You are on page 1of 11

Pengenalan

Ketirisan dan pembaziran di sektor awam sering menjadi perbualan di kalangan rakyat. Bagi
rakyat, mereka tidak boleh menerima sebarang ketirisan dan pembaziran yang boleh menggugat
kedudukan kewangan negara. Dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dunia, langkah kerajaan
untuk mengurangkan perbelanjaan bermula tahun 2014 merupakan satu tindakan yang selama
ini menjadi antara isu utama dalam kalangan rakyat. Antara langkah yang diumumkan oleh
kerajaan ialah mengurangkan kos utiliti elektrik sebanyak lima peratus di kesemua premis
kerajaan. Selalu sahaja berlaku pembaziran elektrik seperti lampu-lampu masih menyala tatkala
para pekerja sektor awam sudah pulang ke rumah. Begitu juga, langkah kerajaan membekukan
permohonan baru bagi mengubah suai ruang pejabat merupakan antara langkah yang boleh
mengurangkan perbelanjaan sektor awam.

Dalam konteks perkhidmatan kesihatan pula, ]menurut sumber statistik Kesihatan Dunia 2016,
Kerajaan Malaysia membelanjakan 4.4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk
penjagaan kesihatan. Majoriti rakyat Malaysia bergantung kepada kemudahan awam yang
disediakan kerajaan. Perbelanjaan penyediaan ubat-ubatan untuk pesakit dimasukkan bersama
dalam bajet tahunan kementerian dan jumlahnya agak besar. Justeru, setiap pihak perlu
memandang serius bagaimana kaedah terbaik perbelanjaan penjagaan kesihatan ini mampu
memberi kesan optimum kepada masyarakat. Malaysia juga mempunyai Dasar Ubat Negara
(DUNas) yang diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2006. Namun, mengikut
laporan Kaji Selidik Kebangsaan Mengenai Penggunaan Ubat-Ubatan (NSUM) oleh pengguna
Malaysia 2015 terhadap 3,081 responden, mendapati beberapa parameter kajian kurang selari
dengan objektif DUNas.

Antaranya, 73 peratus responden tidak mematuhi arahan pengambilan ubat sepanjang 2015, 33
peratus responden berkongsi ubat dengan pihak lain, 70.8 peratus responden memerlukan sesi
kaunseling tambahan dan 75.1 peratus responden memerlukan maklumat tambahan ubat.
Laporan kajian ini boleh membuka mata setiap pihak kerana kegagalan pematuhan dan tatacara
pengambilan ubat-ubatan menjurus kepada pembaziran ratusan juta ringgit setiap tahun.
Organisasi yang di pilih

Kementerian Kesihatan Malaysia adalah salah satu kementerian yang diwujudkan di bawah
kerajaan Malaysia, dan diketuai oleh pemegang jawatan Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Dato'
Sri S. Subramaniam. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Kesihatan Malaysia, menggantikan
Datuk Seri Liow Tiong Lai sejak 16 Mei 2013 hingga kini. Perkhidmatan Kesihatan Malaysia
telah bermula sejak sebelum era kemerdekaan bagi merawat pelombong-pelombong bijih timah.
Mereka dikenakan bayaran sebanyak 50 sen setahun bagi mendapatkan rawatan. Pada akhir abad
ke-19 negeri Perak mempunyai bilangan hospital terbanyak memandangkan sektor
perlombongan bijih timah di Perak berkembang pesat pada waktu itu.

Hospital Taiping yang juga dikenali sebagai Hospital Yeng Wah merupakan hospital
tertua di Malaysia. Sejurus selepas pengenalan X-ray oleh Prof W. C Roentgen, hospital ini telah
menjadi hospital pertama yang dilengkapi kemudahan ini. Selain itu, pada tahun 1900, Institut
Penyelidikan Perubatan (IMR) telah ditubuhan bertujuan untuk mengkaji punca penyakit
berjangkit (penyakit tropika) yang kian menular ketika itu. IMR juga berfungsi untuk mengawal
jangkitan terutamanya penyakit tropika seperti beri-beri, malaria dan disentri. Ketika
pemerintahan Raja Brooke di Sarawak, perkhidmatan kesihatan diperkenalkan untuk merawat
pegawai penguasa Eropah serta ahli keluarga mereka. Disamping itu, gadis-gadis Sarawak telah
dilatih menjadi jururawat dan bidan di bandar Kuching. Perkhidmatan di negeri ini khusus
kepada penduduk-penduduk di kawasan bandar. Pada masa yang sama, perkhidmatan kesihatan
di Sabah telah diperkenalkan oleh North Borneo Chartered Company yang menjadi tonggak
pemerintahan Sabah pada ketika itu (1881-1942).

