You are on page 1of 35

PERUBATAN TRADISIONAL

Perubatan cara tradisional adalah warisan turun temurun nenek moyang kita lagi dan banyak
pengorbanan , keadaan atau cara telah dilakukan dalam usaha mendapatkan ubat-ubatan yang
benar-benar berkesanan .Dalam masyarakat Malaysia kaedah rawatan tradisional biasanya
diamalkan oleh jampi serapah di samping ubat-ubatan asli yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan
dan haiwan serta serangga.
Perubatan tradisional berkembang menjadi salah satu cabang ilmu perubatan yang penting
kerana ia memberi pelbagai sumbangan ke arah meningkatkan taraf kesihatan negara
ini.Perubatan tradisional masih diperlukan biarpun dunia perubatan semakin canggih.Malahan
dalam beberapa jenis penyakit, sistem perubatan tradisional ternyata lebih berkesan daripada
perubatan moden.
Perubatan tradisional masih lagi diperlukan oleh masyarakat hariini kerana beberapa faktor
.Antaranya ialah warisan amalan hidup tradisional masih mengekang nilai hidup sebahagian besar
masyarakat khususnya orang melayu di kawasan dan pedalamaan .Sejak sekian lama orang Melayu
amat terpengaruh kepada kepercayaan animisme dan saki baki kepercayaan ini masih lagi wujud
walaupun angin perubahan dan kemodenan begitu kencang bertiup.
Kepercayaan animisme mengajar masyarakat bahawa setiap penyakit bermula daripada
lebihan kecairan ,racun dan pengaruh makhluk halus.Kalau hendak menyembuhkan penyakit yang
sebegitu rupa ,amalan perubatan tradisional diperlukan .Selain itu, perubatan moden masih gagal
mngubati penyakit ganjil yang berkaitan dengan kuasa ghaib ,misalnya santau ,histeria atau rasukan
hantu.
Iblis dan syaitan boleh menyebabkan pesakit menjadi gila atau hilang akal seketika
waktu,muntah darah atau menjerit-jerit .Penyakit penyakit ganjil juga boleh disembuh melalui
perubatan tradisional dan memang sukar disembuhkan dengan perubatan moden.Kaedah perubatan
tradisional memang berkesan untuk mengubati penyakit seperti ini.Oleh sebab itulah golongan
seperti ini masih memerlukan perubatan tradisional dan menolak pengubatan seperti ini.
Perubatan tradional masih lagi diperlukan kerana berupaya dan menjadi penawar kepada
pelbagai penyakit yang berbahaya .Penyakit -penyakit seperti darah tinggi,lelah ,lumpuh ,patah
tulang dan penyakit-penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf kebiasanya lebih serasi dengan
perubatan tradisional jika dibandingkan dengan perubatan moden.
Sesetengah rawatan perubatan tradisional mendatangkan kesan yang baik ,khasnya dalam
mengubati tulang yang patah .Ada bomoh patah atau bomoh tulang yang dapat menyembuh sakit ini
menurut kepakarannya tanpa melalui proses pembalutan seperti kaedah rawatan perubatan
moden.Selain itu pengamal perubatan tradisional mendakwa bahawa perubatan moden telah gagal
menangani penyakit-penyakit yang berkaitan dengan urat saraf dan angin .
Rawatan tradisional lebih terhasil dan benar-benar menyakinkan masyarakat .Manakala di
kalangan masyarakat Cina, akupunktur dan ubat-an sinseh terkenal sejak zaman berzaman
lagi.Kedua-dua jenis perubatan ini mujarab bagi beberapa penyakit seperti darah tinggi ,sakit lelah
dan lumpuh .Tambahan pula rawatan akupunktur boleh menggantikan ubat bius dalam proses
pembedahan.
Justeru itu masyarakat kini lebih mempercayai kaedah rawatan tradisional .Lebih-lebih lagi
untuk mengubati penyakit-penyakit ayng berbahaya .Dan perubatan tradisional semakin mendapat
sambutan memandangkan kejayaan rawatan dan penemuan khasiat ubatan tradisional yang
mujarab .Sistem rawatan secara tradisional juga dikatakan amat berkesan untuk menyembuhkan
penyakit yang kronik seperti jangkitan HIV atau AIDS ,penagihan dadah ,kencing manis dan penyakit
mental.Penyakit tersebut sememangnya tidak dapat disembuhkan melalui rawatan perubatan
moden.Untuk penyakit hilang akal atau gila umpamanya ,terdapat bomoh atau pengamal perubatan
tradisional yang mampu untuk menyembuhkannya.
Begitu juga dengan buta, bisu, pekak dan sebagainya yang dapat disembuhkan oleh rawatan
tradisional ,bukannya melalui pembedahan seperti yang digunakan di dalam perubatan moden.Dalam
penagihan dadah pula,terdapat pusat rawatan tradisional yang telah memulihkan para penagih
banyak menggunakan sistem rawatan tradisional .Semua ini membuktikan bahawa perubatan
tradisional masih diperlukan .
Perubatan tradisional masih lagi diperlukan kerana rata-rata masyarakat masih lagi belum
mampu hendak membiayai belanja dan kos perubatan moden.Bayaran perubatan tradisional lebih
mudah berbanding dengan perubatan moden.Maksudnya kian canggih dan moden alatan yang
digunakan dalam perubatan moden ,kian tingggi pula kos yang terpaksa ditanggungkan oleh orang
ramai.Contohnya kos sebanyak RM20,000 yang diperlukan untuk merawat sakit lemah jantung
dengan menggunakan laser.

Memang kesan perubatan begini dapat memberi impak yang cepat dan tepat ,tetapi dengan kos
yang tinggi itu,berapa orangkah yang mampu membiayainya ?Bagi rawatan tradisional ,bayarannya
murah kerana perkhidmatan ini berlandaskan niat ingin menolong dan bukan semata-mata mengaut
keuntungan .Maka ,bayaran biasanya mengikut keikhlasan dan kemampuan pesakit .Dari segi
rawatan pula ,perubatan tradisional tidak diperlukan alat-alat yang mungkin berharga beribu-ribu
ringgit ,tetapi perbelanjaan perubatan lebih murah dengan menggunakan ramuan tertentu sahaja.
Kadar bayarannya yang rendah juga berpunca daripada harga ubat-ubatan tradisional yang
murah.bayaran yang murah dalam perubatan tradisional, boleh mengurangkan tanggungjawab
golongan miskin dan setengahnya mengalihkan perhatian orang ramai kepada perubatan tradisional.
Dengan sebab itu sistem perubatan tradisional masih diperlukan lagi.
Sistem perubatan tradisional bukanlah asing kepada para penduduk Di negara ini.Perubatan
cara ini bukan sahaja digunakan oleh masyarakat melayu sahaja, malahan oleh masyarakat lain
seperti India dan Cina.Semua kaum mempunyai sistem rawatan tradisional masing-masing.
Malahan sering kita dapati orang Cina mendapatkan rawatan daripada Bomoh atau dukun
Melayu, sedangkan orang Melayu pula mendapatkan rawatan daripada sinseh dan bomeh Cina .Ini
membuktikan bahawa sistem rawatan tradional ini digunakan secara menyeluruh oleh masyarakat
dan tidak terhad kepada sesuatu kaum sahaja.Hakikat bahawa amalan ini ada
pada semua kaum menunjukkan sistem rawatan lama ini juga berkesan untuk menyembuhkan
pelbagai jenis penyakit.
Selain itu sistem rawatan tradisional ini masih diperlukan di negara ini masih diperlukan di
negara ini kerana bagi masyarakat luar bandar sistem perubatan seperti itu sudah sebahagian
daripada kepercayaan mereka. Bagi masyarakat yang tinggal di pedalaman dan masih tertinggal
dalam arus pembangunan moden,sistem perubatan tradisional adalah warisan nenek moyang sejak
zaman-berzaman lagi.
Dalam semua jenis penyakit,mereka meletakkan sepenuh kepercayaan kepada bomoh atau
dukun untuk menyembuhkannya.Kepercayaan ini telah dibuktikan benar melalui pengalaman sehariharian mereka .Mereka berpegang kepada amalan dalam agama Islam bahawa tidak boleh
disembuhkan.
Kesimpulannya,kemajuan ilmu dan materialistik yang kita capai, Kita tidak seharusnya
menyebabkan kita melupkan sistem perubatan Tradisional.Jelaslah bahawa perubatan
tradisional.Jelaslah bahawa perubatan tradisional memberi manfaat yang besar untuk kesejahteraan
dan kehidupan manusia.Pendek kata perubatan tradisional semakin penting dalam dunia perubatan
sekarang .Ia seharusnya diterima sebagai satu cabang perubatan dan digabungkan dengan teknologi
perubatan moden demi meninggikan
mutu perubatan di negara ini.

KEBANYAKAN sediaan herba dibekalkan dalam beberapa bentuk dos. Ramai yang mempersoalkan
tentang ketepatan dan keberkesanan dos-dos tersebut. Pengamal perubatan tradisional yang
berpengalaman mengatakan bahawa ini tidaklah bermakna pengamal perubatan tradisional tidak tahu
langsung tentang amaun ubat yang diberikan. Ada ketikanya sediaan tersebut diberikan berasaskan
pertimbangan yang dibuat oleh pengamal sendiri berdasarkan pengalaman lalu dan keadaan pesakit.
Pengamal-pengamal perubatan tradisional yang berpengalaman dan terlatih selalunya akan
memberikan dos-dos yang berlainan untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Mereka juga
menegaskan tentang perbezaan dos dari segi jantina serta memberikan peringatan khas kepada
wanita terutamanya yang hamil. Di dalam kebanyakan kes, wanita-wanita hamil tidak digalakkan
memakan ubat-ubat tradisional tanpa sebarang nasihat khusus mengenainya. Oleh yang demikian
perhubungan di antara pengamal dan pesakit adalah mustahak dan perlu untuk menentukan bentuk
perubatan alternatif ini berkesan dan memberi manfaat. Keterangan yang tepat dapat membantu
untuk lebih memahami kesan baik dan buruknya sesuatu persediaan tersebut.
Praktis perubatan tradisional melarang pengambilan beberapa jenis makanan di atas beberapa sebab
yang lazimnya berkaitan dengan konsep perubatan tradisional itu sendiri. Walau apa pun pandangan
masyarakat terhadap perubatan tradisional ini, seperkara yang harus diingatkan bahawa seperti
perubatan moden juga ia bukanlah satu sistem perubatan yang tiada cacat-celanya. Ketika
membincangkan kekurangan data saintifik mengenai keberkesanannya, ramai yang masih ragu
tentang ketepatan dos yang diberikan dan diagnosis yang mungkin kurang tepat. Walau
bagaimanapun, perkara ini pun boleh berlaku di dalam sistem perubatan moden. Oleh itu adalah lebih
baik meyakinkan dan bermakna sekiranya amalan perubatan tradisional ini dilakukan oleh orang yang
betul-betul berpengalaman dan pakar dalam bidang tersebut.
KELUARAN PALSU DAN TERCEMAR
Sesetengah penyediaan keluaran herba jarang memberikan perhatian yang serius terhadap faktor
kebersihan. Pencemaran mungkin berlaku dan ini boleh bermula dari proses pengumpulan bahanbahan mentah, proses penyediaan dan pembungkusan keluaran herba tersebut. Perkara ini boleh
diatasi dan diperbaiki melalui kefahaman dan latihan. Selain daripada itu, sediaan-sediaan herba juga
tidak seharusnya dianggap bebas daripada sebarang pencemaran dan bahan toksik. Keadaan ini
diburukkan lagi oleh glongan tidak bertanggungjawab yang memalsukan keluaran yang telah berada
di pasaran sebagai cara untuk mendapatkan keuntungan segera.
Harus diingatkan bahawa ini bukanlah perkara yang janggal kerana pemalsuan sebagini juga sering
berlaku terhadap keluaran ubat-ubat moden. Usaha-usaha yang tidak bertanggungjawab ini selalunya
dilakukan oleh merekan yang kurang pengalaman atau pengetahuan tentang perubatan tradisional.
Tujuannya adalah semata-mata untuk mengaut keuntungan segera tanpa menghiraukan kesannya
terhadap pengguna. Kegiatan sebegini bukan sahaja memburukkan imej pengamal perubatan
tradisional yang benar-benar tulen tetapi juga mencemarkan sistem perubatan alternatif ini. Kegiatan
seperti ini perlulah dibasmi dengan segera dan ia memerlukan kerjasama dari semua peringkat agar
perhubungan saling bergantung antara manusia dan tumbuh-tumbuhan khasnya akan terus wujud
dan berkembang dengan harmoni tanpa sebarang prasangka.
Sebagai langkah keselamatan, penggunaan sebarang jenis ubat tidak kira samada ianya moden

