You are on page 1of 15

POLISI OPERASI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA

HOSPITAL SUNGAI SIPUT


Nombor Polisi : HS 004 Tarikh Semakan : 31 Mei 2019
Versi : 05/2019 Muka Surat : 1/15

1. PENGENALAN

1.1. Umumnya dahulu dikenali dengan nama UNIT KEMALANGAN (CASUALTY


DEPARTMENT), kemudian diubah kepada UNIT KEMALANGAN & KECEMASAN.
Pada masa ini ia telah dijenamakan dengan nama UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA.

2. VISI, MISI, MATLAMAT DAN OBJEKTIF

2.1. VISI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

2.2. MISI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

i. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:

 mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan


 menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
 mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

ii. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:

 mengutamakan pelanggan
 saksama
 tidak membebankan
 cekap
 wajar mengikut teknologi
 boleh disesuaikan mengikut persekitaran
 inovatif

iii. dengan menekankan:

 sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan


 sifat menghormati maruah insan
 penglibatan masyarakat
POLISI OPERASI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA
HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Nombor Polisi : HS 004 Tarikh Semakan : 31 Mei 2019
Versi : 05/2019 Muka Surat : 2/15

2.3. VISI HOSPITAL SUNGAI SIPUT


Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap, efisyen dan berkualiti.

2.4. MISI HOSPITAL SUNGAI SIPUT


Memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, komprehensif, selamat dengan
semangat berpasukan dan profesionalisme.

2.5. OBJEKTIF HOSPITAL SUNGAI SIPUT


Memberi perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang berkualiti berteraskan elemen-
elemen budaya korporat supaya setiap individu mencapai dan mengekalkan satu taraf
kesihatan bagi membolehkan menjalani kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif.

2.6. MATLAMAT UNIT

Memastikan unit sentiasa mencapai sasaran KPI bagi masa menunggu relatif kepada
kategori Triage (Hijau, Kuning, dan Merah).

2.7. OBJEKTIF UNIT

Mengendalikan kes trauma dengan sempurna dan tiada kes kembali untuk dirawat
semula dalam masa 24 jam. Target ≤5%.

2.8. LOKASI

Unit Kecemasan terletak di sebuah bangunan yang berhampiran dengan Unit Pesakit
Luar, Unit Radiologi dan Unit Farmasi. Memudahkan dikunjungi oleh orang awam dan
juga berhampiran dengan perkhidmatan sokongan.
POLISI OPERASI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA
HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Nombor Polisi : HS 004 Tarikh Semakan : 31 Mei 2019
Versi : 05/2019 Muka Surat : 3/15

3. SKOP PERKHIDMATAN

3.1..Perkhidmatan Pre Hospital (Pre Hospital Care)


3.1.1. Menyediakan perkhidmatan ambulan kecemasan.
3.1.2. Koordinasi perkhidmatan panggilan ambulan melalui Medical Emergency
Coordinating Centre (MECC) melalui talian 999
3.1.3. Menyediakan pasukan perubatan bergerak (medical standby team).
3.1.4. Menyediakan pasukan perubatan bergerak & peninjau semasa kejadian
bencana.

3.2. Hospital Care


3.2.1. Beroperasi 24 jam sehari.
3.2.2. Melakukan diagnostik dan rawatan pemulihan bagi kes-kes kecemasan.

3.3. Pengurusan Bencana


3.3.1. Menyediakan pasukan perubatan semasa kejadian atau bencana yang
besar.

3.4. Perkhidmatan Lain


3.4.1. Memberikan rawatan kepada ‘cold case’ selepas waktu pejabat,pada hari
kelepasan am dan hujung minggu.
3.4.2. Melakukan pemeriksaan dan memberi rawatan terhadap tahanan polis.
3.4.3. Menguruskan one stop crisis centre.
POLISI OPERASI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA
HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Nombor Polisi : HS 004 Tarikh Semakan : 31 Mei 2019
Versi : 05/2019 Muka Surat : 4/15

4. STRUKTUR / KEMUDAHAN (FACILITIES)

4.1. Kawasan Saringan (Triage Area)


4.1.1. Mengadakan sistem saringan (triage) bagi setiap kes yang datang ke unit
ini terutama yang melibatkan insiden atau kemalangan yang besar dan
juga bencana.
4.1.2. Kategori Triage melalui kod Merah, Kuning, dan Hijau.

