You are on page 1of 31

Accelerat ing t he world's research.

RAWATAN KESIHATAN
BERASASKAN PERUBATAN
ALTERNATIF ISLAM: PERSEPSI
MASYARAKAT DI MALAYSIA
Mohd Farhan Md Ariffin

Related papers Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

POLEMIK MASYARAKAT MUSLIM DI MALAYSIA DALAM MEMAHAMI PERANAN ISLAMIC MEDICI…


Mohd Farhan Md Ariffin

PERSEPSI MASYARAKAT T ERHADAP RAWATAN ALT ERNAT IF ISLAM: SAT U KAJIAN KES DI NEGERI SEL…
Mohd Farhan Md Ariffin, Fauzi Deraman

PENEKANAN ASPEK WASAT IYYAH BAGI PEMBANGUNAN KESEJAHT ERAAN MASYARAKAT ISLAM MELA…
Mohd Farhan Md Ariffin
RAWATAN KESIHATAN BERASASKAN PERUBATAN
ALTERNATIF ISLAM: PERSEPSI MASYARAKAT DI
MALAYSIA
Mohd Farhan Md. Ariffin
Khadher Ahmad
Muhammad Ikhlas Rosele
Mohamad Zaim Ismail
(Malaysia)

Abstrak

Populariti dan aplikasi metodologi berasaskan Perubatan Tradisional dan Komplimentari (PTK) yang
semakin meluas dalam kalangan masyarakat khususnya di Malaysia, jelas berpengaruh dalam
mencorakkan pola polisi kesihatan awam semasa di Malaysia. Perkembangannya diakui memberikan
impak positif kepada penurunan masalah kesihatan dalam komuniti. Walau bagaimanapun, sehingga
kini kewujudan "data asas" berhubung dengan perkhidmatan rawatan alternatif amat terhad dan menjadi
keperluan mendesak untuk menyediakannya. Hal ini penting bagi memahami corak rawatan alternatif
yang diguna pakai di Malaysia. Oleh itu, makalah ini akan membahaskan perubatan alternatif
berteraskan Islam yang merupakan sebahagian daripada PTK. Fokus diberikan berkaitan dengan
persepsi masyarakat terhadap skop khidmat rawatan yang disediakan di pusat-pusat rawatan alternatif
seluruh Malaysia. Berdasarkan edaran borang soal selidik berstruktur kepada para pesakit yang
mengunjungi pusat rawatan alternatif Islam di Malaysia, analisis dilakukan dengan mengguna pakai
metode induktif, deskriptif dan kuantitatif berasaskan perisian Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS)
versi 16.0. Rumusan kajian mendapati perubatan alternatif berteraskan Islam lebih berperanan kepada
masyarakat Muslim di Malaysia berbanding dengan perubatan alternatif jenis lain. Permintaan terhadap
khidmat rawatan perubatan alternatif berteraskan Islam di Malaysia didorong oleh dua faktor; (1)
masyarakat cenderung memilih cara rawatan alternatif didorong rasa tidak puas hati dengan kaedah
rawatan konvensional; (2) masalah spiritual yang menjadi tumpuan rujukan utama pada perubatan
alternatif berteraskan Islam. Selain itu, terdapat beberapa aspek lain yang dinilai sebagai sederhana dan
lemah yang memerlukan usaha lanjutan semua pihak. Hasil penelitian ini berguna sebagai usaha
memahami pemikiran masyarakat Malaysia berhubung dengan perubatan alternatif Islam sesuai dengan
keperluan kini.

Kata kunci: PTK, perubatan alternatif berteraskan Islam, perkhidmatan kesihatan, persepsi
masyarakat, salah faham

Abstract
The popularity and the application of the methodology based on Complementary and Alternative
Medicine (CAM) that are widely used among the society, especially in Malaysia, are obviously
influential in shaping the current pattern of public health policy in Malaysia. This development
recognizes the given positive impact on the reduction of health problems in the community. However,
the existence of a “database” relating to the alternative care services is very limited and is becoming
a necessity that needs to be provided. It is important to understand the patterns of alternative treatments
in Malaysia. Thus, this paper will discuss the Islamic alternative medicine as part of CAM. The focus
given is related to the public perception towards the scope of treatment services available in the
alternative treatment centre throughout Malaysia. Based on the distribution of structured questionnaire
forms to patients who visited the Islamic alternative medicine centre in Malaysia, an analysis has been

1
carried out using the inductive, descriptive and quantitative method based on the software of Statistical
Package for Social Sciences (SPSS) version 16.0. The highlights of the study show that the Islamic
alternative medicine contribute more to the Islamic society in Malaysia compared to other alternative
medicine. The demands for the Islamic alternative medical care services in Malaysia are driven by two
factors; (1) people tend to prefer alternative treatments motivated by the dissatisfaction of the
conventional treatment methods; (2) spiritual issues are the main reference on the Islamic alternative
medicine. In addition, there are several aspects that are assessed as moderate and weaknesses that
require continued efforts by all parties. The results of these studies are useful in order to understand
the mindset of the Malaysian society regarding the Islamic alternative medicine that are suited with the
present needs.

Keywords: CAM, Islamic alternative medicine, health services, community perception,


misunderstanding

PENGENALAN

Perubatan Tradisional dan Komplimentari (PTK) atau dalam bahasa Inggerisnya,

Complementary and Alternative Medicine (CAM) merupakan alternatif baharu dalam rawatan

penyakit selain perubatan berasaskan klinikal. Menurut National Centre for Complementary and

Alternative Medicine yang berpangkalan di Amerika Syarikat, PTK atau CAM didefinisikan

sebagai “sekumpulan sistem berbentuk penjagaan kesihatan, praktik dan produk yang bukan

sebahagian daripada kaedah perubatan konvensional.”

PTK meliputi kesemua idea dan praktik secara "amalan kendiri" sebagai usaha masyarakat

untuk mempromosikan kesihatan serta mencegah atau merawat penyakit. Kaedah pengubatan

PTK berbeza mengikut negara, lokasi geografi, latar belakang etnik, sosioekonomi dan agama.

Proses merawat masyarakat dalam negara berbilang bangsa seperti Malaysia memerlukan

pemahaman terperinci tentang budaya setempat, kepercayaan (ajaran agama) dan amalan

warisan tradisional sesebuah masyarakat (Alias Hamidah, 2009: 70-74).

Penyelidikan terkini telah membuktikan peningkatan penggunaan PTK dalam kalangan

pesakit khususnya penghidap penyakit kronik di hospital awam Malaysia. Populariti PTK

menunjukkan para pesakit cenderung memilih pendekatan lebih holistik dalam penjagaan

kesihatan (Syed Shahzad Hasan, Syed Imran Ahmed, Nadeem Irfan Bukhari dan William

Cheah W.L., 2009, 152-157). Di Malaysia, dianggarkan sekitar RM500 juta diperuntukkan
2
oleh rakyat Malaysia untuk PTK. Oleh itu, ini membuktikan PTK bukan sahaja signifikan

dalam rawatan, bahkan turut mendapat permintaan yang tinggi daripada kelompok masyarakat

(Xu Hao, Chen Ke-Ji, 2012: 403-404). Dianggarkan pada tahun 2015, terdapat lebih 200 pusat

rawatan alternatif berteraskan Islam berdaftar telah wujud di seluruh Malaysia.

PUSAT RAWATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA

Peningkatan populariti dan penggunaan PTK yang semakin meluas serta memberikan impak

positif kepada Malaysia dan nilai signifikan kepada polisi kesihatan awam semasa.

Perkembangannya diakui memberikan impak kepada penurunan masalah kesihatan dalam

komuniti. Kajian terkini membuktikan peningkatan penggunaan PTK dalam kalangan pesakit

khususnya penghidap penyakit kronik di hospital awam Malaysia. Populariti PTK

menunjukkan para pesakit cenderung memilih pendekatan lebih holistik dalam penjagaan

kesihatan (Syed Shahzad Hasan, et al., 2009).

Kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2004 menunjukkan

sebanyak 56 peratus rakyat Malaysia menggunakan PTK sebagai alternatif kepada perubatan

moden dan jumlah tersebut meningkat setiap tahun. Kajian terkini membuktikan peningkatan

penggunaan PTK dalam kalangan pesakit khususnya penghidap penyakit kronik di hospital

awam Malaysia. Populariti PTK menunjukkan para pesakit cenderung memilih pendekatan

lebih holistik dalam penjagaan kesihatan. Ini membuktikan PTK cukup signifikan dalam

rawatan, selain mendapat permintaan yang tinggi (Syed Shahzad Hasan, 2009).

Oleh itu, keberkesanan rawatan alternatif kepada pesakit memerlukan penelitian lebih

mendalam untuk menilai proses kesembuhan (Peletz, Michael G., 1988). Menurut Marcia

Angell (1998), setiap kaedah pengubatan menurut PTK perlu mendapat pengesahan ujian

saintifik bagi membuktikan kesahihan, mudarat atau manfaatnya sebelum diluluskan sama

seperti yang dipraktikkan dalam sistem perubatan konvensional. Oleh itu, beberapa elemen
3
penting untuk membuktikan kesahihan, mudarat dan manfaat PTK adalah dengan memastikan

keberkesanan (efficacy), keselamatan (safety) dan kawalan kualiti (quality control) diterapkan

kepada khidmat rawatan yang selama ini menjadi bahan cemuhan pakar perubatan profesional

(Mohd Afifuddin Mohamad dan Nooraini Othman, 2013). Selain itu, bahan rawatan yang

digunakan perlu dikenal pasti, diisytihar, ditentukan kandungan dan diperakui

keberkesanannya. (Edzard Ernst, M.D, 1998).

Dakwaan ini sebenarnya disebabkan tiga perkara: Pertama, perubatan berasaskan PTK

tidak mengikut standard antarabangsa dan rawatan dijalankan mengikut norma budaya

sesebuah negara; Kedua, para perawatnya tidak memiliki sijil untuk menjadi perawat yang

diakui seluruh dunia seperti doktor; Ketiga, ubat-ubatan yang digunakan dalam PTK masih

perlu dianalisis dari sudut saintifik. Menurut Andrian Furnham (2001), penelitian terperinci

terhadap pesakit yang dirawat menggunakan kaedah PTK dan rawatan konvensional

membuktikan pesakit yang dirawat dengan PTK selesa dan percaya rawatan PTK adalah lebih

efektif dan tidak berisiko. Kontra dengan hasil jangkaan, para pesakit juga bersetuju bahawa

kaedah rawatan konvensional lebih berisiko daripada PTK. Malah, setiap kaedah rawatan untuk

sesuatu penyakit mempunyai lebih banyak kesan sampingan daripada kaedah PTK (Andrian

Furnham, 2001). Kajian di Australia turut membuktikan bahawa 78 peratus penduduk yang

menjadi sampel kajian jelas percaya perubatan berasaskan PTK adalah selamat sepenuhnya

(Alastair H. MacLennan, M.D, et al., 1998).

Bermula pada akhir tahun 1960, para pemikir Islam mula memperkenalkan konsep

"Traditional Arabic and Islamic Medicine"(TAIM - perubatan alternatif berasaskan Islam)

sebagai alternatif model "biomedical" bawaan Barat. Pada awalnya, perkembangannya dilihat

berdaya maju untuk masa hadapan. Namun, sehingga kini perubatan Islam masih belum tampil

sebagai model penjagaan kesihatan secara komprehensif di mana-mana negara jika

dibandingkan dengan model kesihatan barat. Perubatan alternatif dan herba boleh
4
diklasifikasikan kepada empat kumpulan asas, iaitu Traditional Chinese Herbalism, Ayurvedic

Herbalism, Western Herbalism dan Traditional Arabic and Islamic Medicine. Bagi

kebanyakan negara Muslim, perubatan alternatif berasaskan Islam merupakan salah satu

metodologi penjagaan kesihatan. Namun, sehingga kini tiada program kesihatan berbentuk

praktik diagnosis, rawatan dan pencegahan penyakit berasaskan Islamic oriented medicine

secara menyeluruh di mana-mana negara. Rawatan secara Islam belum tampil sebagai

penjagaan dan rawatan kesihatan secara komprehensif dibandingkan dengan model kesihatan

barat (Salim M. Adib, 2004).

Tidak dinafikan konsep perubatan alternatif berasaskan Islam merupakan elemen penting

dalam kehidupan di Timur Tengah. Perubatan alternatif banyak dirujuk oleh penduduk sekitar

lingkungan Mediterranean yang lebih percaya kepada penyembuhan dalaman (spritual

healers). Perkembangannya diiktiraf dunia dan kian memuncak dengan minat yang

ditunjukkan oleh komuniti saintifik. Perubatan alternatif berasaskan Islam turut menjadi

pilihan utama dalam mengubati penyakit, seperti kemandulan, sawan, psychosomatic dan

tekanan perasaaan (depression). Bahkan terapi perubatan alternatif berasaskan Islam turut

mempamerkan kejayaan dalam mengubati penyakit akut dan masalah kronik (Hassan Azaizeh,

2010).

Dalam rawatan Islam, penyakit tidak ditafsirkan secara zahir. Penyakit yang menghinggapi

seseorang dilihat dari dimensi berbeza. Penyebab utama adalah kurang keprihatinan terhadap

aspek spiritual sehinggakan elemen sebab dan akibat perlu diambil perhatian. Oleh itu,

perubatan secara Islam mempromosikan ubat-ubatan berasaskan herba sebagai tambahan

kepada fokus mengubati keimanan melalui solat dan bacaan al-Quran (Ibrahim Syed, 2003).

Perubatan alternatif berasaskan Islam merujuk pendekatan rawatan selain rawatan melalui

institusi rawatan moden, seperti hospital, klinik dan pusat perubatan. Menurut Pertubuhan

Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat pelbagai jenis perubatan alternatif. Hal ini berbeza
5
mengikut cara dan pendekatan yang diamalkan. Cara dan pendekatan tersebut termasuklah

menggunakan terapi spiritual atau melalui penggunaan ubat-ubatan herba atau sebagainya

(Timmermans, Karin, 2001). Menurut Esther Walcott (2004), istilah perubatan alternatif sering

bertukar dengan istilah perubatan tradisional di Indonesia. Tambah beliau lagi, terdapat

pelbagai jenis perubatan tradisional yang diketahui melalui cara dan pendekatan rawatannya.

Ada yang menggunakan mantera dan jampi, ada yang menggunakan alatan tertentu dan ada

juga yang menggunakan ubatan herba dan jamu (Esther Walcott, 2004).

Dari sudut pengamal perubatan alternatif pula, mereka dikenali dengan beberapa istilah

yang berbeza dari sudut fungsi dan peranannya dalam perubatan. Di Jawa, contohnya, seorang

ahli perubatan alternatif dikenali sebagai "dukun" (Esther Walcott, 2004). Sementara itu, dalam

kalangan orang Melayu, terdapat beberapa istilah yang digunakan merujuk pengamal perubatan

alternatif tradisional. Antaranya termasuklah bomoh, pawang dan dukun. Kemudian, jika

rawatan yang disediakan itu berteraskan pendekatan Islam, maka pengamalnya dikenali

sebagai “perawat” atau “ustaz” (Khadher Ahmad, et al., 2013).