memerlukan pengawasan dan penerangan dari pihak yang pakar mengenainya. Ubat-ubat yang
diyakini keselamtannya pun boleh menjadi bahaya sekiranya disalah gunakan. Walaupun kes
keracunan berkaitan keluaran tradisional jarang dilaporkan, kita tidak boleh membuat kesimpulan
bahawa kesemuanya selamat. Kekurangan kes keracunan akibat ubat-ubatan tradisional mungkin
kerana sesuatu penyakit yang timbul agak sukar dikaitkan dengan pengambilan keluaran tradisional
tersebut kecuali ianya terjadi sebaik sahaja ubat tersebut dimakan atau digunakan. Masyarakat juga
kadangkala mengambil sikap sambil lewa terhadap tanda-tanda yang mungkin disebabkan oleh
sesuatu keluaran hinggalah keadaan menjadi bertambah serius. Kekurangan ini mungkin juga
disebabkan tiada kajian yang terperinci dibuat mengenainya. Di sebalik kes-kes di mana pesakit
memperolehi manfaat dengan persediaan herba, kita tidak harus lupa akan kegagalan yang
disebabkan olehnya. Sering kali kejayaan akan diambil kira sebagai keberkesanan menyeluruh
penggunaan sediaan herba tetapi kegagalannya akan diketepikan atau pun diabaikan sama sekali.
Apa yang dikhuatiri ialah sesuatu keluaran herba yang telah dikenal pasti kebaikannya mungkin
bertukar menjadi toksik disebabkan kegagalan pengusahanya mengenal pasti spesies dengan tepat.
Walau pun perkara seumpama ini tidak pernah dilaporkan berlaku di negara kita, beberapa kejadian
di luar negeri harus dijadikan penduan agar kita lebih berhati-hati. Compfrey (Symphytum officinale)
dengan foxglove (Digitalis purpurea) di dalam satu persediaan herba telah menyebabkan beberapa
kes kemalangan di Amerika suatu ketika dahulu. Kedua-dua tumbuh-tumbuhan tersebut mempunyai
ciri-ciri luaran yang sama. (Digitalis purpurea) dikenal pasti mengandungi glikosida jantung yang boleh
mendatangkan mudarat bila digunakan dengan cara yang tidak teratur. Akhir-akhir ini terdapat pula
kajian yang menunjukkan Symphytum officinale yang suatu masa dahulu dikenali sebagai selamat
dan berksan kini mengandungi suatu sebatian yang boleh mengakibatkan kesan toksik terhadap hati.
Sebatian tersebut tergolong dalam kumpulan alkaloid pirolizidina. Walau bagaimanapun penemuan ini
masih agak kontroversi. Di negara kita, antara beberapa kejadian keracunan yang pernah dilaporkan
berlaku membabitkan tumbuh-tumbuhan seperti Datura metel (pokok kecubung atau terung pungak),
Elateriospermum blume (buah perah) dan Dioscorea daemona (ubi gadong).
Pengguna juga harus diingatkan akan kehadiran keluaran-keluaran palsu yang berada di pasaran.
Jenama-jenama keluaran yang terkenal selalu dipalsukan oleh orang-orang yang tidak
bertanggungjawab sebagai usaha untuk mendapat keuntungan. Untuk lebih memburukkan lagi
keadaan, ada keluaran yang mengandungi bahan-bahan yang tidak seharusnya hadir dalam
persediaan tersebut. Antara bahan-bahan yang pernah ditemui di dalam persediaan herba ialah
steroid, parasetamol, teofilina, asid salisilik dan klorfeniramina. Di dalam beberapa kes yang pernah
berlaku di luar negeri, kajian rawak yang dilakukan ke atas beberapa persediaan ubat-ubat tradisional
ini turut menemui bahan-bahan narkotik di dalamnya. Sebahagian dari persediaan ini diproses untuk
tujuan ekspot. Selain daripada itu terdapat beberapa keluaran ubat-ubat tradisional ini turut
mengandungi paras logam berat yang melebihi tahap yang dibenarkan. Antara logam berat yang
sering ditemui ialah plumbum, raksa dan arsenik. Pencemaran logam berat ini boleh berlaku bermula
dari cara pengumpulan dan penyimpanan bahan-bahan mentah, peralatan dan proses pengilangan
yang tidak sempurna. Oleh itu pengguna akan menghadapi risiko yang tinggi sekiranya terambil
keluaran yang tercemar ini.
Sebagai langkah keselamatan, berhati-hatilah semasa menggunakan sesuatu keluaran. Pengguna
haruslah berusaha untuk mendapatkan keterangan dan nasihat seawajarnya tentang sebarang jenis

ubat dari pihak-pihak yang mengetahui dan pakar mengenainya. Pastikan ianya selamat digunakan
dan patuhi arahan yang diberikan dengan betul. Jauhkan dari mencuba sesuatu yang tidak pasti dan
meragukan.

Soalan: Anda diberi peluang menyertai satu pertandingan perbahasan di sekolah anda.
Tajuk perbahasan tersebut ialah "Perubatan Tradisional Mendatangkan Kesan Yang Buruk
Kepada Pengguna". Sediakan huja-hujah anda untuk membahas tajuk ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis, barisan juri yang arif lagi
bijaksana, tuan penjaga masa yang peka dengan masa, pihak pencadang yang
mencadang yang turut saya hormati, guru-guru serta murid-murid sekalian. Selamat
pagi, Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia, berdirinya saya di sini adalah untuk
membahas tajuk perbahasan kita pada hari ini, "Perubatan Tradisional Mendatangkan
Kesan Yang Buruk kepada Pengguna". Saya sebagai selaku pihak pembangkang
sepenuhnya tidak bersetuju dengan takut kita hari ini.
Sidang dewan sekalian,
Saya ingin menukar tajuk kita hari ini dengan izinnya kepada "Perubatan Tradisional
Mendatangkan Kesan yang Baik kepada Pengguna". Perubatan tradisional masih
mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Hal ini disebabkan permintaan bagi mendapat
sambutan yang baik daripada pengguna. Para pengguna masih lagi percaya
bahawasanya ia mujarab serta boleh menyembuhkan luka dengan cepat. Secara tidak
langsung, perubatan tradisional tidak kalah dengan tarafnya perubatan yang moden.
Justeru, perubatan tradisional mendatangkan lebih kesan yang baik kepada pengguna
daripada yang buruk.
Sidang dewan sekalian,
Tahukah anda kebanyakan perubatan tradisional ini mempunyai antibiotik semula
jadi? Perubatan tradisional lazimnya menggunakan akar kayu, rempah-ratus dan herba
yang diproses tanpa bahan kimia. Hal ini boleh membuka mata masyarakat bahawa
perubatan tradisional ini boleh menyembuh luka-luka terutamanya yang tidak dapat
disembuhkan melalui perubatan moden. Sekali lagi perubatan tradisional ini memberi
kesan yang positif kepada para pengguna.
Hadirin sekalian,
Ramai wanita zaman sekarang sensitif akan kecantikan luaran mereka agar
masyarakat dapat menerima mereka seadanya. Perubatan tradisional seperti yang

dibahaskan tadi masih lagi dipercayai ramai kerana penggunaan untuk kesihatan tidak
menyakitkan serta menggelikan. Bahan-bahan seperti jintan, zaitun dan rumput serani
boleh diggunakan dalam rawatan kecantikan terutamanya di bahagian muka. Hal ini
sepenuhnya menjadi bahan bukti yang kukuh bahawa perubatan tradisional
mendatangkan kesan yang baik kepada pengguna.
Kesimpulannya, tajuk kita pada hari ini wajar ditolak kerana perubatan tradisional
mendatangkan kesan yang baik juga. Saya berharap masyarakat di luar sana tidak
menggangap perubatan tradisional ini menggunakan ilmu hitam. Sebaliknya, ia lebih
menggunakan bahan-bahan yang seperti akar kayu, rempah ratus dan herba yang
mempunyai antibiotik untuk badan kita. Saya sarankan agar masyarakat mencuba
perubatan tradisional bagi membuktikan saya yang perubatan tradisional ini
mendatangkan kesan yang buruk atau baik.

CARA-CARA MENGHARGAI WARGA TUA

Warga tua merujuk kepada mereka yang berusia lebih daripada 60 tahun. Mereka merupapan ibu, bapa, datuk atau
nenek, bapa saudara atau ibu saudara kita. Mereka merupakan golongan yang paling berjasa kepada keluarga,
masyarakat dan negara. Warga tua telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-anak.
Namun, pada hari ini, warga tua sering diabaikan ibarat peribahasa melukut di tepi gantang dan jasa mereka dilupakan
oleh masyarakat. Ada sesetengah mereka pula dianggap seperti Quran buruk. Bagaimanapun, jasa dan sumbangan
warga tua perlu dihargai oleh semua pihak.
Ahli keluarga perlu menyayangi warga tua. Warga tua yang terdiri daripada ibu melahirkan zuriat dan berperanan
mengurus rumah tangga serta mendidik anak-anak. Kaum bapa pula membanting tulang empat kerat mencari rezeki
untuk keluarga. Pengorbanan ibu bapa perlu diingati serta dibalas dengan sebaik-baiknya. Sebagai anak, kita perlu
menjaga ibu bapa kita ketika mereka tua serta uzur. Anak-anak tidak seharusnya menghantar mereka ke rumah orang
tua-tua. Jika mereka berbuat demikian, mereka boleh dianggap sebagai kacang lupakan kulit.
Di samping itu, guru menjadi suri teladan menasihati pelajar agar menghormati ibu bapa serta warga tua. Kita perlu
memberikan perhatian dan sering mendampingi mereka. Selain itu, anak-anak perlu bertutur dengan sopan apabila
berkomunikasi dengan ibu bapa mereka. Ketika bersalam, anak-anak hendaklah mencium tangan mereka. Hal ini

demikian kerana kasih ibu membawa ke syurga dan kasih bapa sanggupkah berpisah berkorban nyawa. Sewajarnya
anak-anak tidak mengabaikan warga tua tersebut.
Seterusnya, kerajaan dan pihak swasta turut berperanan menghargai warga tua. Kerajaan dan pihak swasta hendaklah
berganding bahu seperti aur dengan tebing. Kedua-dua pihak tersebut hendaklah menyediakan pelbagai kemudahan
untuk warga tua. Sebagai contoh, rumah penjagaan warga tua yang mempunyai pelbagai kemudahan penjagaan
hendaklah disediakan untuk mereka. Di samping itu, warga tua juga hendaklah diberikan rawatan percuma di hospital
kerajaan. Sekiranya memerlukan bayaran, mereka hendaklah dikenakan kadar bayaran rendah di hospital kerajaan
atau klinik swasta. Keperihatinan tersebut menunjukkan sikap mengambil berat tanpa mengira pangkat, demi
keselesaan warga tua.
Media massa tidak terkecuali dalam usaha menghargai warga tua. Media massa seperti surat khabar dan televisyen
serta Internat boleh menyiarkan cerita-cerita yang berkaitan dengan pengorbanan dan penderitaan hidup warga tua.
Sebagai contoh, rancangan yang disiarkan oleh TV3, iaitu Bersamamu, menunjukkan terdapat pelbagai pihak yang
sanggup menghulurkan bantuan khususnya kepada warga tua yang daif. Hal ini menyedarkan kita tentang pentingnya
warga tua dalam hidup kita. Oleh itu, kita tidak boleh mengabaikan warga tua.
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga tua. Tanpa mereka
siapalah kita. Jangan sesekali kita bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana suatu
hari nanti, kita juga pasti akan menjadi tua juga. Kita tidak boleh mengabaikan warga tua kerana merekalah yang
telah berkorban melahirkan, membesarkan, dan mendidik anak-anak hingga berjaya dalam hidup.