4.2. Kawasan Menunggu


4.2.1. Menyediakan kerusi dan kemudahan-kemudahan lain untuk keluarga pesakit
dan rakan.

4.3. Kaunter Pendaftaran


4.3.1. Semua pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan hendaklah
didaftarkan dan direkodkan ke dalam buku pendaftaran PER-PL 101.
4.3.2. Semua pesakit yang hendak dimasukkan ke wad hendaklah didaftarkan dan
direkodkan ke dalam buku pendaftaran masuk wad. PER – PD 101 (Pin. 1-
2003).

4.4. Bilik Pemeriksaan


4.4.1. Prosedur pemeriksaan dilakukan bagi kes- kes semi kritikal (yang
bersesuaian) dan bukan kritikal.
4.4.2. Seorang pesakit akan diperiksa oleh seorang pegawai perubatan pada satu
masa.

4.5. Bilik Resusitasi


4.5.1. Melakukan prosedur resusitasi dan lain-lain rawatan kecemasan bagi
menyelamatkan nyawa pesakit yang kritikal.
POLISI OPERASI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA
HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Nombor Polisi : HS 004 Tarikh Semakan : 31 Mei 2019
Versi : 05/2019 Muka Surat : 5/15

4.6. Sudut Asma


4.6.1. Menyediakan kemudahan tempat bagi pesakit asma menerima rawatan
nebulizer.

4.7. Bilik Rawatan


4.7.1. Tempat bagi melakukan prosedur kecil seperti menyuci luka,membuang kuku,
menjahit luka dan lain-lain lagi.
4.7.2. Bagi kes-kes kecemasan pergigian semua prosedur akan dilakukan di sini
selepas waktu pejabat atau pun semasa hari kelepasan Am oleh pegawai
pergigian “On Call”.

4.8. Bilik / Wad Pemerhatian


4.8.1. Setiap kes yang memerlukan pemerhatian ( kurang dari 1 jam ) dilakukan di
sini jika memerlukan masa pemerhatian melebihi 1 jam pesakit akan
dimasukkan ke wad.

4.9. Bilik Plaster P.O.P


4.9.1. Tempat melakukan pemasangan P.O.P bagi kes-kes Orthopedik yang dirawat
di Unit Kecemasan.

4.10. Bekalan Ubat


4.10.1. Pemberian ubat kepada pesakit yang menerima rawatan kecemasan sahaja
dan sambungan ubatan pesakit perlu mengambil ubatan di Unit Farmasi
selepas diberikan preskripsi pada waktu Unit farmasi beroperasi.

4.11. Pusat One Stop Crisis (One Stop Crisis Centre)


4.11.1. Mengendalikan kes-kes seperti rogol, penderaan dalam bentuk fisikal /
mental / seksual bagi orang dewasa atau pun kanak-kanak,runding cara dan
lain-lain lagi.
POLISI OPERASI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA
HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Nombor Polisi : HS 004 Tarikh Semakan : 31 Mei 2019
Versi : 05/2019 Muka Surat : 6/15

