You are on page 1of 13

KERTAS KERJA

KLINIK BERGERAK

KEGUNAAN

BANTUAN PERUBATAN &


KEMANUSIAAN SARAWAK

ANJURAN

YAYASAN IKHLAS
I-MEDIK
KANDUNGAN

1.0 TUJUAN
2.0 PENGENALAN
3.0 OBJEKTIF
4.0 KONSEP
5.0 SKOP PERKHIDMATAN
6.0 RAKAN KERJASAMA
7.0 SASARAN
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
9.0 JAWATNKUASA PELAKSANA
10.0 ILUSTRASI KLINIK BERGERAK
11.0 BANTUAN YANG PERNAH DIJALANKAN
12.0 PENUTUP
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan peruntukan daripada badan korporat atau
mana-mana badan bagi membolehkan Yayasan Ikhlas dan Ikatan Pengamal Perubatan dan
Kesihatan Muslim (I-Medik) membeli 1 unit Pasukan Bergerak Yayasan Ikhlas (Mobile Team)
yang boleh digunapakai sebagai Klinik bergerak I-Medik untuk kerja-kerja kesukarelawanan.

2.0 PENGENALAN
Hospital dan klinik merupakan satu keperluan yang sangat mendesak hari ini terutamanya
kepada manusia yang mengalami penyakit atau kecedaraan yang memerlukan rawatan awal.
Usaha kerajaan menambah bilangan klinik di Malaysia adalah dengan membina 50 lagi buah
klinik 1 Malaysia dengan peruntukan sebanyak 10 juta. Ini adalah usaha untuk membantu
golongan yang berpendapatan rendah. Klinik ini bertujuan memudahkan penjagaan kesihatan
golongan miskin bandar di mana mereka, tidak lagi perlu berkenderaan ke Klinik -klinik
Kesihatan yang jauhnya sehingga 10 kilometer dari rumah.

Jika kita lihat sejarah klinik dan hospital, sebenarnya ia tiada beza, cuma hari ini ia diasingkan
atas kapasiti tugas, keluasan, kepakaran dan kekuatan yang berbeza. Hospital umum yang
terawal dibina di bandar Leon, Perancis pada 542M. Hospital bermula dengan bilik khas yang
menempatkan orang buta dan melarat sahaja.

Dalam Islam, ia bermula dalam Perang Khandak apabila Rasulullah mendirikan khemah bagi
perawatan di Masjid Madinah. Hospital pertama dalam sejarah Islam dibina oleh al-Walid Ibn
al- Malik (706M) dan mengarahkan supaya pesakit kusta diasingkan daripada pesakit lain.
Hospital bergerak juga telah wujud dalam sejarah Islam dan mula ditubuhkan oleh ‘Ali bin Isa
al-Jarrah (920M). Dan dengan hospital, ia antara salah satu kaedah penyebaran Islam pada
masa dahulu.

Klinik Bergerak adalah merupakan satu cetusan idea bagi menyediakan perkhidmatan
Perubatan dan kesihatan kepada penduduk di kawasan luar bandar yang jauh daripada
kemudahan klinik kesihatan statik seperti di ladang, kampung tradisional dan perkampungan
orang asli. Klinik bergerak ini akan turut digunakan dalam misi bantuan kemanusiaan di
kawasan yang terlibat dengan bencana alam seperti banjir, di mana perkhidmatan perubatan
amat diperlukan pada waktu tersebut.

Klinik bergerak yang dilengkapi dengan fasiliti perubatan ini juga akan digunakan di dalam
program-program kebajikan untuk memberikan khidmat kesihatan kepada orang awam.
Dengan ini, bantuan perubatan akan dapat disalurkan dengan lebih meluas kepada masyarakat
yang memerlukan.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi khidmat kesihatan kepada masyarakat yang menghadapi kesukaran akses kepada
klinik statik
3.2 Memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan serta
melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
3.3 Menggalakkan serta memberi ruang kepada para petugas kesihatan untuk melakukan
khidmat kesukarelawanan kepada masyarakat awam

4.0 KONSEP
Klinik Bergerak ini berkonsepkan kereta pacuan 4 roda berkanopi yang diubahsuai dan
dilengkapi dengan peralatan perubatan dan peralatan bantuan dengan mengambil kira skop
perkhidmatan, aliran pesakit, praktikaliti, keselesaan dan keselamatan petugas serta pelanggan.

