENALAN

Tulang femur merupakan sejenis tulang yang terletak pada bahagian


kiri dan kanan paha manusia. Tulang femur merupakan tulang yang
terpanjang dan terkuat dalam badan manusia dan merupakan salah satu
pembekal darah dalam badan manusia. Otot quadriceps merupakan otot yang
melindungi kedua-dua kiri dan kanan tulang femur. Terdapat bahagian yang
berbeza pada tulang femur antaranya ialah bahagian saf femur, kondilar,
leher, trokanter dan kepala femur (head of femur).

Kepatahan tulang femur sering kali berlaku kepada golongan tua pada
usia 60 tahun keatas atau golongan wanita disebabkan oleh kerapuhan tulang
akibat kombinasi proses penuaan dan osteoporosis pasca menopause. Selain
itu, kemalangan yang melibatkan daya yang sangat kuat seperti kemalangan
jalan raya atau terjatuh daripada tempat yang tinggi juga akan menyebabkan
kepatahan pada tulang femur. Pesakit yang mengalami masalah pada tulang
seperti osteoporosis dan jangkitan pada tulang juga boleh menyebabkan
pathologic femur fracture. Terdapat dua klasifikasi kepatahan iaitu kepatahan
terbuka dan tertutup. Manakala jenis kepatahan yang selalu terjadi pada
tulang femur ialah comminuted, spiral, oblique dan transverse.

Kepatahan tulang femur yang sering terjadi pada bahagian proksimal


femur ialah di bahagian leher dan trokanter femur. Seterusnya kepatahan
yang kerap berlaku di bahagian saf femur pula ialah di bahagian tengah
tulang femur dan suprakondilar femur. Kepatahan tulang saf femur
kebiasaannya akan menyebabkan risiko pendarahan yang sangat teruk dan
pesakit akan mengalami renjatan hipovolumik.
PENYATAAN MASALAH

Seorang lelaki yang berumur 21 tahun telah datang ke Unit Ortopedik Klinik

Pakar Hospital Sultanah Bahiyah setelah dirujuk dari Jabatan Kecemasan Hospital

Sultanah Bahiyah. Pesakit terbabit telah memberitahu bahawa pesakit terlibat dalam

kemalangan. Pesakit mengadu sakit di bahagian peha kaki kanan dan susah untuk

menggerakkan kaki kanannya. Bahagian peha kaki kanan terbabit mengalami bengkak

dan kemerahan serta panas di bahagian terlibat.

Semasa di Jabatan Kecemasan, antara tindakan awal yang dilakukan oleh

penolong pegawai perubatan yang bertugas adalah dengan mengaplikasikan full

length back slab pada bahagian peha. Tujuan full length baxk slab adalah untuk

imobilisasikan kaki kanan pesakit dan mengelakkan sebarang kecerderaan tambahan.

Selepas mendapat rawatan, pesakit kemudian di hantar ke unit radiologi untuk

melakukan x-ray. Hasil keputusan x-ray mendapati pesakit mengalami kepatahan

femur.

PENCARIAN LITERATUR
Kajian analisis statistik dari segi pemberian rawatan kepatahan
menunjukkan keputusan yang memuaskan dimana dalam 83% pesakit yang
mengalami kepatahan nondisplaced dirawat tanpa melakukan pembedahan.
Manakala 64% daripada pesakit yang mengalami kepatahan displaced yang
dirawat dengan pembedahan atau tanpa pembedahan turut mempunyai hasil
yang memuaskan. (FrankChen, 2010)

Sylvia Anderson Price (1999), mendefinisikan kepatahan adalah


terputusnya kesinambungan pada tulang yang biasanya disebabkan oleh
trauma. Kepatahan jenis tertutup berlaku pada bahagian dalam badan dan
tidak melibatkan banyak kecederaan pada salur darah. Manakala kepatahan
jenis terbuka menyebabkan kecederaan salur darah yang boleh
menyebabkan kehilangan banyak darah dan berisiko mendapat jangkitan.