Warga tua sering dikaitkan dengan mereka yang berumur lebih daripada 55 tahun yang juga dikenali
sebagai warga emas. Populasi warga ini semakin hari semakin bertambah di negara ini terutama di
kawasan bandar. Pertambahan jumlah penduduk warga tua ini menyebabkan negara memerlukan
satu perancangan baru untuk menjadikan kehidupan warga ini lebih baik dan ceria setelah penat
bekerja memajukan negara. Maka, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan,
swasta dan masyarakat untuk menceriakan warga emas.
Kerajaan boleh mengumumkan bahawa semua warga tua boleh menikmati pelbagai kelebihan yang
boleh meringankan beban kewangan seperti pucuk diminta ulam dicinta. Antaranya, pemberian
diskaun tambang pengangkutan awam, kos hospital dan juga pembelian barangan yang sering
diperlukan oleh mereka. Langkah kerajaan ini sudah pasti akan meringankan beban kewangan
mereka terutama kos rawatan yang begitu mahal. Pengumuman dasar ini sudah pasti akan
menjadikan warga tua lebih ceria kerana sedar bahawa negara terus menghargai mereka walaupun
mereka sudah tidak lagi bekerja. Jelaslah, kerajaan harus mengumumkan satu dasar yang boleh
menceriakan lagi kehidupan warga emas ini.
Selain itu, kerajaan juga boleh menganjurkan pelbagai aktiviti yang melibatkan mereka. Penganjuran
lawatan ke tempat-tempat menarik khas untuk warga tua harus dilakukan dengan kerap seperti setiap
hujung minggu dan sebagainya. Aktiviti seperti ini mampu menjadikan kehidupan warga tua lebih
menarik dan tidak menjemukan mereka serta dalam masa yang sama mampu untuk meningkatkan

semangat mereka untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan kerana mereka bergaul dengan rakanrakan seusia. Sebenarnya, usaha melakukan lawatan ini menjadikan kehidupan mereka lebih
berharga dan mampu memberikan satu matlamat untuk mereka meneruskan kehidupan kerana yang
tua sentiasa didahulukan.
Pembinaan rumah warga tua harus diperbanyakkan terutama di kawasan bandar kerana sudah ada
peningkatan permintaan terhadap ruang buat warga emas ini. Keadaan kehidupan bandar yang
penuh cabaran dan tekanan hidup yang tinggi menjadikan warga emas sasaran mudah tersisih.
Kesannya, segelintir anak menggunakan alasan terlalu sibuk lalu menghantar orang tua mereka ke
rumah bantuan kerajaan ini bagai kacang lupakan kulit. Kemudahan yang disediakan di rumah
orang tua ini juga perlulah lengkap dan bersesuaian dengan keadaan fizikal dan kemampuan
kewangan warga tua supaya kehidupan mereka lebih ceria. Sesungguhnya, semakin banyak rumah
orang tua didirikan semakin bermaknalah kehidupan warga tua kerana mereka mempunyai tempat
untuk berlindung pada masa akan datang.
Sesungguhnya, langkah yang paling efektif untuk menjadikan kehidupan golongan ini bermakna ialah
sikap masyarakat terhadap kumpulan umur ini harus berubah menjadi lebih positif dan murah hati.
Kita sering menyaksikan banyak pihak terutama golongan muda yang menganggap orang tua
sebagai penyibuk, tidak memahami perasaan orang muda, lambat bergerak dan sebagainya.
Pandangan yang sebegini menyebabkan sering berlaku perbezaan pendapat antara golongan muda
dengan tua yang membawa renggangnya hubungan antara mereka. Jelaslah, masyarakat terutama
warga belia harus menerima hakikat bahawa lumrah hidup akan menyaksikan yang tua menjadi muda
lalu belajar memahami golongan tua ini.
Kesimpulannya, warga tua bukanlah seperti surat khabar lama yang harus dibuang setelah penat
menabur budi selama ini kepada negara dan golongan muda. Kumpulan masyarakat ini berhak
menerima layanan yang terbaik mungkin daripada negara dan masyarakat tanpa sebarang alasan.
Semua pihak harus sedar dan menerima kenyataan bahawa tanpa warga tua tiadalah warga muda.
Bayangkan jika anda sudah tua dan anda pula yang disisihkan.

CARA-CARA MENGHARGAI WARGA TUA


Warga tua merujuk ibu, bapa,datuk atau nenek,bapa saudara atau ibu
saudara yang sudah berumur. Mereka merupakan golongan yang paling
berjasa kepada keluarga, masyarakat dan negara. Warga tua telah melalui
pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-anak. Namun, pada
hari ini, warga tua sering diabaikan ibarat peribahasa melukut di tepi gantang
dan jasa mereka dilupakan oleh masyarakat.
Ahli keluarga perlu menyayangi warga tua. Warga tua yang terdiri daripada
ibu melahirkan zuriat dan berperanan mengurus rumah tangga serta mendidik
anak-anak. Manakala bapa membanting tulang empat kerat mencari rezeki
membesarkan anak-anak. Pengorbanan ibu bapa perlu diingati serta dibalas
dengan sebaik-baiknya. Sebagai anak kita perlu menjaga ibu bapa kita ketika

mereka tua serta uzur.Anak-anak tidak seharusnya menghantar mereka ke


rumah orang tua-tua.
Di samping itu, guru menjadi suri teladan menasihati pelajar agar
menghormati ibu bapa serta warga tua.Kita perlu memberi perhatian dan
sering mendampingi mereka. Selain itu, anak-anak perlu bertutur dengan
sopan apabila berkomunikasi dengan ibu bapa mereka kerana kasih ibu
membawa ke syurga dan kasih bapa sanggupkah berpisah berkorban nyawa.
Sewajarnya anak-anak tidak mengabaikan warga tua tersebut.
Seterusnya, kerajaan dan pihak swasta turut berperanan menghargai warga
tua. Kerajaan dan pihak swasta berganding bahu seperti aur dengan
tebing menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga tua. Sebagai
contohnya, pembinaan rumah penjagaan warga tua yang mempunyai
pelbagai kemudahan penjagaan. Di samping itu, warga tua turut mendapat
rawatan percuma di hospital kerajaan dengan kadar bayaran rendah di
hospital kerajaan atau klinik swasta. Keperihatinan tersebut menunjukkan
sikap mengambil berat tanpa mengira pangkat, demi keselesaan warga tua.
Media massa tidak terkecuali dalam usaha menghargai warga tua.Media
massa seperti surat khabar dan televisyen serta Internet boleh
menyiarkan cerita-cerita berkaitan penderitaan hidup warga tua.
Contohnya rancangan yang disiarkan oleh TV3 Bersamamu, menunjukkan
terdapat pelbagai pihak yang sanggup menghulurkan bantuan khususnya
kepada warga tua yang daif. Hal ini menyedarkan kita tentang pentingnya
warga tua dalam hidup kita. Oleh itu, kita tidak boleh mengabaikan warga tua.
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa dan
pengorbanan warga tua. Tanpa mereka siapalah kita,jangan sesekali kita
bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, suatu
hari nanti, kita juga pasti tua.Kita tidak boleh mengabaikan warga tua kerana
merekalah yang sanggup berkorban melahirkan, membesarkan,dan mendidik
anak-anak hingga berjaya dalam hidup.
SOALAN: Sekolah anda akan menganjurkan kempen masyarakat penyayang. Sempena kempen
tersebut, anda sebagai wakil pelajar diminta untuk menyampaikan satu ceramah tentang caracara menghargai warga tua.
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha
Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Alam Impian, yang dihormati guru-guru dan ibu
bapa yang hadir, serta rakan seperjuangan yang saya kasihi. Kempen masyarakat penyayang
merupakan inisiatif pihak sekolah sebagai menyahut seruan kerajaan yang mengadakan Kempen
Budi Bahasa dan Nilai Murni di seluruh negara setiap tahun. Hal ini dikatakan demikian kerana
kempen ini bukan sahaja dapat memberikan kesedaran kepada kita tentang budi bahasa budaya
kita tetapi juga menanamkan nilai-nilai murni dalam sanubari kita. Oleh hal yang demikian, kita
haruslah memiliki budi pekerti yang mulia dan mengamalkan nilai murni sepanjang kehidupan kita.
Tanpa membuang masa, saya akan menyampaikan ceramah tentang cara-cara menghargai warga
tua.
Hadirin yang saya hormati,
Setiap manusia yang lahir di bumi ini akan melalui proses lahir, tua, sakit dan mati mengikut

peribahasa Cina yang popular. Hal ini membuktikan bahawa jika nyawa kita dipajangkan Tuhan, kita
akan melalui kehidupan sebagai warga tua selepas berusia lebih 55 tahun. Di Malaysia, golongan
warga tua ini mencatatkan 20 peratus daripada bancian penduduk kita. Pada kebiasaannya,
golongan ini tidak bekerja lagi dan tinggal di rumah untuk menunggu ajal tiba. Walau
bagaimanapun, tanpa mereka kita tidak mungkin dapat menikmati kehidupan yang selesa pada
zaman pascakemerdekaan ini. Janganlah kita menjadi seperti kacang lupakan kulit. Oleh hal yang
demikian, jasa dan pengorbanan mereka harus kita hargai.
Pihak kerajaan haruslah mengiktiraf warga tua dalam usaha menyemai nilai menghormati mereka.
Hal ini demikian kerana warga emas ini lebih banyak makan garam daripada kita dan mempunyai
lebih banyak pengalaman hidup. Sebagai contoh, pihak kerajaan haruslah memberi subsidi bantuan
penuh kepada warga tua yang menaiki pengangkutan awam dan menggunakan perkhidmatan awam
seperti hospital kerajaan. Dengan cara ini, golongan yang sudah tidak bekerja lagi akan berasa
dihargai dan disanjung dalam masyarakat. Saya percaya bahawa mereka akan melalui sisa-sisa
kehidupan dengan penuh bermakna.
Selain itu, pihak kerajaan juga haruslah memperuntukkan belanjawan untuk membina rumah
kebajikan untuk warga tua yang teraniaya dan terabai oleh keluarga mereka. Hal ini dikatakan
demikian kerana ada golongan muda yang bertopengkan muka manusia tetapi berhati binatang ini
mengabaikan kebajikan warga tua demi kepentingan diri. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan
haruslah menyediakan tempat berlindung kepada golongan yang kurang mendapat perhatian
daripada keluarga ini supaya nyawa mereka tidak diancam bahaya. Dengan usaha ini, warga tua
yang pernah berjasa kepada bangsa dan negara ini akan berasa dihargai dan diapresiasi. Usaha ini
juga secara langsung dapat membuka minda dan membeliakkan mata rakyat tentang keprihatinan
kerajaan menjaga kebajikan warga tua di negara kita supaya dapat dijadikan suri teladan kepada
negara maju yang lain.
Para hadirin yang budiman,
Di samping itu, perlindungan yang sewajarnya harus diberikan kepada warga tua. Hal ini dikatakan
demikian kerana banyak laporan akhbar yang melaporkan kejadian anak-anak muda yang
melupakan ibu bapa mereka yang sudah tua apabila mendapat wang Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) ibu bapa mereka. Golongan yang berperwatakan ketidakberperikmanusiaan ini
berpura-pura menjaga ibu bapa mereka sehingga warga tua ini mencapay usa 55 tahun. Apabila
berjaya mengeluarkan wang KWSP, anak-anak muda ini akan melupakan ibu bapa dan hidup mewah
dengan wang titik peluh ibu bapa mereka. Oleh sebab itu, kerajaan haruslah memperketat
peraturan pengeluaran wang KWSP agar kebajikan dan masa depan warga tua dapat dilindungi.
Apabila Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni dijalankan di seluruh pelosok negara, Kementerian
Kebajikan Masyarakat turut menyahut seruan kerajaan dengan menampalkan poster hormati yang
tua, utamakan yang memerlukan di dalam pengangkutan awam. Hal ini dikatakan amat penting
kerana kita haruslah memberikan tempat duduk kepada golongan tua. Golongan yang tua dan lemah
ini tidak berdaya untuk berdiri dalam keadaan bas atau tren yang sesak dengan penumpang bagai
ikan dalam belat. Oleh sebab itu, kita sebagai pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
haruslah memberikan tempat duduk kepada mereka demi menjaga keselamatan mereka apabila
menggunakan pengangkutan awam. Dengan usaha ini, kita dapat menunjukkan penghormatan dan
keprihatinan kita kepada golongan yang tua.
Sebelum saya mengundurkan diri,
Saya berharap agar warga tua mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat kini. Hal ini
dikatakan demikian kerana warga tua merupakan golongan yang banyak membanting tulang empat
kerat untuk membina bangsa dan negara yang merdeka. Kejayaan golongan yang terdahulu
menjanjikan kehidupan yang lebih selesa kepada kita pada masa ini. Wahai orang muda, janganlah
kita menjadi seperti ulat lupakan daun selepas menikmati keselesaan hidup. Warga tua sewajarnya
mendapat pengiktirafan daripada semua pihak supaya mereka dapat melalui kehidupan dengan
penuh ketenangan jiwa. Selum saya menyimpul bicara pada hari ini, dengarkanlah pantun berikut:
Bulan purnama ke pekan Kuah,
Tengah hari membeli ragi;
Dirimu umpama nyiur bertuah,

Padat sari harun mewangi.


Curah serbat di atas lantai,
Basah tikar lupa disidai;
Dikau ibarat karang di pantai,
Tak pernah gentar dipukul badai.
Pohon sena tepi perigi,
Tepi paya si pohon jambu;
Hadirmu laksana suria pagi,
Menyinar maya tdak pernah jemu.
Anak dara ke Tanjung Batu,
Kamu rasa dari tenggara;
Tidak ternilai jasa baktimu,
Kepada bangsa juga negara.
Tidak goyah pancang seribu,
Tika masih badai menderu;
Engkau ayah, engkaulah ibu,
Menumpang kasih mengubat rindu.
Betik muda dibuat halwa,
Kelapa muda santan dirasa;
Biar muda di dalam jiwa,
Dari tua sebelum masa.
Sekian, terima kasih.

Tema : Menghormati warga tua


Fokus : Peranan ibu bapa untuk memupuk sikap menghormati warga tua dalam kalangan anak-anak.
Dalam mengharungi arus kemodenan yang berpaksikan sains dan teknologi kini, anak-anak muda sibuk
mengejar kemewahan dan prestij hidup. Tuntutan ini telah menyebabkan anak-anak semakin mengabaikan ibu
bapa yang memerlukan kasih sayang mereka. Seterusnya, muda-mudi kini seolah-olah kacang lupakan
kulit apabila tidak menghormati golongan yang sudah masak dengan senario dunia ini. Oleh itu, peranan ibu
bapa amat penting untuk menerapkan nilai-nilai murni yang berkualiti terhadap anak-anak ibarat melentur buluh
biarlah daripada rebungnya supaya anak-anak dapat menilai yang mana kaca dan yang mana permata.
Ibu bapa perlu memberi penekanan konsep hormat-menghormati antara satu sama lain menerusi kaca
mata agama.( peranan 1) Apabila konsep ini dapat diasimilasikan oleh anak-anak dalam kehidupan harian,
secara semula jadi mereka akan menghormati sesiapa sahaja termasuklah golongan tua yang semakin sensitif.