5. POLISI UNIT KECEMASAN

5.1 Unit Kecemasan beroperasi 24 jam.


5.2 Melayan semua panggilan ambulan dengan segera dan 90% respon ambulan
kurang dari 5 minit selepas menerima panggilan.
5.3 Melaksanakan Sistem Triage (saringan) kepada semua kes.
5.4 Bagi semua jenis penyakit dan kecederaan yang kritikal hendaklah dipulihkan
(resuscitated) dan distabilkan dahulu sebelum dimasukkan ke wad atau dirujuk
keluar.
5.5 Bagi setiap pemeriksaan dan prosedur yang akan dilakukan keatas pesakit wanita
oleh anggota lelaki hendaklah diiringi oleh kakitangan perempuan “Chaperon”.
5.6 Pesakit yang memerlukan pemerhatian lebih daripada 1 jam hendaklah di
masukkan ke wad.
5.7 Pengendalian kes-kes Medico Legal seperti kes rogol, penderaan kanak-kanak,
penderaan wanita dan lain- lain mengikut garis panduan One Stop Crisis Centre
(OSCC) KKM.
5.8 Bagi kes-kes yang bukan kecemasan tidak digalakkan untuk mendapatkan
rawatan di Unit Kecemasan.
5.9 Semua peralatan kecemasan hendaklah sentiasa diperiksa setiap syif bagi
memastikan semuanya berada di dalam keadaan yang yang baik dan bersedia
untuk digunakan mengikut senarai semak yang ditetapkan .
5.10 Hanya Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat /JM
sahaja yang dibenarkan untuk menggunakan peralatan-peralatan seperti pulse
Oximeter, mesin ECG, Syringe pump dan portable ventilator.
5.11 Troli kecemasan hendaklah diperiksa setiap syif mengikut senarai semak yang
telah disediakan.
5.12 Semua kakitangan di Unit Kecemasan mesti mempunyai pengetahuan berkaitan
dengan tanggungjawab pengendalian kes-kes kecemasan melalui latihan dan
program pembelajaran yang berterusan.
POLISI OPERASI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA
HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Nombor Polisi : HS 004 Tarikh Semakan : 31 Mei 2019
Versi : 05/2019 Muka Surat : 7/15
5.13 Sistem Triage berfungsi bagi mengenali, menterjemah dan merekodkan tanda dan
gejala-gejala yang terdapat pada pesakit yang memerlukan tindakan yang segera
dari doktor.
5.14 Kematian di Unit Kecemasan hendaklah disahkan secara bertulis oleh pegawai
perubatan yang bertugas sebelum diserahkan ke Unit Forensik.
5.15 Bagi kes BID (brought in dead) pegawai perubatan boleh mengesahkan kematian
tetapi hendaklah dimaklumkan kepada polis untuk tindakan yang selanjutnya.
Pengesahan kematian secara bertulis boleh dilakukan pegawai perubatan yang
bertugas jika pasti akan sebab kematiannya.

6. PENGGUNAAN AMBULANS

6.1 Pemeriksaan harian Ambulans perlu dilakukan pada setiap syif oleh Pemandu dan
pihak Support Services. Segala kerosakan yang dikenalpasti perlu diperbaiki dengan
segera. Kebersihan dalam dan luar ambulans adalah tanggungjawab pemandu.
6.2 Pemeriksaan harian peralatan perubatan didalam ambulans perlu dilakukan oleh
Penolong Pegawai Perubatan pada setiap syif.
6.3 Permohonan penggunaan ambulan untuk membawa pesakit rujukan ke lain-lain
hospital perlu arahan daripada Pegawai Perubatan dengan mengisi borang
permohonan ambulan dan di luluskan oleh PT atau Penolong Pegawai Perubatan.
6.4 Penggunaan peralatan semasa rujukan kes perlulah dilaporkan kepada Penolong
Pegawai Perubatan yang bertugas oleh anggota yang menggunakannya dan
dicatitkan dalam senarai semak (Jururawat / Jururawat Masyarakat / Penolong
Jururawat) yang disediakan.
6.5 Setiap rujukan kes perlu diiringi oleh Jururawat / Jururawat Masyarakat.
6.6 Kes-kes psikiatrik agresif yang dirujuk ke fasiliti kesihatan lain memerlukan
penggunaan ambulans perlulah diiringi oleh anggota polis.
6.7 Penggunaan ambulans jarak jauh melebihi 300km tanpa henti akan dikendalikan oleh
2 orang pemandu.
6.8 Kes rujukan ke Hospital Swasta tidak disediakan.
POLISI OPERASI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA
HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Nombor Polisi : HS 004 Tarikh Semakan : 31 Mei 2019
Versi : 05/2019 Muka Surat : 8/15
6.9 Semua panggilan ambulans akan diberi layanan segera dalam masa tidak lebih 5
minit.
6.10 Permintaan ambulans oleh waris bagi tujuan menghantar pesakit lumpuh pulang
selepas discaj wad dan AOR discaj bukan merupakan keutamaan kecuali ketika
ambulans mencukupi. Caj pembayaran mengikut Akta Fee yang telah ditetapkan.