4.1 Pacuan Empat Roda


Pacuan empat roda menjadi pilihan utama setelah mengambil kira beberapa faktor utama
seperti keadaan rupabumi kawasan sasaran, keupayaan menanggung beban yang berat,
keselesaan pemanduan, keselamatan dan kos penyelenggaraan, memandangkan
kebanyakan kawasan sasran berada diluar bandar dengan kemudahan infrastruktur yang
amat terhad maka pemilihan kenderaan pacuan empat roda adalah menjadi pilihan yang
terbaik dan praktikal.

4.2 Kanopi Penyimpanan


Beberapa pengubahsuaian kepada kenderaan terutamanya pada bahagian kanopi bagi
memenuhi keperluan dan praktikaliti kegunaan bagi tujuan penyimpanan beberapa
peralatan perubatan untuk operasi seperti peralatan untuk klinik lapangan (makeshift
clinic), perkhidmatan kesihatan, penyimpanan ubat-ubatan dan lain-lain lagi. Kenopi ini
pada asasnya terbahagi kepada tiga ruang utama iaitu, kabinet penyimpanan peralatan
perkhidmatan perubatan, kabinet untuk simpanan ubat-ubatan dan ruang penyimpanan
peralatan bantuan seperti water pump & genset. Untuk menyesuaikan supaya kanopi ini
boleh digunapakai untuk misi kemanusiaan dan bukan semata-mata misi klinik bergerak,
maka tempat simpanan peralatan bantuan perubatan disimpan dalam kabinet reka khas yang
boleh alih yang boleh di tanggalkan pada bila-bila masa yang diperlukan.

4.3 Retractable Awning

Retractable awning dicadangkan untuk menjadi satu klinik lapangan (makeshift Clinic)
yang boleh dilakukan ditepi kenderaan. Ini kerana, apabila berlaku bencana alam, banyak
bangunan yang akan rosak dan runtuh, Maka, bahagian luar sisi kenderaan ini apabila telah
dipasang retractable awning akan membolehkan ia menjadi klinik lapangan yang boleh
memberikan perkhidmatan perubatan kepada mangsa-mangsa bencana seperti banjir
dengan mudah. Penggunaan genset juga membolehkan kuasa elektrik disalurkan untuk
memastikan perkhidmatan boleh diberikan sehingga ke waktu malam yang gelap.
5.0 SKOP PERKHIDMATAN

Pasukan petugas akan memberi dan menyediakan perkhidmatan bantuan awal kepada
kawasan bencana seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan lain-lain lagi. Apabila tiada
bencana berlaku, maka ia boleh digunakan sebagai klinik bergerak untuk kawasan-kawasan
pedalaman yang penduduknya tiada akses kesihatan yang baik.

5.1 Perkhidmatan rawatan pesakit luar termasuk rawatan kecemasan.


Perkhidmatan yang diberikan lebih tertumpu kepada kaedah rawatan pesakit luar yang
bertujuan untuk merawat penyakit-penyakit akut ringan seperti URTI, jangkitan kulit, cirit-
cirit (AGE), kecederaan dan lain-lain lagi. Fungsinya seperti klinik bergerak yang pergi ke
pedalaman Sarawak dan Sabah.

5.2. Perkhidmatan pembedahan kecil


Apa yang dimaksudkan pembedahan kecil ialah pembedahan yang boleh dilakukan di luar
bilik pembedahan. Pembedahan ini juga mesti dalam keadaan aseptik dan bersih untuk
meminimumkan jangkitan kuman. Antara pembedahan kecil yang boleh dilakukan di
lapangan seperti berkhatan, menjahit luka yang dalam, membuang cyst, “Excision” dan
lain-lain lagi. Kebanyakan pembedahan ini biasanya hanya memerlukan Local
Anaesthetic(LA)

5.3 Perkhidmatan Rawatan kecemasan ringan.


Apabila berada di kawasan pedalaman atau bencana, mahu tidak mahu mesti akan berlaku
kes-kes kecemasan. Antara kecemasan yang biasa berlaku ialah seperti serangan Asma,
luka yang bernanah, luka yang darah mengalir dan lain-lain lagi. Penggunaan alat seperti
mesin nebulizer, dresssing set yang sterile dan lain-lain akan banyak membantu untuk
menstabilkan keadaan pesakit sebelum di rujuk ke Hospital berdekatan. Prosedur rawatan
akan mangambil kira keperluan dan kautamaan dengan mengikut panduan yang telah
digariskan oleh Kementerian Kesihatan sebelum pesakit dihantar ke hospital untuk
tindakan susulan.