(Kesan peranan 1) Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka seperti memberi
salam kepada warga tua, bersopan santun, berbicara dengan nada yang sesuai dan sebagainya.(Huraian 1) Hal
ini dapat mengelakkan warga tua daripada terguris atau tersinggung dengan sikap kurang sopan golongan
muda.(kesan huraian 1) Pokoknya, kelompok muda perlu menjaga tatatertib ketika berhadapan dengan
golongan yang lebih dahulu makan garam. (huraian 2) Ironinya, ibu bapa berhak menegur anak-anak jika
mereka bersikap kurang sopan semasa berinteraksi dengan warga tua.(huraian 3) Hal ini dapat menyirnakan
sisi negatifdalam diri anak-anak.(Kesan huraian 3) Sesungguhnya, peranan ibu bapa dalam mencorak sikap
anak-anak sejak kecil terhadap warga tua sangat penting supaya tidak seperti mencurahkan air ke daun
keladi.(kesimpulan kecil)

Ibu bapa juga harus berperanan menunjukkan contoh terbaik terhadap anak-anak dan mengamalkan
setiap ajaran mengenai menghormati warga tua yang telah diterapkan kepada anak-anak. (peranan 2)
Senario ini penting supaya anak-anak tidakmemulangkan paku buah keras jika mereka ditegur oleh ibu bapa.
(Kesan peranan 2) Ibu bapa perlu menzahirkan teladan yang hakiki terhadap anak-anak supaya dapat
diaplikasikan oleh anak-anak.(huraian 1) Tamsilnya, ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang berhemah
terhadap datuk dan nenek supaya anak-anak tahu bahawa mereka juga perlu bersikap sedemikian setelah
berkeluarga nanti.(huraian 2) Maka, ibu bapa perlu menghayati peribahasa bagaimana acuan begitulah
kuihnyaagar dapat mencorak sahsiah diri yang cemerlang dalam diri anak-anak. (huraian 3) Ibu bapa perlu
menjadi bahan rujukan yang dapat memberikan 1001 teladan kepada anak-anak.(huraian 4) Jelaslah, ibu bapa
perlu mengambil tindakan awal dengan menunjukkan contoh yang baik sebelum anak-anak meniti arus
globalisasi.(kesimpulan kecil)
Di samping itu, ibu bapa perlu mengambil inisiatif dengan membawa anak-anak melawat ke rumah orangorang tua ataupun melibatkan diri dalam program kemasyarakatan.(peranan 3) Sebagai contoh, ibu bapa
perlu menggalakkan anak-anak menyertai program lawatan ke rumah orang-orang tua yang dianjurkan oleh
badan kokurikulum sekolah melalui Kempen Sayangilah Warga Tua. (huraian 1) Pendekatan ini akan
memupuk kesedaran dalam diri anak-anak supaya dapat menyaksikan dengan mata dan telinga sendiri tentang
kehidupan yang dialami oleh golongan warga tua yang telah diabaikan oleh keluarga sendiri. Hakikatnya berat
mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.(Kesan huraian 1) Melalui tindakan yang dilakukan oleh
ibu bapa ini, sudah tergambar kasih sayang yang mendalam terhadap warga tua dan memberi pengajaran agar
anak-anak mereka tidak menyisihkan mereka setelah tua kelak. Tindakan ini juga dapat membentuk interaksi
sosial yang baik antara anak-anak dengan warga tua di samping ikatan kekeluargaan dapat dijalin erat. (kesan
peranan 3) Tegasnya, elemen ini penting untuk menyemai nilai kasih sayang dalam diri anak-anak supaya
mereka lebih menghargai warga tua.(kesimpulan kecil)
Alangkah murninya jika ibu bapa yang berkemampuan sedia mengambil warga tua sebatang kara yang
terperangkap dalam kesunyian untuk dijadikan datuk angkat atau nenek angkat kepada anak-anak
mereka.(peranan 4) Jika ibu bapa melakukan tindakan tersebut, terpancarlah naluri kasih sayang yang kuat
terhadap warga tua. (kesan peranan 4) Hal ini jelas kerana ibu bapa semestinya menunjukkan kewajipan
seorang anak yang mithali kepada ibu dan bapa meskipun terhadap individu yang tiada pertalian darah. (huraian
1) Dalam hal ini, ibu bapa mesti berperanan sebagai anak angkat yang baik, begitu juga anak-anak diasuh untuk
berperanan sebagai cucu angkat yang ikhlas mencurahkan rasa kasih dan sayang terhadap warga tua.(huraian
2) Paling utama, ibu bapa perlu sentiasa mesra dan tidak mengambil kesempatan terhadap individu yang telah
diiktiraf sebagai ibu bapa sendiri.(huraian 3) Hakikatnya, tidak bergunalah kekayaan dan kemewahan yang ada
jika kita sendiri tidak mampu membela nasib golongan sebatang kara ini.(kesimpulan kecil)
Obligasi melestarikan hasrat ini perlu diambil berat oleh ibu bapa demi kemashalatan bangsa, masyarakat dan
negara. Walaupun arus globalisasi menuntut kesibukan masyarakat, pengabaian ibu bapa terhadap anak-anak
tidak seharusnya terjadi kerana ibu bapa bertanggungjawab untuk mencorakkan anak-anak yang berkualiti.
Anak yang mengenang jasa pasti akan menjadi kebanggaan warga tua. Jadi, marilah kita berfikir di luar kotak

tetapi masih dalam ruang lingkup yang benar, pembelaan warga tua harus diberi penekanan lebih-lebih lagi oleh
golongan ibu bapa. Nilai-nilai moral juga perlu diperkasakan supaya muda-mudi tahu menghormati golongan
yang lebih tua daripada mereka. Sesunguhnya, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Langkah Menghargai Warga Tua


Warga tua semakin ramai di negara ini ekoran tahap kesihatan negara yang semakin baik.
Cuma jumlah yang banyak ini telah menimbulkan pelbagai masalah pula.
Nyatakan langkah-langkah yang patut dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kehidupan
warga tua semakin baik.
Warga emas merupakan golongan yang semakin ramai di negara ini kerana tahap

kesihatan negara yang semakin baik. Jadi tidak hairanlah kalau kita sering ternampak warga
emas ini. Namun, keadaan ini turut menyebabkan kita terdesak untuk mencari jalan
membantu golongan ini semakin ramai supaya mereka mampu menikmati kehidupan
dengan lebih baik. Apakah langkah-langkah yang mampu kita lakukan dalam isu ini?
Kerajaan seharusnya memberi mereka lebih banyak insentif dalam menjalani kehidupan
harian. Tambang separuh harga untuk pengangkutan awam negara merupakan satu
langkah awal. Begitu juga dengan pengangkutan udara dan kereta api. Dalam perkhidmatan
kesihatan, kerajaan seharusnya memberikan potongan harga atau rawatan percuma kepada
golongan ini dalam penyakit-penyakit tertentu. Maka, langkah ini mampu memberi
keselesaan hidup kepada warga emas ini.
Malah, kerajaan harus menyediakan lebih banyak rumah khas untuk warga tua ini.
Rumah yang dibina mestilah sesuai dengan mereka yang memerlukan kawasan yang luas,
berhampiran taman, laut atau dilengkapi kemudahan kesihatan yang lengkap. Rumah yang
disediakan ini harus secara percuma dan didiami oleh beberapa warga tua yang lain untuk
menjadikan suasana di rumah itu lebih ceria dan menarik. Reka bentuk rumah tersebut
haruslah moden dan tidak nampak membosankan.
Selain itu, kerajaan harus mengadakan satu majlis khas atau tarikh untuk warga emas
ini. Pada hari yang sudah diumumkan cuti umum itu, kerajaan perlulah mengadakan
pelbagai aktiviti yang bercorak warga emas. Aktiviti beramah mesra dengan generasi muda
harus dijalankan terutama untuk memberi kesedaran betapa warga emas dan muda saling
memerlukan antara mereka. Interaksi ini turut memberi remaja satu peluang mendengar
pengalaman yang dialami oleh warga emas.
Lantaran itu, kerajaan perlu mengadakan program bercorak ekonomi yang mampu
menjana pendapatan kepada warga emas ini. Pendapatan itu pula boleh disalurkan untuk
kepentingan warga tersebut. Semua aktiviti yang dijalankan mestilah bersesuaian dengan
keadaan fizikal warga emas. Langkah ini turut menjadikan kehidupan mereka lebih menarik
dan tidak membosankan. Warga emas turut berpeluang untuk menggunakan idea mereka
ke arah sesuatu yang lebih bermakna.
Jadi, warga emas seharusnya dibelai dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.
Warga emas mempunyai satu pengalaman yang mampu dipelajari oleh semua orang.
Warga emas mampu memberi nasihat dan pandangan terhadap sesuatu perkara yang
berlaku kerana mereka telah mengalami semua perkara yang bakal dialami oleh
masyarakat. Kita harus menjaga warga emas setelah mereka menjaga kita selama ini.

Karangan jenis rencana - Masalah vandalisme


Gejala merosakkan kemudahan awam semakin berleluasa berlaku dewasa ini.
Bincangkan saranan anda untuk mengatasi masalah tersebut untuk diterbitkan
dalam ruangan Pendapat Pembaca.
Cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah kemudahan awam
Yang dirosakkan dengan sengaja di negara ini.
Oleh: Subrato Rengato

Dewasa ini negara kita sedang mengorak langkah menuju ke arah Wawasan 2020
dan taraf kehidupan seluruh rakyat tempatan telah meningkat secara mendadak sejak akhirakhir ini. Hampir seluruh rakyat di negara ini berpeluang menerima pendidikan secara
formal, malah
ramai yang telah berjaya memasuki institusi pengajian tinggi yang
berkembang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Perkara yang menghairankan
kita semua ialah masalah vandalisme di negara ini turut meningkat dan seolah-olah
telahsampai ke satu tahap yang kronik sedangkan kebanyakan rakyat di negara ini
berpendidikan tinggi.
Masalah vandalisme iaitu perbuatan merosakkan kemudahan awam dengan sesuka
hati merupakan duri dalam daging yang kini terbukti telahmenular bagaikan barah
dalam tubuh manusia. Kemudahan awam sering dijadikan sasaran rakyat tempatan
melepaskan geram atau meringankan tekanan hidup. Para remaja pula ingin mencari
keseronokan dengan merosakkan telefon awam, mengguris dan merosakkan lif serta
menconteng dinding tandas awam. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini sangat dikesali
kerana menyusahkan orang ramai dan meningkatkan perbelanjaan untuk membaikinya.
Oleh yang demikian, langkah-langkah yang konkrit dan proaktif perlu dilaksanakan dengan
segera bagi membendung masalah tersebut.
Antara langkah untuk mengatasi masalah tersebut ialah mengubah strategi atau
sistem pendidikan yang sedia ada di negara ini. Sistem pendidikan sekarang terlalu
berorientasikan
peperiksaan
dan
kegiatan
kokurikulum
selalu
diabaikan. Natijahnya pelajar-pelajar sekarang hanya berminat untuk menghafal nota dan
langsung tidak mahu melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Sebenarnya peyertaan
dalam kegiatan kokurikulum seperti pengakap, Kelab Cinta Alam dan sebagainya boleh
menyemai
dan
seterusnya
menyuburkan
nilai-nilai
murni seperti
bertanggungjawab, cinta kepada alam sekeliling dan sebagainya yang merupakan elemen
terpenting dalam usaha mengatasi vandalisme. Selain itu, Kementerian Pendidikan patut
menekankan subjek Pendidikan Moral dan Agama menerusi pendidikan formal. Guru-guru
wajar memberikan pendidikan dengan kreatif dan inovatif agar pelajar-pelajar dapat
menghayati serta mempraktikkan nilai-nilai yang telah dipelajari dan seterusnya dapat
membasmi gejala vandalisme.
Selain itu, media massa perlu memainkan peranan penting dalam usaha
membendung masalah vendalisme. Media massa wajar memaparkan keadaan kemudahan
awam yang
dirosakkan dengan serius dan artikel-artikel yang mengkritik perbuatan
tersebut akan dapat menyedarkan anggota masyarakat. Setiap anggota masyarakat juga
patut menyedari peranan mereka dalam usaha membendung masalah vandalisme. Anggota
masyarakat juga wajar melaporkan kepada pihak polis sekiranya terdapat individu yang
merosakkan kemudahan awam. Jelaslah media massa memainkan peranan penting bagi
mengatasi masalah tersebut
sebagaimana kata pepatah, lidi segenggam kuat
kudratnya dan tidak mudah patah walaupun oleh si gagah.
Kalau asalnya benih yang baik, tercampak ke laut akan menjadi mutiara,
terhumban ke darat menjadi permata, terawang di angkasa akan menjadi
Kejora. Begitulah peribahasa Melayu yang menyatakan dengan jelas akan kepentingan
pendidikan awal terhadap kanak-kanak. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka dengan
nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, bertimbang rasa dan sebagainya sejak mereka
kecil kerana kita semua percaya kepada konsep kalau hendak melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Kanak-kanak diibaratkan sehelai kain putih yang perlu
dicorakkan peribadinya oleh ibu bapa. Jika diwarnakan dengan warna pelangi,
maka berserilah kain tersebut, tetapi
sekiranya ditumpahkan dengan warna
hitam, maka gelaplah masa depannya. Ibu bapa perlu menunjukkan role model

kepada anak kesayangannya supaya mereka boleh menjadi manusia yang berguna seperti
kata peribahasa ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi .
Selain itu, pihak kerajaan patut menggubal undang-undang yang ketat bagi mengawal
tindak-tanduk anggota masyarakat. Undang-undang wajar dilaksanakan oleh pihak
berkenaan dan tidak terjadi seperti kata pepatah bagai melepaskan batuk di tangga.
Kerajaan patut mengenakan denda yang tinggi kepada mereka yang bersikap seperti enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Mereka yang melakukan
perbuatan vandalisme patut diheret ke mahkamah dan hukuman sebat wajar
dilaksanakan.
Akibat nila setitik rosak susu sebelanga. Oleh itu kita patut menggembleng
tenaga untuk mengatasi masalah vandalisme agar imej negara kita sebagai antara
negara yang termaju di rantau Asia Pasifik tidak tercalar begitu sahaja. Kita
perlu berhati-hati dan berwaspada seperti kata peribahasa lengguknya biar bengkok
tetapi mengena, tarinya biar senada tetapi berbisa, langkahnya lembut tetapi
kejap semasa melaksanakan langkah-langkah untuk membendung masalah tersebut
supaya imej baik negara terus terlindung dan keamanan hidup masyarakat terjamin.