Menurut Douglas F Aukerman (2008), tulang paha mengandungi


banyak salur darah dan kepatahan boleh menyebabkan kehilangan darah
yang ketara di paha. Hal ini menyebabkan 40% dari kes kepatahan
memerlukan transfusi darah kerana kecederaan itu boleh mengakibatkan
kehilangan darah sehingga 3 unit darah.

Whittle AP (2007), pembedahan untuk membaiki tulang adalah


dinamakan open reduction internal fixation (ORIF). Dalam pembedahan ini,
pakar bedah akan menggunakan alat-alat logam khas untuk membantu
menyokong tulang sementara tulang tersebut sembuh dengan memasukkan
rod atau paku besar ke dalam pusat tulang. Selain itu, plat diletakkan ke
tulang dengan dipasang skru beserta bingkai berada diluar kaki. Peranti ini
dipanggil fiksator dalaman (internal fixation)
PERBINCANGAN DAN HUJAH
Tulang femur merupakan salah satu tulang panjang yang dilindungi
oleh otot paha dan tulang yang sangat kukuh dan kuat. Walaubagaimanapun,
terdapat faktor penggalak yang boleh menyebabkan peningkatan terhadap
risiko kepatahan tulang femur antaranya ialah faktor usia yang semakin
meningkat. Selain itu, penyakit-penyakit lain seperti kanser pada tulang yang
menyebabkan anatomi tulang berubah. Kekurangan kandungan kalsium dan
fosforus dalam tulang boleh mengundang penyakit osteoporosis yang menjadi
penggalak kepada kepatahan tulang femur akibat daripada kerapuhan pada
tulang.

Seterusnya, kekurangan penyerapan vitamin D boleh


menyebabkan osteomalasia yang sering terjadi kepada kanak-kanak dengan
dekalsifikasi progresif pada tisu bertulang yang menyebabkan tulang menjadi
lembut. Selain itu, kepatahan tulang femur juga sering terjadi kepada
pengamal sukan extreme di mana sukan yang menggunakan daya yang kuat
dan risiko untuk mendapat kepatahan tulang femur sangat tinggi.

Sekiranya seseorang individu mengalami kepatahan pada tulang


femur, terdapat tanda-tanda yang boleh dilihat pada pesakit. Pesakit
mengalami kehilangan fungsi pada bahagian yang mengalami kepatahan
dimana pesakit tidak dapat menggerakkan kaki. Selain itu, keadaan bengkak
pada kaki yang tercedera serta kesakitan akibat berlakunya spasm pada kaki
tersebut merupakan tanda lain kepatahan. Pesakit juga menunjukkan
keadaan ecchymosis iaitu hematoma yang berlaku akibat daripada
pengumpulan darah dan cecair pada kawasan yang tercedera. Deformity turut
berlaku di mana kaki yang tercedera lebih pendek berbanding kaki yang tidak
tercedera.

Kepatahan tulang femur perlu dirawat dengan segera kerana


pesakit akan mengalami komplikasi lain sekiranya ia lewat dirawat
terutamanya kepatahan terbuka yang menyebabkan pendarahan yang teruk
seterusnya kehilangan banyak darah boleh menyebabkan renjatan
hipovolemik dan boleh menyebabkan kematian. Hal ini disebabkan kerana
tulang femur membekalkan banyak sel darah merah dan pendarahan yang
berlaku menyebabkan kehilangan isipadu darah yang teruk.

Oleh yang demikian, rawatan awal kepatahan diberikan bagi


mengelakkan berlaku komplikasi. Antara pengendalian awal kes ialah dengan
immobilized kaki yang tercedera dengan splint. Sekiranya telah
didiagnosiskan pesakit mengalami kepatahan tulang femur, close
manipulative reduction (CMR) perlu dilakukan sekiranya kepatahan yang
dialami merupakan kepatahan displaced. Setelah kedudukan tulang telah
dibetulkan, aplikasi plaster of paris (POP) perlu dilakukan bagi memastikan
tulang tidak dapat digerakkan sepanjang tempoh penyembuhan.

Sekiranya pesakit mengalami kepatahan tertutup, aplikasi traksi


perlu dilakukan sama ada traksi kulit atau traksi skeletal bergantung kepada
jenis kepatahan yang dialami. Tujuan traksi dilakukan adalah bagi
membetulkan alignment tulang selain dari mengurangkan pergerakan bagi
mempercepatkan proses penyembuhan.