Menurut Azizan Baharuddin (1993), perubatan Islam merupakan suatu bentuk sistem

perubatan yang telah dikonsepkan serta dibina oleh orang-orang Islam pelbagai bangsa dan

kumpulan etnik dari permulaan zaman Islam hinggalah sekarang. Perubatan Islam berasaskan

prinsip yang lahir daripada ajaran dan doktrin Islam itu sendiri (Azizan Baharuddin, 1993).

Beliau turut memetik pandangan Roland Werner (1983) yang menyatakan bahawa perubatan

Islam merupakan percubaan cendiakawan Muslim untuk menangani masalah penyakit dan

kesihatan yang selari dengan pandangan bahawa Tuhan, manusia, alam dan masyarakat saling

berkait antara satu sama lain dengan cara yang harmoni (Roland Werner, 1983). Bahkan

perubatan Islam merupakan satu manifestasi budaya Islam terbaik dalam aspek spiritual, moral

dan nilai etikanya (Azizan Baharuddin, 1993). Walaupun perubatan alternatif itu merujuk

perubatan tradisional yang lebih awal berkembang dan diamalkan dalam masyarakat, takrifan
6
paling tepat ialah cara perubatan alternatif yang mampu menyediakan kaedah rawatan

pelengkap atau alternatif apabila kaedah perubatan sedia ada tidak mampu menampung atau

membantu merawat dan menyelesaikan masalah sedia ada. Apabila dikaitkan dengan Islam,

perubatan Islam merujuk khidmat rawatan yang disediakan itu, menjadikan syariat sebagai

landasan utama dalam proses penyediaan dan pelaksanaannya.

Malah, perubatan alternatif Islam merujuk satu sistem rawatan yang diasaskan dengan

tujuan untuk menjaga kemaslahatan manusia dan pelengkap kepada sistem rawatan sedia ada

tetapi menitikberatkan syariat sebagai dasar utama dalam pelaksanaan. Kenyataan ini

bertepatan dengan kenyataan daripada Khadher Ahmad yang mendefinisikan "Pusat Rawatan

Islam" sebagai suatu tempat yang menjalankan kegiatan merawat dan menyediakan

perkhidmatan rawatan penyakit serta menjadi tumpuan orang ramai untuk mencari ikhtiar

kesembuhan (Khadher Ahmad, 2012).

Perkhidmatan rawatan dijalankan berlandaskan lunas-lunas agama Islam. Secara

umumnya, perubatan alternatif Islam adalah berasaskan ciri-ciri yang berikut: Pertama,

menggunakan bacaan daripada jenis ruqyah yang bersumberkan al-Quran, sunah dan doa-doa

yang baik; Kedua, mempunyai kaedah dan teknik rawatan mengikut ajaran Rasulullah SAW

atau tidak bercanggah dengan syariat dan tidak meragukan; Ketiga, menggunakan bahan-bahan

rawatan tertentu yang bersih dan suci, bukan daripada jenis bahan yang diharamkan atau najis;

Keempat, menitikberatkan syariat Islam dalam setiap aspek praktikal rawatan seperti

pemeliharaan aurat wanita, tidak bersendirian antara perawat lelaki dengan pesakit wanita,

mengamalkan konsep membantu sesama Muslim dan sebagainya (Khadher Ahmad, Abdullah

Yusuf dan Mohd Farhan Md Ariffin, 2014).

Kesimpulannya, perubatan alternatif Islam merujuk satu sistem rawatan yang diasaskan

untuk menjaga kemaslahatan umat manusia dan pelengkap kepada sistem rawatan secara

7
klinikal tetapi menitikberatkan syariat sebagai landasan utama dalam pelaksanaan sistem

tersebut.

Daripada kajian yang dilaksanakan selama enam bulan di bawah geran penyelidikan

Universiti Malaya bernombor RG 419-12 HNE; "Pusat Rawatan Alternatif Berteraskan al-

Quran dan al-Sunnah: Kajian Malaysia", terdapat 70 pusat rawatan alternatif Islam di Malaysia

yang telah menjadi sasaran kajian bagi tujuan pengumpulan dan kutipan data. Senarai tersebut

boleh dilihat seperti yang berikut:

Senarai 1: Senarai pusat rawatan alternatif Islam:

Perlis

1. Pusat Perubatan Islam Al-Islah

Kedah
1. Pusat Rawatan Islam Al-Mustaqim
2. Pusat Rawatan Alam Ghaib
3. Azlina Terapi Tradisional (138 Beauty Centre)
4. Pusat Rawatan Aura Zikir
5. Pusat Rawatan Qalbun Sakinah
6. Pusat Rawatan Alternatif Aura Nur Hikmah
7. Pusat Rawatan Tradisional Jabal Nur
8. Pusat Rawatan Amal
9. Pusat Rawatan Terapi Al-Qur’an Darul Hikmah
10. Pusat Terapi Ruqyah Syar‘iyyah

Perak
1. Pusat Rawatan Islam dan Tarbiah Ilmu Darun Nuraniyyah
2. Pusat Rawatan Al-Qur’an, Akupuntur, Bekam, Homeopati Ar-Ridhwan
3. AZBUDI Pusat Perubatan Homeopati dan Naturopati
4. Pusat Rawatan Islam Al-Taqwa
5. Pusat Rawatan Islam Ruqyah Isra’

Pahang
1. Pusat Rawatan Islam Kiswah: Terapi Ruqyah Syar’iyyah
2. Pusat Rawatan As-Syifa’

8
Selangor
1. Pusat Rawatan Islam Al-Manarah
2. Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (DARUSSYIFA’)
3. Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia
4. Pusat Rawatan Islam IQ Insan
5. D’Urut Hanafi
6. Pusat Rawatan Islam Sepohon Jadi (PRAWIS)
7. Pusat Rawatan Alternatif Rumah Sihat (Bekam Terapi Moden Malaysia)
8. Pusat Rawatan Islam Nur Muhammad
9. Pusat Perubatan Islam Kasturi
10. El-Fesfanji Islamic Traditional Medicine
11. Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani
12. Pusat Rawatan Alternatif Nur Islam (PUSRANI)
13. Thibbun Nabawi Healing Centre
14. Pusat Terapi Hikmah (Kedai Bekam dan Resdung)
15. Pusat Rawatan Islam: Penawar Sihir dan Saka
16. Pusat Bekam Sunnah: Nurul Sunnah Entreprise
17. Pusat Rawatan Traditional Aura Nusantara
18. Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah
19. Pusat Rawatan Komplimentari Islam Yashfien
20. Pusat Rawatan Kasturi Syifa’
21. ISMAK (Islamic Medicine of Al-Kausar) Ruqyah
22. Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah
23. Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE)
24. Nan Spa Centre (Pusat Rawatan Bekam Nans)
25. Kumpulan Perawat Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor (PEBATAP)
26. Mohd Baitussyifa’ (Rawatan Traditional Secara Islam)

Kelantan
1. Pusat Rawatan Tradisional Al-Tunjuniah Al-Fununiah
2. Pusat Rawatan Tradisional Khairey
3. Pusat Rawatan Tradisional dan Bekam
4. Pusat Rawatan Walinur Syifa’
5. Pusat Rawatan Qalbun Asrar

9
Terengganu
1. Pusat Rawatan Ikhtiar Darul Syifa’ (PURIDAS)
2. Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif
3. Pusat Rawatan Komplimentari Al-Syufia: Bekam dan Refleksologi
4. Pusat Rawatan Islam Darul Manzil (RIDAM)
5. Pusat Rawatan Islam Badan Ukhwah Darul Iman – (BUDI LOSONG)

Daripada penelitian, didapati sebanyak 26 buah pusat rawatan alternatif beroperasi di

Selangor; 10 buah pusat rawatan alternatif di Kedah; lapan di Johor, masing-masing lima di

Perak, Kelantan dan Terengganu; empat di Melaka; tiga di Negeri Sembilan; dua di Pahang;

dan satu di Perlis. Data ini menunjukkan bahawa, sekalipun pada masa ini perubatan moden

dilengkapi dengan kecanggihan teknologi, namun keperluan terhadap pengubatan yang

berasaskan rawatan spiritual atau rohani adalah sangat mendesak dan tidak boleh bergantung

sepenuhnya kepada pengubatan fizikal di hospital semata-mata. Oleh itu, keperluan kepada

pengubatan alternatif lain yang dapat membantu ke arah penyembuhan penyakit adalah tinggi.