7. POLISI TRIAGE UNIT KECEMASAN HOSPITAL SUNGAI SIPUT

7.1. Semua pesakit ditriage oleh Penolong Pegawai Perubatan.


7.2. Semua catitan rekod pemeriksaan awal di triage mestilah dicatitkan di dalam kad
rawatan pesakit “HSS/MPK/016/PERUBATAN/KEC/KRP Pin.09/2018 dan disertai
dengan tandatangan serta cop pegawai tersebut.
7.3. Penilaian triage merujuk kepada Malaysian Triage Category (2011)
7.3.1 Penentuan Zon
 Zon Kritikal / Zon Merah (Bilik Resusitasi) untuk kes-kes kritikal (untuk tindakan
serta merta)
 Zon Separa Kritikal / Zon Kuning - untuk kes-kes separa kritikal, untuk tindakan
segera.
 Zon Bukan Kritikal / Zon Hijau (Ruang Menunggu) - untuk kes-kes biasa dan
tidak kritikal ( mengikut giliran untuk pemeriksaan dan rawatan).

8. PENGENDALIAN RAWATAN PESAKIT DI UNIT KECEMASAN

8.1. Semua rawatan pesakit di unit kecemasan mengikut garispanduan pengurusan rawatan
yang telah ditetapkan (SOP)
8.2. Selepas rawatan dan didapati pesakit memerlukan rawatan subspecialist, pesakit akan
dirujuk keluar, manakala pesakit yang masih memerlukan pemerhatian, pesakit akan
dimasukkan ke wad, jika pesakit tidak memerlukan pemerhatian, pegawai perubatan
akan mendiscajkan pesakit.
8.3 Pesakit yang stabil sahaja akan dihantar ke wad atau bergerak dari hopital Sg Siput ke
hospital yang dirujuk.
POLISI OPERASI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA
HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Nombor Polisi : HS 004 Tarikh Semakan : 31 Mei 2019
Versi : 05/2019 Muka Surat : 9/15

9. Pengurusan Harta Pesakit

9.1. Rujuk Polisi Pengurusan Harta Pesakit Hospital Sg Siput.

10. KEMASUKAN PESAKIT KE WAD

10.1. Semua pesakit yang memerlukan rawatan lanjutan akan dimasukan ke wad
mengikut arahan Pegawai Perubatan (mengisi Borang Arahan Masuk Wad).
10.2. Langkah-Langkah
10.2.1. Pesakit akan didaftarkan didalam buku daftar masuk wad.[PER – PD 101 (Pin.
1-2003)]

 Nota rujukan dari Doktor kecemasan untuk Doktor di wad


 Nota pesakit / Nota rujukkan (jika ada)
 Borang keputusan makmal
 Filem x-ray
 ECG

10.2.2. Menyediakan alat-alat/kelengkapan untuk penghantaran pesakit:


 Troli
 Wheel chair
 Peralatan Oksigen
 Drip stand
 Ventilator
 Pulse Oxymeter
 Spinal board / Scope stretcher (Mengikut keperluan pesakit)

10.3. Wad berkenaan akan dihubungi sebelum kes dihantar dan diiringi oleh Penolong
Pegawai Perubatan / Jururawat / Pembantu Perawatan Kesihatan (mengikut
keperluan pesakit).
POLISI OPERASI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA
HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Nombor Polisi : HS 004 Tarikh Semakan : 31 Mei 2019
Versi : 05/2019 Muka Surat : 10/15

10.4. Membantu tugas-tugas penyediaan alat-alat diatas serta menghantar pesakit ke


wad yang ditetapkan.
10.5. Dokumen-dokumen pesakit yang berkaitan akan diserahkan kepada Jururawat yang
bertugas di wad.

11. KUTIPAN HASIL CAJ HOSPITAL DI UNIT KECEMASAN

11.1. Kutipan hasil mengikut ketetapan akta fee yang telah ditetapkan
11.2. Kutipan caj Hospital selepas waktu pejabat dilakukan oleh pegawai yang telah
diturunkan kuasa.
11.3. Wang kutipan akan disimpan di dalam peti besi dan diserahkan kepada Unit Hasil
pada keesokan harinya waktu bekerja.
11.4. Jumlah kutipan setiap syif hendaklah direkodkan dalam laporan harian dan
penyerahan dilakukan semasa pertukaran syif seterusnya.

12. YANG BERKAITAN DENGAN POLISI HOSPITAL

12.1. Perkhidmatan Domestik


12.1.1. Perkhidmatan ini telah diswastakan.
12.1.2. Kebersihan jabatan / unit hendaklah dilaksanakan oleh syarikat konsesi
mengikut jadual yang telah ditetapkan.