Pada tahun 1929, klinik pergigian kerajaan yang pertama telah ditubuhkan di Jalan
Silang, Kuala Lumpur. Selain itu, Kolej Latihan Jururawat Pergigian telah ditubuhkan di Pulau
Pinang pada tahun 1949 diikuti dengan pembukaan asrama jururawat oleh Sir Donald Mc
Gilivray (1956). Melalui Rancangan Malaysia ke 7 (RMK-7), permohonan KKM untuk
membina lima Kolej Sains Kesihatan Bersepadu (KSKB) di Sg. Buloh, Kota Kinabalu, Kuching,
Johor Bahru dan Ulu Kinta telah diluluskan oleh pihak kerajaan. Selepas 1957, Malaysia telah
mempunyai 65 buah hospital dan lebih menumpukan perkembangan sosio-ekonomi penduduk
luar bandar.
Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah naungan Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai
peranan untuk memulihkan perkembangan sosial.Saban tahun, KKM menyediakan pelbagai
kemudahan perkhidmatan kesihatan seterusnya menjadi rujukan oleh negara-negara jiran dalam
bidang teknologi dan perubatan.

Masalah pembaziran di Kementerian Kesihatan Malaysia

Oleh kerana penyediaan penjagaan kesihatan dan kos penyediaan ubat di sektor awam
ditanggung hampir sepenuhnya oleh pihak kerajaan, pesakit mungkin tidak berasa terbeban
dengan ubat yang diterima. Sikap ketidakprihatinan boleh menyebabkan lebihan ubat dan terbiar,
sedangkan pengambilan dos berlebihan boleh memudaratkan atau ketidaktepatan dos ubat juga
memberi kesan ke atas kegagalan kawalan dan penyembuhan penyakit. Ini juga menyumbang
kepada kegagalan mematuhi satu komponen DUNas, iaitu kualiti, keselamatan dan keberkesanan
ubat. Ubat berlebihan juga seharusnya dipulangkan kepada klinik dan hospital untuk proses
dokumentasi, sekali gus boleh mengelak penyalahgunaan pihak tidak bertanggungjawab.

Tindakan drastik daripada laporan kaji selidik NSUM 2015 ini perlu diberi perhatian
segera dan perlu dibabitkan pelbagai pihak bagi memastikan objektif DUNas tercapai. Kempen
kesedaran dan rasional penggunaan ubat perlu diterapkan bukan sahaja di premis kerajaan, malah
agensi swasta yang menyediakan perbekalan dan perkhidmatan perlu digembleng bersama.
KKM juga disaran menjalankan audit dalaman dengan lebih rapi dan tindakan pembetulan serta
pencegahan audit perlu juga diterapkan. Ini sebagai satu langkah mengesan masalah ini pada
peringkat awal. Kumpulan pensyarah yang mengajar di fakulti atau sekolah perubatan dan
farmasi boleh memainkan peranan dengan memasukkan komponen rasional penggunaan ubat
dalam kurikulum pengajian peringkat universiti supaya pelajar memahami komponen DUNas
apabila mereka bekerja nanti. Kebanyakan pesakit yang enggan menghabiskan ubat yang
dibekalkan pihak klinik atau hospital menyebabkan berlakunya pembaziran ubat setiap tahun.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM25 bilion kepada Kementerian Kesihatan bukan sahaja
untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat menerusi latihan kepada para doktor,
jururawat dan kemudahan infrastruktur tetapi juga bagi menyediakan ubat-ubatan yang
berkualiti.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Norol Azali
Sulaiman berkata, saban tahun kerajaan menyediakan peruntukan besar bagi meningkatkan
kesihatan rakyat.

