You are on page 1of 43

GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER

EDISI 2/2022

GARIS PANDUAN
SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI
KESIHATAN PRIMER EDISI 2/2022

DISEDIAKAN OLEH

UNIT KESIHATAN MENTAL


SEKTOR MeSVIPP
BAHAGIAN KAWALAN PENYAKIT
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

1. PENGENALAN ............................................................................................................... 2
1.1 STATISTIK ISU DAN MASALAH KESIHATAN MENTAL .............................................. 2
1.2 JUSTIFIKASI SARINGAN MINDA SIHAT MENGGUNAKAN WHOOLEY, GAD-2, PHQ-
9 DAN GAD-7 ..................................................................................................................... 3
2. OBJEKTIF .......................................................................................................................... 4
3. SARINGAN PENILAIAN DAN DIAGNOSIS ........................................................................ 4
3.1 SARINGAN WHOOLEY ................................................................................................ 4
3.2 SARINGAN GAD-2 ....................................................................................................... 5
3.3 SARINGAN PATIENT HEALTH QUESTIONNAIRE-9 (PHQ-9) ..................................... 5
3.4 SARINGAN GENERALISED ANXIETY DISORDER (GAD-7) ....................................... 6
4. PROSEDUR OPERASI PERKHIDMATAN SARINGAN MINDA SIHAT DI KESIHATAN
PRIMER ................................................................................................................................. 6
4.1 KRITERIA SASARAN SARINGAN ................................................................................ 6
4.2 JUMLAH SARINGAN .................................................................................................... 6
4.3 CARTA ALIR ................................................................................................................. 7
4.3.1 CARTA ALIR UMUM SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN
PRIMER .......................................................................................................................... 7
4.3.2 CARTA ALIR SARINGAN WHOOLEY .................................................................... 8
4.3.3 CARTA ALIR SARINGAN GAD-2 ........................................................................... 9
4.3.4 CARTA ALIR SARINGAN PHQ-9 ..........................................................................10
4.3.5 CARTA ALIR SARINGAN GAD-7 ..........................................................................11
4.4 PROSEDUR OPERASI PERKHIDMATAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI
KESIHATAN PRIMER ........................................................................................................12
4.5 RETEN.........................................................................................................................17
4.5.1 CARTA ALIR PROSEDUR DOKUMENTASI / RETEN PERKHIDMATAN
SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER ......................................17
4.5.2 PROSEDUR OPERASI PIAWAIAN UNTUK DOKUMENTASI /RETEN PROJEK
RINTIS PERKHIDMATAN SARINGAN MINDA SIHAT ...................................................18
5. BORANG SARINGAN .......................................................................................................21
6. LAMPIRAN RETEN ...........................................................................................................29
6.1 RETEN SARINGAN DAN INTERVENSI MINDA SIHAT(KLINIK KESIHATAN ) ..........30
6.2 RETEN SARINGAN DAN INTERVENSI MINDA SIHAT (DAERAH ) ...........................32
6.3 RETEN SARINGAN DAN INTERVENSI MINDA SIHAT ( NEGERI ) ............................34
6.4 RETEN SARINGAN DAN INTERVENSI MINDA SIHAT (IBU PEJABAT KKM ) ...........36
7.0 PENGHARGAAN.............................................................................................................38

1
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

1. PENGENALAN

1.1 STATISTIK ISU DAN MASALAH KESIHATAN MENTAL

Tren peningkatan penyakit mental di peringkat global mencetuskan kebimbangan serta


memerlukan perhatian yang serius. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan
bahawa kemurungan merupakan salah satu penyebab utama ketidakupayaan seseorang
individu itu. Secara global, statistik kemurungan dianggarkan sebanyak 4.4% daripada
populasi global manakala 3.6% dilaporkan mengalami anxiety atau kebimbangan.

Di Malaysia, laporan oleh Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun
2017 yang dijalankan dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun mendapati
bahawa setiap satu daripada lima remaja di Malaysia dilaporkan mengalami kemurungan
(18.3%) manakala dua dalam setiap lima orang remaja dilaporkan mengalami simptom
anxiety atau kebimbangan (39.7%). Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada
tahun 2019 juga turut mendapati bahawa prevalen kemurungan adalah 2.3% iaitu
dianggarkan hampir 500,000 individu berumur 16 tahun ke atas dilaporkan mengalami
kemurungan.

Mengambil kira beban penyakit mental yang memerlukan perhatian yang serius,
Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjalankan program pencegahan melalui
strategi intervensi saringan kesihatan mental di fasiliti kesihatan. Program saringan
kesihatan mental yang dijalankan di peringkat fasiliti kesihatan primer telah bermula
sebagai projek rintis seawal tahun 2007. Pelaksanaan program saringan ini telah
diperluaskan pada tahun 2011 ke semua klinik kesihatan seluruh negara di mana
sehingga kini sebanyak 1161 klinik kesihatan menjalankan perkhidmatan pengesanan
awal masalah kesihatan mental melalui program saringan minda sihat. Program saringan
ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor risiko masalah kesihatan mental dan
seterusnya pelaksanaan intervensi bagi masalah kesihatan mental yang dikenalpasti.

Sejak mula dilaksanakan, program saringan ini telah menyumbang kepada pengesanan
awal masalah kesihatan mental di peringkat fasiliti kesihatan primer. Bagi tujuan
penambahbaikan program saringan minda sihat ini, satu projek rintis telah dijalankan
pada Ogos sehingga Oktober tahun 2020. Projek rintis ini dijalankan hasil perbincangan
dan persetujuan Jawatankuasa Teknikal yang terdiri daripada Pakar Perubatan
Kesihatan Awam, Pakar Psikiatri, Pakar Perubatan Keluarga serta pegawai dan wakil
yang terlibat dalam pengurusan aktiviti saringan kesihatan mental di lapangan. Projek
rintis ini telah melibatkan lima buah negeri iaitu Perlis, Kelantan, Selangor, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

2
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

1.2 JUSTIFIKASI SARINGAN MINDA SIHAT MENGGUNAKAN


WHOOLEY, GAD-2, PHQ-9 DAN GAD-7

Pada peringkat awal pelaksanaan program saringan minda sihat, proses saringan adalah
menggunakan borang saringan Depression Anxiety and Stress Scale (DASS-21) yang
memfokuskan kepada simptom-simptom stres, keresahan dan kemurungan. Borang
saringan DASS-21 ini mempunyai 21 soalan yang digunakan untuk mengenalpasti tahap
simptom stress, anxiety atau kebimbangan dan kemurungan seseorang dalam 6 minggu
yang terdekat dan ianya bukan merupakan saringan diagnostik. Sepanjang tempoh
pelaksanaan program ini, beberapa isu telah dikenalpasti semasa menjalankan saringan
DASS-21 antaranya seperti berikut :

i. Mengandungi 21 soalan secara keseluruhan


ii. Tidak sesuai untuk saringan bagi golongan warga emas
iii. Memerlukan masa yang lebih lama untuk penerangan, proses saringan serta
analisis bagi mengira skor-skor simptom yang dialami.