Saban hari, kita sering mendengar isu remaja yang tidak pernah habis diperkatakan.
Tidak kurang juga berita-berita mengenai salah laku oleh remaja yang tidak pernah
lekang di dada-dada akhbar tempatan hampir pada setiap hari. Remaja sebenarnya
bolehlah dianalogikan sebagai batu permata yang bakal mencorakkan masa depan
negara. Namun, mereka tidak sedar akan hakikat tersebut. Mereka sering melakukan

kesalahan yang melibatkan kemusnahan harta benda awam yang boleh diringkaskan
dengan perkataan vandalisme. Menyedari tentang hal ini, tiadakah usaha-usaha
dari pihak tertentu untuk menangani masalah ini? (82 patah perkataan)
Dalam konteks ini, ibu bapalah yang perlu memainkan peranan penting. Didikan
agama dan nilai moral yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak
mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka supaya menghargai harta benda
awam yang terdapat baik di kawasan tempat tinggal mereka mahupun di tempat
lain. Selain itu, mereka harus memantau aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan oleh
anak-anak mereka dan mengetahui latar belakang rakan-rakan bagi anak-anak
mereka. Sekiranya mereka mendapati anak-anak mereka terlibat dalam gejala
vandalisme ini, tindakan sewajarnya harus dilakukan. Hal ini termasuklah dengan
memberi amaran tegas kepada anak-anak mereka. Tindakan ini memang sesuai
dengan kata orang-orang tua,Sayangkan anak, tangan-tangankan. (100 patah
perkataan)

Di samping itu, masyarakat tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala vandalisme
menjalar dengan berleluasa di kawasan perumahan mereka. Perbuatan seperti
menconteng dinding bangunan, merosakkan telefon awam, buaian di taman
permainan dan tong sampah awam wajar diambil perhatian. Masyarakat di sesebuah
kawasan itu perlu mengadakan mesyuarat dengan para ibu bapa tentang gejala itu
dan mengenakan tindakan seperti denda berupa bayaran kepada ibu bapa yang
didapati anaknya terlibat dalam salah laku ini. Kesannya, ibu bapa akan menjadi
lebih peka terhadap tindak-tanduk anak-anak mereka. (81 patah perkataan)
Selain itu, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen untuk memerangi
gejala vandalisme. Pihak kerajaan boleh menyebarkan idea tersebut melalui stesen
televisyen dan radio tempatan untuk menangani gejala yang semakin membarahi
negara ini. Kerajaan juga perlu mengenakan bayaran kompaun yang setimpal kepada
sesiapa yang didapati melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan kerosakan harta
benda awam. Individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan laku musnah ini
perlulah melakukan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat seperti menyapu
sampah dan membersihkan tandas awam dan taman-taman permainan. Natijahnya,
sudah pasti gejala vandalisme akan dapat diatasi dengan penguatkuasaan undangundang yang tegas oleh pihak berwajib. (93 patah perkataan)
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah keringat untuk
bersama-sama memerangi gejala vandalisme ini. Walaupun isu ini dilihat tidaklah
terlalu teruk, tetapi ingatlah bahawa ia dapat memberi impak yang besar kepada
negara. Sekiranya semua kemuahan awam kita tidak boleh digunakan atau diconteng,
maka di manakah kita hendak meletakkan air muka kita. Imej negara yang bersih
hanya akan tinggal kenangan sahaja. Ayuhlah kita bertindak segera untuk
memerangi gejala ini dan ingatlah , jangan sudah terhantuk barulah nak
terngadah.(78 patah perkataan)

Sejak akhir-akhir ini, gejala vandalisme atau 'laku musnah ' semakin hari
semakin meningkat. Gejala ini telah menular ke kawasan sekolah apabila gejala
ini turut melibatkan pelajar sekolah. Menurut kamus dewan, vandalisme
bermaksud kegiatan merosakkan atau memusnahkan harta benda

awam dan juga harta benda orang lain. Fenomena ini semakin
menggusarkan hati pelbagai pihak memandangkan golongan remaja boleh
diibaratkan batu permata yang bakal mencorakkan masa depan negara.
Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memerangi
gejala negatif ini?
Sebenarnya, sebelum membincangkan peranan pihak lain, diri
golongan remaja sendiri perlu diberi perhatian. Hal ini demikian kerana, remaja
sendiri dikurniakan akal fikiran untuk berfikir tentang baik buruknya seuatu
perkara. Usaha murni pelbagai pihak untuk memendung gejala vandalisme
tidak akan memberi impak seperti yang diharap-harapkan jika golongan remaja
sendiri tidak bersedia untuk membuat anjakan paradigma dan mengubah
persepsi mereka terhadap kepentingan menghargai kemudahan awam.
Sehubungan dengan itu, remaja perlu mempunyai sikap bertanggungjawab dan
bersyukur terhadap kemudahan yang disediakan. Contohnya, golongan remaja
haruslah menggunakan dengan berhemah dan sentiasa menjaga kemudahan
yang disediakan oleh ibu bapa di rumah, kemudahan dan peralatan di sekolah ,
malahan kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan. Golongan
remaja wajar mempunyai kesedaran dengan membayangkan kesulitan yang
akan timbul jika mereka tinggal si sesebuah negara yang tidak mempunyai
kemudahan awam yang sempurna seperti negara-negara miskin atau negara
yang mengalami pergolakan dan peperangan. Sekiranya setiap remaja berjaya
memupuk kesedaran ini dalam jiwa mereka, sudah pasti mereka tidak akan
tergamak melakukan kegiatan vandalisme ini.
Memang tidak dapat disangkal lagi, ibu bapa perlu memainkan
peranan penting sebagai pihak yang paling hampir dengan remaja. Didikan
agama dan nilai moral yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak
mereka sejak kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Didikan agama yang sempurna mampu menjadi tembok
penghalang remaja daripada melibatkan diri dalam gejala vandalisme. Hal ini
demikian kerana, ajaran agama mementingkan kebaikan dan melarang
melakukan perkara-perkara keburukan. Sehubungan dengan itu, ibu bapa
perlu mendidik anak-anak mereka supaya menghargai harta benda yang ada di
dalam rumah dan menghargai harta benda awam yang terdapat baik di kawasan
tempat tinggal mereka mahupun di tempat lain. Justeru, didikan sejak
peringkat awal umpama sebutir benih yang ditanam, dibaja, dan disiram
setiap hari, bakal tumbuh menjadi pokok yang subur dan menghijau.
Lanjutan daripada itu, ibu bapa, harus memantau aktiviti-aktiviti
yang biasa dilakukan oleh anak-anak mereka dan mengetahui latar belakang
rakan anak-anak mereka. Ibu bapa yang cemerlang ialah yang sering
menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak sekolah untuk mengetahui
perkembangan anak-anak mereka terutama dari segi sahsiah. Hal ini
disebabkan, tidak mustahil berlaku apabila tingkah laku anak-anak sangat
berbeza semasa di sekolah berbanding semasa di rumah. Contohnya, terdapat
remaja yang serig menimbulkan masalah di sekolah tetapi dimaklumkan oleh ibu
bapa sebagai remaja yang baik tingkah lakunya ketika di rumah. Oleh itu,
sekiranya ibu bapa mendapati anak-anak mereka terlibat dalam gejala
vandalisme ini, tindakan sewajarnya harus diambil sebelum nasi menjadi
bubur. Hal ini termasuklah dengan memberi amaran tegas kepada anak-anak

mereka. Tindakan ini memang sesuai dengan kata orang-orang tua, sayangkan
anak, tangan-tangankan.
Selain itu, pihak sekolah harus mengambil tindakan tegas terhadap gejala
merosakkan harta benda di sekolah. Contohnya, kes pelajar memecahkan pintu
bilik darjah, pintu pagar sekolah, pintu tandas, merosakkan kerusi meja dan
kemudahan sekolah yang lain serta gejala menconteng dinding bangunan
sekolah amat mendukacitakan pihak sekolah. Hal ini demikian kerana,
peruntukan yang besar terpaksa dikeluarkan untuk menggantikan peralatan
sekolah yang rosak untuk menyediakan persekitaran yang kondusif kepada guru
dan pelajar sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Gejala
vandalisme dalam kalangan pelajar di sekolah mesti dibendung sejak awal
dengan mengenal pasti pelajar-pelajar yang terlibat. Tindakan tegas perlu
diambil selaras dengan peraturan disiplin sekolah contohnya, tindakan amaran,
sesi kaunseling, denda malah sehingga lah pelajar boleh digantung sekolah
supaya gejala ini tidak menular kepada pelajar-pelajar lain dan menjadi duri
dalam daging kepada pihak sekolah. Malah program 'Polis Angkat' iaitu pihak
polis menjadikan sekolah sebagai sekolah angkat dan menghantar beberapa
orang pegawai polis untuk memberi ceramah tentang vandalisme atau terlibat
dalam program sekolah amat baik untuk mengelakkan pelajar dari terlibat dalam
gejala ini.
Di samping itu, masyarakat tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala
vandalisme berlaku dengan berleluasa di kawasan perumahan mereka. Sikap
mementingkan diri sendiri bagai enau dalam belukar , melepaskan pucuk
masing-masing harus dikikis apatah lagi jika gejala yang berlaku tidak
melibatkan anak atau saudara mara sendiri. Setiap anggota masyarakat juga
tidak harus besikap lepas tangan dan hanya mengharapkan pihak berkuasa
sahaja. Amalan hanya menjaga tepi kain sendiri, dan tidak mahu
menjaga tepi kain orang lain mungkin tidak lagi relevan bagi permasalahan
vandalisme ini. Justeru, tindakan segera perlu diambil atas perbuatan seperti
menconteng dinding bangunan, merosakkan telefon awam, buaian di taman
permainan dan tong sampah awam. Sebagai contoh, masyarakat di sesebuah
kawasan itu perlu mengadakan mesyuarat dengan para ibu bapa tentang gejala
itu dan mengenakan tindakan seperti bayaran denda kepada ibu bapa yang
anaknya terlibat dalam salah laku ini. Kesannya, ibu bapa akan menjadi lebih
peka terhadap tindak-tanduk anak-anak mereka.
Selain itu anggota
masyarakat perlu prihatin dan melaporkan gejala vandalisme kepada pihak
berkuasa jika gejala ini bertambah serius di kawasan perumahan masing-masih.
Jika masyarakat sentiasa peka dan prihatin tentang gejala vandalisme ini,
nescaya jalan keluar dapat ditemui untuk menangani gejala yang melibatkan
golongan remaja sebagai aset negara tercinta.
Selain itu, memang tidak syak lagi, pihak kerajaan perlu memainkan
peranan yang drastik. Umpamanya, pihak kerajaan perlu mengadakan
kempen-kempen untuk memerangi gejala vandalisme. Pengisian kempen
yang relevan amat perlu dititikberatkan demi meningkatkan kesedaran semua
pihak yang terlibat terutama golongan remaja tentang kesan-kesan negatif
gejala vandalisme ini. Perancangan yang teliti perlu dibuat supaya kempen yang
dijalankan berjaya mengatasi masalah vandalisme ini dan bukanya
sekadarmelepaskan batuk di tangga sahaja'. Contohnya , siri ceramah,
pameran, pertandingan yang berkaitan dengan isu vandalisme perlu