12.2. Perkhidmatan Laundri (menyuci kain)


12.2.1. Perkhidmatan ini telah diswastakan.
12.2.2. Linen yang kotor akan diambil dan linen yang bersih akan dibekalkan oleh
syarikat mengikut jadual yang telah di tetapkan.
POLISI OPERASI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA
HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Nombor Polisi : HS 004 Tarikh Semakan : 31 Mei 2019
Versi : 05/2019 Muka Surat : 11/15

12.3. Pengendalian Sisa


12.3.1. Perkhidmatan ini telah diswastakan.
12.3.2. Pengasingan sisa-sisa domestik dan sisa-sisa klinikal hendaklah dilakukan
oleh kakitangan Unit Kecemasan dan dimasukkan kedalam beg yang
berlainan mengikut kod warna yang telah ditetapkan.
12.3.3. Syarikat dikehendaki mengumpulkannya dan dibawa ketempat pemusnahan
mengikut jadual yang telah ditetapkan.

13. PERGERAKAN BEKALAN

13.1. Bekalan Perubatan hendaklah dipesan dari Stor Perubatan oleh ketua unit
atau pegawai yang yang telah diamanahkan untuk membuat pesanan oleh
ketua unit.
13.2. Semua bekalan yang diterima hendaklah diperiksa dan direkodkan oleh
Penolong Pegawai Perubatan yang telah ditugaskan.

14. KAWALAN JANGKITAN

14.1. Prosedur dan langkah kawalan infeksi dilaksanakan dengan berpandukan


Polisi Kawalan Infeksi Hospital Sungai Siput.

14.2. Langkah Penjagaan Umum (Universal Precaution)


14.2.1. Hendaklah diikuti dan dipraktiskan setiap masa.
14.2.2. Peralatan & Linen yang kotor hendaklah dikira sebelum ditempatkan
dibeg atau bekas yang tertentu.
14.2.3. Peraturan yang ada sekarang hendaklah diikuti seperti yang terdapat
didalam dokumen-dokumen yang berikut:-
14.2.3.1. The Guidelines on The Contact of Hospital Aquired Infections with
particular reference to KPK`s Circular Bil 2/1990 pages 39 – 47.
14.2.3.2. The Disinfection and Sterllisation Policy and Practices Ministry of
Health (1990)(Revised).
POLISI OPERASI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA
HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Nombor Polisi : HS 004 Tarikh Semakan : 31 Mei 2019
Versi : 05/2019 Muka Surat : 12/15

15. PENYELENGGARAAN (MANTAINANCE)

15.1. Perkhidmatan ini telah diswastakan.


15.2. Penolong Pegawai Perubatan y/m jabatan hendaklah menyelenggarakan dan
kemaskinikan inventori bagi semua peralatan dan harta yang ada di Unit
Kecemasan bagi setiap syif.
15.3. Pembantu Perubatan y/m unit hendaklah memastikan semua peralatan sentiasa
diselenggara dan diservis (mengikut jadual PPM) yang dikeluarkan oleh pihak
konsesi.
15.4. Permohonan untuk pembaikan hendaklah dibuat melalui telefon (helpdesk-
melalui talian 5128.
15.5. Syarikat dikehendaki melaksanakan servis penyelenggaraan mengikut jadual
yang ditetapkan.

16. KEMASUKAN DAN DISCAJ (ADMISSION & DISCHARGES)

16.1. Semua kemasukan pesakit ke wad dan discaj pesakit dilakukan olen pegawai
perubatan.
16.2. Untuk permintaan discaj oleh pesakit atau waris, borang AOR hendaklah
dikeluarkan dengan ditandatangani oleh pesakit atau waris.

17. REKOD PERUBATAN

17.1. Rekod-rekod Unit Kecemasan bagi kes trauma dan yang berpotensi medico legal
hendaklah dihantar ke Unit Rekod Perubatan pada keesokan harinya (hari
bekerja). Manakala, rekod-rekod bagi kes biasa akan dihantar ke Unit Pesakit
Luar.
17.2. Pergerakan / penghantaran Rekod Perubatan di dalam kawasan hospital
hendaklah dilakukan oleh kakitangan hospital sahaja dan mematuhi prosedur yang
ditetapkan.
POLISI OPERASI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA
HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Nombor Polisi : HS 004 Tarikh Semakan : 31 Mei 2019
Versi : 05/2019 Muka Surat : 13/15

17.3. Dokumen / Rekod Perubatan adalah dilarang sama-sekali untuk dibawa keluar
daripada kawasan hospital kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pengarah
Hospital (bagi kes-kes mahkamah).