Mengambil kira limitasi yang dinyatakan di atas, pemurnian garis panduan program
saringan minda sihat di peringkat fasiliti kesihatan primer diadakan bertujuan untuk
mengatasi isu yang dikenalpasti serta penambahbaikan program. Berdasarkan analisa
dari projek rintis yang dijalankan serta keputusan semasa mesyuarat bersama
Jawatankuasa Teknikal Pemurnian Garis Panduan Saringan Minda Sihat di Fasiliti
Kesihatan Primer yang terdiri daripada wakil dari Bahagian Pembangunan Kesihatan
Keluarga, Pakar Psiakitri, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pakar Perubatan Keluarga,
Pegawai Perubatan, Ketua Profesyen Pegawai Psikologi (Kaunselor),Pegawai
Pemulihan Perubatan Cara Kerja dan Ketua Profesion Pegawai Pemulihan Perubatan
Fisioterapi, program saringan minda sihat di fasiliti kesihatan primer adalah
menggunakan borang saringan Whooley dan GAD-2 bagi menggantikan saringan
menggunakan borang DASS-21.

Bagi penilaian tahap anxiety atau kebimbangan serta kemurungan pula, saringan lanjut
akan dijalankan dengan menggunakan borang GAD-7 dan PHQ-9. Keputusan ini dicapai
mengikut dapatan terkini kajian literature review di mana ianya didapati lebih spesifik
untuk pengesanan masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan kebimbangan
bagi saringan kesihatan mental yang dijalankan secara individu. Saringan Whooley dan
GAD-2 juga merupakan saringan yang lebih pendek dan lebih sesuai untuk digunakan
sebagai item untuk saringan di peringkat fasiliti kesihatan primer kerana tidak mengambil
masa yang lama berbanding dengan saringan menggunakan DASS-21 sebelum ini. Bagi
penilaian tahap anxiety atau kebimbangan serta kemurungan, saringan lanjut akan

3
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

dijalankan dengan menggunakan borang GAD-7 dan PHQ-9 dikekalkan seperti yang
dilaksanakan semasa projek rintis. Pelaksanaan garis panduan yang telah dimurnikan ini
akan diperluaskan ke seluruh fasiliti kesihatan primer di bawah Kementerian Kesihatan
yang menjalankan program saringan minda sihat.

2. OBJEKTIF

Umum:

Penambahbaikan program saringan kesihatan mental di peringkat fasiliti kesihatan


primer.

Khusus:

1) Menggantikan pengunaan saringan DASS-21 kepada Saringan Whooley dan


GAD-2, Patient Health Questionnaire (PHQ-9) dan GAD-7 bagi program saringan
kesihatan mental untuk klien berumur 13 tahun dan ke atas di peringkat klinik
kesihatan seluruh Malaysia.
2) Mengekalkan saringan DASS-21 bagi program saringan kesihatan mental yang
dijalankan di peringkat komuniti.

3. SARINGAN PENILAIAN DAN DIAGNOSIS

3.1 SARINGAN WHOOLEY

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada peringkat global, lebih 300 juta
orang dianggarkan mengalami kemurungan bersamaan dengan 4.4% penduduk dunia.
Saringan Whooley boleh digunakan untuk individu yang mungkin mengalami
kemurungan terutamanya pada mereka yang mengalami sejarah kemurungan atau
masalah kesihatan fizikal yang kronik yang menyebabkan gangguan dalam fungsi harian.
Saringan Whooley yang mengandungi dua soalan yang lebih ringkas telah diterjemahkan
dalam Bahasa Melayu digunakan untuk saringan kemurungan sepanjang tempoh satu
bulan yang lepas. Klien yang memberikan jawapan tidak kepada kedua-dua soalan
dikategorikan sebagai negatif atau tidak murung.

4
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

Penggunaan soalan Whooley dalam program saringan kesihatan mental di perkhidmatan


kesihatan primer menunjukkan sensitivity 96% hingga 99% dan specificity 70% hingga
78%. Saringan kemurungan dengan menggunakan soalan Whooley dalam penjagaan
primer juga boleh digunakan pada klien yang berisiko contohnya individu yang
mempunyai penyakit kronik. Individu yang berisiko (jawapan Ya bagi mana-mana soalan
Whooley) perlu menjawab saringan seterusnya menggunakan borang saringan PHQ-9.
Walaubagaimanapun, saringan menggunakan Whooley tidak boleh digunakan untuk
tujuan diagnosis atau mengukur tahap kemurungan seseorang individu yang disaring.

3.2 SARINGAN GAD-2

Soalan GAD-2 digunakan untuk saringan bagi masalah anxiety atau kebimbangan seperti
yang dilaporkan menerusi kajian oleh Kroenke et al. (2007). Soalan saringan GAD-2
adalah sama dengan dua soalan pertama GAD-7 yang telah diterjemahkan dalam versi
Bahasa Melayu. Kajian validasi saringan GAD-2 oleh Kroenke et al. (2007) melaporkan
sensitivity 86% dan specificity 83% dalam mengesan isu anxiety atau kebimbangan di
fasiliti kesihatan primer. Individu dengan skor 3 dikategori sebagai berisiko dan perlu
menjawab soalan saringan GAD-7 serta penilaian lanjut (Kroenke et al. 2007).