5.4 Membuat rujukan kes di mana perlu


Bagi pesakit-pesakit tertentu seperti pesakit kronik, pesakit yang mengidapi penyakit
berjangkit serta pesakit yang memerlukan rawatan susulan maka pihak urusetia akan
membantu pesakit dengan merujuknya kepada mana-mana hospital atau pegawai perubatan
yang berdekatan. Ini untuk memastikan kesihatan mereka dapat dirawat dengan lebih baik.

5.5 Perkhidmatan saringan kesihatan dan khidmat nasihat.


Ketika beroperasi, perkhidmatan saringan kesihatan juga boleh dilakukan untuk
memastikan tahap kesihatan tempat yang dikunjungi berada pada tahap yang optimum.
Pemeriksaan tekanan darah, kandungan glukos dalam darah, berat, tinggi dan lain-lain
menjadikan indikator awal terhadap keadaan kesihatan yang akan menjadi semakin
teruk.Mereka yang tekanan darahnya tinggi, kandungan gula dalam darahnya tinggi, boleh
dirujuk kepada klinik berdekatan untuk rawatan awal supaya komplikasi jangka panjag
tidak berlaku.
5.6 Perkhidmatan pendidikan kesihatan dan aktiviti promosi kesihatan.
Aspek utama dalam mengawal penyakit ialah pencegahan. Pencegahan dapat dilakukan
jika promosi kesihatan dilakukan. Dengan adanya klinik bergerak ini, para sukarelawan
boleh melakukan aktiviti ceramah, mendirikan mini pameran dan lain-lain. Antara tajuk
yang boleh disentuh seperti penjagaan kebersihan, penyakit malaria, cirit birit, vaksinasi
dan lain-lain lagi.

5.7 Membuat notifikasi penyakit berjangkit.


Kadang-kadang berlaku kes dimana sesuatu penyakit ditemui ketika rawatan sedang
dilakukan. Kes-kes jangkitan yang biasa berlaku dikawasan pedalaman seperti kencing
tikus, malaria, jangkitan protozoa perlu di laporkan kepada pihak berkuasa dengan segera,
supaya langkah pencegahan segera dapat dilakukan. Jika tidak dilakukan dengan segera, ia
boleh merebak ke pekan dan bandar yang berhampiran

5.8 Perkhidmatan Farmasi.


Selain daripada perkhidmatan perubatan, perkhidmatan pemberiaan ubat-ubatan juga akan
diberikan. Ini kerana, memang sukar untuk penduduk dikawasan pedalaman mendapatkan
rawatan dan ubat-ubatan. Dengan adanya ubata-ubatan yang dibawa, diharap dapat
membantu meringankan kesakitan mereka dengan baik.

6.0 RAKAN KERJASAMA

6.1 Yayasan Ikhlas


Yayasan Ikhlas adalah sebuah badan yang ditubuhkan dibawah Akta Pemegang Amanah
(Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) pada 5 Mac 2009 bertujuan untuk meringankan
kesusahan dikalangan anak-anak yatim, orang kurang upaya, faqir miskin dan mereka yang
dilanda musibah akibat daripada sebarang malapetaka serta juga memberi suatu biasiswa
atau insentif kepada individu atau kumpulan atas kerja-kerja pelajaran atau kerja-kerja
penyelidikan. Ianya juga bertujuan untuk memelihara dan memajukan kebudayaan dan
taraf hidup 6trate bumiputra terutamanya di Sabah dan Sarawak serta umat Islam
keseluruhannya.