Selain itu, pesakit perlu mendapatkan rawatan pembedahan


iaitu open reduction internal fixation (ORIF) bagi membetulkan kedudukan
tulang. Pembedahan dilakukan bagi memasang besi seperti plat atau skru ke
dalam tulang. Antara jenis pembedahan yang dilakukan ialah seperti
memasukkan Moore pin, Femoral Head Prosthesis, Smith Peterson Nail,
Dynamic Hip Screw dan sebagainya mengikut jenis dan kawasan yang
mengalami kepatahan.

KESIMPULAN
Kepatahan femur mendatangkan pelbagai komplikasi kepada pesakit
sekiranya tidak dirawat seperti deformity pada tulang. Selain itu, komplikasi
yang mungkin terjadi selepas rawatan dilakukan ialah seperti mal union, non
union atau pesakit kemungkinan boleh mengalami infeksi pada tulang selepas
pembedahan dilakukan akibat daripada peralatan yang tidak steril digunakan
semasa pembedahan. Hal ini perlu di titik beratkan oleh pengamal perubatan
demi kebaikan kepada pesakit.

Antara langkah yang perlu di titik berat oleh pengamal perubatan


ialah dengan pemberian pendidikan kesihatan yang berkesan kepada pesakit
selain daripada penggunaan alatan steril semasa pembedahan dijalankan.
Pesakit juga perlu peka terhadap diri sendiri dengan mengikut nasihat yang
diberikan oleh pegawai perubatan.

Selain itu, pesakit bertanggungjawab dalam menjaga


pemakanan bagi mengelakkan kejadian mal union atau non union.
Pemakanan yang perlu diambil ialah diet yang tinggi dengan kandungan
kalsium dan fosforus bagi mempercepatkan penyembuhan tulang dan
pembentukan semula tulang. Di samping itu, pesakit haruslah kerap
melakukan senaman selepas pesakit sembuh bagi mengelakkan dari berlaku
pengecutan otot yang boleh menyebabkan hilang keupayaan pesakit
menggerakkan kaki yang tercedera.

Oleh itu, penyembuhan tulang daripada kepatahan bergantung


kepada rawatan yang diberikan serta penjagaan kepatahan yang baik oleh
individu yang mengalami kepatahan tersebut.

RUJUKAN
AP, W. (2007). Medlineplus . Retrieved March 20, 2012, from Fractures of
the lower extrimity:
http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/patientinstructions/000166.ht

Aukerman, D. F. (2008). Medscape. Retrieved March 22, 2012, from


emedicine: http://emedicine.medscape.com/article/90779-overview

Chen, F. (2010). Arthroplasty journal. Retrieved March 20, 2012, from


article: http://www.arthroplastyjournal.org/article/0883-5403(94)90099-

Price, S. A. (1999). Patofisiologi Konsep Klinik Proses Penyakit. Elsevier


Health Sciences.
KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

FORMAT PEMARKAHAN CASE STUDY

Nama pelatih: - No. Matrik: -

Tahun: 3 Semester: 1 Kawasan Penempatan: KLINIK ORTOPEDIK HOSPITAL TUANKU

FAUZIAH

Bil. Perkara Wajaran Skor Catatan


1 Pengenalan dan penyataan yang jelas 10

2 Pencarian literatur yang lengkap dan relevan 20

3 Perbincangan &hujah yang jelas, kukuh serta 40


menunjukkan keaslian

4 Rumusan yang padat dan konklusif 10

5 Sumber rujukan yang sesuai dan mencukupi 10

6 Format:
-Kulit pakej yang jelas 2
-Bilangan perkataan seperti ditetapkan 2
-Cetakan yang jelas dan bersih 2
-Penjilidan yang kemas 2
-Format mengikut yang ditetapkan 2
Demerit:
-Kesilapan ejaan >20 perkataan -5
JUMLAH

Tandatangan pemeriksa :................................................................

Nama :.................................................................

Tarikh :.................................................................

You might also like