3.3 SARINGAN PATIENT HEALTH QUESTIONNAIRE-9 (PHQ-9)

PHQ-9 terdiri dari sembilan (9) soalan yang berpandukan kepada kriteria The Diagnostic
and Statistical Manual of Mental Disorders-IV (DSM-IV) bagi saringan masalah
kemurungan. Saringan menggunakan PHQ-9 adalah saringan yang lebih sesuai
digunakan pada peringkat kesihatan primer berdasarkan kepada item yang lebih ringkas
berbanding 21 item yang terkandung di dalam DASS-21. Saringan PHQ-9 juga boleh
digunakan untuk mengukur tahap kemurungan bagi pesakit yang berisiko tinggi (Nease
DEJ, Maloin JM, 2003).
Berdasarkan kajian sistematik oleh Sakakibara et al. 2011, PHQ-9 adalah satu-satunya
instrumen yang berpandukan kepada kriteria DSM-IV di mana diagnosis klinikal adalah
berdasarkan kepada pengalaman sepanjang tempoh dua minggu yang lalu. Borang
saringan PHQ-9 telah diterjemahkan dalam versi Bahasa Melayu dengan kajian validasi
oleh Sherina et al., 2012 melaporkan sensitivity 87% dan specificity 82% terhadap
penggunaan PHQ-9 dalam versi Bahasa Melayu.

5
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

3.4 SARINGAN GENERALISED ANXIETY DISORDER (GAD-7)

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa isu anxiety atau


kebimbangan dilaporkan hampir di seluruh negara. Masalah kesihatan mental anxiety
atau kebimbangan juga kerap dilaporkan dalam kalangan rakyat Malaysia dengan
prevalen semasa adalah 14.6%. Kebanyakan dapatan kajian melaporkan bahawa
masalah anxiety adalah lebih tinggi dalam kalangan wanita berbanding lelaki.
Saringan menggunakan GAD-7 adalah bertujuan bagi mengukur anxiety atau
kebimbangan umum. Kebimbangan umum yang diukur dengan GAD-7 adalah termasuk
gangguan panik, kebimbangan sosial, dan Post Traumatic Stress Disorder (PTSD). Tujuh
(7) soalan yang terkandung di dalam GAD-7 adalah merujuk kepada gejala yang dialami
dalam tempoh 2 minggu. Saringan GAD-7 boleh digunakan untuk pengesanan isu anxiety
atau kebimbangan seperti yang dilaporkan menerusi kajian oleh Spitzer et al. (2006).
Borang saringan GAD-7 telah diterjemahkan dalam versi Bahasa Melayu dengan kajian
validasi oleh Sherina et al., 2012 melaporkan sensitivity 76.3% dan specificity 94.4%
terhadap penggunaan GAD-7 dalam versi Bahasa Melayu.

4. PROSEDUR OPERASI PERKHIDMATAN SARINGAN MINDA SIHAT


DI KESIHATAN PRIMER

4.1 KRITERIA SASARAN SARINGAN

Semua klien berumur 13 tahun dan ke atas yang mendapatkan rawatan di fasiliti
kesihatan primer. Had umur minima yang ditetapkan adalah berpandukan kepada
keperluan pemahaman terhadap soalan saringan yang bersesuaian dengan peringkat
umur remaja dan ke atas.

4.2 JUMLAH SARINGAN

30 saringan bagi setiap Klinik Kesihatan setiap bulan (jumlah saringan adalah mengikut
sasaran yang ditetapkan dalam Pelan Tindakan Kesihatan Mental).

6
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

4.3 CARTA ALIR


4.3.1 CARTA ALIR UMUM SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI
KESIHATAN PRIMER

KLIEN

PENDAFTARAN
Pembantu Perawatan Kesihatan
U11/Pembantu Tadbir N17

SARINGAN MINDA SIHAT Penolong Pegawai Perubatan


(WHOOLEY & GAD-2)
U29, U32/ Jururawat Kesihatan
U29,U32/Jururawat Masyarakat
U19

Penolong Pegawai Perubatan


WHOOLEY: BERISIKO GAD-2: BERISIKO U29, U32/ Jururawat
Kesihatan U29,U32/
Jururawat Masyarakat U19
PHQ-9 GAD-7 Pegawai Perubatan /
Kaunselor /
Jurupulih Perubatan
Fisioterapi / Jurupulih
INTERVENSI Perubatan Cara Kerja / Pakar
Perubatan Keluarga /
Pakar Psikiatri

Penolong Pegawai Perubatan


LAPORAN/RETEN DOKUMENTASI U29, U32/Jururawat Kesihatan
U29,U32/Jururawat Masyarakat
U19

TAMAT

7
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

4.3.2 CARTA ALIR SARINGAN WHOOLEY


Pembantu Perawatan Kesihatan
PENDAFTARAN KLIEN U11/Pembantu Tadbir N17

Penolong Pegawai Perubatan


EDARAN BORANG U29, U32/Jururawat Kesihatan
SARINGAN WHOOLEY U29, U32/Jururawat
Masyarakat U19

TIDAK BERISIKO
BERISIKO (Jawapan ‘Ya’ mana-mana soalan)
KEPUTUSAN

PENDIDIKAN Penolong Pegawai LAKUKAN Penolong Pegawai


KESIHATAN DAN Perubatan SARINGAN Perubatan U29,
AMALKAN CARA U29,U32/Jururawat PHQ-9 U32/Jururawat
HIDUP SIHAT Kesihatan Kesihatan
U29,U32/Jururawat U29,U32/Jururawat
Masyarakat U19 Masyarakat U19

*Sekiranya klien mempunyai gejala/ simptom


kemurungan, klien perlu menjalani pemeriksaan lanjut
oleh Pegawai Perubatan walaupun saringan Whooley adalah tidak berisiko.

8
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

4.3.3 CARTA ALIR SARINGAN GAD-2

Pembantu Perawatan
PENDAFTARAN KLIEN Kesihatan U11/Pembantu
Tadbir N17

EDARAN BORANG Penolong Pegawai


SARINGAN GAD-2 Perubatan U29,
U32/Jururawat Kesihatan
U29, U32/Jururawat
Masyarakat U19

TIDAK
BERISIKO
BERISIKO
(Skor ≥3)
(Skor <3)
KEPUTUSAN

Penolong Pegawai LAKUKAN Penolong Pegawai


PENDIDIKAN Perubatan U29,
Perubatan U29, SARINGAN
KESIHATAN DAN U32/Jururawat
U32/Jururawat GAD-7
AMALKAN CARA Kesihatan U29,
HIDUP SIHAT Kesihatan
U29,U32/Jururawat U32/Jururawat
Masyarakat U19 Masyarakat U19

*Sekiranya klien mempunyai gejala/ simptom anxiety atau keresahan, klien perlu
menjalani pemeriksaan lanjut oleh Pegawai Perubatan walaupun saringan GAD-2 adalah
tidak berisiko.

