You are on page 1of 11

TEMA:SEJARAH TOKOH

TAJUK:
DOKTOR AHMAD RAZI BIN OTHMAN: TOKOH KESIHATAN
DI DAERAH TAPAH,PERAK DARI TAHUN 2005-2015

PENGENALAN
Bidang kesihatan merupakan sektor yang penting dalam perubatan dunia.Ianya mempunyai
beberapa cabang seperti makmal, ortopedik, pembedahan, farmasi, dan lain lain lagi. Selepas,
kedatangan Nabi Muhammad SAW ,tamadun perubatan islam berkembang dengan pesat
dibawah naungannya.Oleh kerana bidang perubatan merupakan 2 elemen yang tidak boleh
dipisahkan daripada manusia,maka perkembngannya amat menyerlah sekali selepas
kedatangan islam.Ianya juga merupakan salah satu tuntutan fardu kifayah didalam ajaran
islam.

Selain itu kaedah rawatan yang digunakan lebih saintifik, selamat dan berlandaskan kitab
Al-Quran dan sunnah waljamaah, maka lahirlah beberapa orang tokoh ilmuwan atau
cendekiawan yang terkenal dalam perubatan Islam seperti Ibnu Sina, Jabir Ibnu Hayyan(721-
766M), Hunayn, Ibnu Ishaq (810-878M), Ibnu Qurah (838-901M) Abu Yusof, Ibnu Ishaq Al
Kindi (809-873m), Al-Raziabu Qassim Khaf Al Ibnu Abbas Al Zahraawi (936- 1013M) dan
banyak lagi. Tokoh-tokoh ini lahir dalam tiga zaman yang berbeza iaitu zaman zaman
penterjemahan, zaman kegemilangan dan zaman kemerosotan. Pada zaman kemerosotan,
negara-negara Eropah mula menyerang negara-negara

Istilah ini perubatan berasal dari latin medicīna dan merujuk kepada sains yang


membolehkan untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit daripada badan manusia .
Perubatan juga digunakan sebagai sinonim untuk perubatan yang merupakan bahan yang
membolehkan untuk menghalang, melegakan atau menyembuhkan penyakit atau sekuelnya.
Untuk mengamalkan ubat, perlu belajar untuk mendapatkan ijazah yang diperlukan dan
kelayakan yang sepadan. Dengan cara ini, doktor atau doktor diterima adalah dalam
kedudukan untuk menjadi ejen kesihatan dalam proses kesihatan, mewujudkan hubungan
dengan ejen pasif (the pesakit , yang merupakan orang yang sakit atau yang ingin menjaga
kesihatan mereka). Di Malaysia juga terkenal dengan ramai tokoh perubatan ,Antaranya ialah
doktor Abbas Bin Haji Alias,Doktor Abdul Aziz Omar.Di Tapah,sebuah pekan dalam negeri
Perak juga terdapat beberapa orang tokoh kesihatan seperti Doktor Ahamd Razi Bi
Othaman,yang telah lama berkhidmat sebagai doktor kliniknya sendiri.
LATAR BELAKANG TOKOH
Ahmad Razi Bin Othman merupakan salah seorang tokoh kesihatan di tapah,sebuah pekan
dalam daerah Batang Padang.Beliau merupakan pengasas kepada Klinik Razi yang telah
dibuka selama bertahun tahunnya. Beliau lahir pada 17 April 1958. Beliau dilahirkan di
Setiawan, Perak. Beliau memulakan pengajian rendah di Institut Felda Selama Perak atau 3
dikenali Sekolah Kebangsaan Idris 2, Felda Ijok Selama, Perak dari tahun 1963-1970. Setelah
itu, beliau berpindah ke Kuala lumpur untuk meneruskan pengajian menengahnya di Sekolah
Menengah Kebangsaan Padang Tembak, di Jalan Semarak dari tahun 1971-1973. Sekolah ini
terletak bersebelahan kiri Sekolah Rendah Kebangsaan polis depot dan SK Padang Tembak
pada arah barat lautnya. Ketika tingkatan empat dan lima beliau menyambung pendidikannya
pula di Sekolah Menengah Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.