dilaksanakan dengan terancang dan menyeluruh. Pihak kerajaan boleh


menyebarkan idea tersebut melalui stesen televisyen dan radio tempatan untuk
menangani gejala ini.
Kerajaan juga perlu mengenakan bayaran kompaun
yang setimpal kepada sesiapa yang didapati melakukan sebarang aktiviti yang
melibatkan kerosakan harta benda awam.
Individu yang didapati bersalah
melakukan perbuatan laku musnah ini perlulah melakukan kerja-kerja kebajikan
kepada masyarakat seperti menyapu sampah, membersihkan tandas awam dan
taman-taman permainan. Natijahnya, sudah pasti gejala vandalisme akan dapat
diatasi dengan penguatkuasaan undang-undang yang tegas oleh pihak berwajib.
Tambahan pula, pihak media massa harus berganding bahu dengan
pihak kerajaan untuk membasmi gejala vandalisme ini. Media elektronik seperti
televisyen umpamanya, mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarakat
terutama remaja. Justeru, pihak penerbit siaran televisyen harus menyiarkan
lebih banyak rancangan yang memberi maklumat dan kesedaran terhadap buruk
dan hinanya gejala vandalisme ini dan tidak hanya menumpukan pada
rancangan yang membawa keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan
tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Contohnya, rancangan berbentuk
rencana, wawancara dengan tokoh yang berkenaan, drama yang memaparkan
pengajaran tentang vandalisme perlu diperbanyak. Begitu juga dengan media
cetak seperti surat khabar, turut berperanan untuk menyiarkan rencana atau
artikel tentang vandalisme. Oleh itu sekiranya wujud kesedaran tentang kesankesan negatif gejala vandalisme ini dalam sanubari segenap lapisan masyarakat
, sudah pasti gejala vandalisme ini dapat dibendung.
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah
keringat serta bersama-sama melangkah sederap untuk memerangi gejala
vandalisme ini. Gejala ini jika dibiarkan mampu menjadi virus yang akan
mencipta jenayah yang lebih besar. Kerajaan bukan sahaja terpaksa
menanggung kerugian malah imej negara di mata para pelancong asing turut
tercalar. Justeru, langkah memerangi gejala vandalisme perlu dilakukan segera
demi masa depan generasi muda dan seterusnya demi kesejahteraan rakyat dan
kemakmuran negara. Marilah kita bertindak segera untuk memerangi gejala ini
jangan sudah terhantuk barulah nak terngadah.

Contoh Karangan SPM: Langkah-langkah mengatasi


Masalah Vandalisme dalam kalangan Pelajar
Era digital ini, kepentingan melahirkan generasi muda yang cemerlang untuk
masa hadapan negara semakin meningkat. Malangnya, gejala sosial dalam
kalangan pelajar yang kian meruncing membimbangkan semua pihak. Menurut
kajian Kementerian Pelajaran Malaysia, salah satu daripada lapan gejala salah
laku pelajar yang semakin menjadi-jadi kini ialah masalah vandalisme. Aktiviti
vandalisme, atau kegiatan merosakkan harta benda awam bukan sahaja
merugikan pelbagai pihak, malah turut menjejaskan imej negara kita. Oleh itu,
langkah-langkah untuk mengatasi masalah vandalisme dalam kalangan pelajar
perlu dilaksanakan dengan segera.
Pertama sekali, ibu bapa harus menjalankan peranan penting dalam menyifarkan
masalah vandalisme. Mereka perlu memantau kegiatan anak-anak mereka
supaya tidak terjerumus ke dalam kancah yang negatif. Bukan itu sahaja, malah
pergaulan anak-anak juga patut diawasi agar tidak melakukan kesilapan dalam
memilih rakan. Lebih-lebih lagi, ibu bapa harus menyemai ilmu keagamaan
dalam diri anak-anak sejak kecil lagi kerana sesungguhnya, melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Hal ini demikian kerana ilmu keagamaan mampu
menjadi benteng utama dalam menghalang generasi muda daripada
terpengaruh dengan anasir-anasir negatif seperti kegiatan vandalisme. Jika ibu
bapa melaksanakan peranan mereka dengan sempurna, pasti masalah
vandalisme dapat diatasi dengan mudah.
Selain itu, masyarakat juga perlu memainkan tanggungjawab mereka demi
menangani masalah vandalisme dalam kalangan pelajar. Sebagai seorang ahli
masyarakat, kita harus peka terhadap situasi di sekeliling kita. Contohnya, jika
terlihat perlakuan vandalisme, kita patut melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Pendek kata, kita tidak patut bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing. Maka, sekiranya masyarakat bersikap proaktif, pasti
kegiatan vandalisme mampu dikurangkan.
Seterusnya, pihak berkuasa turut mempunyai peranan yang penting dalam
mengatasi masalah vandalisme dalam kalangan pelajar. Hakikatnya, undangundang kini hanya seperti melukut di tepi gantang kerana tidak mampu
menunjukkan impak yang signifikan dalam menangani gejala negatif dalam
kalangan pelajar. Menyedari realiti ini, pihak berkuasa perlulah menggubal
undang-undang supaya hukuman yang lebih berat dijatuhkan terhadap si pelaku
vandalisme. Pada masa yang sama, pihak polis harus menjalankan pemantauan
yang lebih kerap dan ketat di kawasan yang berpotensi tinggi berlakunya
kegiatan vandalisme. Jika langkah-langkah ini dilaksanakan dengan segera,
sudah tentu masalah vandalisme boleh disifarkan dalam kalangan pelajar.
Di samping itu, pihak sekolah patut melaksanakan peraturan sekolah secara
lebih tegas terhadap pelajar. Mereka harus mendenda pelajar yang melakukan

vandalisme di dalam kawasan sekolah. Misalnya, pelajar yang terlibat dengan


vandalisme perlu dirotan atau dikenakan hukuman gantung sekolah. Tindakan
ini dapat menginsafkan pelajar yang terlibat dan mampu menjadi pengajaran
kepada pelajar-pelajar yang lain. Pihak sekolah juga harus mengenepikan sikap
pilih kasih semasa mengenakan tindakan terhadap pelajar yang terlibat dengan
vandalisme. Langkah ini bukan sahaja mampu menangani masalah vandalisme,
tetapi turut dapat mengurangkan masalah-masalah disiplin yang lain.

Intihanya, sememangnya terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan


untuk menangani masalah vandalisme dalam kalangan pelajar. Oleh sebab itu,
semua pihak, terutamanya ibu bapa, masyarakat, pihak kerajaan dan pihak
sekolah harus berganding bahu dan melaksanakan obligasi masing-masing demi
mengurangkan gejala yang semakin serius ini. Jika hasrat tersebut berjaya
dilaksanakan, tidak mustahil negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan negara-negara maju. Semoga dengan penyelesaian masalah ini,
negara kita mampu merealisasikan Wawasan 2020 dan terkenal di seantero
dunia.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI GEJALA VANDALISME


Saban hari, kita sering mendengar isu remaja yang tidak pernah habis diperkatakan. Tidak kurang
juga berita-berita mengenai salah laku oleh remaja yang tidak pernah lekang di dada-dada akhbar
tempatan hampir pada setiap hari. Remaja sebenarnya bolehlah dianalogikan sebagai batu
permata yang bakal mencorakkan masa depan negara. Namun, mereka tidak sedar akan hakikat
tersebut. Mereka sering melakukan kesalahan yang melibatkan kemusnahan harta benda awam
yang boleh diringkaskan dengan perkataan vandalisme. Menyedari tentang hal ini, tiadakah
usaha-usaha dari pihak tertentu untuk menangani masalah ini? (82 patah perkataan)
Dalam konteks ini, ibu bapalah yang perlu memainkan peranan penting. Didikan agama dan nilai
moral yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mendidik
anak-anak mereka supaya menghargai harta benda awam yang terdapat baik di kawasan tempat
tinggal mereka mahupun di tempat lain. Selain itu, mereka harus memantau aktiviti-aktiviti yang
biasa dilakukan oleh anak-anak mereka dan mengetahui latar belakang rakan-rakan bagi anakanak mereka. Sekiranya mereka mendapati anak-anak mereka terlibat dalam gejala vandalisme
ini, tindakan sewajarnya harus dilakukan. Hal ini termasuklah dengan memberi amaran tegas
kepada anak-anak mereka. Tindakan ini memang sesuai dengan kata orang-orang tua,Sayangkan
anak, tangan-tangankan. (100 patah perkataan)
Di samping itu, masyarakat tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala vandalisme menjalar
dengan berleluasa di kawasan perumahan mereka. Perbuatan seperti menconteng dinding
bangunan, merosakkan telefon awam, buaian di taman permainan dan tong sampah awam wajar
diambil perhatian. Masyarakat di sesebuah kawasan itu perlu mengadakan mesyuarat dengan para
ibu bapa tentang gejala itu dan mengenakan tindakan seperti denda berupa bayaran kepada ibu
bapa yang didapati anaknya terlibat dalam salah laku ini. Kesannya, ibu bapa akan menjadi lebih
peka terhadap tindak-tanduk anak-anak mereka. (81 patah perkataan)
Selain itu, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen untuk memerangi gejala
vandalisme. Pihak kerajaan boleh menyebarkan idea tersebut melalui stesen televisyen dan radio
tempatan untuk menangani gejala yang semakin membarahi negara ini. Kerajaan juga perlu
mengenakan bayaran kompaun yang setimpal kepada sesiapa yang didapati melakukan sebarang
aktiviti yang melibatkan kerosakan harta benda awam. Individu yang didapati bersalah melakukan
perbuatan laku musnah ini perlulah melakukan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat seperti
menyapu sampah dan membersihkan tandas awam dan taman-taman permainan. Natijahnya,
sudah pasti gejala vandalisme akan dapat diatasi dengan penguatkuasaan undang-undang yang
tegas oleh pihak berwajib. (93 patah perkataan)
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah keringat untuk bersama-sama
memerangi gejala vandalisme ini. Walaupun isu ini dilihat tidaklah terlalu teruk, tetapi ingatlah
bahawa ia dapat memberi impak yang besar kepada negara. Sekiranya semua kemuahan awam
kita tidak boleh digunakan atau diconteng, maka di manakah kita hendak meletakkan air muka
kita. Imej negara yang bersih hanya akan tinggal kenangan sahaja. Ayuhlah kita bertindak segera
untuk memerangi gejala ini dan ingatlah , jangan sudah terhantuk barulah nak terngadah.(78
patah perkataan)

Gejala Vandalisme

Vandalisme bermaksud sikap suka merosakkan atau memusnahkan harta benda


awam. Gejala vandelisme di negara kita semakin membimbangkan. Antara perbuatan
vandelisme yang boleh kita lihat setiap hari adalah menconteng dinding bangunan,
merosakkan telefon awam. Vandalisme ini dilakukan oleh remaja yang tiada niai etika
dan hanya mahu mendapatkan kepuasaan diri sendiri.
Antara sebab-sebab gejala ini berlaku adalah pengaruh filem yang ditayangkan di
televisyen dan pawagam. Remaja terpengaruh dengan aksi yang dilakukan dalam filem
yang bertemakan ganas. Selain itu, remaja yang kurang pendidikan moral dan agama
juga melibatkan diri dalam gejala vandalisme. Remaja yang tidak diberikan didikan yand
secukupnya pada usia yang muda mudah dipengaruhi oleh gejala vandalisme apabila
meningkat ke usia dewasa nanti. Nilai menghargai harta benda juga tidak dapat dipupuk
dalam diri mereka.
Usaha-usaha membanteras gejala vandalisme bermula daripada diri sendiri.
Remaja perlulah mengisi masa lapang dengan melakukan perkara yang berfaedah
seperti bersukan dan sebagainya. Hal ini dapat mengelakkan remaja daripada masalah.
Remaja juga haruslah bijak memilih rakan sebaya yang boleh memberikan kesan positif
kepada diri sendiri. Melalui usaha seperti ini remaja dapat elakkan diri daripada
perbuatan vandalisme.
Ibubapa pula memainkan peranan penting untuk mendidik anak-anak sejak kecil
lagi. Hal ini dapat menyediakan anak-anak sebelum melangkah ke alam persekolahan.
Ibubapa juga perlulah memberi perhatian kepada anak-anak tanpa sikap sebelah. Kasih
sayang dan masa yang diluangkan oleh ibubapa dapat menjauhkan anak-anak dalam
terlibat dalam gejala negative seperti vandalisme.
Di sekolah, peraturan-peraturan haruslah dikuatkuasakan dan hukuman yang
setimpal harus diberikan kepada pelajar yang melanggar peraturan sekolah supaya
pelajar tidak akan melakukan vandalisme di sekolah mahupun di kawasan luar sekolah.
Guru-guru perlu mejadi teladan yang baik and seorang pembimbing kepada anak-anak
remaja ini. Guru yang dilihat sebagai pembimbing dapat melahirkan pelajar insan yang
bermoral yang dapat membentuk negara pada masa depan nanti.
Apabila masalah vandalisme dibentung, kerajaan tidak perlu mengeluarkan kos
sampingan untuk memperbaiki atau menganttikan harta benda yang rosak akibat gejala
vandalisme. Pada masa yang sama, persekitaran yang baik dapat memberikan kesan
positif kepada pelancong asing yang melancong ke negara kita. Maka adalah penting jika
semua pihak bersama-sama berganding bahu mengatasi masalah vandalisme.