9
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

4.3.4 CARTA ALIR SARINGAN PHQ-9

EDARAN BORANG SARINGAN Penolong Pegawai Perubatan


U29,U32/Jururawat Kesihatan
PHQ-9
U29,U32/Jururawat Masyarakat U19

KEPUTUSAN

Skor: ≥ 10 dan/atau
Skor : 0-4 Skor : 5-9 “Ya” soalan No. 9
Skor : ≥10
PENDIDIKAN RUJUK PEGAWAI RUJUK PEGAWAI
KESIHATAN DAN PERUBATAN UNTUK PERUBATAN UNTUK
AMALKAN CARA INTERVENSI/ PENILAIAN PENILAIAN LANJUT /
HIDUP SIHAT LANJUT INTERVENSI

RUJUKAN UNTUK
Penolong Pegawai INTERVENSI KEPADA
Perubatan U29, PENDIDIKAN RUJUKAN
JURUPULIH PERUBATAN KE PAKAR
U32/Jururawat KESIHATAN ATAU
Kesihatan CARA KERJA/JURUPULIH PERUBATAN
RUJUKAN KEPADA PERUBATAN FISIOTERAPI/
U29,U32/Jururawat KELUARGA
Masyarakat U19
JURUPULIH PEGAWAI PSIKOLOGI/
PERUBATAN KAUNSELOR
FISIOTERAPI / *Rujukan ke Jurupulih
JURUPULIH Perubatan Fisioterapi / DIAGNOSA TIDAK
PERUBATAN CARA Jurupulih Perubatan Cara Kerja DAPAT DISAHKAN DIAGNOSA
KERJA UNTUK hanya untuk skor <15
INTERVENSI DISAHKAN

TEMU JANJI 2 MINGGU UNTUK RUJUKAN KE


SARINGAN / PENILAIAN KES
PAKAR PSIKIATRI KES
SEMULA BUKAN
MENTAL
MENTAL

*Penilaian oleh Pegawai Perubatan berdasarkan kepada gejala/simptom klien DAFTAR KES BERI
untuk menentukan sama ada klien perlu rujukan terus ke Pakar Perubatan BARU & BERI TEMUJANJI
Keluarga atau rujukan ke Pegawai Psikologi/Kaunselor Jurupulih Perubatan TEMUJANJI 2-4 minggu
Fisioterapi / Jurupulih Perubatan Cara Kerja untuk intervensi 2-4 minggu

*Soalan No. 9 adalah saringan utama untuk risiko bunuh diri. Pesakit yang menjawab ‘Ya’ bagi
soalan No.9 ini perlu dirujuk terus ke Pegawai Perubatan/Pakar Perubatan Keluarga bagi menilai
risiko untuk bunuh diri
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

4.3.5 CARTA ALIR SARINGAN GAD-7

EDARAN BORANG SARINGAN Penolong Pegawai Perubatan U29,


U32/Jururawat Kesihatan
GAD-7 U29,U32/Jururawat Masyarakat U19

KEPUTUSAN

Skor : 0-4 Skor : 5-9


Skor : ≥ 10

PENDIDIKAN RUJUK PEGAWAI


KESIHATAN PERUBATAN UNTUK RUJUK PEGAWAI
INTERVENSI/ PERUBATAN UNTUK
DAN AMALKAN
PENILAIAN LANJUT /
CARA HIDUP PENILAIAN LANJUT
INTERVENSI
SIHAT

Penolong Pegawai RUJUKAN UNTUK


Perubatan PENDIDIKAN INTERVENSI KEPADA RUJUKAN
U29,U32/Jururawat KESIHATAN ATAU JURUPULIH PERUBATAN
Kesihatan
KE PAKAR
RUJUKAN CARA KERJA/JURUPULIH PERUBATAN
U29,U32/Jururawat
KEPADA PERUBATAN FISIOTERAPI/ KELUARGA
Masyarakat U19
PEGAWAI PSIKOLOGI/
JURUPULIH
KAUNSELOR
PERUBATAN *Rujukan ke Jurupulih
FISIOTERAPI / Perubatan Fisioterapi / DIAGNOSA TIDAK
JURUPULIH Jurupulih Perubatan Cara Kerja DAPAT DISAHKAN DIAGNOSA
PERUBATAN hanya untuk skor <15 DISAHKAN
CARA KERJA
UNTUK
INTERVENSI
TEMU JANJI 2 MINGGU UNTUK RUJUKAN KE
SARINGAN / PENILAIAN KES
PAKAR PSIKIATRI KES
SEMULA BUKAN
MENTAL
MENTAL

*Penilaian oleh Pegawai Perubatan berdasarkan kepada gejala/simptom klien DAFTAR KES BERI
untuk menentukan sama ada klien perlu rujukan terus ke Pakar Perubatan BARU & BERI TEMUJANJI
Keluarga atau rujukan ke Pegawai Psikologi/Kaunselor/ Jurupulih Perubatan TEMUJANJI 2-4 minggu
Fisioterapi / Jurupulih Perubatan Cara Kerja untuk intervensi 2-4 minggu
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

4.4 PROSEDUR OPERASI PERKHIDMATAN SARINGAN MINDA SIHAT


DI FASILITI KESIHATAN PRIMER

BIL PROSES PIAWAIAN SUMBER


KERJA
RUJUKAN PERALATAN ANGGOTA

1 Pendaftaran Daftarkan nama klien ke SOP Buku/reten Pembantu


(Rujuk dalam buku/reten pendaftaran Perkhidmatan Pendaftaran Tadbir N17
kriteria Minda Sihat (PMS 101/22) Saringan Komputer Pembantu
saringan) Minda Sihat Perawatan
Kriteria sasaran untuk di Klinik Kesihatan
saringan: Semua klien Kesihatan U11
berumur 13 tahun dan ke atas
yang mendapatkan rawatan di
fasiliti kesihatan primer.

2 Ujian i. Terangkan kepada klien Carta Alir Borang PPP U29,


saringan tentang tujuan ujian yang WHOOLEY Saringan U32/JK
WHOOLEY berkaitan. WHOOLEY U29,
ii. Edarkan borang untuk disi U32/JM U19
oleh klien.
iii. Hadkan tempoh masa 5 -
10 minit (mengikut
kesesuaian) untuk klien
melengkapkan ujian tersebut.
iv. Ambil borang yang lengkap
diisi.

Interpretasi Analisa keputusan ujian: Kalkulator PPP U29,


U32/JK
• Tidak berisiko – Beri Buku /Reten U29,
pendidikan kesihatan Pendaftaran U32/JM U19
dan amalkan cara
hidup sihat.