Pembaziran Ubat- Ubatan Hospital

Rakyat Malaysia dikesan membazirkan ubatan bernilai puluhan juta ringgit yang dibelanjakan
oleh kerajaan untuk mereka setiap tahun. Antara punca pembaziran adalah kegagalan pesakit
mematuhi arahan pengambilan, sengaja menukar jenis ubat, berhenti mengambil ubat dan
mendapat ubatan daripada klinik lain, sehingga menyebabkan lambakan bekalan ubat di rumah.
Malah, sebahagian besar pesakit kronik dilaporkan mempunyai tahap kepatuhan yang rendah
terhadap ubat-ubatan kerana mempercayai mitos pengambilan untuk tempoh jangka panjang,
menyebabkan komplikasi penyakit lain. Pakar Penyelidik Farmasi Universiti Sains Malaysia
(USM), Prof Dr Mohamed Azmi Hassali, ketika mendedahkannya kepada BH, berkata anggaran
nilai pembaziran itu berdasarkan hasil kajian sikap pengguna terhadap pengambilan ubat di
seluruh negara dan jumlah ubat yang dipulangkan menerusi Program Pemulangan Ubat.

Kaji Selidik Kebangsaan Mengenai Penggunaan Ubat-Ubatan (NSUM) oleh Pengguna


Malaysia 2015 terhadap 3,081 responden, mendapati 73 peratus tidak mematuhi arahan
pengambilan ubat sepanjang tahun 2015. Walaupun nilai pembaziran sebenar tidak dapat
ditentukan, beliau berkata kajian menunjukkan ia pembaziran yang serius. Peratusan ini
dianggap membimbangkan jika dihitung jumlah keseluruhan ubat yang dibekalkan Kementerian
Kesihatan, berjumlah RM2 bilion kepada seluruh farmasi di seluruh negara, tahun lalu.
Walaupun hanya membabitkan ribuan responden, ia sebenarnya mewakili sikap masyarakat
negara ini. Bayangkan, pesakit hanya membayar RM1 bagi mendapatkan rawatan sebagai
pesakit luar dengan nilai ubat bagi kategori penyakit ringan antara RM5 hingga RM40 seminggu.
Bagi rawatan klinik pakar atau penyakit kronik pula, setiap RM5 yang dibayar, pesakit menerima
rawatan dengan ubat-ubatan mencecah RM400 sebulan, tertakluk kepada jenis penyakit dan
ubat-ubatan. Lebih membimbangkan, 30 peratus daripadanya membabitkan pesakit yang
mengambil ubat-ubatan mahal untuk penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis.

Pembaziran ubat kerajaan masih berlaku di negara ini sehingga mencatat angka 70
peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra
Pengguna Malaysia (PMPM), Azlin Othman berkata, statistik bermula Januari hingga sekarang
menunjukan majoriti penduduk luar bandar yang banyak melakukan pembaziran ubat terutama
melibatkan golongan warga emas dan antaranya disebabkan kurang kefahaman dan pengetahuan
mengenai ubat yang diambil sama ada di klinik mahupun hospital kerajaan. Menurutnya, siasatan
dari rumah ke rumah pesakit secara rawak mendapati ubat darah tinggi dan kencing manis paling
tertinggi dibazirkan sehinggakan semakan mendapati ada ubat yang telah tamat tarikh luput
namun masih disimpan pesakit. Katanya, langkah turun ke peringkat akar umbi itu bukan sahaja
untuk merekodkan pembaziran berlaku namun paling penting dapat memberi pengetahuan
kepada mereka cara betul menyimpan ubat selain mengambil ubat-ubat yang tidak digunakan
bagi dilupuskan Jabatan Farmasi. Beliau telah menganggarkan dalam tempoh itu juga telah
beribu-ribu nilai ubat yang telah dibazirkan dan seharusnya mereka yang mempunyai lebihan
ubat dan tidak mahu lagi untuk menggunakannya perlu menghantar ke klinik atau hospital
kerajaan bagi tindakan selanjutkan seperti dilupuskan.