SKOP DAN METODOLOGI

Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi masyarakat Muslim dan mengemas kini

data berkenaan dengan relevansasi "khidmat rawatan" alternatif di Malaysia. Kajian

memfokuskan prospek khidmat rawatan berteraskan perubatan alternatif berteraskan Islam.

Oleh itu, satu kajian telah dilakukan kepada golongan sasaran berdasarkan beberapa objektif,

iaitu:

Pertama: Menganalisis "corak" interaksi responden terhadap perubatan alternatif berteraskan

Islam di Malaysia.

Kedua: Mengenal pasti faktor-faktor tumpuan rujukan masyarakat Muslim terhadap perubatan

alternatif berteraskan Islam.

Ketiga: Mengenal pasti tahap persepsi responden terhadap elemen-elemen berhubung dengan

khidmat rawatan yang disediakan.

10
Responden kajian terdiri daripada 379 orang pesakit beragama Islam yang mengunjungi

pusat rawatan alternatif Islam seluruh negara. Semua pesakit yang mengunjungi pusat-pusat

tersebut akan dinilai persepsi mereka dalam isu berbangkit.

Pengumpulan data menggunakan set borang soal selidik berstruktur. Sebelum itu, kajian

rintis telah dijalankan terhadap 100 orang pesakit untuk menilai tahap kebolehpercayaan

borang soal selidik tersebut. Nilai Cronbach’s Alpha yang diperoleh terhadap borang soal

selidik tersebut ialah 720. Jumlah tersebut lebih besar daripada julat ditetapkan (0.6). Oleh itu,

kebolehpercayaan borang kaji selidik adalah diperakui.

Analisis statistik kebolehpercayaan.

Cronbach's Alpha N (Item)

.720 31

Sumber: Soal Selidik (2013)

Setelah itu, data dianalisis dengan menggunakan jadual kekerapan dan jadual rujuk silang

melalui perisian Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 16.0. Hal ini bagi memastikan

data dapat dianalisis dan diolah dengan baik bagi memahami signifikan respons.

Seterusnya, bagi analisis soalan skala bahagian C, pengkaji menggunakan lima skala mata,

iaitu Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju, Sederhana Setuju, Setuju dan Sangat Setuju.

Skala Jawapan Tahap Persepsi Julat Skor


Sangat Tidak Setuju
Rendah 1.00-2.33
Tidak Setuju
Setuju Sederhana 2.331-3.66
Sederhana Setuju
Tinggi 3.661-5.00
Sangat Setuju

Daripada skala tersebut, ditetapkan tiga kategori tahap penilaian seperti dalam jadual di atas;

iaitu persepsi Rendah, Sederhana dan Tinggi. Oleh hal yang demikian, pengkaji dapat

menyimpulkan kaitan skala jawapan dengan tahap persepsi responden.

11
PERBINCANGAN

Dalam bahagian ini, soal selidik dirangka untuk mendapatkan data mengenai butir-butir

peribadi responden berdasarkan jawapan bagi soalan 1 hingga 5 Bahagian A. Bahagian ini

memaparkan jantina, umur, status, taraf pendidikan tertinggi dan pekerjaan responden.

Rumusan data adalah seperti yang dipaparkan dalam Jadual 1.

Jadual 1 Demografi responden di Malaysia.


Latar Belakang Responden Frekuensi Peratusan (%)

Jantina Lelaki 199 52.5


Perempuan 180 47.5
Jumlah 379 100.0
Umur 17 tahun ke bawah 9 2.4
18 tahun - 29 tahun 127 33.5
30 tahun - 40 tahun 92 24.3
41 tahun - 50 tahun 71 18.7
51 tahun ke atas 80 21.1
Jumlah 379 100.0
Status Belum berkahwin 136 35.9
Berkahwin 215 56.7
Duda/Janda 28 7.4
Jumlah 379 100.0
Taraf Sekolah Rendah 27 7.1
Pendidikan Pondok/Pesantren 14 3.7
Tertinggi Sekolah Menengah 129 34.0
IPT Dalam Negara 175 46.2
IPT Luar Negara 33 8.7
Lain-lain 1 0.3
Jumlah 379 100.0
Pekerjaan Kerajaan 105 27.7
Badan Berkanun 31 8.2
Swasta 100 26.4
Bekerja Sendiri 61 16.1
Tidak Bekerja 55 14.5
Pelajar 27 7.1
Jumlah 379 100.0
Sumber: Soal Selidik (2013)

Bahagian B: Interaksi Responden terhadap Rawatan Alternatif Berteraskan Islam di

Malaysia

Dalam bahagian ini, pengkaji menganalisis "corak" pengetahuan dan interaksi responden

terhadap rawatan alternatif berteraskan Islam di Malaysia. Yang berikut merupakan dapatan

kajian merujuk jawapan responden untuk soalan B1 hingga B6.


12
1. Pengetahuan responden sama ada terdapat pusat rawatan alternatif berteraskan Islam di
Malaysia

Jadual 2 Adakah anda tahu bahawa terdapat pusat rawatan alternatif berteraskan Islam di Malaysia?

Frekuensi Peratusan
Ya 368 97.1
Tidak 11 2.9
Jumlah 379 100.0
Sumber: Soal Selidik (2013)

Dalam jadual tersebut, pengetahuan tertinggi responden tentang kewujudan pusat rawatan

alternatif berteraskan Islam di Malaysia ialah "ya" sebanyak 97.1 peratus. Dalam pada itu,

peratusan jawapan "tidak" hanya 2.9 peratus.

2. Persepsi responden tentang pernah mendapatkan khidmat rawatan penyakit di pusat-pusat

rawatan alternatif.

Jadual 3 Adakah anda atau keluarga anda pernah mendapatkan khidmat rawatan penyakit di pusat-
pusat rawatan alternatif.
Frekuensi Peratusan
Ya 346 91.3
Tidak 33 8.7
Jumlah 379 100.0
Sumber: Soal Selidik (2013)

Jadual 3 menunjukkan 91.3 peratus responden pernah mendapatkan khidmat rawatan

berbanding dengan 8.7 peratus yang tidak pernah mendapatkan khidmat rawatan alternatif.

3. Jenis pusat rawatan alternatif yang dirujuk

Jadual 4 Apakah jenis pusat rawatan alternatif yang dirujuk.

Frekuensi Peratusan
Rawatan Berteraskan 318 83.9
Islam
Pusat Rawatan Bekam 26 6.9
Rawatan Tradisional 32 8.4
(Bomoh, Dukun)
Pusat Rawatan Allopati 1 0.3
Lain-lain 2 0.5
Jumlah 379 100.0
Sumber: Soal Selidik (2013)

13
Dalam Jadual 4, rawatan berteraskan Islam mencatatkan jumlah tertinggi dengan 83.9

peratus. Jumlah terendah ialah rawatan Allopati sebanyak 0.3 peratus.

4. Jenis khidmat rawatan yang biasa dirujuk di pusat rawatan alternatif berteraskan Islam

Jadual 5 menunjukkan penyakit disebabkan gangguan makhluk halus mencatat taburan

tertinggi dengan jumlah 82.3 peratus. Peratusan kedua tertinggi ialah penyakit fizikal dengan

9.0 peratus. Peratusan terendah adalah 1.3 peratus dalam kategori lain-lain.