• Berisiko - bagi mana-


mana jawapan “Ya”-
Lakukan saringan
PHQ-9

12
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

BIL PROSES PIAWAIAN SUMBER


KERJA
RUJUKAN PERALATAN ANGGOTA

3 Ujian i. Terangkan kepada klien Carta alir Borang PPP U29,


saringan tentang tujuan ujian yang GAD-2 saringan U32/JK
GAD-2 berkaitan. GAD-2 U29,
ii. Edarkan borang untuk disi U32/JM U19
oleh klien.
iii. Hadkan tempoh masa 5 -
10 minit (mengikut
kesesuaian) untuk klien
melengkapkan ujian tersebut.
iv. Ambil borang yang lengkap
diisi.

Interpretasi Analisa keputusan ujian: Kalkulator PPP U29,


U32/JK
• Tidak berisiko (Skor Buku /Reten U29,
<3) – Beri pendidikan Pendaftaran U32/JM U19
kesihatan dan
amalkan cara hidup
sihat.

• Berisiko (Skor ≥3) -


Lakukan saringan
GAD-7

4 Ujian i. Terangkan kepada klien Borang


saringan tentang tujuan ujian yang saringan
PHQ-9 berkaitan. PHQ-9
ii. Edarkan borang untuk disi
oleh klien.
iii. Hadkan tempoh masa 5 -
10 minit (mengikut
kesesuaian) untuk klien
melengkapkan ujian tersebut.
iv. Ambil borang yang lengkap
diisi dan kira skor.
v. Maklumkan keputusan
kepada klien.

13
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

BIL PROSES PIAWAIAN SUMBER


KERJA
RUJUKAN PERALATAN ANGGOTA

Interpretasi i)Skor 0-4 (Normal) :


Ucap terima kasih dan
jalankan khidmat nasihat
pendidikan kesihatan dan
amalan cara hidup sihat.

ii) Skor 5-9 (Ringan)


Rujuk Pegawai Perubatan
untuk penilaian samada
pendidikan kesihatan atau
intervensi lanjut oleh
Jurupulih Perubatan
Fisioterapi / Jurupulih
Perubatan Cara Kerja

iii) Skor ≥10


(Sederhana/Teruk/
Sangat Teruk) dan/atau
“YA” bagi Soalan No. 9
Rujuk kepada Pegawai
Perubatan untuk penilaian
lanjut atau intervensi:

a. Rujukan kepada Jurupulih


Perubatan Fisioterapi /
Jurupulih Perubatan Cara
Kerja
i. / Pegawai Psikologi/
Kaunselor
ii.
b. Rujukan kepada Pakar
Perubatan Keluarga

*Rujukan Jurupulih Perubatan


Fisioterapi / Jurupulih Perubatan
Cara Kerja
iii. hanya untuk skor <15)

14
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

BIL PROSES PIAWAIAN SUMBER


KERJA
RUJUKAN PERALATAN ANGGOTA

5 Ujian i. Terangkan kepada klien Borang


Saringan tentang tujuan ujian yang Saringan
GAD-7 berkaitan. GAD-7
ii. Edarkan borang untuk disi
oleh klien.
iii. Hadkan tempoh masa 5 -
10 minit (mengikut
kesesuaian) untuk klien
melengkapkan ujian tersebut.
iv. Ambil borang yang lengkap
diisi dan kira skor.
v. Maklumkan keputusan
kepada klien.

Interpretasi i) Skor 0-4 (Normal):


Ucap terimakasih dan
jalankan khidmat nasihat
pendidikan kesihatan dan
amalan cara hidup sihat.

ii)Skor 5-9 (Ringan)


Rujuk Pegawai Perubatan
untuk penilaian samada
pendidikan kesihatan atau
intervensi lanjut oleh
Jurupulih Perubatan
Fisioterapi / Jurupulih
Perubatan Cara Kerja

iii)Skor ≥10
(Sederhana/Teruk):
Rujuk kepada Pegawai
Perubatan untuk penilaian
lanjut atau intervensi:

a. Rujukan kepada Jurupulih


Perubatan Fisioterapi /
Jurupulih Perubatan Cara
Kerja/Pegawai Psikologi/
Kaunselor
iv.
b. Rujukan kepada Pakar
Perubatan Keluarga

15
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

BIL PROSES PIAWAIAN SUMBER


KERJA
RUJUKAN PERALATAN ANGGOTA

6 Rujukan *Rujukan kepada Jurupulih


PHQ-9 Perubatan Cara Kerja/Jurupulih
(Skor ≥ 10) Perubatan Fisioterapi hanya
dan GAD-7 untuk skor <15)
(Skor ≥10)
i) Kes disahkan diagnosa
- Daftar sebagai kes baru
- Beri tarikh temujanji untuk
rawatan susulan

ii) Kes diagnosa tidak


disahkan
- Rujuk Pakar Psikiatri di
hospital

16
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

4.5 RETEN
4.5.1 CARTA ALIR PROSEDUR DOKUMENTASI / RETEN
PERKHIDMATAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN
PRIMER

Ambil data dari Buku/Excel


Pendaftaran Perkhidmatan PPP U29 / JK U29 / JM U19
Minda Sihat (PMS 101)

Masukkan data ke dalam reten bulanan klinik PPP U29, U32 / JK U29, U32
reten WHOOLEY, GAD-2, PHQ-9 dan GAD-7
)

Hantar reten ke PKD setiap


PPP U29, U32 /JK U29, U32
bulan (sebelum 5 haribulan)

Hantar reten ke JKN setiap 3 PPP U32 /KJK U32


bulan (sebelum 10 haribulan)

Hantar reten ke KKM setiap 3


PPP U36 /PJK U36
bulan (sebelum 15 haribulan)

TAMAT

17
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

4.5.2 PROSEDUR OPERASI PIAWAIAN UNTUK DOKUMENTASI


/RETEN PROJEK RINTIS PERKHIDMATAN SARINGAN MINDA SIHAT

SUMBER
BIL PROSES KERJA PIAWAIAN RUJUKAN PERALATAN ANGGOTA

1 i. Pengumpulan Semua data klien diambil Reten PPP U29,


Data. dan masukkan ke buku/ Pendaftaran U32/JK U29,
reten pendaftaran PMS PMS 101/20 U32/JM U19
101/22 dengan lengkap. Komputer
Kalkulator

ii. Kemaskini data Semua rekod


klien setiap hari. dikemaskini pada hari
yang sama

iii. Masukkan data Semua rekod Borang Reten


klien pada borang dimasukkan dalam Bulanan,
reten bulanan. borang reten bulanan Tahunan.