Setelah tamat SPM pada tahun 1975, beliau mendapat tawaran ke Matrikulasi Shah Alam
di bawah program asasi sains selama dua tahun. Matrikulasi ini merupakan pra kepada
Universiti Kebangsaan Malaya (UKM). Setelah beliau tamat pengajiannya pada tahun 1978-
1979. beliau diserap masuk oleh badan induk institusi tersebut dalam bidang perubatan.
Universiti Kebangsaan Malaya adalah universiti terbaik ke 160 di dunia. Mengikut qs world
universiti rankings, yang dijalankan pada tahun 2020, UKM telah menduduki tempat ke 98
daripada 100 universiti baru terbaik yang ditubuhkan dalam tempoh 50 tahun yang lalu di
dunia. Universiti ini dibuka pada 18mei 1970 dengan 192 pelajar siswazah di Jalan Pantai
Baru, Kuala Lumpur sebuah kampus yang menempatkan tiga fakulti utama iaitu fakulti sains,
fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Kesenian

. Pada tahun 1977 kampus ini berpindah ke premis yang berterusan hingga sekarang. dan
membentuk kampus utama di bangi. UKM mempunyai dua Kampus Kesihatan iaitu Kampus
Kuala Lumpur di Jalan Raja Muda Abdul Aziz dan Pusat Perubatan UKM di Cheras. Kampus
Kuala Lumpur terdiri dari Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Farmasi, Fakulti Pergigian dan
Jabatan Praklinikal Fakulti Perubatan. Kampus di Cheras pula terdiri dari fakulti
perubatan,ukm teaching hospital dain institusi biologi molekular ukm umbi. Beliau
menyambung pengajian di situ selama enam tahun di dalam bidang perubatan.Setelah itu
beliau tamat pada tahun 1986. Dua tahun kemudian, Kementerian Kesihatan menawarkan
beliau pekerjaan di hospital kerajaan .Hospital pertama beliau memulakan kariernya ialah di
Hospital taiping pada tahun 1987 sehingga 1989.Beliau adalah seorang yang peramah dan
mudah didekati.Pada tahun 1989 hingga 1990 beliau berada di Hospital Lenggong,
gerik,perak. Pada tahun 1991\-1993 pula,beliau dipindahkan ke hospital perak tengah
PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN DI KLINIK RAZI
Sepanjang tahun 2010 hingga 2015,pengkaji telah mendapati klinik razi telah mengalami
perubahan dari segi perubatan.Pada awal penubuhan klinik ini doktor razi hanyalah
menawarkan rawatan untuk sakit umum seperti selsema,batuk,demam dan sebagainya.Namun
pada tahun 1 Temubual;Doktor Ahmad Razi Bin Othman(15 Jun 2020) 6 2013, beliau telah
menambahkan lagi perkhidmatan dalam klinik ini.Antara rawatan terbaru yang wujud adalah
pembedahan kecil.Pembedahan kecil yang dimaksudkan adalah doktor akan melakukakn
jahitan ke atas luka pesakit.Doktor akan memeriksa terlebih dahulu samaada luka itu
memerlukan jahitan atau tidak.Contoh rawatan yang memerlukan pembedahan kecil adalah
bisul yang teruk.2 Pembedahan bisul atau pilonidal adalah mengeluarkan nanah daripada
badan kerana dikhuatiri badan akan dijangkiti kuman. Selepas pembedahan berjaya
dilakukan, antibiotik akan diberikan kepada pesakit bertujuan untuk mengawal jangkitan.
Selain itu rawatan baru yang wujud di klinikm razi adalah sunat. Sunat atau berkhatan adalah
satu pembedahan kecil dimana hujung kemaluan lelaki dipotong dan dijahit. Sunat
kenbiasaanya dilakukan kepada kanak-kanak muslim yang berusia bawah 12 tahun kerana
sunat merupakan suatu ibadah islam, selain dapat meningkatkan kebersihan 3 .Dalam islam
sunat adalah perkara wajib kepada setiap lelaki yang beragama islam, dan akil baligh. Ianya
bermaksud pembersihan.Proses sunat di kliniik razi tidaklah menyakitkan kerana doktor razi
menggunakan ubat tahan sakit atau ubat pelali dengan cara memberi suntikan kepada pesakit.
Kesannya pesakit tidak akan merasa sakit sepanjang proses sunat tersebut.

Ketika itu ,kebanyakan klinik yang terdapat di pekan tapah tidak menawarkan perkhidmatan
tersebut kerana pemiliknya adalah berbangsa india dan cina.Ada juga klinik yang menawarkn
perkhidmatan tersebut ,namun kosnya adalah sangat mahal.Oleh itu penduduk muslim di
pekan tapah sukar untuk mencari perkhidmatan tersebut dengan harga yang murah,cepat dan
tidak sakit. Oleh itu klinik razi mengambil peluang dengan membantu mereka dan
mengembangkan lagi klinik.