Jadual 5 Apakah jenis khidmat rawatan penyakit yang biasa dirujuk di pusat rawatan alternatif
berteraskan Islam.
Frekuensi Peratusan
Penyakit disebabkan 312 82.3
gangguan makhluk halus
Penyakit fizikal 34 9.0
Penyakit yang berkaitan 28 7.4
jiwa atau mental
Lain-lain 5 1.3
Jumlah 379 100.0
Sumber: Soal Selidik (2013)

5. Faktor yang mendorong responden merujuk khidmat rawatan alternatif berteraskan Islam

Jadual 6 Apakah faktor yang mendorong anda merujuk khidmat rawatan alternatif berteraskan Islam.

Frekuensi Peratusan
Kesukaran pihak hospital atau klinik 133 35.1
untuk mengubati pesakit/penyakit
Lebih yakin dengan pendekatan dalam 96 25.3
rawatan Islam
Mencuba sesuatu yang baharu 40 10.6
Desakan daripada ahli keluarga atau 24 6.3
rakan-rakan
Kemahuan sendiri untuk mendapatkan 84 22.2
khidmat rawatan berteraskan Islam
Lain-lain 2 0.5
Jumlah 379 100.0

Sumber: Soal Selidik (2013)

Jadual 6 menunjukkan kesukaran pihak hospital atau klinik untuk mengubati

pesakit/penyakit tertentu mencatat peratusan tertinggi sebanyak 35.1 peratus. Peratusan kedua
14
tertinggi adalah lebih yakin dengan pendekatan dalam rawatan Islam sebanyak 25.3 peratus.

Peratusan terendah adalah lain-lain sebanyak 0.5 peratus. Bagi mengkaji signifikan demografi

responden dengan soalan B5, dapat dilihat pada Jadual 8.

Dalam Jadual 8, taburan tertinggi responden terdiri daripada golongan berumur 18-29 tahun

lebih banyak memilih kesukaran pihak hospital atau klinik untuk mengubati pesakit/penyakit

tertentu sebagai faktor pendorong merujuk khidmat rawatan alternatif berteraskan Islam

dengan jumlah 46 orang. Kecenderungan ini turut diikuti golongan responden berumur 17

tahun ke bawah dan 30-40 tahun.

Hal ini berbeza dengan responden berumur 41-50 tahun dan 51 tahun ke atas. Kelompok

tersebut lebih banyak memilih kemahuan sendiri untuk mendapatkan khidmat rawatan

berteraskan Islam sebagai faktor pendorong merujuk khidmat rawatan alternatif berteraskan

Islam.

Hasilnya, terdapat perbezaan yang signifikan antara kelompok umur dalam pemilihan

jawapan soalan B5. Nilai Pearson Chi-Square menunjukkan kelompok umur 18-40 tahun

mengatasi kelompok umur 41-50 tahun secara signifikan dalam pemilihan jawapan soalan B5

dengan χ²= 38.734, df=20, p <0.05.

Jadual 7 Ujian Chi-Square.

Asymp. Sig.
Nilai df (2-sided)
Pearson Chi-Square 38.734a 20 .007
Likelihood Ratio 41.376 20 .003
Linear-by-Linear
9.695 1 .002
Association
N of Valid Cases 379

15
Jadual 8 Analisis jadual rujuk silang antara peringkat umur responden dan soalan B5.

Apakah faktor yang mendorong anda merujuk kepada khidmat rawatan alternatif berteraskan Islam di Malaysia
Kesukaran Kemahuan
pihak hospital Lebih yakin sendiri untuk
atau klinik dengan mendapatkan
untuk pendekatan Desakan khidmat
mengubati dalam Mencuba daripada ahli rawatan
pesakit/ rawatan sesuatu yang keluarga atau berteraskan Lain-
penyakit Islam baru rakan-rakan Islam lain Jumlah
Umur 17 tahun ke
3 1 1 0 4 0 9
bawah
18 tahun - 29
46 39 20 10 12 0 127
tahun
30 tahun - 40
37 25 7 4 19 0 92
tahun
41 tahun - 50
22 14 4 8 22 1 71
tahun
51 tahun ke atas 25 17 8 2 27 1 80
Jumlah 133 96 40 24 84 2 379

6. Wasilah responden mengetahui lebih lanjut berhubung dengan pusat rawatan alternatif

berteraskan Islam di Malaysia.

Dalam Jadual 9, maklumat daripada rakan-rakan atau ahli keluarga terdekat mencatat

taburan tertinggi dengan jumlah 45.9 peratus. Peratusan kedua tertinggi ialah media massa

sebanyak 26.4 peratus. Peratusan terendah ialah iklan papan tanda dan usaha mencari sendiri

yang masing-masing sebanyak 6.6 peratus.

Jadual 9 Bagaimanakah anda mengetahui lebih lanjut berhubung dengan pusat rawatan
alternatif berteraskan Islam?
Frekuensi Peratusan
Media Massa 100 26.4
Media Elektronik 55 14.5
Iklan papan tanda 25 6.6
Makluman daripada rakan-rakan/ahli 174 45.9
keluarga
Usaha sendiri mencari 25 6.6
Jumlah 379 100.0
Sumber: Soal Selidik (2013)
16
Bahagian C: Persepsi terhadap Skop Khidmat Rawatan Alternatif Berteraskan Islam

Malaysia

Dalam bahagian ini, pengkaji menganalisis khidmat rawatan yang disediakan di pusat rawatan

alternatif berteraskan Islam di Malaysia. Berikut merupakan dapatan kajian merujuk jawapan

responden bagi soalan C1 hingga C6.

1. Sumber utama penyediaan khidmat rawatan alternatif Islam

Merujuk Jadual 10, taburan tertinggi sebanyak 59.6 peratus "sangat setuju" mengatakan

sumber utama penyediaan rawatan pengubatan Islam adalah daripada al-Quran dan Sunnah

Nabi. Peratusan kedua tertinggi adalah "setuju" sebanyak 20.1 peratus. Peratusan terendah

dicatatkan "sangat tidak setuju" sebanyak 0.8 peratus.

Jadual 10 Sumber utama penyediaan rawatan pengubatan Islam adalah daripada al-Quran dan
Sunah Nabi.
Frekuensi Peratusan
Sangat Tidak Setuju 3 .8
Tidak Setuju 4 1.1
Setuju 76 20.1
Sederhana Setuju 70 18.5
Sangat Setuju 226 59.6
Jumlah 379 100.0
Sumber: Soal Selidik (2013)

2. Perkaitan khidmat rawatan tradisional dan alternatif Islam

Merujuk Jadual 11, taburan tertinggi sebanyak 34.6 peratus "setuju" mengatakan khidmat

rawatan alternatif berteraskan Islam ialah cabang daripada rawatan tradisional di alam Melayu.

Peratusan kedua tertinggi adalah "sederhana setuju" sebanyak 26.6 peratus. Peratusan terendah

pula "sangat tidak setuju" sebanyak 2.6 peratus.

17
Jadual 11 Khidmat rawatan alternatif berteraskan Islam ialah cabang daripada rawatan tradisional di
alam Melayu.
Frekuensi Peratusan
Sangat Tidak Setuju 10 2.6
Tidak Setuju 52 13.7
Setuju 131 34.6
Sederhana Setuju 101 26.6
Sangat Setuju 85 22.4
Jumlah 379 100.0
Sumber: Soal Selidik (2013)

3. Khidmat rawatan disediakan adalah bertepatan dengan syariat

Merujuk Jadual 12, taburan tertinggi sebanyak 40.1 peratus "setuju" mengatakan semua pusat

rawatan alternatif berteraskan Islam di Malaysia menyediakan khidmat rawatan bertepatan

dengan syariat. Peratusan kedua tertinggi adalah "sangat setuju" sebanyak 23.2 peratus.