18. PENGENDALIAN PESAKIT YANG TIDAK DIKENALPASTI MAKLUMAT DIRI

18.1 Pesakit yang tidak dikenalpasti maklumat diri akan didaftarkan nama sebagai
”UNKNOWN” dan diberikan no pendaftaran di unit kecemasan.

18.2 Sekiranya melebihi dari 1 orang ianya akan didaftarkan sebagai ”UNKNOWN 1,
UNKNOWN 2” dan seterusnya.
18.3 Maklumat tersebut didaftarkan pada buku pendaftaran PER- PL 101 dan digunakan
untuk maklumat rawatan pada kad ”HSS/MPK/016/PERUBATAN/KEC/KRP Pin.
09/2018”.
18.4 Pesakit dipakaikan Tag Pengenalan dengan menulis maklumat pendaftaran pesakit
pada ”WRIST BAND”
18.5 Maklumat pengenalan pesakit perlu dikemaskini semula dalam tempoh 24 jam, jika
maklumat pengenalan pesakit masih tidak diperolehi dalam tempoh tersebut maka
laporan polis perlu dibuat bagi mengesan waris.

19. POLISI DAN PROSEDUR

19.1. Hendaklah disediakan oleh Ketua jabatan / Ketua Unit bagi perkara- perkara
yang berikut:-
19.1.1. Clinical Management of Patient.
19.1.2. Clinical Emergencies
19.1.3. Work Procedures (Prosedur Kerja)
19.1.4. Disaster Management (Pengurusan Bencana)
POLISI OPERASI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA
HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Nombor Polisi : HS 004 Tarikh Semakan : 31 Mei 2019
Versi : 05/2019 Muka Surat : 14/15

20. PENGURUSAN PERMOHONAN SPESIMEN

20.1. Semua permohonan spesimen akan menggunakan borang PER-PAT 301 kecuali
ujian tertentu yang memerlukan borang khas dan di isi maklumat pesakit dengan
lengkap beserta ujian yang diperlukan.
20.2. Semua permohonan ujian spesimen di mohon oleh Pegawai Perubatan.
20.3. Semua sample spesimen yang hendak dihantar ke makmal perlu di labelkan
maklumat sample dengan menulis:
a) Nama pesakit
b) Unit memohon
c) Spesimen di pohon
d) Tarikh dan masa

20.4. Dalam waktu pejabat spesimen dihantar terus ke makmal. Selepas waktu pejabat
kakitangan Unit Kecemasan dan Trauma perlu memaklumkan kepada petugas
makmal ada spesimen yang hendak dihantar.
20.5. Borang PER-PAT 301 akan di ”PRINT TIME” oleh Pembantu Perawatan
Kesihatan yang menghantar spesimen ke makmal sebelum di serahkan kepada
petugas makmal.

21. PENGURUSAN PERMOHONAN PERKHIDMATAN RADIOLOGI

21.1. Permohonan perkhidmatan radiologi hendaklah menggunakan borang PER.SS


RA301 (Pind 1/2018) dan diisi dengan maklumat lengkap pesakit dan bahagian
anggota yang hendak di X-ray dan ditandatangan oleh Pegawai Perubatan.
21.2. Pesakit yang boleh berjalan atau ditolak dengan kerusi roda atau stretcher akan
dibawa ke Unit Radiologi untuk proses mengambil gambar X-ray.
21.3. Pesakit resusitasi akan dipohon oleh Pegawai Perubatan untuk mengambil gambar
X-ray menggunakan Mesin Portable dengan menghubungi Juru X-ray dan
menyerah borang permohonan X-ray dahulu ke Unit Radiologi.
POLISI OPERASI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA
HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Nombor Polisi : HS 004 Tarikh Semakan : 31 Mei 2019
Versi : 05/2019 Muka Surat : 15/15

21.4. Permohonan X-ray selepas waktu pejabat, Penolong Pegawai Perubatan atau
Jururawat perlu memanggil Juru X-ray atas panggilan sebelum menghantar
pesakit ke Unit radiologi.

You might also like