2 Penghantaran Reten Borang Reten PPP U29,


Bulanan, U32/JK U29,
i. Peringkat KK - Reten peringkat KK perlu Tahunan. U32/JM U19
setiap bulan kepada diselaraskan setiap Komputer
Penyelia KK bulan.
Buku /Reten
Pendaftaran

Kalkulator

18
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

SUMBER
BIL PROSES KERJA PIAWAIAN RUJUKAN PERALATAN ANGGOTA

ii. Peringkat KK ke Reten yang lengkap perlu PPP U29,


Pejabat Kesihatan dihantar sebelum / pada U32/JK U29,
Daerah setiap bulan. 5 haribulan (bulan U32/JM U19
berikutnya) setiap bulan
ke Pejabat Kesihatan
Daerah

iii. Peringkat PKD ke Reten yang lengkap perlu PPP U29,


Jabatan Kesihatan dihantar sebelum 10 U32/JK U29,
Negeri setiap 3 haribulan (bulan U32/JM U19
bulan. berikutnya) untuk setiap
3 bulan ke Jabatan
Kesihatan Negeri
Reten:
Jan – Mac (April)
April – Jun (Julai)
Julai – Sept (Oktober)
Okt – Dis (Januari tahun
berikutnya

iv.Peringkat JKN ke Reten yang lengkap Penyelia


Kementerian dihantar sebelum 15 jururawat U36
Kesihatan Malaysia haribulan ke
setiap 3 bulan. Kementerian Kesihatan Penolong
Malaysia setiap 3 bulan. Pegawai
Reten: Perubatan
Jan – Mac (April) U36
April – Jun (Julai)
Julai – Sept (Oktober)
Okt – Dis (Januari tahun
berikutnya

19
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

Rujukan:
Nordin, R.B., Kaur, A., Soni, T., Por, L.K., & Miranda, S. (2017). Construct validity and
internal consistency reliability of the Malay version of the 21-item depression anxiety
stress scale (Malay-DASS-21) among male outpatient clinic attendees in Johor. Med J
Malaysia, 72(5), 265.
Nease DE, Malouin JM (2003). Depression screening: a practical strategy. J Fam Pract;
52: 118–26.P
Sakakibara, B. M., Miller, W. C., Orenczuk, S. G., Wolfe, D. L., SCIRE Research Team
(2009). A systematic review of depression and anxiety measures used with individuals
with spinal cord injury. Spinal cord, 47(12), 841-51.
Sherina, M. S., Arroll, B., & Goodyear-Smith, F. (2012). Criterion validity of the PHQ-9
(Malay version) in a primary care clinic in Malaysia. The Medical journal of
Malaysia, 67(3), 309-315.
Sidik, S. M., Arroll, B., & Goodyear-Smith, F. (2012). Validation of the GAD-7 (Malay
version) among women attending a primary care clinic in Malaysia. Journal of Primary
Health Care, 4(1), 5-11.
Mohd-Sidik, S., Arroll, B., Goodyear-Smith, F., & Zain, A. M. (2011). Screening for
depression with a brief questionnaire in a primary care setting: validation of the two
questions with help question (Malay version). The International Journal of Psychiatry in
Medicine, 41(2), 143-154.
Kroenke, K., Spitzer, R. L., Williams, J. B., Monahan, P. O., & Löwe, B. (2007). Anxiety
disorders in primary care: prevalence, impairment, comorbidity, and detection. Annals of
internal medicine, 146(5), 317-325.
Spitzer, R. L., Kroenke, K., Williams, J. B., & Löwe, B. (2006). A brief measure for
assessing generalized anxiety disorder: the GAD-7. Archives of internal
medicine, 166(10), 1092-1097.
Kroenke, K. (2012). Guest Editorial: The importance of detecting anxiety in primary
care. Journal of Primary Health Care, 4(1), 4-4.

20
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

5. BORANG SARINGAN
WHOOLEY, GAD-2, PHQ-9 & GAD-7
(KAEDAH PENGGUNAAN)

21
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

BORANG SARINGAN MINDA SIHAT

A. MAKLUMAT KLIEN

1 Nama Penuh : …………………………………………………………………

No. K/P @
2 : …………………………………………………………………
Passport

3 Jantina : Lelaki Perempuan

4 Umur : ………………………………………………..…… tahun

5 Warganegara : Warganegara Bukan Warganegara

6 Bangsa : Melayu Bumiputera Sabah

Cina Bumiputera Sarawak

India Lain-lain (Nyatakan) : ……………….

7 No. Telefon : Rumah ………………………………………..

HP ………………………………………..
:

Sejarah Tidak
8 : Ya
Penyakit
Diabetes
Darah Tinggi
Kolesterol Tinggi

Kanser

Lain-lain (nyatakan) : ………………………………..

22
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

B. SARINGAN MINDA SIHAT (WHOOLEY)

Dalam sebulan yang lepas, adakah anda terganggu oleh masalah berikut?
Over the past one month, have you been bothered by the following problems?

ARAHAN: Sila tanda “√” untuk menyatakan jawapan anda Ya/Yes Tidak/No

1. Merasa murung, sedih atau tiada harapan?


Feeling down, depressed or hopeless?

2. Kurang minat atau keseronokan dalam melakukan kerja-kerja?


Having little interest or pleasure in doing things?

PENILAIAN SOALAN WHOOLEY


Berisiko dan perlu menjawab soalan PHQ-9 jika jawapan ‘YA’ pada salah satu atau kedua-dua
soalan.

23
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

C.SARINGAN MINDA SIHAT (GAD-2)

ARAHAN: Sila tanda “√” untuk menyatakan jawapan anda

Dalam tempoh 2 minggu yang lepas, berapa kerap anda terganggu oleh masalah berikut?
Over the last 2 weeks, how often have you been bothered by any of the following problems?

0 1 2 3
Tidak pernah sama Lebih dari seminggu
Beberapa hari Hampir setiap hari
sekali More than half of the
Several days Nearly everyday
Not at all week
No. Soalan 0 1 2 3
Berasa resah, gelisah atau tegang.
1
Feeling nervous, anxious, or on edge.
Tidak dapat menghentikan atau mengawal kebimbangan
2
Not being able to stop or control worrying.