Selain itu, Klinik razi juga menyediakan alat untuk pesakit asma atau dikenali inhalasi
nebulizer.Fungsinya adalah untuk melancarkan proses pernafasan.pesakit.Ini adalah kerana
selalunya pesakit sukar untuk bernafas.6 Pada tahun yang sebelum ini, pesakit asma hanya
bergantung ubat pada hospital sahaja kerana hanya hospital yang mempunyai alat ini .
Namun, kuantiti alat inhalasi nebulizer ini tidak banyak yang disediakan oleh hospital. Oleh
itu, ramai pesakit yang terpaksa menanggung sakit yang lama disebabkan mereka terpaksa
menunggu giliran. Dengan adanya alat inhalasi nebulizer di klinik Razi, pesakit tidak perlu
lagi menahan sakit dan mereka juga boleh terus ke klinik Razi untuk mendapatkan rawatan.
Menurut doktor Razi sendiri, walaupun klinik tersebut mempunyai alat inhalasi nebulizer,
fungsinya hanyalah untuk melancarkan penafasan sahaja.Walaupun begitu,sekiranya pesakit
mempunyai gejala yang 5 Terapi 8 lebih teruk ,beliau akan merujuk pesakit ke hospital tapah
kerana di sana terdpat kemudahan yang lebih canggih dan lengkap dan doktor yang lebih
pakar.

Cabaran Beliau Sepanjang Menjadi Doktor


Bidang kesihatan juga bukanlah sesuatu yang mudah.Banyak yang perlu dihadapi
sepanjang beliau menjadi doktor.Antaranya ialah perubahan teknologi dalam bidang
kesihatan seperti penggunaan mesin seperti mesin xray,alat untuk memeriksa tekanan darah
tinggi,dan penggunaan laser untuk rawatan pembedahan dan sebagainya.Sebagai
contoh,penggunaan laser ketika berkhatan adalah alternatif yang terbaru dan cepat Selain
pisau,cara ini juga lebih cepat mudah dan tidak terlalu sakit.Pesakit juga akan berpuas hati
atas perkhidmatan yang diberikan.Hal ini memerlukan modal yang banyak untuk
membelinya.

Oleh itu, masalah kewangan yang tidak mencukupi juga merupakan satu cabaran yang
perlu dihadapi doktor razi. Harga ubat serta bil-bil sewa,elektrik dan lain-lain yang
melambung tinggi selaras dengan perubahan ekonomi semasa yang tidak menentu turut
memberi kesan kepada beliau. Selain itu, penyakit semasa yang melanda persekitaran juga
perlu dikaji untuk memastikan ubat yang diberikan kepada pesakit adalah
berkesan.Contohnya seperti demam denggi, alergi dan lain lain.

Selain itu perkembangan sektor kesihatan seperti poliklinik kerajaan di pekan tapah dan
klinik-klinik swasta lain seperti klinik gigi,klinik pakar kulit tidak melunturkan semangat
beliau untuk terus beroperasi. Poliklinik Razi sering berusaha untuk memberikan
perkhidmatan perubatan yang terbaik kepada setiap pesakit yang datang untuk mendapatkan
rawatan. Bagi memuaskan hati pesakit dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik
bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Untuk memastikan perkhidmatan dalam
bidang perubatan sentiasa terbaik, doktor Razi sering membuka mata dengan keadaan
sekeliling. Ini bermaksud beliau sentiasa peka dengan perkara yang berlaku

. Selain itu, pengasas poliklinik juga akan memastikan kebersihan poliklinik ini sentiasa
bersih. Kesannya, pesakit akan berasa selesa dan berpuas hati adengan perkhidmatan yang
diberikan. Alat-alat yang berada di poliklinik juga sentiasa dipantau agar tidak berlaku
sebarang perkara yang tidak diingini. Pekerja-pekerja di poliklinik ini juga sentiasa
memeriksa tarikh luput bekalan ubat pada setiap minggu. Keadaan ini adalah untuk
memastikan bekalan ubat yang bakal diberi kepada pesakit adalah selamat.

Karenah pesakit merupakan salah satu cabaran yang besar buat poliklinik Razi. Hal ini
dikatakan demikian kerana untuk menangani masalah ini, pekerja-pekerja dan doktor Razi
sendiri haruslah mempunyai kesabaran yang tinggi dan sentiasa tenang semasa berhadapan
dengan pesakit. Antara karenah pesakit adalah seperti terdapat pesakit yang tidak yakin
rawatan yang telah diberikan oleh pihak klinik ini walaupun rawatan yang dilakukan
menggunakan alat teknologi yang canggih dan terkini.