Peratusan terendah pula "sangat tidak setuju" sebanyak 6.6 peratus.

Jadual 12 Semua pusat rawatan alternatif berteraskan Islam di Malaysia yang menyediakan
perkhidmatan rawatan bertepatan dengan syariat.
Frekuensi Peratusan
Sangat Tidak Setuju 25 6.6
Tidak Setuju 36 9.5
Setuju 152 40.1
Sederhana Setuju 78 20.6
Sangat Setuju 88 23.2
Jumlah 379 100.0
Sumber: Soal Selidik (2013)

4. Penggunaan jampi dalam rawatan

Merujuk Jadual 13, taburan tertinggi sebanyak 35.1 peratus "sangat setuju" mengatakan

bahawa menggunakan jampi serapah atau sesuatu mantera yang tidak difahami dan

digabungkan dengan ayat-ayat al- Quran atau doa-doa tertentu bukan merupakan perubatan

berteraskan Islam. Peratusan kedua tertinggi ialah “setuju” sebanyak 26.4 peratus. Peratus

terendah pula "tidak setuju" sebanyak 6.6 peratus.

18
Jadual 13 Menggunakan jampi serapah atau sesuatu mantera yang tidak difahami dan digabungkan
dengan ayat-ayat al-Quran atau doa-doa tertentu bukan merupakan pengubatan berteraskan Islam.
Frekuensi Peratusan
Sangat Tidak Seuju 61 16.1
Tidak Setuju 25 6.6
Setuju 100 26.4
Sederhana Setuju 60 15.8
Sangat Setuju 133 35.1
Jumlah 379 100.0

5. Rawatan berhubung dengan masalah spiritual

Merujuk Jadual 14, taburan tertinggi sebanyak 36.9 peratus "setuju" mengatakan khidmat

rawatan Islam kebiasaannya menyediakan khidmat rawatan penyakit berkaitan makhluk halus.

Peratusan kedua tertinggi ialah "sederhana setuju" sebanyak 28.8 peratus. Peratusan terendah

pula "sangat tidak setuju" sebanyak 4.0 peratus.

Bagi mengkaji signifikan demografi responden dengan soalan C5, dapat dilihat pada dua

jadual yang berikut.

Dalam Jadual 15, taburan tertinggi responden terdiri daripada golongan berumur 18-29

tahun lebih banyak memilih ‘sederhana setuju’ khidmat rawatan Islam kebiasaannya

menyediakan khidmat rawatan penyakit berkaitan dengan makhluk halus dengan jumlah 47

orang. Kecenderungan ini turut diikuti golongan responden berumur 17 tahun ke bawah.

Sementara itu, golongan responden berumur 30-40 tahun dan 41-50 tahun, mereka lebih

banyak memilih jawapan "setuju".

Berbeza dengan responden berumur 51 tahun ke atas, pemilihan kelompok tersebut lebih

seimbang dalam hal ini. Sebanyak 21 orang masing-masing memilih "tidak setuju" dan "setuju"

khidmat rawatan Islam kebiasaannya menyediakan khidmat rawatan penyakit berkaitan dengan

makhluk halus.

19
Jadual 14 Khidmat rawatan Islam kebiasaannya menyediakan khidmat rawatan penyakit berkaitan
dengan makhluk halus.
Frekuensi Peratusan
Sangat Tidak Setuju 15 4.0
Tidak Setuju 48 12.7
Setuju 140 36.9
Sederhana Setuju 109 28.8
Sangat Setuju 67 17.7
Jumlah 379 100.0
Sumber: Soal Selidik (2013)

Hasilnya, terdapat perbezaan yang signifikan antara kelompok umur dalam pemilihan

jawapan soalan C5. Nilai Pearson Chi-Square menunjukkan kelompok umur 18-50 tahun

mengatasi kelompok umur 51 tahun ke atas secara signifikan dalam pemilihan jawapan soalan

B5 dengan χ²= 41.118, df=16, p <0.05.

Jadual 15 Analisis jadual rujuk silang antara peringkat umur/dan soalan C5.
Khidmat rawatan Islam kebiasaannya menyediakan khidmat rawatan
penyakit berkaitan dengan makhluk halus.
Umur 1 2 3 4 5 Jumlah
17 tahun 0 0 4 5 0 9
ke bawah
18 tahun – 5 10 43 47 22 127
29 tahun
30 tahun – 1 5 43 25 18 92
40 tahun
41 tahun – 3 12 29 13 14 71
50 tahun
51 tahun 6 21 21 19 13 80
ke atas
Jumlah 15 48 140 109 67 379

Nota: 1. Sangat Tidak Setuju


2. Tidak Setuju
3. Setuju
4. Sederhana Setuju
5. Sangat Setuju

Jadual 16 Ujian Chi-Square.


Asymp. Sig.
Nilai df (2-sided)
Pearson Chi-Square 41.118a 16 .001
Likelihood Ratio 42.767 16 .000
Linear-by-Linear Association 8.736 1 .003
N of Valid Cases 379

20
6. Khidmat rawatan penyakit fizikal turut disediakan

Merujuk Jadual 17, peratusan tertinggi responden sebanyak 39.8 peratus mengatakan "setuju"

penyakit fizikal seperti demam, sakit kepala, kencing manis, lemah jantung dan lain-lain turut

dirawat di pusat rawatan alternatif berteraskan Islam. Peratusan kedua tertinggi ialah

"sederhana setuju" sebanyak 28.8 peratus. Peratusan terendah dicatatkan oleh "sangat tidak

setuju" sebanyak 1.1 peratus.

Jadual 17 Penyakit fizikal seperti demam, sakit kepala, kencing manis, lemah jantung dan lain-lain
turut dirawat di pusat rawatan alternatif berteraskan Islam.
Frekuensi Peratusan
Sangat Tidak Setuju 4 1.1
Tidak Setuju 21 5.5
Setuju 151 39.8
Sederhana Setuju 109 28.8
Sangat Setuju 94 24.8
Jumlah 379 100.0
Sumber: Soal Selidik (2013)

Bagi mengkaji signifikan demografi responden dengan soalan C6, dapat dilihat pada Jadual

18 dan Jadual 19. Dalam jadual tersebut, taburan tertinggi responden terdiri daripada golongan

berpendidikan dari IPT dalam negara majoriti "setuju" penyakit fizikal seperti demam, sakit

kepala, kencing manis, lemah jantung dan lain-lain turut dirawat di pusat rawatan alternatif

berasaskan Islam dengan jumlah 65 orang. Seterusnya, kelompok kedua tertinggi daripada

golongan berpendidikan sehingga sekolah menengah, seramai 55 orang mengatakan "setuju".

Taburan terendah responden yang pendidikan lain-lain berjumlah seorang pula memilih "tidak

setuju" terhadap kenyataan tersebut.

Hasilnya, terdapat perbezaan yang signifikan antara taraf pendidikan dalam pemilihan

jawapan soalan C6. Nilai Pearson Chi-Square menunjukkan kelompok bertaraf pendidikan

dari sekolah menengah dan IPT dalam negara mengatasi kelompok taraf pendidikan lain secara

signifikan dalam pemilihan jawapan soalan B5 dengan χ²= 32.234, df=20, p <0.05.
21
Jadual 18 Analisis jadual rujuk silang antara taraf pendidikan dan soalan C6.
Penyakit fizikal seperti demam, sakit kepala, kencing manis, lemah jantung dan lain-lain
turut dirawat di pusat rawatan alternatif berasaskan Islam
1 2 3 4 5 Jumlah
Taraf Sek. 0 1 12 9 5 27
pendidikan Rendah
tertinggi
Pondok/ 0 1 5 5 3 14
pesantren
Sek. 1 12 55 26 35 129
Menengah
IPT 2 5 65 60 43 175
Dalam
Negara
IPT 1 1 14 9 8 33
Luar
Negara
Lain-lain 0 1 0 0 0 1
Jumlah 4 21 151 109 94 379

Jadual 19 Ujian Chi-Square.