SKOR GAD-2
• Kira Jumlah skor kesemua 2 item/soalan mengikut kotak yang di tanda (√)
• Jumlah Skor bagi kesemua 2 item/soalan adalah di antara 0 – 6
PENILAIAN SOALAN GAD-2
SKALA Jumlah Skor Tindakan
Pendidikan kesihatan dan amalan cara hidup
Tidak Berisiko 0-2 sihat

Berisiko ≥3 Berisiko dan perlu menjawab soalan GAD-7

24
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

D. SOAL SELIDIK KESIHATAN PESAKIT (PHQ-9)

ARAHAN: Sila tanda “√” untuk menyatakan jawapan anda

Dalam tempoh 2 minggu yang lepas, berapa kerap anda terganggu oleh masalah berikut?
Over the last 2 weeks, how often have you been bothered by any of the following problems?

0 1 2 3
Tidak pernah sama Lebih dari seminggu Hampir setiap
Beberapa hari
sekali Several days
More than half of the hari
Not at all week Nearly everyday
No. Soalan 0 1 2 3
Sedikit minat atau keseronokan dalam melakukan kerja-
1. kerja.
Little interest or pleasure in doing things

2. Merasa murung, sedih atau tiada harapan.


Feeling down, depressed or hopeless
Masalah hendak tidur / semasa tidur, tidur terlalu
3. banyak.
Trouble falling asleep/ staying asleep, sleeping too much

4. Merasa letih atau kurang bertenaga.


Feeling tired or having little energy

5. Kurang selera atau terlalu banyak makan.


Poor appetite or overeating
Mempunyai perasaan buruk terhadap diri sendiri –
ataupun merasa gagal terhadap diri sendiri ataupun
6. menghampakan diri atau keluarga.
Feeling bad about yourself – or that you are a failure or have let
yourself or your family down
Masalah menumpukan perhatian terhadap perkara-
perkara seperti membaca surat khabar atau menonton
7. televisyen.
Trouble concentrating on things, such as reading the newspaper or
watching television
Bergerak atau bercakap dengan terlalu lambat
sehingga disedari oleh orang lain. Ataupun
bertentangan – terlalu resah atau gelisah sehingga
8. anda bergerak lebih dari biasa.
Moving or speaking so slowly that other people could have noticed.
Or the opposite – being so fidgety or restless that you have been
moving around a lot more than usual
Berfikiran bahawa lebih elok jika anda telah mati atau
9. ingin mencederakan diri anda dalam sesuatu cara.
Thoughts that you would be better off dead or of hurting yourself in
some way

25
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

SKOR SOAL SELIDIK KESIHATAN PESAKIT (PHQ-9)


• Kira jumlah skor kesemua 9 item/soalan mengikut kotak yang di tanda (√)
• Jumlah skor bagi kesemua 9 item/soalan adalah di antara 0-27
PENILAIAN SOALAN PHQ-9
SKALA Jumlah Skor Tindakan
NORMAL 0-4 Pendidikan kesihatan dan amalan cara hidup sihat
Rujuk Pegawai Perubatan untuk penilaian samada
pendidikan kesihatan atau intervensi lanjut oleh
RINGAN 5-9
Jurupulih Perubatan Cara Kerja/ Jurupulih Perubatan
Fisioterapi
SEDERHANA 10-14 Rujuk kepada Pegawai Perubatan untuk penilaian
TERUK 15-19 lanjut atau intervensi sama ada:

a. Rujukan kepada Jurupulih Perubatan Cara


Kerja/Jurupulih Perubatan Fisioterapi/
SANGAT Pegawai Psikologi/ Kaunselor
20-27
TERUK b. Rujukan kepada Pakar Perubatan Keluarga
v.
vi. *Rujukan kepada Jurupulih Perubatan Cara Kerja/Jurupulih
Perubatan Fisioterapi hanya untuk skor <15
INTERPRETASI
• Jumlah Skor 5, 10, 15 dan 20 menunjukkan tanda-tanda kemurungan ringan,
sederhana, teruk dan sangat teruk
• Skor ≥ 10 adalah Jumlah Skor positif (sederhana, teruk dan sangat teruk) perlu
dirujuk untuk penilaian lanjut

NOTA

Soalan No. 9 adalah saringan utama untuk risiko bunuh diri.


Pesakit yang menjawab ‘Ya’ bagi soalan no 9 ini perlu dirujuk terus kepada
Pegawai Perubatan/Pakar Kesihatan Keluarga bagi penilaian risiko untuk
bunuh diri

26
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

E. SOAL SELIDIK GANGGUAN KEBIMBANGAN UMUM (GAD-7)

ARAHAN: Sila tanda “√” untuk menyatakan jawapan anda


Dalam tempoh 2 minggu yang lepas, berapa kerap anda terganggu oleh masalah
berikut?
Over the last 2 weeks, how often have you been bothered by any of the following problems?
0 1 2 3
Tidak pernah Lebih dari seminggu Hampir setiap
Beberapa hari
sama sekali Several days
More than half of the hari
Not at all week Nearly everyday
No. Soalan 0 1 2 3
1 Berasa resah, gelisah atau tegang.
Feeling nervous, anxious, or on edge

2 Tidak dapat menghentikan atau mengawal kebimbangan


Not being able to stop or control worrying
Terlalu bimbang mengenai pelbagai perkara yang
3 berlainan.
Worrying too much about different things

4 Mempunyai masalah untuk bertenang.


Having trouble relaxing

5 Terlalu resah sehingga susah untuk berdiam diri.


Being so restless that it is hard to sit still

6 Mudah menjadi rimas dan menjengkelkan.


Being easily annoyed or irritable

7 Berasa takut bahawa sesuatu yang buruk akan terjadi.


Feeling afraid as if something awful might happen
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

SKOR SOAL SELIDIK GANGGUAN KEBIMBANGAN UMUM (GAD-7)