ISU : VANDALISME
Vandalisme ialah perbuatan merosakkan harta benda awam oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Rataratanya perbuatan ini dilakukan oleh golongan remaja yang terpengaruh dengan budaya `punk dan `rock dart
Barat.
Vandalisme dilakukan oleh beberapa kategori remaja. Pertama, perbuatan vandalisme ini dilakukan oleh mereka
yang hanya ingin mengecapi keseronokan berbuat demikian. Mereka mungkin berbuat demikian sekadar untuk
menghabiskan masa lapang. Kedua, golongan remaja yang mengalami konflik jiwa yang hebat. Remaja yang
hidup keseorangan merasakan dunia ini tidak bermakna. Kesunyian menyebabkan mereka melakukan
vandalisme untuk menarik perhatian orang ramai. Ketiga, golongan yang terdiri daripada mereka yang tidak puas
hati dengan keadaan diri dan masyarakat. Keempat, golongan remaja yang dilamun cinta. Vandalisme yang
dilakukan oleh golongan ini bertumpu di tamantaman, tepi pantai dan tempat rekreasi. Golongan ini dikuasai
dorongan emosi diri.
Walaupun perbuatan vandalisme tidak memudaratkan dan membawa kerosakan yang kekal, perbuatan ini
mencemarkan tempat tumpuan orang ramai. Bagaimana kalau lakaran lucah dan perkataan yang memberahikan
dibaca oleh golongan muda? Ini sudah tentu akan menimbulkan imaginasi dan khayalan seks yang boleh
mendorong seseorang melakukan perbuatan jenayah seperti rogol, mencabul kehormatan dan melakukan
hubungan seks bebas. Selain itu, belanja yang tinggi diperlukan untuk membersihkan tempat yang telah
diconteng. Semua usaha pembersihan dan pemulihan ini memerlukan tenaga yang bukannya sedikit.
Vandalisme juga boleh mencetuskan ketegangan antara kaum. Sekiranya didapati kedai orang Cina diconteng
oleh remaja Melayu atau India, berkemungkinan ia akan menimbulkan konflik dan pergaduhan antara kaum. Ini
akan menyukarkan lagi usaha mewujud perpaduan kaum dalam masyarakat berbilang kaum dan agama, sekali
gus mengancam keselamatan dan kestabilan negara.
Perbuatan vandalisme tidak boleh dibiarkan. Sesetengah pihak tidak mempedulikan perbuatan ini kerana
menganggapnya sebagai fenomena sementara yang akan terhenti dengan sendiri. Benarkah begitu?
Vandalisme dilakukan secara berterusan daripada satu generasi kepada generasi lain. Kalau perbuatan ini
didiamkan begitu sahaja, sudah tentu kita menggalakkan perbuatan vandalisme. Oleh itu, penyelesaian dan jalan
keluar perlu dicari seperti menyediakan tempat khas untuk para remaja meluahkan isi hati.
Walaupun selama ini perbuatan vandalisme tidak dianggap sebagai jenayah dan tidak ada peruntukan undangundang untuk mendenda atau menangkap para pelakunya, remaja yang didapati melakukan vandalisme
seharusnya dikenakan hukuman kompaun. Kompaun ini dapat memberi pengajaran kepada mereka yang ingin
melakukan vandalisme, setidak-tidaknya mereka akan berfikir dahulu sebelum berbuat demikian.
Kesimpulannya, masyarakat boleh memainkan peranan penting memberi kefahaman betapa buruknya akhlak
mereka yang melakukan vandalisme. Misalnya, ibu bapa sebagai orang yang terdekat dengan remaja patut
mendidik anak-anak dengan contoh teladan baik serta mengasihi dan meluangkan masa bersama anak-anak
agar tidak timbul fenomena kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Pihak sekolah pula boleh menerapkan
kesedaran untuk membentuk remaja berjiwa sihat dan berfikiran matang sebelum melangkah ke alam dewasa
Sumber : Tutor Utusan
Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme
i. Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan
terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku
remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja
yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila
berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.
ii. Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Contohnya, ketika memandu ibu bapa

membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan papan
tanda had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga
bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan vandalisme
dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu
kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong
remaja terjebak dalam gejala negatif ini.
iii. Pengaruh Media Massa
Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan
adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke
arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru
dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar
sewajarnya.
iv. Sikap Apati ( tidak peduli), Individualistik dan Materialistik Masyarakat
Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan
produk yang pincang.Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil
peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Menurut kajian masalah
vandalisme banyak berlaku di bandar. Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam
bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di kawasan bandar
sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan
remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa
tanggungjawab terhadap harta benda awam.
Langkah-langkah
i. Penguatkuasaan Undang-undang
Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkenaan. Di bawah Akta
Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda
awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit
kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja
khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. (kerja ini
dilakukan di tempat awam seperti pusat membeli-belah)Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar
menjadi teladan kepada rakan-rakan.
ii. Peranan Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah kepentingan harta benda
awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya menganggap harta benda
orang lain sama seperti harta sendiri. Secara tidak langsung sekiranya anak sudah diingatkan dengan falsafah
ini maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi
anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan
untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.
iii. Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah.
Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada anak mereka agar tidak
melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota
masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme.
Pihak sekolah patut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam
.Generasi muda perlu diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda
awam. Terangkan kepada pelajar apa perasaan mereka sekiranya beg sekolah mereka diconteng atau dikoyak
oleh mereka tidak bertanggungjawab Kesedaran seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi gambaran
tentang pentingnya sikap dan tanggungjawab.
iv. Peranan Media Massa
Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada
tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat
dari segi menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa
bentuk rancaangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa.
Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat faham

dan menghayati kempen Harta Awam Milik Bersama kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada
media massa maka kempen ini dapat direalisasikan keberkesanannya.

Vandalisme: Punca & Penyelesaian


Vandalisme atau laku musnah merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan harta
benda awam dan juga harta benda orang lain. Selain itu,vandalisme juga satu bentu ritual
yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak puas hati terhadap kondisi masyarakat.
Saban hari,kita sering mendengar isu remaja yang semakin meruncing. Berita-berita
mengenai salah laku oleh remaja yang tidak pernah lekang di dada-dada akhbar tempatan
hampir pada setiap hari.Remaja sebenarnya boleh dianologikan sebagai batu permata yang
bakal mencorak masa depan negara. Namun,mereka tidak sedar akan hakikat tersebut.
Mereka sering melakukan kesalahan yang melibatkan kemusnahan harta benda awam yang
boleh diringkaskan dengan perkataan vandalisme.
- Remaja yang melakukan vandalism ini disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya.Rakan
sebaya dapat mempengaruhi golongan remaja dalam melakukan perbuatan salah laku ini.Ini
kerana,golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan
sebaya.Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap,nilai dan tingkah laku
remaja,lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga.Kebiasaanya,
golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja yang mempunyai
kumpulan tersendiri.Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul,maka timbullah
pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.
Selain itu juga,ibu bapa dan keluarga juga menjadi factor terdorongnya vandalism dalam
kalangan remaja.Sebagai contoh,ketika memandu,ibu bapa membuang sampah disamping
tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan.Sesetengah remaja yang terjebak dalam
gejala vandalisme berasal daripada keluarga yang bermasalah atau keluarga yang
mengamalkan budaya hidup negatif.Selain itu,kurangnya kawalan dan bimbingan yang
sempurna daripada ibu bapa juga antara factor utama mendorong remaja terjebak dalam
gejala negatif ini.
Pengaruh media massa mempunyai kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan
dewasa ini.Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang
mempunyai unsur-unsur perlakuan kearah vandalisme boleh mempengaruhi remaja
melakukan vandalisme.Remaja juga gemar meniru dan terikut-ikut dengan perkara yang
berlaku disekeliling mereka termasuk media massa,apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk
ajar sewajarnya.
Salah satu faktor lain yang mendorong berlakunya vandalisme adalah disebabkan oleh
sikap apati atau tidak peduli,juga boleh dikatakan sebagai individualistik dan materialistik
masyarakat.Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan
tidak mengambil peduli terhadap isu-isu sosial menyebabkan masalah tersebut berlaku.
Kajian yang dibuat menyatakan bahawa golongan remaja yang terlibat dalam kegiatan
vandalisme adalah oleh golongan yang terpelajar tetapi sikap mereka sukar dikawal.Di
kawasan Bandar,sesetengah penduduknya tidak mengambil peduli tentang perkara yang
berlaku disekeliling mereka.Tindakan sebegini menjadikan remaja merasakan diri mereka
bebas untuk melakukan gejala negatif tanpa mengambil peduli tentang tanggungjawab
terhadap harta benda awam.
-Terdapat langkah-langkah yang boleh diambil bagi membendung masalah vandalisme iaitu
peranan ibu bapa terhadap anak-anak mereka.Ibu bapa perlu memainkan peranan yang
penting dalam memberi didikan agama dan nilai moral kepada anak-anak.Didikan yang
sempurna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak supaya mereka menghargai harta benda

awam yang terdapat di sekeliling mereka.Selain itu,ibu bapa juga harus memantau aktiviti
yang dilakukan oleh anak-anak serta mengetahui latar belakang rakan-rakan bagi anakanak mereka.Sekiranya anak-anak mereka terlibat dengan gejala salah laku ini,tindakan
sewajarnya perlu diambil oleh ibu bapa,bak kata pepatah,Sayang anak,tangan-tangankan.
Selain daripada peranan ibu bapa,langkah lain yang boleh diambil adalah melalui kerjasama
masyarakat juga perlu bagi menangani gejala vandalisme ini.Masyarakat tidak harus
berpeluk tubuh apabila gejala vandalisme berlaku secara berleluasa di kawasan perumahan
mereka.Perbuatan seperti menconteng dinding bangunan dan merosakkan telefon awam
perlu diambil perhatian.Masyarakat di sesebuah kawasan perlu mengadakan mesyuarat
dengan penduduk di kawasan tersebut.Semua anggota masyarakat perlu bekerjasama bagi
membendung masalah yang semakin berlarutan sehingga hari ini.Pihak masyarakat
kawasan tertentu juga perlu bersepakat bagi menangani vandalisme seperti mengenakan
denda kepada pelaku yang melakukan perkara tersebut.Denda yang sewajarnya perlu
dilaksanakan bagi memberi pengajaran serta pedoman kepada pesalah tersebut agar tidak
terus melakukan perkara yang salah ini.
Di samping itu, kerjasama oleh pihak kerajaan juga amat penting bagi membanteras
kegiatan vandalisme ini.Penguatkasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan
secara berkesan oleh pihak berkenaan.Di bawah (Akta Kerajaan Tempatan 9 undangundang kecil vandalisme),sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh
didenda yang membabitkan RM2,000 atau penjara tidak melebihi setahun jika sabit
kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme
menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian
seragam pesalah vandalisme.Tindakan yang lebih tegas perlu dikenakan kepada pesalah
agar menjadi teladan kepada masyarakat lain.
Peranan media massa juga amat penting bagi membendung masalah vandalisme pada
masa kini.Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini,media
massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat.Media massa
memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dalam memberi
kesedaran,memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam
pelbagai bentuk rancangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa.Media
massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar
masyarakat memahami dan menghayati kempen Harta Awam Milik Bersama,kerana
dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat
merealisasikan keberkesanannya.
Kesimpulannya,semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah keringat untuk bersamasama memerangi gejala vandalisme ini.Walaupun isu ini dilihat sebagai perkara
biasa,namun ingatlah bahawa ia dapat memberi impak yang besar kepada negara pada
masa akan datang.Sekiranya semua kemudahan awam telah dimusnahkan dan tidak dapat
digunakan,maka kesulitan akan berlaku terhadap masyarakat di negara ini juga.Imej negara
juga akan dipandang rendah akibat daripada perbuatan salah laku ini.Semua pihak
khususnya masyarakat di negara ini perlu bekerjasama dan bertindak segera dalam
menangani gejala ini dan jangan sampai kita menyesal di kemudian hari,bak kata
pepatahJangan sudah terhantuk barulah nak terngadah.

Jelaskan amalan gaya hidup sihat ini.