Asymp. Sig.
Value df (2-sided)
Pearson Chi-Square 32.234a 20 .041
Likelihood Ratio 21.314 20 .379
Linear-by-Linear
.182 1 .670
Association
N of Valid Cases 379
a. 15 cells (50.0%) have expected count less than 5. The
minimum expected count is .01.

KESIMPULAN

Berdasarkan perincian bahagian B, majoriti responden pernah mendapatkan khidmat rawatan

alternatif dan mengetahui kewujudan pusat rawatan alternatif berteraskan Islam di Malaysia.

Malah, pusat rawatan alternatif Islam merupakan pusat rawatan yang sering dirujuk

responden.2 Ini membuktikan, perubatan alternatif berteraskan Islam memiliki skop peranan

yang penting kepada masyarakat Muslim di Malaysia berbanding dengan pengubatan alternatif

jenis lain.

22
Peratusan tertinggi responden turut berpandangan "sangat bersetuju" bahawa sumber utama

khidmat rawatan perubatan Islam adalah daripada al-Quran dan Sunnah.3 Ini sekaligus

memperlihatkan persepsi yang tinggi dalam kalangan responden dan majoriti responden

mengetahui dengan baik sumber utama ilmu yang dipraktikkan dalam pelaksanaan pengubatan

alternatif berteraskan Islam.

Tahap persepsi tinggi dalam kalangan responden juga dapat diperhatikan apabila peratusan

tertinggi responden mengatakan "sangat setuju" bahawa jampi serapah atau sesuatu mantera

yang tidak difahami dan digabungkan dengan ayat-ayat al-Quran atau doa-doa tertentu bukan

merupakan perubatan berteraskan Islam.4 Oleh itu, ini menunjukkan masyarakat arif dan

mampu membezakan antara khidmat rawatan yang bertepatan dengan syariat atau sebaliknya.

Namun begitu, signifikan perkhidmatan yang disediakan pusat rawatan alternatif

berteraskan Islam di Malaysia dilihat dipengaruhi oleh dua faktor, iaitu:

1. Semua pusat rawatan alternatif berteraskan Islam di Malaysia menyediakan khidmat

rawatan bertepatan dengan syariat. Keputusan ini didorong atas dua faktor, iaitu Pertama,

masyarakat Muslim di Malaysia masih ragu-ragu dengan kredibiliti khidmat rawatan

alternatif Islam. Peratusan tertinggi responden sekadar mengatakan "setuju" dalam hal ini.

Keputusan ini dipercayai didorong faktor ketiadaan penguatkuasaan pihak berautoriti yang

mengawal, menyelia dan memantau kesahihan setiap khidmat rawatan yang diguna pakai

di setiap pusat rawatan alternatif Islam. Kedua, terdapat pusat rawatan Islam yang

menyalahgunakan nama "rawatan Islam" dalam pelaksanaan dengan mengaplikasikan

kaedah yang bertentangan syariat. Hal ini kerana masyarakat kini lebih arif dan mampu

membezakan cara rawatan yang bertepatan dengan syariat atau sebaliknya.

2. Kesukaran pihak hospital atau klinik untuk mengubati pesakit atau penyakit tertentu.5 Ini

didorong kewujudan pelbagai jenis penyakit yang sukar dikesan bahkan tidak mampu

disembuhkan dengan cara moden. Masyarakat lebih cenderung menggunakan rawatan


23
alternatif sebagai pelengkap kepada rawatan moden. Hal ini didorong tahap kepercayaan

yang lebih tinggi terhadap keberkesanan kaedah rawatan konvensional (Z.M. Siti, 2009,

292-299). Selanjutnya, persepsi responden dalam perkara ini terdiri daripada dua bahagian.

Kelompok pertama (responden berumur 17 tahun ke bawah-40 tahun) memilih kesukaran

pihak hospital atau klinik untuk mengubati pesakit/penyakit tertentu sebagai faktor

pendorong merujuk khidmat rawatan alternatif Islam. Sementara itu, kelompok kedua

(responden berumur 41 tahun-51 tahun ke atas) memilih kemahuan sendiri untuk

mendapatkan khidmat rawatan Islam sebagai faktor pendorong.6 Jadi, faktor umur

mempunyai signifikan tersendiri dalam hal ini.

3. Dirujuk hanya apabila melibatkan fungsi kebiasaannya sebagai penyelesai masalah

spiritual (misalnya gangguan makhluk halus) (John A. Astin, 1988).7 Kesinambungan

faktor ini dapat dilihat apabila majoriti responden mengatakan "setuju" khidmat rawatan

Islam kebiasaannya menyediakan khidmat rawatan penyakit berkaitan dengan makhluk

halus.8

Seterusnya, persepsi sederhana responden dapat diperhatikan pada dua perkara yang

berikut:

Seterusnya, persepsi sederhana responden dapat diperhatikan pada dua perkara yang berikut:

1. Semua pusat rawatan alternatif berteraskan Islam di Malaysia menyediakan khidmat

rawatan bertepatan dengan syariat.9 Keputusan ini didorong atas dua faktor, iaitu Pertama,

masyarakat Muslim di Malaysia masih ragu-ragu dengan kredibiliti khidmat rawatan

alternatif Islam. Peratusan tertinggi responden sekadar mengatakan "setuju" dalam hal ini.

Keputusan ini dipercayai didorong faktor ketiadaan penguatkuasaan pihak berautoriti yang

mengawal, menyelia dan memantau kesahihan setiap khidmat rawatan yang diguna pakai

di setiap pusat rawatan alternatif Islam. Kedua, terdapat pusat rawatan Islam yang

menyalahgunakan nama "rawatan Islam" dalam pelaksanaan dengan mengaplikasikan


24
kaedah yang bertentangan syariat. Hal ini kerana masyarakat kini lebih arif dan mampu

membezakan cara rawatan yang bertepatan dengan syariat atau sebaliknya.10

2. Penyakit fizikal seperti demam, sakit kepala, kencing manis, lemah jantung dan lain-lain

turut dirawat di pusat rawatan alternatif berteraskan Islam.11 Ini membuktikan responden

tidak kira dari mana-mana latar belakang pendidikan tidak mengetahui lebih lanjut akan

peranan lebih komprehensif boleh dimainkan oleh rawatan alternatif Islam di Malaysia.12

Keperluan untuk menyerlahkan skop rawatan lebih menyeluruh dalam pelaksanaan PTK

perlu diperkukuh dengan memberikan penekanan kepada rawatan fizikal di pusat-pusat

rawatan Islam.

Persepsi lemah responden dapat diperhatikan pada perincian yang berikut:

25
1. Khidmat rawatan alternatif berteraskan Islam ialah cabang daripada rawatan tradisional di

alam Melayu.13 Secara konsepnya, perubatan alternatif berteraskan Islam adalah berbeza

dengan rawatan tradisional Melayu. Rawatan tradisional didominasi golongan dukun atau

bomoh (penyembuh tradisional) yang arif hasil pengetahuan dan pengalaman tentang alam.

Pelaksanaannya banyak dipengaruhi unsur-unsur rawatan tradisional (menggunakan herba

dan sebagainya) dan seringkali bercampur antara perkara menepati syariat atau sebaliknya

terutama apabila melibatkan masalah spiritual. Semantara itu, cara pengubatan Islam

berasal daripada Rasullullah SAW, sahih cara rawatannya serta menepati kaedah ditetapkan

syara’. Fokus rawatan Islam adalah berupa "penyembuhan melalui nilai agama" dan

dilakukan melalui ruqyah, solat dan bacaan al-Quran (Ibrahim b. Syed, 2003, 45-49).

