You are on page 1of 4

Lampiran A

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN


MALAYSIA,
KOTA KINABALU SABAH
PROGRAM DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

BORANG CADANGAN HEALTH SYSTEM RESEARCH

Nama :Aaron Rubin No. MyKad : 980724-12-5551

Kursus : Diploma Pembantu Perubatan No. Matrik : BPP2017-1267


Tajuk Penyelidikan : Mengkaji tahap pengetahuan mengenai komplikasi Hipertensi dalam
kalangan orang yang berisiko

Huraikan dengan ringkas kenyataan masalah dan rasional kajian :

Pada era globalisasi ini, kes hipertensi sering menjadi punca kematian di kalangan masyarakat dan
ia semakin meningkat dari semasa ke semasa.Kes kematian yang disebabkan oleh komplikasi hipertensi
ini sering terpapar di kaca televisyen,di dada akhbar dan telah menjadi buah mulut orang.Hal ini berlaku
kerana kurangnya pengetahuan mengenai komplikasi hipertensi di kalangan masyarakat terutamanya
orang-orang yang berisiko. Menurut data yang diperolehi dari WHO pada tahun 2017,kadar kematian
akibat stroke di Malaysia telah mencapai 15642 orang atau 11.31% daripada kadar kematian.
Tambahan pula, punca utama yang menyebabkan peningkatan hipertensi di kalangan rakyat
Malaysia ialah pengambilan garam secara berlebihan iaitu purata seorang dewasa mengambil sebanyak 8.7
gram sehari bersamaan dengan 7.1 kali ganda lebih tinggi berbanding saranan WHO iaitu 5 gram sehari
atau sesudu teh sehari.(Menteri Kesihatan S Subramaniam 2015). .
Selain itu,Hipertensi berpotensi untuk menyebabkan morbiliti pada seseorang individu itu kerana
berlakunya kerosakkan organ seperti kegagalan ginjal,otak dan hepar.Menurut Sheldon G.Sheps, M.D
Hipertensi adalah peningkatan tekanan darah yang teruk boleh mengakitbatkan strok.Tekanan darah tinggi
(sistolik) 180 mmHG dan 120 mmHG boleh merosakkan salur darah.Pembuluh darah menjadi radang dan
pecah.Ini akan mengakibatkan jantung mungkin tidak dapat mengepam darah dengan berkesan.
Satu statistik telah dikeluarkan oleh American Heart Association pada 2013 menunjukkan
hipertensi merupakan punca kematian yang utama di america pada 2009 sehingga mencecah 61762
kematian,Manakala di U.S menunjukkan kadar kematian sehingga 348102 orang pada 2009.Dari 1999
sehingga 2009 kadar kematian disebabkan hipertensi meningkat sehingga 18.1% dan bilangan sebenar
kematian meningkat pada 43.6%.
Tuntasnya,kajian ini haruslah dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar
mereka sedar akan bahayanya penyakit hipertensi ini.Tahap pengetahuan yang tinggi mengenai komplikasi
hipertensi ini akan membantu mengurangkan bilangan orang yang berisiko untuk mendapat komplikasi
hipertensi secara tidak langsung,ia akan dapat mengurangkan kadar kematian akibat hipertensi ini.

2. Objektif Kajian

2.1 Objektif Umum


Kajian ini dijalankan bagi mengetahui tahap pengetahuan masyarakat mengenai komplikasi
hipertensi bagi mengurangkan kadar kematian di kalangan orang yang berisiko.

2.2 Objektif Spesifik

2.2.1 Mengenalpasti ciri-ciri demografi responden


2.2.2 Mengenalpasti tahap pengetahuan responden mengenai komplikasi hipertensi
2.2.3 Mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan bagi mengurangkan berlakunya komplikasi
hipertensi

3. Huraikan dengan ringkas mengenai ‘ research design and methodology’ yang digunakan :

3.1 Reka bentuk

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan kuantitatif yang akan dijalankan melalui kaedah soal
selidik

3.2 Lokasi kajian

Kajian ini dijalankan di Kampung kebunau,Kuala penyu sabah

3.3 Populasi kajian

Populasi kajian ini adalah kepada penduduk Kampung Kebunau yang berumur 30 tahun ke atas.

3.4 Tempoh masa kajian dijalankan

Kajian ini dijalankan selama 8 bulan iaitu bermula dari bulan Januari hingga september
2019.Tempoh kutipan data adalah pada bulan Februari hingga julai 2019.

3.5 Persampelan

Seramai 30 Lelaki dan perempuan yang berumur 30 tahun ke atas akan dipilih.
3.6 Reka bentuk Instrument

Reka bentuk instrument yang digunakan adalah menggunakan borang soal selidik yang telah
diedarkan untuk dijawab oleh sample yang dipilih.Soalan-soalan di dalam borang soal selidik
tersebut akan dibina dan digubal sendiri oleh pengkaji berdasarkan kepada komplikasi penyakit
hipertensi dan langkah-langkah bagi mengurangkan berlakunya komplikasi hipertensi.Borang soal
selidik yang dibina mempunyai soalan berbentuk ‘single choice item’ dan berbentuk cadangan yang
terdiri daripada 3 bahagian iaitu:

a) Bahagian A : Demografi
b) Bahagian B : Tahap pengetahuan mengenai komplikasi hipertensi
c) Bahagian C : Cadangan langkah-langkah penambahbaikan bagi mengurangkan komplikasi
hipertensi

3.7 Kajian rintis

Satu kajian rintis akan dijalankan pada bulan januari 2019 dengan menggunakan seramai 5 orang
sample yang dipilih terdiri daripada golongan yang berisiko.Ia dijalankan untuk mengetahui
kesesuaian soalan- soalan yang akan dilakukan soal selidik pada kajian sebenar.Soalan-soalan yang
sukar untuk difahami atau kurang jelas akan diubahsuai mengikut kesesuaian sebelum kajian
sebenar.

3.8 Analisis Kajian

Ke semua data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan Microsoft excel.Statistik dan
keputusan akan ditabulasikan dalam bentuk gambarajah atau pun carta pai atau carta palang untuk
memudahkan pembaca menilai dan mengetahui keputusan yang diperolehi

3.9 Etika kajian

Kebenaran bagi menjalankan kajian akan diperolehi daripada ketua program Diploma Pembantu
Perubatan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kota Kinabalu dan ketua kampung
kebunau.
Jadual Perlaksanaan :
Sila rujuk jadual perlaksaan terperinci di Lampiran Carta Gantt yang di sertakan bersama.

Disokong oleh Pengajar Yang Menyelia :


Tarikh Penerimaan :

________________________________
( EN BAIDI BIN BADDIRI )

Ulasan:Lulus / Tidak Lulus


Kelulusan Ketua Program :

_______________________________________
( )

_____________________________________
( AARON RUBIN )
Tandatangan Pelatih

You might also like