Kesan Pembaziran Ubat- Ubatan

Kes keracunan parasetamol yang mengakibatkan kematian kanak-kanak berumur tujuh (7) tahun
baru-baru ini menyakinkan kita lagi bahawa penggunaan ubat-ubatan di kalangan masyarakat
masih memerlukan pengurusan yang rapi daripada semua pihak. Ubat-ubatan seperti parasetamol
yang banyak diiklankan di berbagai media di negara ini merupakan salah satu daripada ubat yang
paling laris dijual di merata tempat. Ini termasuklah di kedai-kedai runcit, warong-warong
mahupun di pasaraya-pasaraya sebagai salah satu daripada bahan yang diniagakan oleh pihak
berkenaan. Hal yang sedemikian sudah tentu mendedahkan lagi para pengguna, khususnya
kanak-kanak kepada risiko penyalahgunaan ubat, lantas boleh mengakibatkan ancaman
keracunan kepada diri mereka. Tambahan pula jika ubat-ubatan ini tidak diiringi dengan
maklumat-maklumat yang mudah difahami pengguna baik apabila ianya diperolehi daripada
klinik-klinik perubatan sekalipun.

Tinjauan yang dilakukan oleh Pusat Racun Negara (PRN) menampakkan bahawa
penglabelan ubat-ubatan tidak menjadi satu amalan yang ketara di kalangan ahli-ahli profesional.
Jarang sekali para pesakit diberitahu tentang nama ubat-ubatan mahupun pengawasan ke atas
kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku apabila mengambil sesuatu ubat itu. Sayugia
diingatkan bahawa tiada ubat yang satu ratus peratus selamat. Para pengguna perlu faham
bahawa setiap ubat mempunyai risikonya tersendiri terutama sekali apabila diberikan kepada
kanak-kanak. Salah satu daripada cara mencegah ini daripada berlaku adalah untuk mengetahui
secara mendalam berkenaan ubat tersebut melalui maklumat-maklumat yang objektif dan tidak
berat sebelah. Ini bermaksud para pengguna perlu mendapatkan maklumat daripada sumber-
sumber yang profesional dan tidak semata-mata bergantung kepada iklan-iklan yang dikeluarkan
oleh industri farmaseutikal untuk tujuan melariskan langganannya. Untuk tujuan ini adalah
menjadi hak para pengguna mendapat maklumat yang terperinci tentang setiap ubat yang mereka
perolehi daripada mana-mana sekalipun. Hak ini telah dimuatkan dalam Piagam Pesakit
sepertimana dipersetujui antara pertubuhan profesional kesihatan - doktor, doktor pergigian dan
ahli farmasi - dengan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) beberapa tahun yang
lalu. Malangnya ini masih tidak dipatuhi oleh banyak pihak.

Ubat-ubatan adalah salah satu daripada komoditi penting dalam penjagaan kesihatan.
Banyak sumber telah dibelanjakan untuk membe-kalkan ubat-ubatan kepada masyarakat
umumnya bagi tujuan rawatan. Di Malaysia, ubat-ubatan bukan sahaja dapat diperolehi dalam
kualiti yang baik dan terjamin berikutan daripada pendaftaran ubat-ubatan yang dilakukan sejak
tahun 1985 lagi. Malah orang ramai dapat me-milih daripada berbagai sumber, khususnya ubat-
ubatan yang dikenali sebagai OTC (over-the-counter).

Namun demikian, pembaziran ubat-ubatan adalah satu fenomena yang sering berlaku
akibat daripada peng-gunaan yang tidak rasional, baik daripada pihak yang memberi ubat,
mahupun pihak yang menerima. Pembaziran ini sekaligus akan merugikan sumber dan memba-
hayakan kesihatan. Ini lazimnya berlaku apabila para pesakit tidak menggunakan ubatnya
sepertimana yang dikehendaki ataupun mengabaikan penggunaan ubat tersebut dengan anggapan
bahawa penyakit mereka sudahpun sembuh.

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Pusat Racun Negara (PRN) baru-baru ini, terbukti
bahawa di kebanyakan rumah terdapat ubat-ubatan yang disimpan begitu lama untuk tujuan
digunakan semula apabila seseorang itu mengalami kesakitan yang serupa. Kajian PRN
menunjukkan bahawa secara purata setiap rumah menyimpan sekurang-kurangnya empat (4)
jenis ubat dan lebih penting lagi, kebanyakan daripada ubat-ubatan ini disimpan di merata
tempat, setengahnya tidak sesuai dengan jenis ubat berkenaan yang meningkatkan lagi
kemungkinan ubat-ubatan tersebut men-jadi rosak. Dengan kata lain, ubat disimpan sedemikian
rupa apabila digu-nakan semula boleh menyebabkan berbagai ancaman kesihatan termasuklah
keracunan. Daripada kajian itu juga, sum-ber ubat-ubatan yang diperolehi sebahagian besarnya
(anggaran 40%) adalah daripada klinik-klinik swasta, iaitu hampir empat (4) kali ganda
berbanding dengan ubat-ubatan yang diperolehi daripada hospital-hospital. Lebih
membimbangkan lagi 47% daripada ubat-ubatan ini tidakpun mempunyai nama. 65%
daripadanya tidak pula mengandungi maklumat tentang tujuan ubat-ubatan ini diberikan kepada
pesakit dan 84% daripadanya tiada tarikh luput.