Namun begitu, pengubatan alternatif berteraskan Islam turut mempromosikan ubat-ubatan

alam hasil aplikasi rawatan tradisional sebagai tambahan dalam menambah nilai

keberkesanan rawatan.

2. Khidmat rawatan Islam kebiasaannya menyediakan khidmat rawatan penyakit berkaitan

dengan makhluk halus.14 Taburan tertinggi responden terdiri daripada golongan berumur

17 tahun ke bawah, 18-29 tahun 30-40 tahun dan 41-50 tahun lebih banyak memilih

"sederhana setuju" dan "setuju" dalam hal ini. Namun, golongan responden berumur 51

tahun ke atas yang juga merupakan kelompok responden ketiga tertinggi lebih celik dalam

hal ini. Pemilihan jawapan kelompok tersebut lebih seimbang.15 Ini didorong oleh faktor

usia kerana mereka sering menghidap penyakit apabila telah berusia. Oleh itu, mereka lebih

mengetahui pusat rawatan Islam turut menyediakan perkhidmatan penyakit jasmani selain

penyakit spiritual yang lazim menjadi lambang rawatan Islam.

Rumusannya, signifikasi perubatan alternatif berteraskan Islam kepada masyarakat Muslim

di Malaysia tidak dapat dinafikan. Namun begitu, terdapat beberapa persepsi lemah, sederhana
26
dan salah faham konsep yang memerlukan penerangan, saluran ilmu dan penambahbaikan

lebih lanjut. Bagi menangani masalah tersebut, semua pihak wajar memastikan keberkesanan,

keselamatan dan kawalan kualiti khidmat rawatan yang disediakan diperakui dan diselia pihak

berautoriti agar kredibiliti perubatan alternatif berteraskan Islam tidak diragui (Xu Hao dan

Chen Ken Ji, 2012, 403-404).

NOTA

1. Geran penyelidikan Universiti Malaya bernombor RG 419-12 HNE; "Pusat Rawatan Alternatif

Berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah: Kajian Malaysia."

2. Lihat perbincangan soalan B1, B2 dan B3.

3. Lihat perbahasan soalan C1.

4. Lihat perbahasan soalan C4.

5. Lihat perbincangan soalan B5.

6. Rujuk perbahasan analisis Crosstabulation antara umur responden dan soalan B5.

7. Lihat perbahasan soalan B4. Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang mendorong responden

memilih kaedah rawatan cara alternatif; (3) Rawatan alternatif dilihat memberikan sepenuh kuasa

autonomi ke atas pesakit untuk membuat pilihan dan keputusan. (4) Kaedah rawatan alternatif

dilihat lebih sesuai dengan tanggapan menyeluruh dan kepercayaan pesakit.

8. Lihat perbahasan soalan C5.

9. Lihat perbahasan soalan C3.

10. Lihat perbahasan soalan C4.

11. Lihat perbahasan soalan C6.

12. Rujuk perbahasan analisis Crosstabulation antara taraf pendidikan responden dan soalan C6.

13. Lihat perbahasan soalan C2.

14. Lihat perbahasan soalan C5.

15. Rujuk perbahasan analisis Crosstabulation antara umur responden dan soalan C5.

27
RUJUKAN

Alastair H. MacLennan, M.D, et al.. "The Escalating Cost and Prevalence of Alternative Medicine"
dlm. Preventive Medicine, 35, 172, 2002.
Andrian Furnham, Joanna Lovett. "The Perceived Efficacy and Risks of Complementary and
Alternative Medicine and Conventional Medicine: A Vignette Study" dlm. Journal of Applied
Biobehavioral Research, 6 (1): 39-63, 2001.
Azizan Baharuddin, 1993. "Unsur Rasional dan Spiritual di Dalam Perubatan Melayu" dlm. Azizan
Baharuddin (pnyt), Perubatan dan Kesihatan di Kalangan Orang Melayu. Kuala Lumpur: Akademi
Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Edzard Ernst, MD. "Harmless Herbs? A Review on the Recent Literature" dlm. The American Journal
of Medicine, 104, 1998.
Esther Walcott, 2004. "Seni Pengobatan Alternatif: Pengetahuan dan Persepsi". Kerja Kursus Program
Australian Consortium for in Country Indonesia Studies (ACICIS), Malang, Indonesia: Universitas
Muhammadiyah.
Hassan Azaizeh, Bashar Saad, Edwin Cooper dan Omar Said. "Traditional Arabic and Islamic
Medicine, A Re-Emerging Health Aid." eCAM, 7 (4): 419 – 424, 2010.
Ibrahim b. Syed. "Spiritual Medicine in the History of Islamic Medicine" dlm. JISHIM, 2 (4): 45-49,
2003.
John A. Astin. "Why Patients Use Alternative Medicine: Results of a National Study" dlm. JAMA,
279(19), hlm. 1548–1553, 1998.
Khadher Ahmad, 2012. Analisis Hadith-hadith Mengenai Rawatan Sihir dalam Al-Kutub Al-Sittah:
Aplikasi di Pusat Rawatan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Khadher Ahmad dan Mohd Farhan Md Ariffin. "Pengubatan Alternatif Berteraskan Islam: Analisis
Perkembangan dan Hala Tujunya di Malaysia" dlm. Jurnal ILIM, 6, 2013.
Khadher Ahmad, Abdullah Yusuf dan Mohd Farhan Md Ariffin. "Hala Tuju Pengubatan Alternatif
Berteraskan Islam di Malaysia: Kajian Persepsi Pengamal Perubatan" dlm. Al-Basirah Journal,
Akademi Pengajian Islam Nilam Puri, 4 (6): 109-134, 2014.
Khadher Ahmad, et al.. "Seni Perubatan Alternatif di Malaysia: Analisis Permasalahan Metode
Rawatan" dlm. Global Journal Al-Thaqafah (GJAT), 4. 2013.
Marcia Angell, M.D, Jerome P. Kassirer, M.D. "Alternative Medicine – The Risks of Untested and
Unregulated Remedies" dlm. The New England Journal of Medicine, 339 (12), 1998.
Mohd. Afifuddin Mohamad dan Nooraini Othman, 2013. "Rawatan Spiritual Ruqya sebagai Alternatif
Rawatan Moden: Satu Kajian Awal". Kertas kerja yang dibentangkan di The 4th International
Graduate Conference on Engineering Science and Humanity 2013, 16-17 April 2013, UTM.
Peletz, Michael G., 1988. A Share of the Harvest: Kinship, Property and Social History Among the
Malays of Rembau. Berkeley: University of California Press.
Roland Werner, 1983. Transcultural Healing, the Whole Human. Kuala Lumpur: University Malaya
Press.
Salim M Adib, 2004. "From the Biomedical Model to the Islamic Alternative: A Brief Overview of
Medical Practices in the Contemporary Arab World" dlm. Social Science and Medicine, 58 (4): 697-
702.
Syed Shahzad Hasan, et al.. "Use of Complementary and Alternative Medicine among Patients with
Chronic Disease at Outpatient Clinics" dlm. Complementary Clinics in Clinical Practices, 15(3):
15-27, 2009.
28
Timmermans dan Karin, 2001. ASEAN Workshop: TRIPS, CBD and Traditional Medicines: Concepts
and Questions. Jakarta: 13-15:02.01.
Xu Hao dan Chen Ke-Ji. "Complementary and Alternative Medicine: Is it Possible to be Mainstream?"
dlm. Chin J Integr Med, 18(6): 403-404, 2012.
Z.M. Siti, et al.. "Use of Traditional and Complementary Medicine in Malaysia: A Baseline Study" dlm.
Complementary Therapies in Medicine, 17(5–6), pp. 292–299, 2009.

29
30

You might also like