Gaya hidup sihat dikaitkan dengan konsep mengamalkan satu corak kehidupan yang baik dalam diri seseorang
itu. Antara contoh gaya hidup sihat ini meliputi aspek pemakanan yang betul dan mengamalkan senaman yang
berkala. Media massa telah banyak kali menyiarkan berita tentang gaya hidup sihat ini kerana sudah ada
kajian yang menyatakan bahawa kadar obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia semakin bertambah. Jelaslah,
ada banyak gaya hidup sihat yang boleh diamalkan oleh masyarakat Malaysia.
Aspek pemakanan yang seimbang menjadi penentu dalam menjalani satu kehidupan yang sihat. Rakyat telah
banyak kali diingatkan bahawa mereka hendaklah mengambil diet yang betul terutama mengutamakan sayursayuran dan buah-buahan dalam diet mereka itu. Pemakanan yang seimbang memastikan tubuh badan
menerima semua khasiat yang diperlukan untuk menangkis kehidupan zaman moden yang penuh dengan
masalah ini. Jadi, diet yang baik menjadikan kehidupan seseorang manusia itu lebih sihat untuk jangka masa
yang panjang.
Selain itu, pemeriksaan doktor yang berkala untuk menjamin satu kehidupan yang sihat. Langkah ini baik
untuk diamalkan agar pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak doktor itu mampu untuk mengesan sebarang
simpton awal penyakit yang boleh mengancam nyawa manusia pula. Kejayaan mengesan penyakit berbahaya
pada peringkat awal memastikan cara pencegahan dan rawatan yang terperinci mendatangkan impak yang
positif kepada kesihatan seseorang itu. Sesungguhnya, sikap suka bertemu dengan doktor menjadi satu ciri
utama untuk menjalani kehidupan yang sihat.
Bukan sahaja diet yang seimbang dan pemeriksaan doktor tetapi senaman yang berjadual juga memainkan
peranan utama dalam kehidupan yang sihat. Senaman setiap pagi atau petting menjamin peluh keluar
daripada badan dengan banyaknya. Keadaan ini menyebabkan semua toksik badan keluar dan tekanan stres
yang dialami terus dapat dihilangkan jua. Oleh itu, senaman menjadi aktiviti yang paling baik untuk memiliki
satu gaya hidup yang baik buat manusia.
Malah, rehat yang cukup juga memainkan peranan penting dalam gaya hidup yang sihat ini. Manusia perlulah
berehat antara 6-8 jam sehari dengan tidur yang berkualiti dan juga kaedah rehat yang lainnya. Manusia
memerlukan rehat kerana ketika rehat inilah seluruh sistem badan manusia akan mampu memulihkan
tenaganya untuk meneruskan kehidupan pada esok harinya. Jadi, rehat yang meliputi tindakan yang berbeza
daripada kebiasaan yang dilakukan oleh seseorang itu boleh memberi pemulihan tenaga yang amat diperlukan
oleh badan manusia.
Aspek pemikiran minda juga hendaklah positif jika manusia ingin memiliki gaya hidup yang sihat ini.
Pemikiran positif ini penting kerana kehidupan zaman modern begitu banyak tekanan baik di pejabat dan
juga di rumah bersama-sama alam kebendaan yang begitu ketara itu. Mereka yang memahami diri sendiri
dan melihat sesuatu peristiwa itu dengan persepsi yang positif sudah pasti akan mampu menerima cabaran
hidup dengan lebih matang lagi rasional. Sesungguhnya, minda yang positif sahaja mampu mengatasi tekanan
kehidupan moden yang begitu mendesak ini.

Kesimpulannya, semua langkah tadi membuktikan satu gay a hidup yang sihat boleh dicapai oleh manusia.
Kerjasama semua amat diperlukan terutama kesedaran diri sendiri agar kesihatan menjadi keutamaan dalam
hidup semua pihak. Kegagalan untuk bertindak dengan segera bakal menyaksikan masyarakat kita searing
dilanda penyakit demi penyakit yang boleh membawa impak buruk pula. Slogan badan cergas otak cerdas
membuktikan betapa pentingnya aspek kesihatan dalam diri manusia yang ingin sejahtera kehidupannya.

Amalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan risiko
penyakit jantung pada masa hadapan. Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia
mempunyai berat badan berlebihan, tidak aktif dan terlalu banyak menghisap rokok.
Ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi seperti
menggemari makanan yang mengandungi kolesterol, tidak melakukan senaman dan
makan secara berlebihan. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko penyakit berbahaya
seperti sakit jantung, obesiti, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, rakyat
Malaysia perlulah mengamalkan gaya hidup sihat. Secara umumnya, tanggungjawab ini
sudah semestinya jatuh pada bahu ibu bapa yang melahirkan anak-anak serta menjaga
mereka sejak kecil lagi. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dan keluarga untuk
memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak mereka?
Peranan utama ibu bapa dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dalam
kalangan anak-anak mereka adalah dengan memastikan anak-anak mengamalkan
pemakanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang adalah pemakanan yang
mengandungi ketujuh-tujuh kelas makanan dalam kadar yang bersesuaian iaitu
karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak, air serta serat. Ibu bapa perlulah sentiasa
menghidangkan makanan yang berzat serta bernutrisi kepada anak-anak. Selain itu, ibu
bapa juga digalakkan untuk makan di rumah kerana makanan di luar, khususnya geraigerai makanan di sepanjang jalan yang makanannya biasa digoreng dengan penuh
minyak. Jika tabiat yang baik ditanam dalam diri anak-anak, sudah pasti anak-anak akan
tahu menjaga pemakanan mereka apabila dewasa kelak. Ibu bapa juga perlu
mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat oleh anak-anak kerana minuman
sebegini tidak memberikan apa-apa kebaikan dan mengandungi kandungan gula yang
berlebihan. Anak-anak perlulah diajar untuk minum air kosong atau jus buah-buahan
yang asli. Jelasnya, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan
seimbang dalam memupuk amalan gaya hidup sihat.
Selain itu, ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah
bersama anak-anak. Perbuatan ini bukan sahaja akan menyihatkan badan, malah
hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak akan menjadi lebih erat. Aktiviti bersenam
mampu mengekalkan gaya hidup sihat kerana peluh-peluh yang keluar sewaktu
melakukan senaman akan keluar bersama-sama toksin badan. Kesannya, anak-anak
mampu membina tahap imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit. Aktiviti
senaman perlulah dilakukan sekurang-kurannya 20 minit sehari dan tiga kali seminggu.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah senamrobik, berjoging, berbasikal, berenang
serta mendaki bukit. Disebabkan ramai golongan ibu bapa yang bekerja, senaman ini
boleh dilakukan pada awal pagi ataupun pada waktu petang selepas ibu bapa pulang dari
kerja. Apabila seseorang itu bersenam dan beriadah, mreka dapat meningkatkan
kesihatan diri dari aspek fizikal dan mental bak kata pepatah, badan cergas otak cerdas.
Tegasnya, ibu bapa perlulah melakukan aktiviti senaman dan riadah bersama anak-anak
supaya amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah membawa anak-anak membuat
pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk memupuk amalan gaya hidup sihat. Ibu
bapa digalakkan untuk membawa anak-anak menjalani pemeriksaan kesihatan sekurangkurangnya enam bulan sekali ataupun dua kali setahun. Pemeriksaan kesihatan adalah
penting kerana mampu mengesan sesuatu penyakit ketika masih di peringkat awal dan
memudahkan pesakit menjalani rawatan dengan teknologi moden kini. Bak kata
pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Dengan ini, ibu bapa dapat
mengenali tubuh badan anak-anak mereka dengan lebih baik dan mampu menentukan
pilihan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jika ibu bapa mendapati anak-anak
mereka tidak sihat, ibu bapa perlulah segala membawa mereka berjumpa dengan doktor
untuk mendapat ubat serta pengesahan tentang penyakit yang dihidapi. Bukan itu

sahaja, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mematuhi nasihat doktor dan
mengambil ubat pada masa yang ditetapkan. Jelasnya, pemeriksaan kesihatan secara
berkala oleh anak-anak akan memupuk amalan gaya hidup sihat.
Ibu bapa juga perlu mengajar dan melatih anak-anak mereka mengutamakan
kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang
penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur
dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan
jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya
mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih
sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak dihinggapi lalat mahupun
memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil
lewa ibu bapa dalam menitik beratkan aspek berkenaan mungkin boleh membawa
padah. Oleh itu, amalan sebegini harus dilentur sejak dari rebung dalam diri anak-anak
agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat apabila mereka dewasa kelak.
Pada masa yang sama, selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, ibu
bapa juga perlu mendidik ahli keluarga mereka agar menjaga kebersihan persekitaran
mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita
terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, ibu bapa menggalakkan anak-anak
mengadakan gotong-royong di rumah setiap hujung minggu untuk membersihkan
kawasan rumah bersama-sama ahli keluarga. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak
menyertai kegiatan gotong royong di taman perumahan dengan membersihkan sampahsarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini
dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas,
lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah
sepertipelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan
ataupun ditukar. Dengan cara demikian, ibu bapa dapat melatih gaya hidup yang positif
dalam diri anak-anak mereka sekali gus akan dapat menjauhkan diri mereka daripada
pelbagai penyakit.
Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu.
Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain
didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka
bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan
masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan
efektif. Ibu bapa digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama
anak-anak atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat
melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya,
aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang
sihat ini Peranan ibu bapa mengamalkan cara berkomunikasi berkesan dengan ahli
keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga serta mengamalkan ibadat mengikut agama
masing-masing akan memberi impak psikologi yang positif.
Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang
itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif
menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda
kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh
cabaran terutama tekanan di pejabat, kekangan di tempat kerja memerlukan satu
persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Para ibu bapa perlu bijak menghadapi

tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi
ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami
boleh menjuruskan ibu bapa pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah
atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda ibu bapa
itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapai oleh dirinya dan
keluarga kelak. Penguasaan diri yang baik dan pesanan yang sering meransang anakanak ke arah positif menangani cabaran merupakan asuhan yang amat dicontohi oleh
anak-anak sehingga mereka dewasa.

Tambahan pula, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam anak-anak, ibu
bapa perlulah membawa mereka menziarahi orang sakit sama ada saudara-mara, jiran
tetangga ataupun rakan-rakan. Hari ini kita siha, tetapi bagaimana pula dengan hari
esok? Jika ibu bapa sering melawat orang yang sedang sakit, nescaya anak-anak mereka
juga akan berbuat demikian kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Anak-anak
tidak seharusnya merasakan bahawa perbuatan sebegini hanya membuang masa dan
merugikan diri kerana ianya sesuatu amalan yang mulia. Apabila kita menziarahi ornag
yang sakit, secara tidak langsung kehadiran kita dapat melahirkan perasaan gembira
kepada pesakit dan memberi kekuatan kepada diri pesakit itu untuk melawan kesakitan
yang ditanggungnya. Perbuatan menziarahi orang yang sakit akan sedikit sebanyak
melahirkan rasa simpati terhadap nasib orang lain dan pada masa yang sama anak-anak
akan bersyukur atas kurniaan sebuah badan yang sihat. Kehadiran kita menunjukkan
bahawa kita, khususnya anak-anak, mengambil berat tentang diri pesakit dan dapat
mengurnagkan perasaan sedih pesakit walaupun pepatah menyatakan bahawa berat
mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tegasnya, amalan menziarahi orang
yang sakit oleh ibu bapa dan anak-anak mampu menanamkan amalan gaya hidup yang
sihat.
Akhir sekali, bagi menjalani amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan
agar anak-anak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Tubuh badan anak-anak
juga perlu direhatkan dengan kadar yang diperlukan untuk mengecas semula organorgan dalam badan mereka. Bagi anak-anak yang telah mencapai usia remaja, mereka
memerlukan sekurang-kurangnya lapan jam sehari untuk tidur dengan selesa. Namun,
ramai anak-anak muda pada masa ini yang lebih suka tidur selepas tengah malam
walaupun keesokan merupakan hari persekolahan. Kesannya, mereka tidak akan berasa
cergas dan badan akan lesu dan tidak bermaya. Malahan, pelajaran anak-anak juga
diganggu dan lama-kelamaan prestasi mereka dalam peperiksaan semakin merosot.
Salah satu langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah menetapkan satu masa
yang spesifik untuk anak-anak masuk tidur dan mestilah dipatuhi dengan sepenuhnya.
Tegasnya, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan anakanak mendapat rehat yang secukupnya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa
memainkan peranan yang besar untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam
kalangan anak-anak. Amalan ini adalah penting untuk dilaksanakan agar kesihatan
rakyat dalam negara ini sentiasa dalam keadaan yang baik. Oleh itu, langkah-langkah di
atas perlulah diamalkan oleh anak-anak yang menjadi pemimpin generasi akan datang
bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Semua rakyat Malaysia

haruslah mengamalkan gaya hidup sihat supaya penyakit seperti kencing manis, obesiti,
darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya dapat dikurangkan dalam jangka masa yang
panjang ini. Jelasnya, jika hal-hal yang dinyatakan di atas itu kita laksanakan, sudah pasti
kita memiliki ciri-ciri manusia yang berjaya bak kata pepatah hendak seribu daya, tidak
hendak seribu dalih.

Amalan membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.


Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak
positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah
individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh
menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era
moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai
segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.
.
Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam
kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang
bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak
kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun
makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh
mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis
yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan
buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet
yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien
yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.

.
..........Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh
seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan,
berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu.
Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah
manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan
biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang
bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan
seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.
.
..........Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan
mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi,
berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi
mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya
mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum
makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat
makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan
mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk
gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.
.
..........Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga
perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan
gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan
mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan
sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini
dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan
sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu
bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara
demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta
membentuk kehidupan yang sihat.
.
..........Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang
lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna
kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka.
Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi
manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra
bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan
satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial
manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini.
.
..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi
menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu
mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan.
Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu
persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup,
mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di
sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada
perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan.

Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu
dicapainya kelak.
.
..........Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang
dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua
aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih
memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah
kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada
mengubatinya.

You might also like