Ketiadaan maklumat-maklumat penting seumpama ini akan mendedahkan para pengguna


kepada bahaya terutama sekali selepas sebegitu lama ubat disimpan dan ingin digunakan semula.
Ketiadaan tarikh luput misalnya tidak memberi satu petanda tentang bila ubat-ubatan ini
sepatutnya dibuang dan tidak digunakan lagi. Ketiadaan maklumat tentang tujuan ubat-ubatan
akan menyukarkan lagi para pesakit menentukan bila ubat tersebut perlu digunakan apabila
menghadapi sesuatu keadaan dan ini menjadi tambah rumit sekiranya dua (2) ubat yang agak
serupa disimpan untuk tujuan yang sama. Ketiadaan nama ubat sudah tentu menyukarkan lagi
rujukan dibuat sekiranya berlaku apa juga bentuk kemalangan yang melibatkan ubat-ubatan
tersebut ataupun bagi mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam tentang jenis ubat yang
digunakan. Rata-rata kajian juga menunjukkan bahawa peng-guna tidak juga dibekalkan dengan
maklumat cara penyimpanan ubat dengan sempurna.

Kajian ini juga mendapati bahawa kebanyakan daripada para pesakit yang ditemuduga
tidak memahami secara mendalam tentang ubat-ubatan yang mereka simpan. Mereka tidak
mempunyai sebarang maklumat-maklumat bertulis yang boleh dirujuk kembali untuk
menentukan penggunaan yang selamat dan rasional. Maklumat-maklumat yang diberikan secara
lisan apabila mendapat ubat tersebut kerap-kali telah luput daripada ingatan mereka. Dengan kata
lain, ubat-ubatan yang disimpan dirumah-rumah adalah satu bentuk pembaziran yang agak jelas
sekiranya pesakit tidak diberi pendedahan yang secukupnya. Ini malah merupakan sumber
ancaman jika ubat disimpan untuk tujuan-tujuan tertentu dan maklumat-maklumat yang
diperlukan bagi mereka mengambil tindakan sewajarnya untuk melupuskan ubat-ubatan yang
tidak dibekalkan.
Cadangan Pengurangan Pembaziran Ubat

Antara sebab lain yang menyebabkan lambakan ubat di rumah adalah kerana persepsi
masyarakat yang percaya bahawa ubat-ubatan yang mereka ambil untuk jangka masa yang
panjang akan menyebabkan komplikasi lain pada tubuh. Ini hanyalah mitos sedangkan
hakikatnya, penyakit kronik yang tidak terkawal itu sendiri akan mencetuskan pelbagai
komplikasi lain yang tidak diigini. Kesan sampingan yang dialami daripada ubatan juga menjadi
penyebab sesetengah pesakit memberhentikan rawatan dan tidak mengambil ubat. Justeru, adalah
sangat penting untuk para pengamal perubatan menjelaskan kepada pesakit mengenai perkara ini
untuk pencerahan mereka.

Lambakan ubat sebenarnya boleh diatasi dengan kerjasama daripada semua pihak
terutamanya antara pesakit dan pengamal perubatan. Di Kementerian Kesihatan, pelbagai
program dilaksanakan bagi tujuan tersebut antaranya Program Pemulangan Ubat, ceramah,
dialog dan pameran berkenaan kenali ubat anda. Melalui Program Pemulangan Ubat, pesakit
boleh memulangkan semula ubat yang berlebihan sama ada disebabkan oleh kesan sampingan
ubat, pertukaran rawatan atau kematian. Pesakit harus peka dan peduli terhadap ubat-ubatan yang
diambil sepanjang rawatan. Program Kenali Ubat pula memberi ruang kepada masyarakat agar
ubat yang diambil digunakan secara rasional melalui konsep amalan 5B iaitu pengguna, ubat,
dos, cara pengambilan dan masa pengambilan yang betul.