• Kira jumlah skor kesemua 7 item/soalan mengikut kotak yang di tanda (√)
• Jumlah Skor bagi kesemua 7 item/soalan adalah di antara 0 – 21
PENILAIAN SOALAN GAD-7
SKALA Jumlah Skor Tindakan
NORMAL 0-4 Pendidikan kesihatan dan amalkan cara hidup sihat
Rujuk Pegawai Perubatan untuk penilaian samada
pendidikan kesihatan atau intervensi lanjut oleh
RINGAN 5-9
Jurupulih Perubatan Cara Kerja/ Jurupulih
Perubatan Fisioterapi
SEDERHANA 10-14 Rujuk kepada Pegawai Perubatan untuk penilaian
lanjut atau intervensi sama ada:

a. Rujukan kepada Jurupulih Perubatan


Cara Kerja/Jurupulih Perubatan
TERUK 15-21 Fisioterapi/ Pegawai Psikologi/ Kaunselor
b. Rujukan kepada Pakar Perubatan
Keluarga

vii. *Rujukan kepada Jurupulih Perubatan Cara Kerja/Jurupulih


Perubatan Fisioterapi hanya untuk skor <15
INTERPRETASI
• Jumlah Skor 5, 10, dan 15 menunjukkan tanda-tanda anxiety ringan, sederhana,
teruk dan sangat teruk.
• Skor ≥ 10 adalah Jumlah Skor positif (sederhana dan teruk) perlu dirujuk untuk
penilaian lanjut

NOTA

• Saringan ini harus digunakan untuk menyaring dan memantau keparahan gejala
dan tidak dapat menggantikan penilaian dan diagnosis klinikal

• Jangan lupa untuk bertanya sama ada pesakit mempunyai masalah aritmia, atau
penyakit tiroid sebelum membuat saringan ini

28
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

6. LAMPIRAN RETEN

29
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

6.1 RETEN SARINGAN DAN INTERVENSI MINDA SIHAT ( KLINIK KESIHATAN )


GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

31
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

6.2 RETEN SARINGAN DAN INTERVENSI MINDA SIHAT (DAERAH )

32
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

33
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

6.3 RETEN SARINGAN DAN INTERVENSI MINDA SIHAT (NEGERI )

34
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

35
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

6.4 RETEN SARINGAN DAN INTERVENSI MINDA SIHAT (IBU PEJABAT KKM)

36
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

37
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

7.0 PENGHARGAAN

JAWATANKUASA PEMURNIAN GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI


FASILITI KESIHATAN PRIMER

1) Dr.Mastura Binti Haji Ismail


Timbalan Pengarah Cawangan Kesihatan Primer
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga
Kementerian Kesihatan Malaysia

2) Profesor Datin Dr Sherina binti Mohd Sidik


Timbalan Pengarah, CaRE,
Pakar Perubatan Keluarga
Universiti Putra Malaysia

3) Dr Nurashikin bt Ibrahim
Ketua Sektor MeSVIPP
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia

4) Dr. Rozita Binti Zakaria


Ketua Perkhidmatan Pakar Perubatan Keluarga
Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18, Putrajaya

5) Dr Nur Sakinah Binti Ahmad


Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Sektor MeSVIPP
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia

6) Dr Sivarajan A/L Ramasamy


Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Pegawai Epidemiologi Negeri Sembilan
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan

7) Dr Siti Hazrah binti Selamat Din


Pakar Psikiatri
Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan

8) Dr Kirenjit Kaur A/P Jarnail Singh


Pegawai Perubatan NCD
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

9) Puan Zainab Binti Haji Tambol


Ketua Profesion
Pegawai Psikologi (Kaunseling)
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan
10) Puan Nur Hidayah Ong Binti Abdullah
Ketua Profesion
Pegawai Pemulihan Perubatan (Fisioterapi)
Hospital Sultanah Aminah, Johor

11) Puan Harnisha binti Haidhir


Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja)
Klinik Kesihatan Seremban

12) Dr Anis Amalina Binti Mohd Nadzri


Pegawai Perubatan
Sektor MeSVIPP
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia

13) Dr Shandini Devy A/p Manoraj


Pegawai Perubatan
Sektor MeSVIPP
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia

14) Dr Nur Sabrina Binti Mohd Faizal Santhana


Pegawai Perubatan
Sektor MeSVIPP
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia

15) Puan Norhaidah Asma Binti Mohd Hasim


Pegawai Psikologi
Sektor MeSVIPP
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia

16) En Hafez Mhd Poad


Penolong Pegawai Perubatan
Sektor MeSVIPP
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
39
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

17) Pn Normala bt Abdullah


Ketua Jururawat Kesihatan Awam
Sektor MeSVIPP
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia

40
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

JAWATANKUASA KERJA PROJEK RINTIS PERKHIDMATAN SARINGAN MINDA


SIHAT DI KESIHATAN PRIMER
1) Profesor Dr Sherina binti Mohd Sidik
Pakar Perubatan Keluarga
Universiti Putra Malaysia

2) Dr Mohd Azhadi bin Omar


Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Ketua Sektor Biostatistik dan Data Repositori
Bahagian Dasar & Perancangan Penyelidikan
Institut Kesihatan Negara

3) Dr Uma A/P Visvalingam


Pakar Psikiatri
Hospital Putrajaya

4) Dr Siti Hazrah binti Selamat Din


Pakar Psikiatri
Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan

5) Dr. Fatanah Binti Ismail


Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Cawangan Kesihatan Primer
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga

6) Dr Nuriklil Bukhary binti Ismail Bukhary


Pegawai Epidimiologi NCD
Jabatan Kesihatan Wilayah persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya

7) Dr Bariyah binti Kadas


Ketua Penolong Pengarah Kanan
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

8) Dr Khaironisak binti Haron


Pegawai Epidimiologi NCD
Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

9) Dr Noor Hashimah binti Abdullah


Pegawai Epidimiologi NCD
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan

41
GARIS PANDUAN SARINGAN MINDA SIHAT DI FASILITI KESIHATAN PRIMER
EDISI 2/2022

10) Dr Nurizzati Bukhary binti Ismail Bukhary


Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga
Klinik Kesihatan Bandar Baru

11) Puan Siti Maryam binti Abd Wahab


Pegawai Psikologi
Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bharu

12) Datin Seri Dr Norzakiah binti Mohd Tahir


Pegawai Epidimiologi Negeri Sembilan

13) Dr Mohd Shaiful Azlan bin Kassim


Pegawai Perubatan
Institut Kesihatan Umum

14) En Nasiumin Mohd Nor


Penolong Pegawai Perubatan
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (Primer)
Kementerian Kesihatan Malaysia

15) Dr Nurashikin bt Ibrahim


Ketua Sektor MeSVIPP
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia

16) Dr Karen Sharmini A/P Sandanasamy


Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia

17) En Hafez Mhd Poad


Penolong Pegawai Perubatan
Bahagian Kawalan Penyakit

18) Pn Normala bt Abdullah


Ketua Jururawat Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit

42

You might also like