HARAPAN KEJAYAAN PADA MASA HADAPAN

Doktor Ahmad Razi mempunyai keluarga yang sangat menyokong dan membantu beliau
dalam kliniknya.Beliau bersyukur kerana mempunyai ahli keluarga yang sangat
penyayang.seterusnya,beliau pula ingin membuat perjalanan ke luar negara terutamanya di
mekah.Beliau juga berharap dapat terus berbakti dan berkhidmat sebagai seorang doktor di
tapah dan membuka banyak lagi cawagan kliniknya.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya,bagi seluruh kajian yang telah dilakukan,pengkaji mendapati klinik
razi telah telah berkembang dalam bidang perubatan di tapah secara berperingkat iaitu sejak
dari awal penubuhan klinik.selain itu kajian juga dapat mengenal sedikit latar belakang dan
sejarah penubuhan poliklinik razi sejak 1993.Pengkaji juga dapat menambah pengetahuan
asas mengenai pengasas polikilinik razi sendiri iaitu doktor ahmad razi bin othman.Selain
dari mengetahui tentang sejarah latar belkang pengasas dan poliklinik.

Selain itu,dengan perkembangan yang diwujudkan pesakit boleh mendapatkan terus


perkhidmatan di poliklnik razi.dari segi perubahan pula pengkaji mendapati perubahan
terbesar adalah loklasi klinik razi yang dahulunya terletak di tengah pekan tapah kini berubah
ke jalan damai pada tahun 2015.Ianya telah memberi manfaat kepada pesakit dan klinik
tersebut.Seterusnya pengkaji mendapat maklumat tambahan mengenai cabaran yang dihadapi
klinik tersebut dengan hasil kajian yang dijalankan,pengkaji dapat merumuskan sepanjang
penubuhan klinik ini banyak cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi.
BIBILIOGRAFI

Encik Amer (penduduk tapah selama 20 tahun)

Soalan temubual:1) Apakah nama encik?

2) Berapa lama encik tinggal di Tapah?

3)Pada pendapat encik, bagaimanakah bandar ini dinamakan Tapah?

ENCIK ZAMRI (Penduduk tapah selama 30 tahun)

Soalan temubual:1) Apakah nama encik?

2) Berapa lamakah encik berada di Tapah?

3) Bolehkah encik menyenaraikan beberapa poliklinik di Tapah?

Cik Saleha( staff di poliklinik Razi)

Soalan temubual:1) Apakah nama cik?

2) Berapa lamakah cik berkerja di poliklinik ini?

3) Berapakah gaji cik dulu dan sekarang?

4) Adakah encik mendapat bonus?

5)Bagaimanakah doktor Ahamad Razi melayan pesakit yang datang?


Encik Faiz (penduduk tapah selama 10 tahun)

Soalan temubual:1)Apakah nama encik?

2)Berapa lama encik tinggal di bandar tapah?

3)Adakah ketika encik sakit pergi ke poliklinik Razi?

4)Berkesankah ubat yang diberikan oleh klinik ini?

Doktor Ahmad Razi Bin Othman

Soalan temubual:1) Apakah nama doktor?

2)Berapa lamakah doktor menjadi seorang doktor?

3) Boleh doktor ceritakan tentang sejarah pembukaan klinik?

4)Adakah doktor bertukar lokasi sepanjang pembukaan klinik?

5)Apakah menghadapi masalah atau cabaran semasa memulakan

perniagaan ini ?

6) Boleh doktor mengkongsikan cara menghadapi halangan tersebut?

7)Apakah harapan doktor pada masa hadapan?


Zamberi Mohd,Ungku Omar,Tokoh Negara Tersohor A.Malek Publisher,Anjung Media
Resources,Malaysia (diakses pada 20 mac 2018)

Sunat Lelaki dewasa http//kliniklelakidewasa.com.my(diakses pada 25september)

Terapi ultrasound http.www.docdoc.com.my (diakses pada 15 mei 2020)

Alat Bantuan Pernafasan,http//ms.m.wikipedia.org/alat_bantuaqn_pernafasan (diakses pada


15 MEI 2020)

Temubual

(Encik Amer penduduk Tapah,pada 9 julai pukul 1 petang melalui Whatsapp)

(Encik Zamri penduduk Tapah pada 12 julai pukul 3 petang melalui panggilan telefon)

(Cik Saleha staff di klinik temubual melalui whatsapp pada pukul 12 tengahari)

(Encik faiz penduduk tapah melalui whatsapp pukul 3 petang)

(Doktor Ahmad Razi Bin Othman melalui whatsapp)

You might also like