Selain itu, polisi penukaran balik ubat-ubatan setelah habis digunakan seperti ubat sedut,
ubat sembur hidung dan insulin juga diimplementasi di fasiliti kesihatan kerajaan bagi
memastikan pesakit menggunakan ubat secara berkualiti dan patuh pada rawatan yang
disarankan. Melalui polisi ini, pesakit hanya akan dibekalkan ubat yang baru apabila pesakit
memulangkan semula vial, kanister atau pen ubat yang kosong. Terdapat juga khidmat
kaunseling dan nasihat oleh pegawai farmasi kepada pesakit yang memulakan ubat baru atau
ubat susulan untuk memberi input mengenai ubat-ubatan yang diambil agar tidak berlaku
kekeliruan dan menilai semula kefahaman dan kepatuhan pada rawatan. Akhirnya, kata kunci
kepada isu ini adalah kesedaran daripada semua pihak untuk sama-sama menggembleng tenaga
mengelakkan ubat dari dibazirkan. Seharusnya, setiap dari kita mengambil peduli kos rawatan
yang ditanggung secara bersubsidi oleh hospital dan klinik kerajaan. Menyedari hakikat bahawa
nikmat sihat itu satu anugerah yang tidak ternilai, maka sepatutnya ujian kesakitan itu
menjadikan kita seorang insan yang lebih menghargai terutamanya pada nilai ubat itu sendiri
sebagai ikhtiar kepada kesembuhan seseorang. Sama-samalah kita berusaha untuk menjadikan
negara ini sifar pembaziran ubat dengan kualiti dan cara hidup yang sihat.

Mana-mana individu yang terlibat dalam proses pengambilan ubat-ubatan secara


langsung atau tidak langsung boleh membuat kesilapan. Komunikasi dan hubungan yang baik
antara anggota kesihatan yang terlibat memainkan peranan penting bagi menghindarkan
kesilapan pengambilan ubat-ubatan. Kesilapan ini boleh juga dihindarkan apabila pengamal
penjagaan kesihatan dan pesakit menyedari akan jenis-jenis kesilapan yang mungkin boleh
berlaku.

Pesakit dan penjaga menggalas tanggungjawab bagi memastikan agar mereka memahami
kegunaan sesuatu ubat, bagaimana rupa sesuatu ubat yang diambil dan cara pengambilan yang
betul, serta tindakan yang perlu diambil sekiranya tiada penambahbaikan kesihatan setelah ubat-
ubatan diambil. Semakan semula maklumat sesuatu ubat adalah perlu bagi mengelakkan
kesilapan pengambilan ubat-ubatan. Doktor atau ahli farmasi yang merawat anda sepatutnya
mengetahui dan menyimpan rekod semua ubat-ubatan yang anda ambil. Rekod ini termasuklah
ubat-ubatan OTC (over-the-counter) seperti vitamin dan aspirin, ubat sembelit, begitu juga ubat-
ubatan yang telah diberikan oleh doktor-doktor yang lain. Ini adalah sebagai langkah berjaga-
jaga untuk mengelakkan tindakbalas berbahaya antara ubat-ubatan dan menyebabkan kesan yang
tidak diingini kepada pesakit.

Doktor yang merawat perlu mengetahui reaksi yang pernah anda lalui apabila mengambil
sesetengah ubat. Walaubagaimanapun, kadar toleransi seseorang terhadap ubat-ubatan mungkin
berubah mengikut umur di mana sensitiviti terhadap ubat-ubat seperti ubat tahan sakit atau ubat
penenang mungkin akan bertambah dengan peningkatan umur. Setiap orang yang terlibat dalam
proses penggunaan ubat-ubatan perlulah memainkan peranan untuk mengelakkan kesilapan
pengambilan ubat-ubatan. Ini termasuklah pengamal penjagaan kesihatan dan pesakit yang
berpengetahuan. Anda hanya perlu bertanya, memahami dan mematuhi arahan yang diberikan,
mengenali ubat-ubatan anda, menyimpan ubat seperti yang diarahkan dan menyenaraikan semua
ubat-ubatan yang sedang dan pernah diambil bagi meminimakan kesilapan penggunaan ubat-
ubatan.
Kesimpulan