6.2 Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim (I-Medik)


I-Medik adalah singkatan kepada Ikatan Pengamal Perubatan Dan Kesihatan Muslim
Malaysia. I-Medik merupakan badan yang berdaftar dengan ROS [PPM-049-10-29122013]
dan di anggotai oleh pengamal perubatan, pergigian, farmasi, jururawat dan pengamal
kesihatan sains kesihatan bersekutu yang lain selagi mana berdaftar dengan badan masing-
masing.
7.0 SASARAN
Tumpuan utama adalah memberi perkhidmatan perubatan kepada kawasan kampung-kampung
pedalama di Sarawak dari Kuching sehingga ke Miri. Pihak urusetia akan membuat jadual
(duty roster) perkhidmatan dengan kekerapan perkhidmatan sekurang-kurangnya sebulan
sekali bersama sekurang-kurangnya tiga orang pegawai perubatan untuk ke tempat-tempat
yang kurang akses perubatan dan kesihatan seperti ini. Bagi kawasan-kawasan yang tidak dapat
akses darat, pihak urusetia akan berusaha untuk mendapatkan perkhidmatan bot atau bot
ekspress untuk ke tempat tersebut. Sekiranya wujudnya suasana mendesak akibat dari sesuatu
bencana atau malapetaka maka pehak urusetia akan membuat perubahan jadual dimana
keutamaan bantuan akan diberikan kepada mangsa-mangsa bencana. Diantara kawasan yang
menjadi kebiasaan dan tumpuan perkhidmatan adalah seperti:-

1. Kawasan Bencana, samada banjir, gempabumi, kebakaran dan seumpamanya


2. Kawasan perkampungan orang asli
3. Kawasan perkampungan mualaf
4. Kawasan perkampungan asnaf
5. Dalam karnival Kebersihan dan Kesihatan

Lingkaran kawasaan tumpuan


8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Sila rujuk LAMPIRAN 1

9.0 URUSETIA
Sila rujuk LAMPIRAN 2

10.0 ILUSTRASI KLINIK BERGERAK


Sila rujuk LAMPIRAN 3

11.0 BANTUAN-BANTUAN YAYASAN IKHLAS DI KAWASAN BENCANA


Sila rujuk LAMPIRAN 4

12.0 PENUTUP

Harapan Yayasan Ikhlas dan I-Medik untuk mempunyai Klinik Bergerak ini amat tinggi kerana
ia akan membantu melancarkan lagi bantuan-bantuan yang akan disalurkan dan diberikan
kepada penduduk, mangsa bencana dan masyarakat sasaran. Bantuan dan segala sokongan
daripada segala pihak amat kami harapkan.
LAMPIRAN 1

ANGGARAN PERBELANJAAN KLINIK BERGERAK

Bil Perkara Unit Jumlah (RM)


1 Kereta Hilux (Toyota) 1 RM 120,000.00
2 Ubahsuai kanopi 1 RM 40,000.00
3 Generator 1 RM 6,000.00
4 Waterjet 1 RM 2,000.00
5 Kerusi Panjang (Fordable Couch) 2 RM 4,000.00
6 Peralatan 1 RM 50,000.00
 Pulse Oximeter
 Stretcher
 Peralatan Movable Clinic
7 Ubat-ubatan 1 RM 120,000.00
8 Penyelenggaraan Kenderaan Setahun 1 RM 20,000.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 362,000.00
LAMPIRAN 2

URUSETIA

Penasihat : Dato’ Mohd Rosli bin Ramli


Pengerusi Yayasan Ikhlas

Ahli Jawatankuasa

Pengarah : Prof. Dr. Zainur rashid bin Zainuddin


Timbalan Pengarah I : Dr. Mohd Khairol bin Jambli
Timbalan Pengarah II : Hj. Ir. Kamaruddin Kassim
Setiusaha : Syafiq Syahmi bin Sazali (012 9790211)
Pengurus Pegawai Perubatan :
Pengurus Sukarelawan : Hafeez bin Morni (019 4511346)
Pengurus Perhubungan : Muhammad Afiq Shazwan bin Abdul Samad
Penguru Logistik : Dr Mohd Naqib bin Ahmad Napis
LAMPIRAN 3
GAMBARAN KENDERAAN KLINIK BERGERAK

Wardrobe Cell Emergency Back Pack


LAMPIRAN 4

Bantuan pemeriksaan kesihatan dan pemberian ubat bersama mangsa bencana banjir di
Sarawak
Bantuan Yayasan Ikhlas dan I-Medik di Kampung Orang Asli di Kuala Balai, Gua Musang,
Kelantan ketika bencana banjir Kelantan 2015

You might also like