Sekiranya pesakit mempunyai masalah sewaktu pengambilan ubat, bincangkan perkara ini
bersama-sama dengan ahli farmasi atau doktor yang merawat. Regimen rawatan mungkin boleh
diubah bagi memastikan keberkesannanya dan seterusnya dapat meningkatkan kepatuhan
terhadap pengambilan ubat. Selain daripada itu, pesakit juga boleh memberitahu pegawai farmasi
sekiranya masih terdapat bekalan ubat yang berlebihan di rumah. Melalui cara ini, pesakit boleh
menggunakan baki ubat-ubatan sedia ada bagi mengelakkan pembaziran berlaku. Bekalan
seterusnya akan ditambah sekiranya baki sedia ada tidak mencukupi. Sebagai kesimpulan, semua
pihak perlu saling berusaha untuk mengelakkan pembaziran ubat berlaku. Kepatuhan pesakit
terhadap rawatan perlu dipertingkatkan dengan nasihat dan pendidikan secara berterusan.
Semoga dengan cara ini, pembaziran dapat dikurangkan dan ubat-ubatan akan lebih dihargai oleh
pesakit.

Kekeliruan boleh berlaku kerana sesetengah ubat-ubatan kelihatan hampir serupa. Bagi
mengelakkan kekeliruan ini, anda dinasihati agar sentiasa menyimpan ubat-ubatan dalam bekas
asalnya. Semua ubat-ubatan hendaklah disimpan dalam kabinet berkunci di mana ia tidak dapat
dijangkau oleh kanak-kanak. Terdapat juga ubat-ubatan yang perlu disimpan dalam kondisi yang
tertentu, seperti di dalam peti sejuk atau dilindungi dari cahaya. Ini adalah bertujuan bagi
mengelakkan deteriorasi atau ketidakstabilan produk. Semua ubat yang telah tamat tarikh luput
seharusnya tidak lagi disimpan bersama ubat-ubatan lain. Anda boleh mendapat kesan
sampingan sekiranya anda masih mengambil ubat-ubatan yang telah tamat tarikh luput.
Sesetengah ubat-ubatan sebegini mungkin tidak lagi mengandungi kandungan bahan aktif yang
sepatutnya, dan terdapat juga sesetengah ubat yang telah tamat tarikh luput boleh menjadi toksik
pada badan dan menyebabkan pesakit mengalami alahan.
Rujukan

Al-Faris, E., Abdulghani, H., Mahdi, A., Salih, M. & Al-Kordi, A. 2002. Compliance with
appointments and medications in a pediatric neurology clinic at a University Hospital in Riyadh,

Saudi Arabia. Saudi Medical Journal 23(8): 969-974.

Breen, R. & Thornhill, J. 1998. Noncompliance with medication for psychiatric disorders. CNS
Drugs 9: 457-471.

Carpenter, P., Morrow, G. & Del Gaudio, A. 1981. Who keeps the first outpatient appointment?
American Journal of Psychiatry 138: 102-105.

Chen, A. 1991. Noncompliance in community psychiatry: a review of clinical interventions.


Hospital and Community Psychiatry 42: 282-287.

Fun, S. P., Mohidin, N., Mohd Kamal, A. A., Mohammed, Z. & Mohd-Ali, B. 2016. Mild
Cognitive Impairment does not Affect Pattern Electroretinogram in the Elderly-A pilot Study.
Sains Malaysiana 45(9): 1399-1403.

Hixon, A. L., Chapman, R. W. & Nuovo, J. 1999. Failure to keep clinic appointments:
Implications for residency education and productivity. Family Medicine 31(9): 627-630.

Kruse, G. R., Rohland, B. M. & Wu, X. 2002. Factors Associated With Missed First
Appointments at a Psychiatric Clinic. PSYCHIATRIC SERVICES 53(9): 1173-1176.

Mohammed, Z., Mansor, S. Z., Mohamed Akhir, S., Mohd-Ali, B. & Mohidin, N. 2016.
Refractive Error and Visual Acuity of elderly Chinese in Selangor and Johor, Malaysia. Sains

Malaysiana 45(9): 1393-1398.

You might also like